Fosforus putih (white phosphorus) tak muncul secara semulajadi. Ia pertama kali dicipta secara tak sengaja oleh Hennig Brand sewaktu berusaha untuk hasilkan batu filsuf (philosopher's stone).
Fosforus putih ini terjadi semasa dia memanaskan air kencing yang mengandungi fosfat & bahan berkarbon. Hasilnya gas fosforus terhasil.
Fosforus berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud "light-bearer" sebab fosforus ini bercahaya di dalam gelap.
Gambar di bawah yang popular ini adalah gambar lakaran Hennig Brand — seorang alkimiawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan