Selasa, 24 Disember 2024

Tutup wa

 Saya undur diri dari group Whatapps...😔


Buat teman dan sahabat semua. Saya ambil keputusan untuk tidak lagi aktif di Whatapps dan menutup akaun saya selamanya kerana beberapa sebab peribadi yang tidak boleh di kongsi di sini.


Saya minta maaf kerana tidak lagi dapat kongsikan Info, Tips , Nasihat2 dan Berita Baik. Saya rasa dah tiba masanya untuk saya fokus lebih teliti dalam menguruskan kehidupan saya.


Bila ada status-status sebelum ini samada sengaja atau tidak membuatkan sahabat berasa tidak selesa, sakit hati, terasa, geram dan naik hantu, saya mohon di ampunkan seikhlas hati.


Berat rasanya untuk menutup akaun ini, tapi apa boleh buat, saya terpaksa berundur.


Akhir kata, semoga sihat dan sukses selalu buat sahabat semua.

Salam Kasih Sayang.


Selamat Tinggal Semua


------------------------------------------


Di atas adalah Contoh Karangan bagi sesiapa yang ingin menutup akaun Whatapps.


Terima kasih sudi baca...❤️

Alam perwira


 Masih lagi mood Alam Perwira - Kronologi Raja Ji Fat


Raja Wu Zhou (Cina: 周武王; pinyin: Zhōu Wǔ Wáng) adalah raja pertama dinasti Zhou dari China purba. Kronologi pemerintahannya dipertikaikan tetapi pada umumnya dianggap telah bermula sekitar 1046 SM dan berakhir tiga tahun kemudian pada tahun 1043 SM. 


Pada pemerintahan Maharaja Zhou, dinasti Shang mengalami zaman pemberontakan rakyat yang tidak berpuas hati dengan corak pemerintahannya yang bersifat zalim, kejam, brutal, gila perempuan, cukai tinggi (lintah darat), pilih kasih dan semua sifat yang jahat ada pada Maharaja Zhou


Ji fat yang lahir daripada keluarga bangsawan (Duke Ji Chang) iaitu pemerintah bahagian barat China dibawah kuasa Maharaja Zhou telah ditakdirkan akan dapat menumpas pemerintahan zalim Maharaja Zhou tersebut. Ji Fat menjalani dan menghadapi kehidupannya dengan penuh kesabaran serta mengalami pelbagai kesusahan dan kecelakaan yang menimpanya untuk menumpaskan maharaja yang zalim ini


Setelah menilik mimpinya (tilikan bintang), maharaja Zhou telah sedar ancaman dan bahayanya Ji Fat di dalam pemerintahannya. Lalu baginda memerintahkan Duke Ji Chang mempersembahkan Ji Fat ke istana sebagai ganti tawanan terhadap abangnya, Ji Kao yang tinggal di kediaman istana.(sebenarnya, dia tu nak bunuh Ji Fat). Akan tetapi Duke Ji Chang yang terkenal dengan sikapnya yang taat setia kepada Raja telah melangsungkan upacara pemujaan terhadap Ji Fat selama tujuh malam untuk menjauhkan bahaya yang akan menimpa anaknya itu setelah dia juga menilik petanda-petanda semasa Ji Fat dilahirkan.


Bermula daripada pemujaan terhadap Ji Fat sehinggalah perjalanan ke istana, Ji Fat diduga dengan penuh pancaroba. Ji Fat telah mempelajari "Hikmat Alam Semesta" daripada bapa saudaranya Rahib Esa disamping tunjuk ajar bapanya sendiri. Malahan semasa di Kota Khayalan, Ji Fat turut juga mempelajari "Hikmat cermin sakti kayangan", sejenis hikmat yang dikuasai oleh Tuan Punya Kota Khayalan, memperolehi Hikmat Pembalikan Bumi dan Angkasa (mengemparkan langit menghancurkan bumi iaitu peringkat ke 7 hikmat alam semesta) dari Rahib Esa dan juga Hikmat Pedang Kayangan. Ji Fat dibantu oleh Tok Jiang atau Jiang Ziya yg terkenal dalam sejarah purba China (pakar Ilmu Limunan) dan anaknya Jiang Chong, Tok Bulu Hijau, Ji Kao (abangnya yang dipengaruhi roh Ifrit Utama) dan lain-lain lagi.


Akhirnya pertarungan dengan Maharaja Zhou tidak dapat dielakkan lagi setelah berjuta-juta rakyat mati termasuklah jaguh-jaguh handalan seperti Ji Kao,Tok Bulu Hijau, Duke Ji Chang, Rahib Esa, Arya Mara, Ifrit Utama, Siluman Angkasa dan lain -lain lagi dalam pertempuran yang menggegarkan bumi dan angkasa.


Ji Fat yang dipersenjatakan Pedang Kayangan serta bantuan rakan setiawannya berazam untuk menghapuskan Maharaja Zhou yang zalim bagi membebaskan rakyat daripada pemerintahan ditaktornya di samping melunaskan hutang darah atas kematian kaum kerabatnya.


Akhirnya, dengan peringkat ke 7 hikmat alam semesta iaitu jurus mengemparkan langit menghancurkan bumi yang diperkuatkan dengan peringkat ke 9 hikmat cermin sakti kayangan yang dinamakan dengan aura kubah berdarah tidak terbatas berserta pedang kayangan dan bantuan puteranya yang bakal lahir akhirnya Ji Fat berjaya menewaskan maharaja zhao yang zalim itu. 


Ketika akhir hayatnya, Maharaja Zhao yang zalim itu dipakaikan perhiasan serta persalinan yang cantik-cantik sebelum dia sendiri bertindak mencabut nyawanya dengan membakar istananya dan membiarkan dirinya dimamah api kesan dari kebakaran itu

Khamis, 12 Disember 2024

Bakat

 1.  Masa kat U ada sorang budak kampung , muka awam sangat , baka pandai pun kurang , first sem dapat CGPA 2.4 .


2.  Tapi kelebihan dia rajin , dia selalu kat library , ada satu tempat duduk tu dah macam dia bayar bulan , asyik situ je melekat. 


3.  Beza betul dengan sorang lagi ni , dia pun budak kampung juga tapi muka jambu , DNA matematik , kelas math masuk 2 kali je dalam satu sem, tapi result kekal A , bakat dia berkaitan nombor luar biasa.


4.  First sem ada dalam 60% ponteng kelas , esok exam malam ni baru cari nota tapi CGPA dia kaut 3.2 juga . Banyak makan kismis masa kecik agaknya.


5.  Tapi budak CGPA 2.4 tu , walaupun slow tapi tak pernah jalan mengundur , tanya kawan sana sini bila tak tahu , pi jumpa pensyarah bila keliru , dia gagal subject statistik gunaan , " budak ni tak kena tendang , extend semesta nanti ni " kata hati saya.


6.  Dia repeat paper stat tu dan dapat A . Masa tu saya mula curiga dengan pandangan sendiri ,  boleh tahan juga daya melawan kau ya . 


7.  Budak CGPA 3.2 tu lepas dapat pinjaman sambar Suzuki Panther , niat nak sambar Rxz modal tak cukup , kemudian menu maggie hari - hari catu duit beli minyak , kadar memonteng kuliahpun mencunak naik ke 80% , sem 3 keluar U , letih belajar , rehat otak jap , campur mat rempit dan dengar dia ada ambil barang juga. Slow - slow dia mula undur ke belakang.


8.  Masa berlalu saya pun dah bekerja , satu hari lalu satu U ni , tahu budak CGPA 2.4 tu kerja situ , call dia , jumpa kat guard je , tak sempat ngetih , nak cepat , dia dah ada Phd rupanya , walaupun mulut cakap tahniah bagai, hati aku kau , tuhan yang tahu , tak sangka kan duduk satu bilik aku degree kau phd . 


9.  Bertahun kemudian dapat pulak contact budak CGPA 3.2 tu , set masa , lepak mamak , handsome macam dulu juga , kami tak lepak lama sebab dia nak kejar trip , bawa teksi .


10. Bakat , sebesar manapun kau ada, kau miliki , dia tetap akan kalah dengan orang yang punya disiplin, punya kerja keras. Walaupun orang itu awam sangat .


Kredit:Adli Azamin Shukri

Rabu, 11 Disember 2024

Rumah tangga

 “SEORANG IBU TUNGGAL YANG TELAH BERCERAI MENULIS”


Saya menulis kisah ini untuk membuat orang faham bahawa menghargai pasangan kita, walaupun dengan kekurangan mereka, adalah sesuatu yang penting.


Saya berumur 32 tahun.


Bekas suami saya dan saya bercinta selama 6 tahun.


Kami adalah kawan baik.


Saya menunggu dia habis kolej dan mula bekerja.


Keluarga saya dan keluarganya bertemu, kemudian kami berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki (sekarang berumur 7 tahun).


Suami saya kadang-kadang panas baran, tetapi masalah sebenar bermula apabila saya cuba tunjukkan bahawa dia tidak boleh mengawal saya.


Setiap kali kami bergaduh, saya akan kemas barang dan balik ke rumah keluarga saya untuk mengadu.


Adik-beradik saya akan telefon suami saya dan marah dia.


Jika dia cuba mengawal saya, saya selalu cabar dia dengan mengatakan, “Kalau awak nak, ceraikan saya.”


Hakikatnya, saya tidak pernah mahu bercerai.


Saya cuma ada rasa ego, dan saya tak mahu nampak seperti wanita yang lemah di matanya.


Suatu hari, saya terlalu menekan dia sehingga buat pertama kali dia memukul saya dan mengunci saya di luar rumah.


Saya balik ke rumah keluarga saya, dan mereka membawa kes itu kepada polis.


Setiap kali, saya kelihatan seperti mangsa yang dianiaya!


Tapi sebenarnya, saya sering menganiaya suami saya secara emosi.


Dia ditahan dan dipenjarakan.


Keluarganya meminta saya tarik balik laporan, dan saya mula sedar apa yang saya lakukan salah.


Suami saya bukanlah lelaki yang ganas. Dia lakukan itu sebab saya telah memaksanya ke dinding. Dia malah merendahkan diri dan memohon maaf secara terbuka.


Saya tarik balik laporan itu, dan kami berdamai.


Selepas tiga bulan, kami bergaduh kecil, dan saya kemas barang lagi dan tinggalkan dia sendirian.


Dua hari kemudian, saya dapat panggilan bahawa dia masuk hospital.


Keluarga saya melarang saya pergi kerana mereka kata saya akan nampak seperti meminta-minta. Adik-beradik saya percaya dia hanya berpura-pura sakit.


Sepanjang masa ini, orang sentiasa bersimpati dengan saya, seolah-olah saya yang menjadi mangsa.


Dia berada di hospital selama seminggu, dan selepas dia keluar, saya menerima saman cerai.


Saya sebenarnya tak mahu bercerai, tapi kerana ego, saya berharap dia akan ubah fikiran dan memujuk saya.


Saya telefon dia dan berkata dia boleh dapatkan cerai itu kerana saya hidup macam dalam neraka.


Ketika di mahkamah, saya mahu buat dia ‘bayar’ dengan menuntut harta kami dibahagi.


Namun, dia dengan tenang berkata kepada mahkamah bahawa semua yang kami miliki bersama boleh diberikan kepada saya. Dia hanya mahukan cerai.


Kami sah bercerai pada Julai 2009.


Sekarang, suami saya sudah berkahwin semula, sementara saya di sini, hidup sia-sia.


Keluarga saya kini mengumpat tentang saya.


Saya bergantung sepenuhnya pada nafkah anak kami untuk hidup.


Saya tahu, saya telah merosakkan perkahwinan saya.


Saya berkongsi cerita ini supaya para isteri berhati-hati.


Jangan terlalu mudah terpengaruh dengan nasihat orang.


Jangan biarkan keluarga campur tangan dalam perkahwinan anda.


Adik-adik saya sendiri kini lebih dihormati daripada saya.


Mereka yang menggalakkan saya bercerai kini mengejek dan mengata tentang saya.


Tolong, para wanita, berhati-hatilah dalam rumah tangga anda.


Tidak ada faedahnya memiliki ego yang tidak perlu.


Kadang-kadang, masalahnya bukan salah suami sama sekali. Ia adalah ego anda sendiri dan orang-orang yang anda biarkan mempengaruhi anda. Jadi, bijaklah dalam rumah tangga anda.


Semoga Allah melindungi kita daripada kejahatan, orang jahat, dan mereka yang mengajak kepada kejahatan.


Ameen 🤲🏻


JazakAllahu khair kerana meluangkan masa membaca. ❤


Sumber : In the Path of ALLAH

Isnin, 2 Disember 2024

Repot 3R

 DRAF LAPORAN POLIS


Kepada:

Ketua Polis Balai,  

Balai Polis [Nama Balai],  

[Alamat Balai],  

[Tarikh]


Daripada:  

[Nama Penuh Pelapor]  

[Alamat Pelapor]  

[Nombor Telefon]  

[Nombor Kad Pengenalan]


Per: Laporan Mengenai Posting Facebook yang Menyentuh Isu 3R


1. Pengenalan:

Saya, [Nama Penuh Pelapor], ingin membuat laporan mengenai satu posting di laman sosial Facebook yang didapati menyentuh isu-isu sensitif berkaitan 3R (Race, Religion, dan Royalty). Posting tersebut tidak hanya mengandungi kenyataan yang mengganggu ketenteraman awam, tetapi juga berpotensi memecahbelahkan masyarakat.


2. Butiran Posting:  

Tarikh dan Masa:[Sila Masukkan Tarikh dan Masa Posting]  

Pengguna Facebook: [Nama Pengguna atau Pautan ke Profil]  

Kandungan Posting: [Sila sertakan intipati atau petikan penting dari posting yang menyentuh isu 3R]  

Tangkapan Skrin: [Sertakan tangkapan skrin jika perlu]


3. Keterangan:

Saya mendapati posting ini telah menimbulkan kemarahan dan reaksi negatif di kalangan masyarakat. Pada pandangan saya, kenyataan yang dimuatkan dalam posting tersebut adalah tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan ketegangan antara kaum dan agama.


4. Tindakan yang Diminta:

Saya memohon agar pihak berkuasa menyiasat isu ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat terjaga. Di samping itu, saya juga berharap agar pihak polis dapat menasihatkan orang ramai mengenai penggunaan media sosial secara aman dan bertanggungjawab.


5. Penutup: 

Segala kerjasama daripada pihak polis dalam menyelesaikan isu ini amat saya hargai. 


Sekian, terima kasih.


[Tandatangan Pelapor]

[Nama Penuh Pelapor]

[Tarikh]


---


**Sila isi tempat-tempat kosong dengan maklumat yang sesuai dan sertakan bukti-bukti jika ada.