Ahad, 29 Oktober 2023

Euphoria

 BELAJAR 3 PERKARA DARIPADA MD SAID


Pemimpin nombor 1 pendidikan negeri bukanlah watak yang kita boleh jumpa selalu. 


Nombor 1 kot.. Alangkan Pengetua kat sekolah pun ada yang letak had untuk cikgu jumpa dia, inikan pula Pengarah. 


Tetapi Md Said lain.


Asal ada di pejabat, kita akan nampak beliau di mana-mana. Boleh menyembang tepi tangga, boleh lepak makan kat pantry sesama, malah kalau tetiba datang idea, beliau yang turun ke bilik pegawai.


Sempat menjadi orang nombor satu pendidikan negeri Johor selama 19 bulan, beliau dah memecahkan banyak status quo melalui teladan. Beliau buat, untuk diikut – SEPATUTNYA diikut.


Berikut 3 perkara yang saya belajar sepanjang beliau menjadi ketua:


1.

Hentikan budaya Euphoria


Jangan berlebih-lebih meraikan ketua — dia tak suka. Ceremony, beliau jarang pergi. Kebanyakan masa kami ber-PLC. Dan setiap kali itulah saya akan amazed, sebab sejak di sini tak pernah lagi jumpa Pengarah berdiri di depan, mengajar kami langkah demi langkah menyelesaikan masalah di sekolah.


Md Said cakap, beliau tak makan tengah hari. Tak pasti. Yang pasti, kenyataan itu sangat membantu menurunkan kekerapan majlis makan-makan kat sini. 


Dari sini saya belajar, ketua kena sedar bahawa mereka ada super power — Power Distance Index. Semakin di atas, suara kita akan semakin didengar. Apa je anda cakap, orang percaya, DAN orang buat. Bila anda suka, orang jadi berlumba pulak membuatnya.


Tengok jelah mudarat yang kita dapat, bila pemimpin cakap dia suka makan — dia suka diraikan..


2.

Emosi untuk Empati


Orang yang dekat dengan beliau bagitahu, Md Said ni sensitif orangnya. Beliau mudah je tersinggung, merajuk – cuma tak ditunjuk.


Dalam banyak sesi diskusi, kerap ditekankan supaya kita jangan emosi. Ada sekali tu, seorang pegawai tanya, macam mana nak motivasikan guru-guru yang mengajar subjek elektif? Disebabkan subjek mereka bukan wajib lulus atau utama, cikgu-cikgu ni rasa mereka macam tak penting.


Md Said cakap, “Hanya orang yang lemah perlukan penghargaan daripada orang lain.” Md Said tahu, golongan profesional tak perlukan pujukan, mereka perlukan cabaran.


Semua orang emosi. Md Said pun emosi. Tapi dia mengajar, emosi bukan untuk dilayan. Emosi patut jadi kekuatan untuk kita lebih empati pada keadaan.


3.

Bersanding, JANGAN bertanding


“Abang, ada cili kat gigi” memang tergelak kami bila Md Said buat analogi gini. Mungkin inilah dialog orang bersanding. Orang yang duduk sebelah kita, dan rapat sahaja mampu menegur kesalahan-kesalahan kecil yang kita buat.


Orang bertanding, kesalahan kita pula jadi modal nak menjatuhkan.


Md Said is cognitively sharp. Bijak, berani, dan lantang, tapi tahu menyeimbangkan kesemuanya dengan personaliti yang bersahaja. 


Dapat bos bijak ni memang tak selesa lah. Ada je cabaran-cabaran baru dibaginya. Nak adapt dengan sekian banyak perubahan setelah sekian lama selesa dalam rutin yang sama, kadang menimbulkan unnecessary pressure.


Selepas 30 hari tanpa Md Said, saya fikir pressure itu sengaja diletakkan. Barulah ada urgency untuk kita bekerja secara sistemik. 


Bersanding, dan bukan bersaing sesama sendiri.


.

.


Sebenarnya banyak lagi benda boleh dipelajari daripada sosok berkredibiliti tinggi ini. Kalau saja kita ada lebih masa untuk belajar daripadanya..


Semoga pemimpin kesayangan kita ini diberi kesihatan sentiasa, diberikan hikmah dalam memimpin, dan ketabahan dalam ujian.


Sebagai tribute kepada Md Said yang selalu mencetus pembacaan buku-buku pengurusan dan kepimpinan di Jabatan Pendidikan Negeri Johor, quote daripada Simon Sinek dari buku “Leaders Eat Last” ni rasanya tepat sekali dengan ketokohan beliau : 


“Leadership is not about being in charge. It is about taking care of those in your charge.” 🌹

Tiada ulasan:

Catat Ulasan