Jumaat, 8 Jun 2018

Jad

Fokus Utama

Jadullah Qur'ani (Jad --- nama asal Yahudi) memeluk Islam tanpa orang yang menarik beliau untuk memeluk Islam tersebut berkata-kata kepadanya sebaliknya berbuat.

Jadullah meninggal dunia pada Tahun 2003 setelah 30 tahun mengIslamkan 6 juta penduduk Kristian Benua Afrika termasuk Selatan Sudan, Uganda (fokus Suku Zulu), Kenya. Kisah hidup Jad telah difilemkan di Perancis "Monsieur Ibrahim et Les Fleurs du Coran (Ibrahim dan Bunga-Bunga Qur'an)."

____________________________________

(Daripada Whatsaap saya, Jun 5, 2018)

*KISAH JAD, ANAK YAHUDI*
(Kisah benar)

*Jad* kanak-kanak berusia 7 tahun pada tahun 40an tinggal bersama keluarganya di salah sebuah apartment di sebuah kota di Perancis. Beliau lahir daripada keluarga Yahudi yang taat dan berpendidikan tinggi. Ibunya adalah Profesor di universiti terkemuka di Perancis.

Di satu sudut basement apartment tersebut ada sebuah kedai kecil "serba lengkap" yang menjadi tempat bagi warga sekitar membeli keperluan harian mereka termasuk keluarga *Jad.* Kedai tersebut milik seorang yang berasal dari Turki, *Ibrahim*, 67 tahun; seorang yang sangat sederhana, bukan orang yang berpendidikan tinggi.

*Jad* yang masih kanak-kanak hampir setiap hari membeli di kedai tersebut. Bila berbelanja, biasanya tanpa pengetahuan *Ibrahim* Jad mengambil sebatang coklat. Satu hari Jad terlupa mengambil (mencuri) coklat tersebut.

Ketika hendak keluar meninggalkan kedai tersebut *Ibrahim* memanggilnya dan berkata: *"Jad* kamu lupa sesuatu, Nak." *Jad* terus memeriksa barang yang telah dibeli tetapi tidak ada suatu pun yang dia lupa semuanya ada.

_"Bukan itu,"_ kata *Ibrahim. _"Ini."_ Sambil memegang coklat yang biasa diambil *Jad*. Tentu sahaja *Jad* terkejut dan ketakutan. Takut sekiranya *Ibrahim* menyampaikan hal yang memalukan tersebut kepada ibu bapanya. Jad bingung dan pucat.

"Tidak apa-apa, Nak ... Mulai hari ini kamu boleh ambil sebatang coklat percuma setiap kali kamu berbelanja di kedai ini sebagai hadiah. Tetapi berjanjilah untuk berkata jujur apabila mengambilnya," kata *Ibrahim* sambil tersenyum.

Sejak hari itu *Jad* menjadi sahabat *Ibrahim*. Jad tidak hanya datang bertemu *Ibrahim* untuk berbelanja tetapi juga menjadi tempat Jad bercerita dan meluahkan perasaan. Bila menghadapi suatu masalah, *Ibrahim* adalah orang yang pertama diajaknya berbicara. Dan, bila itu terjadi, *Ibrahim* tidak pernah terus menjawab sebaliknya meminta Jad membuka halaman sebuah buku tebal yang tersimpan di dalam sebuah kotak-kayu. *Ibrahim* akan membaca dua halaman tersebut tanpa suara dan kemudian menerangkan jawapan dari masalah yang dihadapi oleh *Jad*.

Perkara tersebut berjalan selama lebih kurang 17 tahun. Sehingga pada suatu hari salah seorang anak *Ibrahim* menemui *Jad* dan memberi kotak-kayu tersebut kepadanya sambil menyampaikan berita sedih kematian Ibrahim.

Waktu itu Jad sudah menjadi seorang pemuda. Kotak-kayu berisi kitab tersebut diterimanya dengan rasa terharu.

Satu ketika Jad menghadapi satu masalah yang sukar, Jad mengambil kotak-kayu tersebut dan membuka kitab yang ada di dalamnya, sebagaimana yang Jad pernah lakukan ketika bersama *Ibrahim.* Masalahnya Jad mendapati kitab tersebut bertulis huruf Arab. Jad pun meminta pertolongan sahabatnya yang berasal dari Tunisia untuk menerangkan maksud dua halaman daripada kitab yang dia sendiri yang telah membukanya. Sahabat Jad menerangkan maksud tulisan tersebut. Sungguh, apa yang disampaikan sahabatnya seolah-olah jawapan khusus bagi masalah yang sedang Jad hadapi.

*Jad* bertanya kepada sahabatnya: _"Ini kitab apa..?"_
_*"Al-Qur'an*, Kitab Suci Umat Islam."_

Terkejut dan hairan *Jad* mendengar jawapan tersebut lalu Jad terus bertanya apakah syarat untuk menjadi seorang muslim.

Sahabat Tunisia beliau menjawab: _"Mudah, Syahadat dan berusaha menjalankan Syariah."_

Pada hari tersebut *Jad* memeluk slam dan menukar namanya kepada *Jadullah Al-Qurani*. Jad berjanji akan mempelajari Al-Qur'an dengan sebaik-baiknya.

Tentu saja keluarganya yang beragama Yahudi terutama ibunya yang bertugas sebagai profesor sukar menerima Jad memeluk Islam malah ibunya berusaha untuk mengembalikan *Jad* kepada agama Judaism.

Ibu Jad melakukan berbagai cara termasuk mengajak teman-teman dari kalangan intelektual Yahudi untuk menerangkan agama Judaism kepada *Jad*. Keadaan tersebut berjalan selama 30 tahun tetapi gagal memujuk Jad.

_"Ibrahim yang bersikap bersahaja telah mengalahkan semua orang-orang pintar di sekitar Jad."_
_Jadullah_ pernah berkata:

_"Saya menjadi muslim di tangan seorang lelaki yang tidak pernah bercakap soal agama" ..._

_"Orang itu tidak pernah berkata":_

_"Kamu Yahudi!!"_
_"Kamu Kafir!"_
_"Belajarlah agama!"_
_"Jadilah muslim!"_
_Tetapi orang itu menyentuh saya dengan akhlak, _Sebaik-baiknya perilaku._ _Memperkenalkan kepada saya kitab yang terbaik, Al-Qur'an"_

Jadullah mempelajari Al-Qur’an dan memahami isinya, kemudian beliau telah berdakwah di Eropah sehingga berjaya mengislamkan 6 Ribu Yahudi dan Nasrani di Eropah.

Satu hari Jadullah membuka lembaran-lembaran Al-Qur’an hadiah daripada Ibrahim. Tiba-tiba Jad menemui sehelai yang mengandungi peta dunia. Pada waktu melihat Benua Afrika, Jad menemui tanda tangan Ibrahim dan dibawah tanda tangan tersebut tertulis ayat:

( ﺍُﺩْﻉُ ﺇِﻟَﻰ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺭَﺑِّﻚَ ﺑِﺎﻟْﺤِﻜْﻤَﺔِ ﻭَﺍﻟْﻤَﻮْﻋِﻈَﺔِ ﺍﻟْﺤَﺴَﻨَﺔِ )
_“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik!!…”_
                                                      (QS. An-Nahl; 125)

Jad yakin bahawa tanda tangan dan ayat Al-Qur'an tersebut adalah wasiat daripada Ibrahim lalu Jad memutuskan untuk menunaikan Wasiat Ibrahim tersebut.

Setelah menyiapkan semua keperluan maka Jadullah pun meninggalkan Eropah berdakwah di negara-negara Afrika termasuk Kenya, Selatan Sudan (yang majoriti  penduduknya beragama Kristian), Uganda dan negara-negara sekitarnya.

Jadullah berjaya mengIslamkan lebih daripada 6 juta orang Suku Zulu. Ini baru ini baharu satu suku belum lagi dengan lain-lain suku.

*Jadullah Al-Qur'ani* meninggal dunia pada Tahun 2003 sebagai seorang pendakwah muslim yang tersohor.

Selama lebih daripada 30 tahun Jadullah telah mengIslamkan lebih daripada 6 juta penduduk Benua Afrika.

Ibunya memeluk Islam pada Tahun 2005 pada usia 78 tahun setelah dua tahun Jadullah meninggal dunia.

Fragmen Kisah benar Jad akhirnya menginspirasikan seorang Producer Filem Perancis menjadikannya dalam bentuk filem *“MONSIEUR IBRAHIM et Les Fleurs du Coran‘* *(Ibrahim dan Bunga-Bunga Quran)* di bawah arahan Pengarah *Francois Dupeyron*. Filem tersebut turut dibintangi oleh pelakon terkenal kelahiran Mesir --- Omar Sharif sebagai Uncle Ibrahim dan juga pelakon muda Perancis yang berbakat Pierre Boulange sebagai Jad --- pemuda Yahudi.

Saudara-saudari, di atas adalah Kisah Benar yang sangat luar biasa yang berupaya menimbulkan inspirasi khususnya kepada para pendakwah muslim.

Apa yang masih jelas kelihatan dalam masyarakat muslim tidak kira dimana sahaja sekarang ini adalah tindakan mudah mengkafirkan saudara muslim mereka sendiri hanya disebabkan oleh faktor berbeza guru atau pun berbeza mazhab atau pun berbeza tafsir ayat Al-Qur'an mahu pun hadis.

Subhanallah.

Sabtu, 2 Jun 2018

Isteri

Tazkirah ....

⊙Jika anda menghidangkan makanan untuk suami.... tetapi tidak menemaninya makan.....sama halnya seperti memberi makan kucing.

Ini pun ada disebut dalam hadis.

Sebaik baiknya.... temanilah dia meskipun sekadar satu suapan.....tak pun duduk sambil minum minum sementara menanti dia selesai.

Thabit al Banni berkata

Terdapat seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya.....yang sangat baik pekertinya terhadap suaminya.

Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya.....dipegang pelita sampai suaminya selesai makan.

Pada satu malam.....pelitanya kehabisan sumbu..... lalu diambil rambutnya untuk dijadikan sumbu.

Esok harinya.....matanya yang buta kembali melihat..... Allah memuliakannya kerana rasa hormatnya kepada suami.....”

Inilah cara paling ampuh untuk menambat hati suami.....bermula dari dapur.

⊙  Suami senang dengan kefasihan isterinya dalam berkata kata..... bijak dalam bertindak dan menjadi partner yang baik dalam berdiskusi.

Tingkatkan kualiti intelektual anda dengan banyak membaca buku dan gali pelbagai informasi.

Hal ini jadi lebih penting jika anda suri rumah sepenuh masa.

Sesetengah suami memang memandang rendah sedikit isteri  yang berstatus begini.

Jadi anda kena tingkatkan pengetahuan...... dengan mengambil tahu mana mana yang patut.

 ⊙  Jangan kuat membangkang pendapat suami.

Kebanyakan suami tak suka pendapatnya dibangkang.

Walaupun agak salah..... sebaik baiknya terima dahulu.

Kalau nak membangkang pun tengok nada suara dia dan perhati nada suara anda.

Ingat..... anda ibarat perdana menteri dan dia raja.

Mana ada raja yang boleh terima kalau asyik dibangkang oleh perdana menteri.

Isteri yang kuat membangkang memang sengaja mencari kebencian suami.

Anda tinggal sebumbung dengannya...... sudah tentu anda perlu sependapat dengannya dalam semua isu.

Kalau tak sependapat pun..... simpan sendiri dan keluarkan balik sedikit sedikit mengikut kesesuaian masa dan tempat.

Pendek kata.....seboleh mungkin.... sentiasa tunjukkan anda sependapat dengannya.

Wallahualam ...

Jumaat, 25 Mei 2018

Skandal 1MDB

BAGAIMANA 1MDB KANTOI -  SKANDAL KEWANGAN TERBESAR DI DUNIA

Pada 22 Jun 2015, Xavier Justo, bekas pegawai bank Swiss berjalan menuju ke pintu hadapan hotel butik baru miliknya di Koh Samui, sebuah pulau tropika Thailand. Dia telah menghabiskan masanya sejak tiga tahun lalu untuk mendirikan kompleks chalet dan apartmen mewah yang dibina menghadap laut. Justo mahu memulakan operasi hotelnya namun dia masih belum memiliki lesen.

Lelaki itu telah berada di Thailand sejak 4 tahun yang lalu, selepas dia meninggalkan dunia perbankan di London. Pada tahun 2011, dia bersama teman wanitanya, Lauren bermotosikal mengelilingi negara itu. Dua tahun selepas itu, mereka berdua berkahwin di sebuah pantai terpencil yang indah. Pasangan itu kemudiannya memilih untuk tinggal di Koh Samui, lokasi tumpuan pelancong yang terletak tidak jauh dari bandar Bangkok. Justo cuba menjalankan pelbagai perniagaan dan dia akhirnya memutuskan untuk memulakan perniagaan perhotelan. Dia membeli sebidang tanah serta sebuah rumah agam dan kemudian mula membina sebuah gym, beberapa villa dan sebuah padang tenis di rumah itu.

Pada satu petang di bulan Jun, Justo sedang menanti kedatangan pihak berkuasa pelancongan untuk menandatangani kertas kerja berkenaan hotelnya. Sebaliknya, dia dikejutkan dengan kehadiran pasukan polis Thai yang lengkap bersenjata dan merempuh masuk pintu rumahnya yang tidak berkunci lalu memberkas Justo dengan serta merta. Pihak polis menggari Justo dengan menggunakan gari plastik dengan begitu ketat sehingga pergelangan tangannya berdarah. Anggota polis itu turut masuk ke pejabat Justo, mencabut komputer dan mengosongkan kabinet-kabinet miliknya.

Setelah Justo meringkuk di dalam lokap selama dua hari, dia diterbangkan ke Bangkok dan diperlihatkan kepada pihak media seolah-olah dia adalah seorang ketua mafia. Tampil bersahaja, Justo masih berseluar pendek dan mengenakan selipar sambil diiringi oleh empat orang komando yang membawa mesingan. Sementara itu, empat orang pegawai senior polis Royal Thai menerangkan kepada para wartawan tentang pertuduhan yang dikenakan terhadap Justo.

Justo didakwa atas cubaan memeras ugut bekas majikannya, sebuah syarikat minyak di London, PetroSaudi. Bagaimanapun, di sebalik dakwaan ini, terdapat sebuah kisah yang lebih menggemparkan.

Enam bulan sebelum tangkapan dibuat, Justo telah menyerahkan beribu-ribu dokumen serta 227,000 emel daripada sistem pelayan komputer bekas majikannya, Petrosaudi, kepada seorang jurnalis bernama Clare Rewcastle Brown. Maklumat tersebut kemudiannya membongkarkan kes pecah amanah bernilai ratusan juta dollar oleh syarikat pelaburan strategik milik penuh kerajaan Malaysia yang turut dikenali sebagai 1MDB.

Dokumen-dokumen yang dibocorkan oleh Justo itu seterusnya telah mencetuskan rangkaian tindak balas yang membuka kepada siasatan oleh sekurang-kurangnya enam buah negara. Hal ini dilihat sebagai “kes penyelewengan terbesar” dalam sejarah AS, menurut pandangan Loretta Lynch, Peguam Negara Amerika Syarikat.

Menurut tindakan undang-undang yang difailkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ), sekurang-kurangnya USD3.5 billion telah dicuri dari tabung 1MDB. 1MDB ialah sebuah badan pelaburan strategik yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak pada 2009. Badan itu ditubuhkan sebagai inisiatif untuk menggalakkan pembangunan ekonomi negara itu di mana kadar pendapatan mediannya adalah kira-kira RM1500 sebulan. Sebaliknya, DOJ mendakwa dana yang hilang itu terkait dengan mereka yang mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri Malaysia. Mereka itu juga dilihat telah berbelanja secara mewah di serata dunia. Jabatan Keadilan AS turut mendakwa Najib ada menerima wang tunai sebanyak USD681 juta dari 1MDB – bagaimanapun, beliau menafikan tuduhan itu. Pihak AS juga mendakwa dana berkenaan turut digunakan untuk membeli sebuah apartmen mewah di Manhattan, sebuah rumah agam di Los Angeles, lukisan-lukisan Monet, sebuah jet korporat dan pembiayaan sebuah filem Hollywood.

Jabatan Keadilan AS mengkelaskan dakwaan penyelewengan itu kepada tiga fasa: Pertama, wang penipuan USD1 billion di bawah “pelaburan palsu dalam usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi”; kedua, sejumlah USD1.4 billion yang dijana oleh Goldman Sachs dalam penerbitan bon, disalahguna dan wang itu disalurkan secara tidak sah kepada syarikat pesisir Swiss; fasa ketiga pula menjelaskan USD1.3 billion merupakan dana dari Goldman Sachs dan disalurkan ke sebuah akaun di Singapura.

“Beberapa orang pegawai 1MDB menggunakan dana awam seolah-olah seperti akaun bank peribadi mereka,” kata Lynch di dalam satu sidang akhbar. “Para konspirator itu menggubah wang yang dicuri mereka melalui rantaian transaksi yang kompleks dan beberapa syarikat cengkerang, yang mempunyai akaun bank di seluruh dunia termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.” PetroSaudi, yang tidak terlibat dalam tindakan undang-undang As itu, menolak dakwaan oleh AS. Menurut PetroSaudi, dakwaan DOJ mengenai perampasan aset itu adalah tidak lebih dari “tuduhan tanpa asas”

Najib, yang telah menggunakan segala kuasanya untuk menepis siasatan yang dilakukan terhadap skandal ini–beliau menafikan tuduhan itu–namanya tidak disebut dalam dakwaan AS itu, di mana beliau hanya dirujuk sebagai “Malaysian Official 1”. Namun lelaki yang memainkan peranan utama dalam skandal ini adalah Jho Low, 29 tahun, merupakan kenalan kepada anak tiri Najib dan pemuda ini menjadi penasihat kepada Najib. Beliau dilihat sering berparti bersama Lindsay Lohan dan Paris Hilton–memanggil pegawai Goldman Sachs dengan panggilan “bro”, menurut DOJ–didakwa oleh Amerika Syarikat sebagai dalang yang mengepalai pencurian dana USD2 bilion dari 1MDB yang disalurkan ke akaun-akaun bank di Switzerland, Singapura dan Virgins Islands. Low menjelaskan bahawa beliau tidak melanggar sebarang undang-undang dan tidak pernah disiasat.

Teman rapat Low ialah Riza Aziz, anak tiri Najib. Riza menerbitkan filem The Wolf of Wall Street–filem Martin Scorsese mengenai korupsi, kemerosotan moral dan ketamakan–nama Riza dan Low disebut dalam ucapan penghargaan oleh Leonardo DiCaprio semasa pelakon itu memenangi anugerah Pelakon Terbaik dalam Anugerah Golden Globes. Pada tahun 2011, Low membeli 20% pegangan saham dengan nilai sebanyak USD102 juta di dalam EMI, sebuah syarikat penerbitan muzik terbesar di dunia–pada tahun sama, beliau membeli sebuah penthouse mewah bernilai USD30 juta untuk bapanya di Time Warner Center di Manhattan yang menghadap Central Park. Syarikat penerbitan filem Riza mengatakan: “Tiada sebarang perkara yang tidak wajar tentang Red Granite Pictures atau sebarang aktiviti perniagaan Riza.”

Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai dakwaan lain turut disebut di dalam tindakan undang-undang AS itu yang telah memperincikan sebuah rompakan yang sungguh hebat, yang dilakukan oleh para konspirator yang menggubah berbilion wang rakyat Malaysia melalui akaun-akaun luar pesisir dan syarikat cengkerang di kawasan perlindungan cukai seperti Seychelles dan British Virgin Island. Skala perniagaan itu mengingatkan kepada kata-kata Balzac, di sebalik kehebatan harta kekayaan pasti ada jenayah yang hebat juga.

Usaha di peringkat antarabangsa untuk mendedahkan kehilangan dana berbilion dolar bermula dengan Xavier Justo. Justo telah membocorkan 90GB data, termasuk 227,000 emel daripada bekas majikannya iaitu PetroSaudi, sebuah syarikat minyak yang menandatangani perjanjian pertama bersama 1MDB. (PetroSaudi telah menafikan mereka melakukan sebarang salah laku) Tanpa dokumen-dokumen tersebut, tiada siapa yang boleh mengambil tindakan.

Hubungan Justo dengan PetroSaudi bermula dari hubungan baik Justo dengan salah seorang pemilik syarikat itu, seorang warga Saudi bernama Tarek Obaid. Dua lelaki ini bertemu pada akhir 90-an, apabila mereka berdua berparti di sebuah kelab malam di Geneva. Pada tahun 2006, mereka rapat bagai isi dan kuku: Justo berjaya sebagai seorang ahli perniagaan yang menguruskan firma khidmat kewangan, Fininfor dan merupakan pemilik kelab malam yang bernama Platinum Club di Geneva. Justo menganggap Obaid seperti “adiknya” dan pada tahun 2008, Justo memberi pinjaman wang sebanyak US$30,000 kepada temannya itu serta menawarkan pekerjaan kepadanya di pejabat Fininfor untuk memulakan operasi PetroSaudi.

Obaid dan Justo merupakan pasangan yang aneh, mereka menjadi baik kerana berkongsi cita-cita menjadi kaya. Justo yang merupakan anak lelaki kepada imigran Sepanyol ke Switzerland, tidak pernah menuntut di universiti. Obaid pula merupakan graduan dari School of Foreign Service, sebuah sekolah berprestij di Georgetown University. Abangnya, Nawaf, berkhidmat sebagai penasihat khas kepada duta Saudi ke UK. Pemilik bersekutu PetroSaudi, Prince Turki bin Abdullah, ialah anak ketujuh kepada King Abdullah bin Abdulaziz, pemerintah Arab Saudi sejak 2005 hingga tahun kematiannya pada 2015.

Apabila Justo meninggalkan Geneva pada tahun 2009, PetroSaudi menjadi sebuah entiti yang beroperasi di London pada satu alamat dan menjalankan sebuah perniagaan rahsia yang tidak diketahui berhampiran Victoria. Dua tahun selepas itu, syarikat itu memiliki aset bernilai USD1.83 bilion.

Urusan perniagaan PetroSaudi adalah sejenis kapitalisme capaian: mengambil peluang dengan bantuan rakan-rakan yang berpengaruh. Idea asalnya adalah untuk mendapatkan keuntungan minyak yang dijana oleh firma-firma milik-negara di negara-negara membangun–khazanah kekayaan yang akan didapatkan oleh sebuah firma yang menjadi “sarana keluarga diraja Saudi”, serta mengharapkan “sokongan padu daripada kor diplomatik kerajaan”. PetroSaudi memberitahu bakal rakan kongsinya bahawa mereka menguasai telaga minyak di tengah Asia, yang akan digunakan sebagai cagaran untuk meminjam wang daripada negara-negara pelabur.

Cadangan sebegitu membolehkan pemilik PetroSaudi dapat mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Malaysia pada Ogos 2009. Mereka menaiki kapal layar mewah berukuran 92m di pinggir pantai Monaco. Obaid dan Prince Turki menghabiskan masa seharian bersama Najib, penasihatnya Jho Low dan turut disertai oleh ahli keluarga Perdana Menteri. Beberapa keping gambar diambil semasa pertemuan itu berlangsung memperlihatkan suasana santai–bertopi besbol dan berseluar pendek–namun perbincangan mereka kelihatan serius. Hasil pertemuan itu, Low dan Obaid mula bekerjasama dalam satu perjanjian yang membolehkan mereka mengawal sejumlah wang yang sangat besar.

Meskipun Low tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan Malaysia, beliau dilihat menjadi orang yang dipercayai oleh Perdana Menteri. Dalam usianya yang masih muda, Low telah menjadi pemain utama dengan kerjasama Goldman Sachs dalam usahanya untuk mewujudkan satu dana berdaulat bagi tujuan pelaburan menggunakan hasil keuntungan minyak Malaysia.

Semasa Najib dan Low menaiki kapal layar bersama pemilik PetroSaudi, kerajaan Malaysia mengambi alih dana itu– dan ditukar namanya kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan diberikan mandat untuk mempromosi pembangunan ekonomi di Malaysia. Badan itu memiliki dana lebih daripada USD1 billion untuk dibelanjakan. Perdana Menteri Malaysia, Najib, mempunyai kuasa sepenuhnya untuk mempersetujui sebarang operasi pelaburan serta kuasa melantik dan memecat ahli lembaga dan pihak pengurusan. Low berperanan untuk memperlicinkan transaksi–menurut DOJ, dia malahan turut menghadiri mesyuarat-mesyuarat 1MDB dan menjadi perantara bagi Najib.

Perjanjian pertama dana itu dibuat beberapa minggu selepas pertemuan bersama PetroSaudi berlangsung–sebuah usaha sama melibatkan USD2.5 billion antara PetroSaudi dan 1MDB ditandatangani Najib semasa beliau melawat Arab Saudi pada September 2009. Laporan media melaporkan usaha sama itu akan “melakukan pelaburan strategik dalam projek berimpak besar” dan “membuktikan keyakinan Arab Saudi terhadap Malaysia”.

Tetapi menurut Jabatan Keadilan AS, perjanjian itu adalah sekadar “lakonan” untuk “muslihat pemindahan wang bernilai lebih dari USD1 billion dari akaun 1MDB ke akaun bank di Swiss” yang berada di bawah kawalan Jho Low–“pemuda berusia 29 tahun yang tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi bersama 1MDB atau PetroSaudi”. PetroSaudi sentiasa menegaskan bahawa semua dana 1MDB telah dibayar kepada entiti-entiti pemegang saham syarikat itu.

Urusan perjanjian usaha sama bernilai berbillion dollar itu berlaku dengan sangat pantas–tidak sampai sebulan. Tidak lama selepas pertemuan di atas kapal layar itu, pada 28 Ogos 2009, Obaid memperkenalkan Low kepada Patrick Mahony – seorang pengarah syarikat yang mengendalikan urusan perniagaan PetroSaudi. Berdasarkan dokumen yang dilihat oleh The Guardian, Low dan Mahony bertemu pada satu sesi makan tengah hari di New York pada 9 September untuk berbincang mengenai usaha sama terbabit.

Selepas makan malam di Masa – sebuah restoran sushi di mana satu menu set berharga USD540 seorang–Mahony menghantar emel kepada Low sehari selepas pertemuan mereka dengan tawaran: “Kami tahu terdapat perjanjian yang sedang kamu perhatikan dan kamu mungkin mahu menggunakan PSI (PetroSaudi)… kami merasa senang hati untuk melakukannya. Cuma kamu perlu beritahu kami di mana.” PetroSaudi berkata dokumen yang dilihat oleh The Guardian itu tidak boleh dipakai, dicuri, palsu dan beberapa petikan dilakukan secara terpilih.

Kurang tiga minggu selepas itu, perjanjian itu dimeterai. PetroSaudi akan menyumbangkan sebanyak USD1.5 billion dalam bentuk aset minyak dan gas ke atas usaha sama berkaitan, manakala 1MDB akan menyuntik wang sebanyak USD1 billion dalam bentuk tunai.

Berdasarkan pemfailan oleh mahkamah AS, 1MDB memindahkan wang sebanyak USD300 juta ke dalam sebuah akaun usaha sama milik PetroSaudi. Tetapi, baki sebanyak USD700 juta telah dipindahkan ke akaun Swiss di RBS Coutts, yang dikendalikan oleh sebuah syarikat cengkerang di bawah pendaftaran Seychelles bernama Good Star. Jabatan Keadilan AS mengemukakan tuduhan bahawa Jho Low, bukan PetroSaudi, ialah pemilik benefisial dan juga merupakan satu-satunya penandatangan yang berkuasa bagi Good Star. Pihak AS turut mendakwa pegawai-pegawai 1MDB memberi maklumat palsu kepada bank-bank terlibat tentang isu pemilikan akaun Good Star bertujuan untuk melencongkan dana USD700 juta itu.

Menerusi dokumen-dokumen yang diteliti oleh The Guardian, pada 30 September 2009 PetroSaudi telah mengalihkan wang USD700 juta untuk dimasukkan ke dalam akaun syarikat itu–tetapi tiga hari kemudian, apabila jabatan pematuhan di RBS Coutss meminta butiran lengkap mengenai nama akaun benefisial itu, alamat yang diberikan oleh 1MDB adalah akaun Good Star. Pada hari yang sama, 2 Oktober, Low menghantar emel kepada Mahony mengatakan “Akan “clear” tidak lama lagi”. PetroSaudi memberitahu The Guardian: “Tidak ada wang yang dimasukkan di dalam usaha sama dengan 1MDB itu disalahgunakan atau hilang. Pelaburan ini telah dibayar balik dengan keuntungan… Kesemua pemindahan wang dari 1MDB telah dibayar dan diluluskan sepenuhya oleh lembaga pengarah 1MDB.”

Berdasarkan dokumen-dokumen yang diteliti oleh The Guardian, transaksi Good Star itu telah menjadikan Obaid yang ketika itu berusia 32 tahun, dan Mahony, pada usia 33, sangat kaya raya. Rekod menunjukkan pada 30 September 2009, Good Star telah bersetuju membayar USD85 juta kepada Obaid, yang dinyatakan oleh syarikat Seychelles sebagai bayaran bagi “khidmat broker”. Wang itu dimasukkan kepada Obaid di akaun Swiss JP Morgan. Pada masa yang sama, emel-emel dan dokumen guaman menunjukkan bahawa Mahony telah diberi kontrak sebagai “pengurus pelaburan” bagi syarikat Good Star. Pada 20 Oktober, Obaid menghantar emel kepada penghubungnya di JP Morgan untuk meminta wang sebanyak USD33 juta dipindahkan ke akaun milik Mahony.

Empat hari selepas itu, Mahony memulakan perbincangan untuk menubuhkan sebuah syarikat luar pesisir untuk membeli sebuah rumah bernilai USD6.7 juta di Notting Hills–pada tarikh 12 November, kontrak rumah tersebut telah pun ditukar. Bekas pengurus bank itu membuat sebuah akaun bank bernombor di Switzerland, dan kesemua pembayaran bagi pembelian aset hartanah itu dibuat dari akaun ini, menerusi syarikat British Virgin Islands yang ditubuhkan oleh Mahony.

Bagi menjawab persoalan The Guardian, PetroSaudi memberitahu pembayaran yang dibuat kepada Obaid bukanlah upah sebagai broker dan pemindahan wang USD33 juta kepada Mahony tidak ada kaitan dengan usaha sama PetroSaudi – 1MDB.

Laura dan Xavier Justo langsung tidak menyedari perubahan kekayaan yang berlaku terhadap rakan mereka, Obaid. Pasangan terbabit sedang berjemur di laut Andaman di Thailand pada Disember 2009 apabila Obaid menghubungi Justo dan menawarkan jawatan sebagai pengarah di London bersama Petro Saudi. Dia memberitahu Justo bahawa syarikat itu telah mencatat kejayaan sekelip mata, bagaimanapun syarikat itu memerlukan bantuannya untuk lebih maju.

Pada mulanya, Justo menolak tawaran Obaid namun akhirnya berjaya dipujuk dengan janji-janji yang mewah. Menurut Justo, Obaid berjanji untuk memberinya gaji berjumlah £400,000, “jutaan bonus” dan manfaat seperti kondo di Mayfair, Central London yang nilai sewanya £10,000 seminggu. Justo pergi ke London pada musim bunga 2010 dan menjadi pengarah PetroSaudi pada bulan Jun. Walaupun demikian, Justo tidak mencampuri urusan perniagaan di Asia. Sebaliknya, pengarah baru itu diberi tugasan melancarkan satu operasi baru di Venezuela. Pada tahun 2011, dia banyak menghabiskan banyak masanya berulang-alik di antara London dan Caracas.

Di antara September 2010 dan Mei 2011, 1MDB bersetuju meminjamkan tambahan dana USD830 juta sebagai usaha sama dengan PetroSaudi–menjadikan jumlah pelaburan 1MDB meningkat kepada USD1.83 billion. Berkenaan pembayaran itu, pihak AS mendakwa pembayaran sebanyak USD330 juta telah dimasukkan ke dalam akaun Swiss yang menurut mereka oleh Jho Low berdasarkan permintaan Obaid–di dalam aduan undang-undang AS itu, disebut sebagai “CEO PetroSaudi”.

Salinan emel dan rekod-rekod bank yang diteliti oleh The Guardian mendapati dalam tempoh sembilan bulan bermula September 2010, Obaid telah memindahkan $77 juta dari akaun Swiss JP Morgan miliknya ke akaun rakan pemilik PetroSaudi, Prince Turki Abdullah. Menurut pihak berkuasa AS, rekod bank menunjukkan, pada musim bunga 2011, Prince Turki juga ada menerima wang sebanyak USD24 juta dari akaun bank Good Star yang dikawal oleh Jho Low–dan beberapa hari seterusnya, USD20 juta dari dana itu dipindahkan ke dalam akaun yang dimiliki oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib.

Sementara itu, Jho Low semakin dikenali dalam dunia kelab-kelab malam di New York sebagai perunding untuk jutawan global–jurugambar merakam gambar Low meneguk Champagne bersama penyanyi R&B dan bintang popular Hollywood. Menurut pihak AS, Low membelanjakan USD100 juta dari transaksi usaha sama itu untuk membeli hartanah di Hollywood dan USD40 juta untuk membeli beberapa apartmen di New York. Pihak AS juga mendakwa dana yang digunakan untuk membiayai filem The Wolf of Wall Streets dapat dikesan secara langsung adalah wang berbillion dollar yang datang daripada akaun PetroSaudi.

Pada masa yang sama, Justo semakin tidak selesa bekerja dengan PetroSaudi. Menurut isterinya Laura, suaminya tidak gembira setelah mendapati dia cuma menerima separuh daripada jumlah gaji yang dijanjikan Obaid–keadaan semakin buruk apabila Justo mengetahui bonus bernilai jutaan pound yang dijanjikan buatnya itu tidak ditunaikan–sekadar enam angka dan bukan tujuh.

Selain itu, beberapa hal lain turut merunsingkan Justo. Dia mengadu kepada isterinya bahawa gajinya sering dibayar lewat, kadang kala dia tidak dibayar langsung. Tambahan pula, Justo perlu membayar sendiri sewa kondo yang sepatutnya ditanggung oleh majikannya.

Pada mulanya, Justo menganggap masalah ini sebagai kesilapan kecil– tiada sebarang unsur khianat dan cuma berlaku akibat kelemahan sistem kira-kira. Namun, Justo semakin berang dengan sikap Obaid. Justo memberitahu kepada rakan-rakannya bahawa Obaid semakin bongkak selepas dia menjadi kaya raya. Justo turut terganggu seperti mana yang digambarkannya tentang perubahan drastik rakan lamanya itu–dia memberitahu orang lain tentang perubahan sifat Obaid yang semakin tidak rasional dan sering naik angin.

Hubungan persahabatan antara Justo dan Obaid semakin tegang dan akhirnya terputus selepas 12 bulan mereka bekerjasama dalam dunia korporat. Pada hujung tahun 2010, Justo tidak hadir dalam satu mesyuarat penting kerana dia terlepas penerbangan. Justo meminta maaf kepada Obaid namun rakannya itu ‘mengamuk” dan mula menghantar emel dan mesej ugutan.

Risau keadaan bertambah buruk, Justo mengambil keputusan untuk berhenti kerja pada Mac 2011. Obaid yang berang seterusnya menghantar emel dan menggelar Justo sebagai “sombong” dan “menunjuk pandai”. Pada bulan April, satu kata putus dibuat di Mayfair. Mahony dan Justo bertemu di bar Hotel Connaught dan mereka mencari penyelesaian untuk pemberhentiannya. Menurut Justo, Mahony bersetuju untuk membayar 6.5 juta Swiss franc sebagai pampasan peletakan jawatannya. Bagaimanapun, perbincangan panas mereka itu diganggu dengan panggilan telefon dari Obaid. Obaid memberitahu Mahony agar memberi 5 juta Swiss franc sahaja kepada Justo, setelah Justo bersungguh-sungguh merayu kepada Mahony sehingga dia mengalirkan air mata. Sehari selepas itu, Justo mendakwa dia diberitahu bahawa dia hanya akan menerima sebanyak 4 juta Swiss franc sahaja.

Justo menyimpan dendamnya, dan dia mengambil salinan data dari rangkaian pelayan komputer PetroSaudi. Pada September 2013, dua tahun selepas dia meninggalkan PetroSaudi, Justo menghantar sebuah emel kepada Mahony. Justo meminta bayaran seperti yang telah dijanjikan terdahulu, dengan amaran bahawa dia memiliki fail berisi pelbagai maklumat tentang PetroSaudi. “Secara rasminya kelihatan yang indah-indah tetapi realitinya penuh dengan komisen, komisen dan komisen,” tulis Justo.

Di dalam beberapa balasan emel seterusnya, Mahony mendakwa Justo memeras ugutnya. Mahony memberi amaran kepada bekas rakan sekerjanya itu: “Apa yang merunsingkan aku ialah bagaimana aku melihat semua ini akan berakhir–iaitu kau akan musnah.”

Beberapa bulan selepas itu, semasa menikmati makanan Cina di London, seorang jurnalis yang pertama mendedahkan tentang skandal 1MDB mendengar khabar angin tentang pencurian yang dahsyat di Malaysia. Clare Rewcastle Brown menemui seorang individu di sebuah restoran di Bayswater. Individu itu menunjukkan tangkapan skrin dokumen dalaman daripada PetroSaudi: pada satu halaman bercetak, terdapat beberapa sorotan tentang urusan PetroSaudi dan 1MDB, di bawah tajuk “Beribu-ribu dokumen berkaitan dengan urusan itu (emel, faks dan transkrip)”. Brown mengenali nama-nama pihak terlibat dan urus janji terbabit. Wanita itu amat terkejut. “Seperti ada bom meletus dalam kepada saya,” ujar Brown semasa mengimbas peristiwa itu. Serta-merta dia tahu bahawa ini adalah kisah yang menggemparkan.

Rewcastle Brown ialah pemberontak Inggeris yang klasik di tengah-tengah pusat kekuasaan. Beliau dilahirkan di kepulauan Borneo–yang merupakan sebahagian daripada Malaysia–ketika negara itu masih di bawah empayar British, di mana bapanya ialah seorang polis kolonial dan juga menjadi ketua perkhidmatan risikan tempatan. Abang iparnya, Gordon Brown ialah bekas perdana menteri British. Selepas bekerja bersama BBC, pada 2010, wanita itu menubuhkan Sarawak Report, sebuah laman web yang didedikasikan untuk mendedahkan aktiviti korupsi yang berlaku di tanah kelahirannya.

Bekerja dari dapur kecil di rumahnya yang terletak di tengah kota London, Brown menerbitkan satu demi satu laporan yang mendedahkan korupsi yang berlaku dalam industri pembalakan dan minyak di Malaysia yang merosakkan tanah dan hutan negara demi mengaut keuntungan. Emel jurnalis itu diceroboh dan dia menerima ugutan bunuh. Bagaimanapun, wanita itu tetap bertahan dan meneruskan usahanya. Pada awal 2013, ahli politik Malaysia melabel beliau sebagai “musuh negara”. Tidak gentar, Brown menganggap jolokan itu sebagai pujian buatnya. Dari dekat wanita ini menunjukkan campuran sifat melulu dan juga berani, atau hampir-hampir sembrono. Motonya adalah: “Saya hanya mahu mendapatkan berita.”

Sejurus perjumpaan di Bayswater, Rewcastle Brown nekad mahu mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan 1MDB. Halangan pertamanya ialah wang kerana sumber pemberi maklumat dari PetroSaudi meminta wang berjuta sebagai bayaran untuk maklumat terbabit.

Cabaran lain dihadapinya ialah tiada jurnalis lain dari Malaysia yang mahu menyentuh isu itu. Di Malaysia, Perdana Menteri, Najib Razak baru memenangi pilihanraya yang sengit dan beliau mempunyai kuasa dan pengaruh hebat. Khabar angin mula tersebar mengenai kewujudan dokumen-dokumen disembunyikan oleh PetroSaudi – ada yang mendakwa mafia Russia menjadi dalang di sebalik pemindahan data itu. Selain itu, ada yang membuat spekulasi bahawa semua ini adalah perangkap semata-mata dan dirancang oleh perdana menteri untuk menjerat para pengkritiknya.

Tidak berputus asa, Rewcastle Brown mengatur pertemuan dengan perantaranya untuk berjumpa dengan sumber maklumatnya di Thailand. Pada Oktober 2014, Brown menuju ke lobi Hotel Plaza Athénée di Bangkok. Dia memberitahu suaminya dia bakal bertemu dengan “lelaki Swiss yang botak dan memakai cermin mata”. Sebaliknya, Xavier Justo yang muncul di foyer hotel – bertubuh sasa dengan ketinggian 6 kaki 6 inci. Rewcastle Brown akhirnya bertemu dengan “lelaki yang berfizikal tegap dan elegan”. “Oh Tuhan,” katanya. “Lelaki ini boleh membelasah aku”

Justo mengakui dirinya turut risau seperti Brown. Menurut Rewcastle Brown, Justo kelihatan “sangat gugup” dan berulang kali mengingatkannya “kita berhadapan dengan orang-orang yang tiada berhati perut, mempunyai wang yang banyak dan sangat-sangat berkuasa – mereka boleh mengapa-apakan kita sesuka hati”.

Justo memberitahu Brown dia mahukan USD2 juta bagi pertukaran maklumat dokumen PetroSaudi-1MDB. Tambahnya lagi, jumlah itu adalah wang yang sepatutnya dia perolehi apabila dia meninggalkan PetroSaudi.

Walaupun Justo berkongsi beberapa maklumat semasa pertemuan itu, dia nekad: jika tiada wang tunai, maka tiada data untuk dikongsikan. Rewcastle Brown perlu mencari individu berharta yang mampu membayar sejumlah wang agar dia mendapat dokumen-dokumen itu.

Pada masa itu, konflik tentang 1MDB telah mula mendapat perhatian dan tersebar luas di Malaysia. Analisis kewangan menunjukkan bahawa dana tersebut gagal menjana wang yang cukup untuk membayar faedah bagi hutang bernilai berbillion dollar yang ditanggung badan itu. Ratusan juta yang telah dibelanjakan pada karya seni, barang kemas, hartanah, perjudian dan parti tidak memulangkan semula wang “pelaburan”. Pada 2014, pihak pembangkang mencemuh Najib dengan tuduhan dana kekayaan itu sepatutnya diberi nama baharu “1Malaysia Debts of Billions”.

Pada Ogos 2014, Najib menerima satu lagi tamparan. Mahathir Mohamad, tokoh politik dan bapa kemodenan Malaysia yang berkhidmat sebagai perdana menteri dari 1981 sehingga 2003 mengumumkan bahawa beliau tidak lagi memberi sokongan kepada Najib, bekas anak didiknya itu. Selang beberapa minggu kemudian, Mahathir semakin lantang dalam mengkritik Najib. Beliau juga memberi amaran bahawa 1MDB akan mengakibatkan pertambahan kadar hutang Malaysia yang amat tinggi dan membahayakan.

Amaran bekas perdana menteri itu tidak diendahkan. Hutang dana itu semakin meningkat. Pada November 2014, 1MDB berhutang sebanyak USD11 billion. Najib yang mempengerusikan badan pelaburan itu, tampil bersahaja, dan memaklumkan kepada agensi berita negara bahawa pihak kerajaan tidak bertanggungjawab sekiranya 1MDB bankrup.

Krisis menjadi bertambah rumit namun Rewcastle Brown tetap meneruskan pencariannya bagi mendapatkan individu yang sanggup membayar Justo untuk mendapatkan dokumen-dokumen PetroSaudi-1MDB. Jurnalis itu mengenalpasti penerbitan The Edge, kumpulan media yang kerap melaporkan berita tentang skandal yang sedang berlaku di Malaysia itu. Brown merasakan bahawa dia telah menjumpai rakan sekutu yang berkemampuan lalu menghubungi pemilik the Edge, Tong Kooi Ong, seorang bekas ahli perbankan yang kini menjadi seorang hartawan dan memiliki syarikat dan kumpulan media.

Pada Januari 2015, Tong, Brown dan Justo menghadiri satu perjumpaan di sebuah hotel lima bintang, the Fullerton, Singapura. Tong menyewa sebuah bilik persidangan dan beberapa pakar IT turut menyertai mereka serta tidak ketinggalan, ketua editor the Edge, Kay At. Mesyuarat menyaksikan Justo menerangkan usaha sama yang dijalankan oleh 1MDB serta membuat kenyataan sama seperti yang dibuat oleh Jabatan Keadilan AS selepas 18 bulan pertemuan itu berlangsung: Wang pelaburan bernilai ratusan juta dollar yang sepatutnya diguna bagi tujuan pembangunan ekonomi di Malaysia telah disalurkan ke sebuah syarikat yang diasaskan di Seychelles. Dalang yang didakwa melakukan transaksi itu adalah Jho Low, yang juga merupakan penasihat dan kenalan kepada Najib.

Pendedahan besar ini sungguh bernilai. Oleh itu, Tong bersetuju untuk membayar USD2 juta kepada Justo. Justo akhirnya menyerahkan pemacu cakera berisi data itu kepada Tong dan Brown dengan serta merta. Namun, pembayaran wang dengan jumlah sebesar itu belum dibuat. Justo tidak mahu menerima wang tunai dan dia risau sekiranya pemindahan wang besar ke dalam akaunnya akan mendatangkan curiga. Tong menawarkan salah satu lukisan Monet miliknya sebagai cagaran – Justo tidak bersetuju dan berkata “tidak mengapa, saya percaya kepada kamu”. Rewcastle akhirnya berjaya mendapatkan segala dokumen yang diidam-idamkan sejak enam bulan lalu.

Pada 28 Februari 2015, Brown menerbitkan kisah gempar itu di laman webnya dengan tajuk yang menarik perhatian: “Rompakan Terbesar Abad Ini!” Artikel itu melaporkan susunan peristiwa bagaimana wang USD700 juta boleh lesap dari tabung 1MDB dan bagaimana wang itu dipindahkan ke pelbagai akaun syarikat asing dan bank Swiss.

Artikel Brown itu memberi impak ke seluruh dunia. Persoalan sumber kekayaan dan perbelanjaan mewah Low bagi apartmen-apartmen di New York kini hampir terjawab apabila pihak penguasa undang-undang di US mendapat pendedahan daripada artikel ditulis Brown.

Ketika membuat kajian tentang cerita itu, Rewcastle Brown berkerjasama dengan Sunday Times yang membantu untuk merungkai maklumat yang diberi oleh Justo. Akhbar itu seterusnya mengadakan sesi temu bual bersama bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir. Mantan perdana menteri itu mengarahkan penyiasatan dan audit sepenuhnya dilakukan secara serta merta. “Seseorang pasti melakukan tindakan bodoh sehingga USD700 juta dilepaskan tanpa sebarang sebab yang kukuh,” ujar Mahathir.

Respons pantas diterima dari Malaysia. Pada 1 Mac 2015, pihak pengurusan 1MDB mendakwa mereka telah menarik diri dari usaha sama itu pada tahun 2012. 1MDB juga telah menerima balik semua dana pelaburan dan tambahan keuntungan sebanyak USD488 juta. PetroSaudi mendakwa USD700 juta telah dipindahkan ke “entiti dimiliki PetroSaudi” – dalam kata lain, membidas bahawa syarikat yang dikawal oleh Jho Low pernah menerima bayaran dalam perjanjian tersebut.

Tidak lama sebelum Rewcastle membocorkan maklumat diperolehinya, bon 1MDB telah mula merosot dengan teruk. Selepas dana £200 juta digunakan kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan masalah kewangan 1MDB, Najib akhirnya akur dengan arahan penyiasatan dilakukan oleh ketua audit negara dan jawatankuasa kira-kira wang negara. Tidak lama selepas penyiasatan bermula, bank negara dan suruhanjaya pencegahan rasuah turut melakukan siasatan. Selain itu, ketua polis negara dilaporkan membuat kenyataan bahawa perdana menteri mungkin bakal disoal siasat.

Najib seterusnya memperkukuh kedudukannya. Beliau memiliki kuasa besar sebagai seorang perdana menteri merangkap menteri kewangan: pada bulan April, pihak kerajaan mula mengharamkan dan mengenakan penalti dan menafikan hak kebebasan bersuara, terutamanya melalui media sosial. Lima eksekutif dari Kumpulan Media The Edge milik Tong – yang menerbitkan laporan terperinci mengenai perjanjian bersama PetroSaudi – ditahan di bawah akta hasutan. Kerajaan turut memperkenal undang-undang baru, yang hanya kononnya akan mensasarkan kepada pengganas, seterusnya membenarkan suspek ditahan serta merta. Pada Julai 2015, portal berita the Edge pula diharamkan.

Skandal yang semakin mendapat liputan meluas tidak menggoyahkan Perdana Menteri, Najib. Pada 2 Julai, Rewcastle Brown dan Wall Street Journal melaporkan penyiasatan yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia menemukan USD681 juta telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada 2013 melalui bank-bank, agensi dan syarikat yang mempunyai kaitan dengan 1MDB. Selang beberapa hari, pejabat 1MDB diserbu oleh penyiasat berkaitan.

Najib kini menjadi sasaran korupsi berkaitan tuduhan kehilangan berbillion wang dari dana badan pelaburan yang dipegangnya. Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang dahulunya menyokong kepimpinan Najib, telah menyoal Najib secara terbuka tentang isu dana yang hilang. Najib kian tersepit.

Pada pagi Isnin, 28 Julai, peguam negara, Abdul Gani Patail–seorang loyalis parti yang dahulunya beliau sering menentang pihak pembangkang perdana menteri itu–tiba di pejabatnya untuk menyiapkan pendakwaan mahkamah tentang tuduhan korupsi yang dikenakan ke atas Najib. Kertas pendakwaan itu kemudiannya diperoleh dan diterbitkan oleh Rewcastle Brown, sepatutnya akan digunakan untuk mendakwa perdana menteri atas korupsi hasil daripada siasatan yang dijalankan ke atas 1MDB.

Peguam negara tidak sempat membuat pertuduhan itu. Setiba di pejabatnya, Abdul Gani dilucutkan dari jawatannya. Dalam satu kenyataan, Najib menjelaskan peguam negara itu ditamatkan perkhidmatannya atas sebab kesihatan. Selain itu, beberapa individu turut digugurkan jawatannya, iaitu ketua bahagian cawangan khas dan timbalan perdana menteri. Sementara itu, empat ahli jawatankuasa kira-kira negara pula dinaikkan pangkat ke jawatan di kabinet. Mereka tiada pilihan serta tidak boleh meneruskan siasatan yang telah mereka jalankan. Lebih buruk, segala siasatan jawatankuasa itu diisytiharkan digantung. Keesokan harinya, satu kebakaran misteri berlaku di ibu pejabat polis, di mana rekod-rekod jenayah kolar putih itu disimpan.

Sekali lagi Najib berjaya mengawal keadaan.

Tindakan tegas yang dibuat Najib menyerlahkan sifat Najib yang tiada belas kasihan. Bagaimanapun, skandal ini masih boleh dirungkai oleh Xavier Justo. Justo bukan sahaja membocorkan maklumat tentang perjanjian IMDB dengan PetroSaudi. Malahan, lelaki itu berpotensi menjadi saksi utama dalam pembicaraan mahkamah melibatkan skandal kewangan itu di masa depan.

Sejurus Justo ditahan atas dakwaan peras ugut, dia diterbangkan ke Bangkok pada Jun 2015 dan diletakkan bersama 70 banduan lain. Lantai penjara itu berbau hancing dan ruangan sempit menyebabkan para banduan tidak dapat tidur dengan selesa. Menurut Laura, isteri kepada Justo, pelawat pertama yang mengunjungi suaminya ialah bekas rakan sekerjanya dan pengarah PetroSaudi, Patrick Mahony. Mahony kelihatan tenang dan bersahaja dan dengan tersenyum memberitahu Justo dia datang untuk membantu.

Laura berkata Mahony menawarkan perjanjian dengan Justo: “mengaku salah dan PetroSaudi akan membawa kau keluar dari sini pada hujung tahun nanti”. Justo menerima tawaran itu dengan berat hati. Dia menandatangani surat pengakuan – tanpa kehadiran peguam – menyatakan bahawa dia telah membuat cubaan memeras ugut bekas majikannya dan meminta maaf kepada Mahony dan Obaid “atas tekanan dan kegelisahan mereka yang berpunca daripada saya”. Laura menambah, seorang individu yang mengaku sebagai detektif Scotland Yard, memberitahu kepada Laura bahawa dia diupah oleh PetroSaudi, telah mengambil pengakuan Justo. (PetroSaudi memberitahu the Guardian, Justo telah “memperoleh dokumen sulit secara haram” dan berada di dalam penjara kerana “memeras ugut”.)

Justo dibicarakan pada 17 Ogos 2015 di Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok. Semasa pembicaraan berlangsung, Justo dibantu oleh penterjemah namun peguamnya tidak hadir dan diganti oleh pembantunya. Sesi pembicaraan berlangsung selama 15 minit. Justo menerima hukuman penjara 3 tahun kerana cubaan memeras ugut sebuah syarikat US dan meminta USD2 juta sebagai pampasan.

Kehidupan Justo di balik tirai besi di penjara Klong Prem Central bukanlah mudah. Terletak di bandar yang bersuhu tidak pernah rendah dari 26 darjah, Justo berkongsi sel “VIP”-nya bersama 25 banduan lain. Sarapan pada 7 pagi. Air dicatu. Para banduan tidak mendapat makanan selepas jam melewati angka 3 petang, Terdapat sebuah bilik air di belakang sel, cuma ada satu paip dan sebuah lubang di lantai sebagai tandas.

Tahun 2015 berlalu dan tiada tanda-tanda suaminya akan bebas dari tahanan pada akhir tahun. Laura semakin curiga dengan pengantaranya di PetroSaudi. Laporan berita di dada akhbar Swiss dan Malaysia yang melaporkan kisah Justo menggambarkan suaminya itu sebagai boneka dalam plot politik menentang perdana menteri Malaysia. Nasib tidak berpihak kepada Justo dan kehidupannya semakin terseksa. Justo tidur beralaskan selimut nipis di selnya – tilamnya telah dirampas beberapa bulan selepas dia menghuni penjara itu, waktu senamannya juga tiada.

Laura yakin suaminya menjadi mangsa penipuan bekas rakannya yang memperdaya Justo sehingga dia mengaku salah dan menyerahkan salinan menghubungkan PetroSaudi dalam cubaan untuk melindungi diri mereka dan rakan sekutu dari Malaysia untuk menutup kes ini. Pada Mei 2016, dalam usaha terakhirnya untuk menyelamatkan suami tercinta, Laura mendapatkan seseorang yang dipercayai Justo: Rewcastle Brown, seterusnya membawa Laura kepada the Guardian.

Semasa saya bertemu Laura pada Jun 2016, dia kelihatan tenang dan tidak banyak cakap. Namun suaranya berubah dan beremosi apabila dia mula bercerita mengenai suaminya sehingga dia mengalirkan air mata. Justo tidak berjumpa anak lelakinya sejak dia berusia 8 bulan. “Saya cuma mahu keadilan ditegakkan,” ujar Laura menerusi emel. “Xavier bukan seorang pencuri. Dia cuma menuntut haknya seperti yang telah dijanjikan. Mungkin ini adalah masa terburuk dalam hidupnya namun dia akan terus kuat dan tabah demi saya dan anak kami – Justo akan terus berjuang untuk kami walau apa pun yang berlaku.”

Sejak perkenalannya dengan Rewcastle Brown dan the Guardian, Laura sering menyerahkan nota-nota yang dia seludup keluar dari penjara. Justo mengakui bahawa dia telah ditipu. Laura percaya Patrick Mahony dari PetroSaudi telah mengawal kehidupan Justo di sebalik tirai besi, memikirkan betapa selesanya ruang yang didiami suaminya, serta siapakah yang akan datang melawatnya. (Terdapat senarai nama yang diberi kebenaran melawat ditampal di dinding penjara itu. Mahony tersenarai di senarai yang kedua manakala Laura di senarai kelima.)

Laura memberitahu dia memiliki emel-emel dan mesej dari Whatsapp serta rakaman panggilan telefon dari tahun lepas yang menunjukkan Mahony menerima tekanan dari Najib. Selain itu, Mahony juga ditekan oleh para penyiasat dari AS dan Swiss yang cuba merungkai perjanjian 1MDB. Menerusi pita perbualan telefon bersama Laura, Mahony kedengaran obses dengan Rewcastle Brown, dan dia menggelar wanita itu sebagai “betina tidak berguna”. Dalam satu rakaman perbualan antara Laura dan Mahony dari November 2015, Mahony secara tidak langsung merujuk kepada seorang individu yang menurutnya mampu meringankan hukuman Justo; “Saya telah beritahu kamu, siapa yang sebenarnya mengatur semua ini. Tidak lama lagi saya akan bertemunya dalam satu mesyuarat…Lelaki ini masih tertekan kerana kerjaya politiknya sedang dipertaruhkan. Dia sedang menghadapi masalah besar dan itu yang paling utama.”

Apabila Laura bertanya apakah yang patut dia sampaikan kepada Justo, Mahony berkata: “Satu-satunya cara untuk membantu suami kamu–sertai permainan ini–dedahkan diri kamu kepada media apabila sudah bersedia. Kamu sudah siap untuk mengecam semua individu yang berkonspirasi ke atas Justo… Aku tidak tipu… Sama ada kamu memperbaiki situasi atau tidak membantu langsung.”

Apabila Laura menuntut pembebasan Justo, Mahony meradang. “Aku masih berhadapan dengan kesukaran ini setiap hari. Harus diingat bahawa kita semua terbabit dalam masalah ini. Ya Justo sedang meringkuk di dalam penjara dan kamu keseorangan bersama bayimu. Aku memahami situasi kamu tetapi aku juga terpalit dalam kancah ini dan ramai lagi orang yang sama-sama terlibat. Seorang perdana menteri sedang berhadapan masalah besar kerana dia turut terlibat dalam masalah ini.”

Menjelang Disember, melalui satu panggilan telefon lain, Mahony mengaku dia telah pergi ke US dan “pihak FBI sedang meneliti skandal ini”. Mahony turut dipanggil ke pejabat peguam negara Swiss. “Pihak Swiss terus membawa masalah kepada kita… Mereka tidak memiliki sebarang maklumat… Mereka tidak mahu berdiam diri dan dituduh tidak melakukan apa-apa tindakan.” PetroSaudi berkata mereka akan bekerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa rasmi dalam sebarang bidang kuasa dan buat masa ini ia tidak disiasat oleh mana-mana bidang kuasa. Mahony juga tidak pernah disoal siasat oleh pihak pegawai US mahupun Swiss.

Pendedahan maklumat oleh Justo masih menjadi bualan hangat seantero dunia. Apabila Jabatan Keadilan AS membentangkan kes menentang 1MDB tempoh hari, mereka langsung tidak teragak-agak. “Rakyat Malaysia ditipu dalam skala yang amat besar,” kata Andrew McCabe, timbalan pengarah FBI. Pegawai-pagawai US memberitahu the Guardian mana-mana pihak yang ingin mempersoal dakwaan peguam negara mestilah memfailkan maklum balas kepada mahkamah persekutuan dalam tempoh 60 hari bagi menjawab tuduhan fakta yang telah diusulkan.

Dalam kes berasingan, DOJ turut menyiasat sama ada Goldman Sachs melanggar undang-undang perbankan AS dalam menangani tawaran bon bernilai USD6.5 billion yang dijalankan bersama 1MDB. Organisasi gergasi The Wall Street itu memperoleh USD593 juta kerana isu ini yang berlarutan. Goldman Sachs menafikan penglibatan mereka dalam perbuatan yang melanggar undang-undang itu. Bank itu memberitahu kepada the Guardian “Kami cuba menjana wang bagi dana kekayaan negara yang sepatutnya diguna untuk tujuan pelaburan di Malaysia. Kami tidak mampu mengesan jika sebahagian dana itu telah dipindahkan atau diguna bagi tujuan lain.”

Apa yang lebih penting, dakwaan yang dibuat DOJ amat bercanggah dengan kenyataan yang diberikan Perdana Menteri Najib tentang asal usul dan mengapa wang ratusan juta itu berada dalam akaun peribadi miliknya – Najib mendakwa wang itu adalah derma yang diberi oleh penderma dari Arab Saudi.

Pemfailan DOJ dibuat semasa demokrasi di Malaysia berada dalam situasi genting. Pada 1 Ogos, undang-undang keras diperkenalkan Najib mulai berkuatkuasa–membenarkan kerajaan Malaysia untuk mewujudkan undang-undang anti keganasan. Undang-undang yang diwujudkan itu secara tidak langsung memperkukuh kuasa badan pertahanan Malaysia–membenarkan penahanan, penggeledahan dan serbuan dibuat tanpa waran serta meroboh bangunan.

Sementara itu di bahagian lain, penyiasatan tentang skandal korupsi semakin giat dijalankan. Di Switzerland, Jabatan Keadilan AS mengenal pasti RBS Coutts dan Rothschild Bank sebagai saluran bagi transaksi wang seperti mana yang didakwa. Peguam Negara Swiss menyiasat pencurian yang melibatkan berbillion dollar itu. The Guardian bagaimanapun gagal mendapatkan penjelasan dari bank-bank tersebut selepas mereka dihubungi.

Singapura menemui “lompong dan beberapa kelemahan” dalam kawalan penggubahan wang haram di kebanyakan bank. Buat pertama kali dalam sejarah negara itu, pihak berkuasa telah menghentikan operasi sebuah bank perdagangan. Pada bulan April, Emeriah Arab Bersatu membekukan ratusan juta dollar dalam akaun yang dimiliki oleh mereka yang terbabit dalam skandal 1MDB dan melarang pemegang akaun itu dari meninggalkan negara.

Pihak lembaga 1MDB berkata “kami yakin tiada salah laku atau jenayah yang berlaku” namun sebagai “langkah berjaga-jaga”, akaun badan pelaburan itu pada 2013 dan 2014 tidak lagi boleh “bergantung dengan mana-mana pihak”. Najib menjelaskan beliau tidak melakukan “sebarang kesalahan atau menyeleweng”. Peguam Negara Malaysia seterusnya membebaskan Najib dari tuduhan melibatkan skandal korupsi itu pada awal tahun lalu.

Buat masa sekarang, individu yang boleh mendedahkan perkara sebenar dalam skandal rompakan ini sedang meringkuk di dalam penjara di Bangkok. Xavier Justo didesak oleh moraliti dan juga pembalasan dendam – dia ingin menuntut keadilan dari rakan yang mengkhianatinya. Untuk mendapatkan hal itu, dia memilih untuk mendedahkan hal sebenar. Nama Justo mungkin tidak akan dicatat dalam sejarah sebagai wira, yang tidak mementingkan diri lalu mendedahkan kebenaran. Tetapi apa yang telah dilakukannya itu, secara tidak sengaja adalah satu pengorbanan.

Laporan ini telah terbit di akhbar The Guardian dan diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Maisarah Akbal.

#1MDB
#SkandalKewanganTerbesarDunia
#TheGuardian
#RakyatMalaysiaDitipuSkalaBesar

Rabu, 23 Mei 2018

Solat jamaah

Tolong share kepada para suami, saudara laki2, anak laki2, sepupu laki2 & yg merasa laki2 sbg bentuk cinta & sayang kita...😊😊📚

TAHUKAH KAUM LELAKI?
___________________
🐪 Sudah tahukah  KAUM LELAKI bahwa Rasulullah tdk pernah meninggalkan solat berjamaah, sejak solat diwajibkan malam isra mi'raj hingga solat terakhir dalam hidup beliau?

🐪 Tahukah   KAUM LELAKI bahwa banyak di antara para ulama yg seumur hidupnya tidak pernah solat fardhu sendirian dan selalu berjamaah sampai akhir hayat mereka?

🐪 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa diantara mereka ada yg rela walaupun harus membayar orang demi menemani solat berjamaah?

🐪 Tahukah   KAUM LELAKI  bahwa ada sebagian ulama yg pernah menangis selama 40 hari krn merasa rugi yg amat mendalam sebab tertinggal satu solat fardhu berjamaah saja?

🐪 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa bila anda solat berjamaah maka solat anda dapat dipastikan diterima oleh ​اَللّهُ ?

🐪 Tahukah   KAUM LELAKI bahwa khusus utk solat isya dan subuh berjamaah berpahala seperti solat setengah malam dan semalam suntuk?

🐪 Tahukah    KAUM LELAKI bahwa orang yg solat subuh berjamaah,  maka dihari itu kehidupannya dibawah perlindungan ​اَللّهُ ? Artinya, bila ada orang yg mengusiknya maka dia berurusan langsung dgn ​اَللّهُ ?

🐪 Tahukah   KAUM LELAKI bahwa karena begitu beratnya hukum solat berjamaah sehingga dalam madzhab hanafi difatwakan bahwa hukum solat berjamaah adalah wajib?

🐪 Tahukah   KAUM LELAKI bahwa dalam madzhab kita asysyafi'i solat berjamaah hukumnya fardhu kifayah sehingga bila dalam sebuah perkampungan penduduknya, tdk ada yg solat berjamaah, maka sekampung itu, berdosa semua karena meninggalkan berjamaah dan bukan karena meninggalkan solat?

🐪 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa syaitan akan berleluasa berkuasa di sebuah perkampungan, bila penghuninya tdk ada yg solat berjamaah?

🐫Tahukah   KAUM LELAKI bahwa dalam suatu hadith, Rasulullah SAW sempat mengancam bahkan Rasulullah SAW mengancam kepada orang yg meninggalkan solat berjamaah hingga berkeinginan membakar rumah mereka?

🐪 Tahukah  KAUM LELAKI bahwa sahabat Ibnu Mas'ud RA, pernah mengatakan "kami saksikan saat Nabi Muhammad SAW masih hidup tidak seorangpun, ada yg  meninggalkan solat berjamaah kecuali hanya orang2 munafik tulen"?

🐪 Tahukah  anda bahwa bila anda menyebar info ini maka anda tdk akan rugi atau menjadi hina, malahan, insya ​اَللّهُ  akan berpotensi mendapat kebaikan yg tak terhingga? Semoga mendapat hidayah bersama.

آمين يا رب العالمين. ...

Semoga Bermanfaat..
BARAKALLAHU Fiikum..🕌🌹

Abam mat

Hidupnya susah sejak di zaman kanak-kanak... Dia dari keluarga miskin... Bapanya mewarisi kemiskinan datuknya... Lalu dia terpaksa mengharungi kefakiran itu dengan tabah.... Dia tidak tahu apa erti kemewahan dalam hidup.... Dia makan hanya sekadar untuk menyambung nyawa meneruskan hidup... Dia pakai baju dan seluar sekadar untuk menutup tubuh sahaja.

Pernah satu ketika, hari raya aidil fitri jatuh pada akhir bulan dua belas, sedangkan awal bulan satu tahun berikutnya penggal baru persekolahan akan dibuka.... Dia tidak lupa bagaimana ayahnya berkira-kira samada nak beli untuk dia baju raya atau baju sekolah.

Baju raya, baju sekolah... baju raya, baju sekolah... Akhirnya ayahnya belikan untuk dia sepasang baju sekolah yang boleh dibuat raya.... Suka benar dia dapat pakai baju dan seluar baru di hari raya, dan itu lah juga pakaian sekolahnya.

Waktu rehat di sekolah, dia selalu memencilkan diri dari kawan-kawan lain... Dia pergi makan nasi bekalnya di bawah pokok di penjuru pagar sekolah, lantaran malu kerana bekalannya hanya nasi beras usang berlaukkan ikan sepat atau ikan puyu atau ikan haruan.

Seorang murid perempuan yang juga rakan sekelasnya kerap juga datang menemaninya makan... Budak perempuan itu anak askar... Hidupnya agak senang sebab bapanya bergaji tetap... Tidak diketahui kenapa budak perempuan itu selalu datang makan bersama dia... Mungkin atas dasar simpati, atau mungkin budak perempuan anak askar itu memang suka berkawan dengan dia.... Kadang-kadang anak askar itu memberikan makanan yang dibawanya, tetapi.... roti disapu majerin, dia hampir termuntah kerana itu lah pertama kali dalam hidupnya dia merasa makan majerin.

Hari berlalu musim berganti... Dia dan budak perempuan anak askar itu terus berkawan sampai naik sekolah menengah bahkan sampai ke tingkatan lima.

Selepas tamat MCE, dia dapat masuk ITM melanjutkan pelajaran, sedangkan budak perempuan anak askar itu masuk kursus jururawat.

Tahun 1974, ketika masih bergelar mahasiswa, berlaku tunjuk perasaan di Baling, Kedah akibat ada penduduk yang mati kebuluran akibat terlalu miskin.... Dia ikut serta dalam demonstrasi itu... Ramai pemimpin mahasiswa yang ditahan dan ada yang melarikan diri ke luar negeri.

Dia...? Ya, dia juga dikenakan tindakan... Dia digantung pengajiannya oleh pihak ITM.

Dalam keadaan yang gawat tidak tentu hala tujuan masa depan itu lah, kawannya yang jadi misi hospital itu datang berjumpa dengannya, bertanyakan tentang kesediannya untuk mengikat hubungan itu dengan perkahwinan, kerana menurut perempuan itu, ada orang datang melamarnya, tetapi ditangguhkan jawapan samada menerima atau menolak, kerana mahu bertanya pendapat dia terlebih dulu.

Dengan perasaan yang amat berat dia menasihatkan jururawat itu supaya terimalah lamaran itu, kerana dia sendiri tidak menentu masa depannya selepas digantung pengajian di ITM.

Akhirnya dia dapat berita perkahwinan jururawat itu akan dilangsungkan pada sekian-sekian haribulan... Dia tenang saja, tabah mengharungi gelombang hidup yang serba kekurangan.

Setenang-tenang dia, walau bagaimana tabah hatinya menghadapi dugaan, tetapi pada hari perkahwinan jururawat kawan baiknya sejak di sekolah itu, dia menjadi tidak keruan.... Di ambil basikal ayahnya, dan dia kayuh basikal keliling kampung, hingga sampai di tempat yang tak ada orang, akhirnya dia menangis huhuhuhuuu sambil mengayuh basikal tua ayahnya... Dia membiarkan air mata jatuh ke pipi lalu mengalir hingga membasahi dagunya.

Ya, dia menangis sungguh-sungguh... Dia pun tidak tahu kenapa dia harus menangis. 

Itu peristiwa yang berlaku lebih 40 tahun yang lalu.... Sekarang dia hidup bahagia bersama isteri dan anak-anaknya yang telah besar-besar belaka.

Dia ialah Abang Mat, Menteri Pertahanan Malaysia.

Selasa, 22 Mei 2018

Rahmat

✍Sayangnya Allah pada Tun Mahathir, Allah izinkan Tun Mahathir hidup 93 tahun untuk lihat segala kesilapan dia dan perbaiki balik segala kesalahannya....

  Sayangnya Allah pada Najib, Allah benarkan rakyat bersuara untuk jatuhkan Najib agar tidak terus berbuat kezaliman....

  Sayangnya Allah pada pimpinan Ulamak, Allah berikan kemenangan pada beberapa buah tempat sebagai ruang rujukan dan teguran buat pimpinan yang diangkat...

Sayang Allah pada Anwar,terpelihara dari derita sakitnya dalam tempoh terkurung di tembok batu...

  Sayangnya Allah pada Malaysia, Allah angkat pimpinan2 yg disayangiNya untuk mentadbir dan memperbaiki negara...

   Sayangnya Allah pada kita, Allah tutup segala aib, dosa dan kejahatan yg kita lakukan, Allah makbulkan doa2 kita....

  Kita memandang Tun Mahathir sebagai seorang tua yg tidak cukup waktunya....
 Namun kita lupa, Allah beri kita masa utk perbaiki segalanya bersama..

  Rahmat Allah terlalu luas, keampunanNya tidak mengira siapa.. mengapa kita masih bersengketa? Maksumkah kita?

Copypaste

Doa dizalimi

sebagian manusia begitu mudah merasa dizalimi, tapi tak sadar kalau sering menzalimi. Begitu mudah berteriak ketika haknya tidak ditunaikan, tapi "ndablek" ketika melanggar hak Allah dan hak orang lain.
Itu sebabnya ketika kita "merasa" dizalimi maka berdo'alah sepenuh hati kepada Allah :
"Ya Allah, Engkau Maha Adil Bijaksana, Maha Pengasih lagi Penyayang, saya terima ketetapan-Mu ini, saya terima diri saya apa adanya, saya ridho dengan keadaan saya yang telah Engkau gariskan. Ya Allah, walau ini tak mudah, walau saya sangat kecewa dengan kelakuan orang itu, saya kini sadar bahwa ada kehendak-Mu yang Agung dibalik kejadian ini, saya yakin maksud baik-Mu atas peristiwa ini, karena saya memang banyak salah dan dosa, semoga kejadian ini menggugurkan banyak dosa-dosa saya,  maka ampunilah saya, sayangilah saya, peluklah saya dalam rahmat-Mu. Ya Allah, dengan rahmat-Mu, maka saya maafkan orang itu, maafkanlah dia, ampunilah dia, sayangilah dia, berilah kami ampunan dan kasih sayang-Mu, kepada-Mu lah kami kembali, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat. Aamiin"

Puasa hati

Ini kali ke-2 dah saya jumpa Pak Guard makan mencangkung di antara rak-rak makanan dalam sebuah stesen minyak.

Semalam, saya buat pandang beriya. Dia angkat jari telunjuk letak dekat bibir dia.

Saya settle keluarkan duit, tengok dia dah tak ada. Terus saya beli bateri sekejap dan bayar. Dalam hati nak ja cakap dekat adik kaunter tentang hal tersebut, namun

“Tadi tu ada pakcik jaga makan dekat rak tu.” Cakap seorang makcik.

Adik itu jawab “ha ah, dia lapar sangat. Jadi kami kasi dia makan mamee, tapi dia kena menyorok. Takut masa makan bos dia datang dia kena tindakan.”

“Kan puasa?” Tanya makcik tersebut.

“Aaa, saya pun tak tahulah makcik. Tapi dia memang susah, siang jadi jaga, malam dia akan tolong orang berniaga. Kasihan.”

Saya pun pergi dekat kereta. Terus pandu ke tempat mesyuarat. Sampai sahaja, parking dan berjalan laju masuk ke bilik yang dimaklumkan.

Kami bersembang dan berbincang berbagai perkara. Dah hujung-hujung, ustaz itu elok ja sebut,

“Ada banyak hal yang Allah beri didahului dengan pandangan mata. Oleh itu kita tak akan tapis. Yang betulnya kena sabar dalam melihat, supaya mata yang nampak kepada sesuatu perkara, hati juga akan mengikut.

Oleh itu, kita akan bersangka baik.

Semalam saya jumpa orang tua yang tak berpuasa. Dalam Masjid Besi. Menyorok minum air lalu kami terpandang satu sama lain.

Apabila ditanya, rupanya baharu selesai pembedahan, tak boleh puasa. Kena makan ubat, kena minum air, kena makan sekian-sekian.

Saya rasa bersalah waktu tanya dengan kasar. Walau dah minta maaf, tetap rasa tak sedap.”

Saya terdiam. Sungguhnya memang rasa geram dengan kejadian dalam stesen minyak tersebut. Namun, takkanlah dia hanya makan mamee. Kalau benar dia memang tak nak puasa, mesti dia pergi makan beriya. Kan?

Hari ini, masih ramai yang susah begitu begini. Tak dapat puasa kerana begitu begini. Kita ini, dapat puasa dengan sahur sedap-sedap, berbuka juga penuh hidangan di meja, namun semasa berpuasa Allah uji dengan memberi sedikit cabaran hati.

Dan kita gagal melaluinya kerana kononnya kitalah paling hebat berpuasa.

Semalam, saya belajar sesuatu. Tak boleh puasa dengan tak mahu berpuasa adalah 2 perkara berbeza.

Begitulah....

C&P
Khairul Hakimin Muhammad,
Puasa hati.

Isnin, 21 Mei 2018

Adab guru

Adab Ulama Menghormati Guru

Sesuai dengan ketinggian darjat dan martabat guru itu, maka tidak hairanlah bahawa para ulama sangat menghormati guru mereka. Di antara cara mereka memperlihatkan penghormatan mereka terhadap guru ialah:
1.     Mereka merendah diri terhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan guru dalam setiap urusan mereka.

2.     Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir.

3.     Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan khidmat tersebut.

4.     Mereka memandang guru dengan perasaan penuh hormat dan takzim serta mempercayai kesempurnaan keahlian dan kepakarannya dalam bidang perguruannya. Ini lebih membantu mereka sebagai pelajar untuk memperolehi manfaat daripada guru mereka dan akan mengukuhkan lagi apa yang didengar dan diajarkan oleh guru.

Ulama-ulama salaf sangat memuliakan dan menggagungkan guru-guru mereka. Ini jelas termaktub dalam kisah-kisah tentang akhlak mereka dalam majlis-majlis ilmu dan kesopanan mereka terhadap guru-guru mereka. Sebagai contoh:
- Mughirah berkata: Kami menghormati Ibrahim an-Nakha‘ie sepertimana kami menghormati raja.
- Imam Asy-Syafi‘e pula berkata: "Aku membelek kertas di hadapan Imam Malik perlahan-lahan kerana menghormatinya supaya dia tidak terdengar (bunyi belekan kertas tersebut)."
- Rabie‘ berkata: "Demi Allah aku tidak berani meminum air sedangkan Imam Asy-Syafi‘e memandang kepadaku."
- Sayyidina Ali Karramallahu wajhah berkata: "Antara hak seorang alim ke atasmu ialah memberi salam ke atas orang ramai secara umum dan mengkhususkan gurumu dengan penghormatan yang khusus dan istimewa."

5.     Mereka sentiasa mendampingi guru supaya mendapat berkat serta beroleh ilmu yang akan tercurah daripadanya pada bila-bila masa serta menjadikannya qudwah (ikutan).

Imam Asy-Syafi‘e misalnya, sejak pertemuannya dengan gurunya iaitu Imam Malik pada tahun 170 Hijrah, hampir tidak pernah meninggalkan gurunya sehingga gurunya itu wafat pada tahun 179 Hijrah. Ini kerana     Imam Asy-Syafi‘e tidak pernah meninggalkannya kecuali ketika pergi ke Makkah untuk menjenguk ibunya ataupun pergi ke pusat ilmu dan feqh. Itu pun setelah beroleh keizinan serta restu daripada gurunya. Jika direstui, Imam Malik akan menyiapkan bekal dan memberikannya wang perbelanjaan sambil mendoakan keselamatannya.

6.     Mereka tidak menggunakan ganti nama diri seperti “engkau” dan “awak” dan tidak memanggil atau meneriaki guru dari jauh.

Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata “Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?” dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami.

Maksudnya di sini, mereka memanggil guru dengan gelaran yang penuh adab serta penghormatan. Jika nama guru tersebut Muhammad misalnya, maka mereka akan memanggilnya dengan nama ustaz, cikgu, guru kami dan sebagainya dan tidak menyebutkan namanya kecuali disertakan dengan gelaran yang penuh penghormatan seperti Ustaz Muhammad, Cikgu Muhammad dan sebagainya meskipun sewaktu ketiadaan guru itu.

7.     Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru. Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu perbuatan yang keji, apatah lagi untuk berbantah-bantah dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah! Perbuatan ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka bermacam-macam bentuk kebaikan.

Sesungguhnya, menuntut ilmu itu adalah satu bentuk ibadah dan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, bukannya untuk bermegah-megah ataupun untuk berbantah-bantah dengan ilmu tersebut.

Dalam satu hadits riwayat Imam Al-Hakim, Ka‘ab bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa mencari ilmu untuk menyaingi para ulama atau untuk bertengkar dengan orang-orang bodoh atau supaya hati manusia menghadap kepadanya maka ia akan masuk neraka.”
(Hadits riwayat Al-Hakim)

8.     Mereka berterima kasih kepada guru atas segala tunjuk ajar serta bimbingannya terhadap segala kebajikan dan tegahan serta tegurannya ke atas segala kekurangan atau kemalasan dan sebagainya bagi memperbaiki diri dan mengganggap teguran, asuhan, didikan serta keprihatinan guru itu sebagai rahmat dan kurniaan yang tak terhingga kepada mereka oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Jika bimbingan serta teguran yang diberikan oleh guru itu sudah diketahui, maka mereka tidak menunjukkan yang mereka sebenarnya sudah mengetahuinya, bahkan mereka menghargai dan berterima kasih atas bimbingan serta keprihatinan guru tersebut terhadap mereka.

9.     Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat.

Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadits. Lalu dikatakan kepadanya: "Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu ‘Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu ‘Abbas pun menjawab: Jangan."

10.     Mereka tidak mendatangi guru di luar daripada majlis ilmu yang umum (di luar dari jadual waktunya untuk mengajar dan sebagainya) kecuali dengan izinnya, sama ada guru mereka itu sedang bersendirian mahupun sedang bersama dengan orang lain.

Jika tidak ada izin daripada guru itu sedangkan guru itu mengetahui bahawa mereka sedang meminta izin untuk mendatanginya, maka mereka akan beredar dan tidak mengulangi isti’zan (permohonan izin) mereka.

Jumaat, 18 Mei 2018

Tekanan guru

#Terbaik..

Ada yang tak dapat tangkap, maksud Dr Maszlee Malik dalam Astro Awani tadi 👉 "Kita akan terapkan konsep pembelajaran dari filem 3 Idiots dalam Malaysia baharu, 5 tahun ini."

Yang kurang jelas, mesti tak pernah tonton filem lakonan Amir Khan ini. Baik, mari saya jelaskan pengisian dalam filem berkenaan :

1. Amir Khan mahu mengajak masyarakat untuk memandang anak-anak berdasarkan bakat dan kemahiran yang mereka ada. Jika anak minat fotografi, jangan paksa anak untuk jadi engineer.

2. Berlumba-lumba untuk dapatkan keputusan cemerlang, mahu straight A, dapat nombor 1 dalam kelas, menjawab soalan berdasarkan skema jawapan yang diberikan, akhirnya pelajar menjadi robot, tak kreatif, takut, stress, mengalami depression dan bunuh diri.

3. Ada satu babak yang sangat menarik dalam filem ini. Prof Virus mengamuk di pejabat bila mana Amir Khan mencabar pegangannya selama ini. Maka, ditarik tangan Amir Khan masuk ke bilik kuliah dan disuruh mengajar. Scene ini sangat menarik, Amir Khan mahu beritahu, dia bukan mahu tunjuk pandai, tetapi menunjukkan cara mengajar yang sebenar. Win!

4. Subjek yang kita belajar di sekolah harus diterjemahkan di dalam kehidupan. Macam Amir Khan di awal babak masuk ke kampus, hingga senior di situ terkena renjatan elektrik. Rakannya Farhan dan Raju memberitahu, mereka belajar bab itu, tetapi Amir Khan praktikkannya. Genius!

5. Mahu belajar engineering harus berdasarkan minat, bukan paksaan dari sesiapa. Inilah prinsip yang Amir Khan pegang hingga menjadi seorang Profesor terbilang di hujung cerita.

6. Setiap pelajar berhak untuk menyatakan pendapat, walau pandangan pengajarnya salah. Sebagai contoh, babak Prof Virus menjukkan pen yang diciptakan berjuta ringgit untuk digunakan di angkasa. Akhirnya, Amir Khan kata kenapa tak guna pensel sahaja, kan boleh jimat duit tu. Win!

7. Pelajar yang beria-ia fokus dalam kelas, anak emas guru serta ulat buku tidak semestinya bagus dalam semua perkara. Dalam filem ini, Amir Khan paparkan watak Silencer yang berlagak konon dirinya paling pandai, tetapi kerjaya yang dibina tak mampu melawan Amir Khan, yang betul-betul minat dalam bidang kejuruteraan.

Cukup 7 point ini rasanya. Sangat jelas gagasan yang Dr Maszlee mahu bawa dalam pendidikan di negara. Setiap murid akan dilayan sama rata, tiada yang lebih tiada yang kurang, dan paling penting tugas guru akan diringankan.

Semoga maju jaya Tuan!

Kami bersamamu! Dan saya berharap semua ibubapa juga bersetuju.

Ini adalah hadiah Hari Guru yang paling istimewa pada tahun ini!

Akhi Fairuz Al-Jengkawi,
#TukangCeramahBudakSekolah

Mazlee

Jangan Dibunuh Jiwa Anak-Anak

Pada setiap kali hari laporan murid di kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia, seringkali banyak drama yang berlaku. Kebanyakan guru-guru mengambil peluang untuk melepaskan geram terhadap murid kepada ibubapa. Bagi anak-anak murid yang cemerlang dan baik, mereka beruntung, bergunung pujian diberikan. Nasib tidak seperti itu bagi murid-murid di kelas corot ataupun mereka yang hyper aktif atau di dalam bahasa lainnya, yang nakal.

Saya masih lagi teringat peristiwa hampir 27 tahun yang lalu apabila ibu saudara saya yang membela saya menghadiri hari laporan di sekolah Maktab Sultan Abu Bakar (English College) sebagai penjaga saya. Di hadapan saya, guru kelas mengatakan, “Maszlee ni memang pandai, tetapi dia nakal, banyak cakap dan berjiwa rebelious…”. Bukan sekadar itu sahaja, disebutkan juga kelemahan saya di dalam matematik, Geografi dan kegemaran saya hanya untuk melukis walaupun ketika guru sedang mengajar.

Apa yang menimpa saya itu jugalah selalu menimpa murid-murid lain di kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia. “Anak anda malas, anak encik suka buat bising, anak puan malas membaca, anak pakcik lemah matematik, anak makcik tak membuat kerja rumah…” dan seribu satu lagi komen negatif kehadapan ibubapa atau penjaga di hadapan anak-anak mereka. Ibubapa Melayu pulak suka bersikap dramatik dan emosional. Bukan hendak mencermin diri, malah meletakkan segala kesalahan ke atas anak-anak. Maka berlakulah babak-babak drama swasta di hari laporan. Ada yang berjujuran air mata, “Sampai hati kau buat mak macam ini, mak habiskan duit untuk kau belajar….tapi kau jadi syaitan…”, “Hah dengar tu kata cikgu!”, “Kau memang degil, tak dengar cakap mak!” dan bermacam lagi gaya yang sebenarnya hanya helah bela diri tidak mahu menyalahkan diri sendiri dan meletakkan kesalahan kepada orang lain. Jika para bapa pula, ada yang terlebih emosi dan menunjukkan egonya dengan memukul anaknya di hadapn guru yang melaporkan hanya kerana mendapat E ataupun kerana anaknya dikenakan tindakan disiplin di atas kesalahan yang dilakukan berdasarkan laporan-laporan negatif sang guru. Pada waktu itu cikgu menarik nafas lega, ibu bapa dapat melepaskan amarah…dan anak-anak tersiksa tanpa mendapatkan sebarang panduan apakah yang patut dilakukan untuk melalui hari-hari ke depan! Apa yang pasti, tertanam di dalam jiwa mereka, bahawa mereka adalah makhluk yang tidak berguna dan tiada secebis kebaikan mahupun harapan untuk mereka menjadi lebih baik…

Hal seumpama ini merupakan satu jenayah dan antara dosa besar untuk dilakukan di negara-negara maju. Adalah tidak berintegriti bagi seorang guru untuk memberikan komen negatif anak-anak kepada ibubapa mereka dengan kehadiran anak-anak itu. Menjadi satu sikap tidak bertanggungjawab juga untuk ibubapa memarahi apatah lagi memukul anak-anak di hadapan guru. Bagi mereka, itu merupakan sikap tidak bertamadun dan jauh sekali menyelesaikan masalah. Komen negatif guru di hadapan murid dan ibubapa hanya akan menyebabkan murid-murid hilang keyakinan diri, hilang punca dan tidak akan dapat menghargai dirinya sendiri. Sikap tersebut juga menunjukkan kegagalan guru untuk mendidik dan melihat bakat atau kebaikan dan sudut positif di dalam jiwa murid-murid. Seolah-olah pandangan mata mereka hanya kepada perkara-perkara negatif semata-mata. Ini bukannya sikap masyarakat yang maju dan masyarakat yang menang. Ini merupakan sikap orang kalah dan jiwanya lemah. Hanya kelemahan, kesalahan dan juga sudut negatif sahaja yang mereka nampak.

Di negara-negara maju, mentaliti kelas pertama mengajarkan para guru untuk bertanggungjawab untuk mencungkil kehebatan terpendam anak-anak murid. Guru juga berperanan untuk memberikan keyakinan kepada ibubapa bahawa anak mereka istimewa, dan mereka juga hebat. Maka, kerana mereka hebat dan anak-anak mereka itu istimewa, mereka perlu menggandakan usaha untuk memperbaiki satu dua kelemahan di dalam diri anak-anak mereka. Pokok pangkalnya, mereka mampu dan anak-anak mereka mampu untuk menjadi orang hebat. Tiada anak-anak murid yang tidak hebat pada mata guru-guru di engara-negara maju. Tiada ibubapa yang gagal pada mulut guru-guru negara maju. Maka, anak-anak murid, lemah manapun akademik mereka, nakal mana pun mereka, mereka akan diberikan harapan dan diberikan kepercayaan bahawa mereka istimewa di mata guru dan ibubapa.

Saya teringat lagi pertama kali menghadiri hari laporan murid di UK. Buku rekod murid tidak dihiasi dengan keputusan peperiksaan, kerana tiada peperiksaan untuk murid-murid sekolah rendah kecuali peperiksaan SAT di penghujung darjah enam sahaja. Keduanya, perkataan pertama yang diungkapkan oleh para guru kepada para penjaga ialah, “You son is such an excellent student”, atau “Your daughter is undoubtedly outstanding”, dan juga kadangkala, “Your child is a very hardworking student”…seterusnya guru akan menceritakan segala yang positif mengenai anak-anak walaupun anak-anak tersebut mempunyai 1001 masalah. Apabila sampai kepada kelemahan murid pula, para guru tidak akan sekali-kali mengatakan bahawa ‘Anak kamu lemah dalam…”, atau “anak kamu malas…”, sebaliknya para guru akan mengatakan, “Pada agakan saya, anak anda akan menjadi cemerlang di dalam pelajaran sekian jika…”, ataupun “Anak anda ada potensi untuk menjadi pakar matematik jika dia berikan tumpuan yang lebih untuk menghafal sifir…”, dan lain-lain kritikan konstruktif tanpa merendahkan para pelajar. Apa yang lebih utama, semua laporan itu tidak dilakukan di hadapan para pelajar. Ianya dianggap sebagai tidak membantu para pelajar itu sendiri…

Walau bagaimanapun kita tidak boleh menyalahkan guru-guru kita sepenuhnya. Para guru dibebankan dengan kerja-kerja yang tidak masuk akal. Guru-guru tidak diberikan ruang rehat yang secukupnya di sekolah. Waktu mengajar mereka terlalu beban apatah lagi ditambah dengan 1001 kerja-kerja pejabat yang hanya dilakukan untuk menaikkan nama pengetua dan menteri pelajaran. Guru-guru di Malaysia hanya dijadikan alat untuk menghasilkan murid-murid yang cemerlang di dalam menjawab periksa untuk mendapatkan sebanyak mungkin A di dalam peperiksaan mereka, hatta semenjak anak-anak berada di dalam darjah satu lagi!

Maka, jika di peringkat pembentukan awal syakhsiyah anak-anak di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah lagi anak-anak sudah tidak dibina self-esteem mereka, maka apabila mereka memasuki dunia kampus, mereka hanya akan menjadi pelajar-pelajar yang average ataupun pelajar-pelajar yang pasif. Di tambah pula dengan kekangan yang pelbagai di dalam menganjurkan program-program yang membina minda dan membuka ufuk pemikiran…sistem pendidikan kita hanya melahirkan siswa dan siswi yang menjadi robot untuk pasaran pekerjaan. Jarang di dapati siswa-siswi yang berfikiran kritis, analitikal dan juga inovatif.  Jika adapun, hanya seorang dua, dan amat sedikit jumlah mereka.

Sesuatu perlu dilakukan untuk merubah minda dan jiwa masyarakat kita untuk benar-benar menjadi masyarakat berminda kelas dunia. Ia harus bermula dari peringkat sekolah lagi. Ia perlu dilakukan sedari rumah lagi. Ia perlu disemaikan terlebih dahulu di dalam jiwa guru-guru yang mendidik di dalam bilik darjah dan  juga ibubapa yang mencorakkan pemikiran dan minda anak-anak di rumah…

“Your worth consists in what you are and not in what you have.” Thomas A. Edison

Dr Maszlee Malik
17 Ogos 2015

Khamis, 10 Mei 2018

Tun M

*ULTIMATE POWER*
(Its all about Tun M not the party)

Ok, apa nak summarykan ni adalah benda yang main dalam kepala aku beberapa minggu sebelum election, lepas PH announce yang Tun Mahathir akan jadi PM kalau PH menang.

Maknanya, Tun Mahathir akan jadi Perdana Menteri Malaysia ke-7, atau dalam legendary Naruto kita panggil The 7th Hokage.

Ok tengok macam mana powernya Tun Mahathir yang boleh kita kutip  dari perjalanan sejarah negara Malaysia.

1)
Tun Mahathir yang jadi punca perletakan Tunku Abdul Rahman dari jawatan Perdana Menteri pertama. Baca sejarah.

Turun jawatan 1971.

2)
Tun Mahathir juga instrumental (melalui desakan pembebasan Datuk Harun dan peranan Sulaiman Palestin) dalam perletakan jawatan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri ke-3.

Turun jawatan 1981.

3)
Tun Mahathir naikkan Tun Musa Hitam, dan dia juga punca Tun Musa Hitam letak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Turun jawatan 1986.

4)
Tun Mahathir naikkan pula Tun Ghafar Baba, dia jugalah punca Tun Ghafar Baba letak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Turun jawatan 1993.

5)
Tun Mahathir naikka  Anwar Ibrahim, kemudian dia pecat Anwar Ibrahim, yang masa tu juga sedang menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Turun jawatan 1998.

6)
Tun Mahathir naikkan Pak Lah, sebagai Perdana Menteri ke-5. Kemudian desak pula Pak Lah letak jawatan sebab tak perform.

Naik jawatan 2004, turun jawatan 2009.

7)
Lepas tu Tun Mahathir naikkan pula Najib sebagai Perdana Menteri ke-6. Najib pun tak perform, Tun Mahathir minta Najib betulkan salah silap tapi Najib tak nak. Tun Mahathir terpaksa melawan dan jatuhkan Najib secara demokratik.

Naik jawatan 2009, turun jawatan 2018.

****

Cuba lihat 7 orang pemimpin antara paling power pernah Malaysia lahirkan sepanjang setengah abad semuanya 'disentuh' oleh Tun Mahathir.

Tun Mahathir buatkan mereka turun, dan Tun Mahathir juga buatkan mereka naik.

Tengok no 5 tu, dulu Tun Mahathir jatuhkan dia, sekarang Tun Mahathir berusaha pula naikkan dia sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Ultimate power tak?

Ok yang di atas atas sebenarnya masih belum terpaling ultimate kawan kawan.

Benda paling the most powerful ultimate ialah;

Tun Mahathir, sebab semua orang pun dia boleh turun naik kan jawatan, mungkin dia rasa tak ada fight, jadi boring.

Maka pada tahun 2003, Tun Mahathir 'turunkan' diri dia sendiri dari jawatan Perdana Menteri.

Ini real epic!

Selepas 15 tahun, sebab Malaysia tak berjalan macam yang sepatutnya, Tun Mahathir geram dan ambil keputusan 'naikkan' diri dia semula menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Nampak tak gila powernya macam mana.

Diri turunkan diri sendiri dari jawatan Perdana Menteri, kemudian dia dengan persetujuan orang ramai, naikkan pula diri dia balik jadi Perdana Menteri.

Sekarang,
Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, bakal jadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.

Dalam bahasa mudahnya, dekat 20 tahun orang nak jatuhkan Tun Mahathir dan pimpinan BN, masih tak jadi apa apa, then Mahathir kata;

"Takpa lah, mai aku tulong hangpa"

Kena Tun Mahathir juga masuk campur buat kerja, baru jadi!

Sebab tu lah dia Negarawan ulung.

Rabu, 9 Mei 2018

Pru 14

Taktikal PH yg berjaya meraih pengundi mengikut analisis amatur (aku lah orgnya):

1. Video Tun M "Atuk dah tua" yg viral 2 minggu sblm mengundi
- titik permulaan mengajak pengundi atas pagar utk selamatkan Malaysia. Tidak dapat dinafikan yg Tun M mengaku salah dan ingin memperbetulkan kembali kesalahan dia. Ini meraih simpati dan memberikan psyche mentality kpd rakyat.

2. Daim dan Rafidah bersama dalam ceramah
- top performers dr kabinet Tun M dulu mmg tidak boleh disangkal. Both prominent leaders yg walk the talk pasti bg kelebihan pd Tun M

3. PH bagi cuti Khamis n Jumaat
- aku sanggup drive 7 jam balik kmpung just untuk satu undi. Ramai yg balik sbb tau bole cuti khamis n jumaat. Ini satu lg taktikal awal yg berkesan pd rakyat.

4. Isu2 yg dekat pd rakyat
- GST, 1MDB dan penjajahan Negara China secara halus membuatkan rakyat yakin yg pembaharuan boleh direalisasikan jika kerajaan diubah. Rakyat sudah muak diperbodohkan dan dianggap know nothing.

5. Isu minyak setiap Rabu
- aneh kerana sejak diumumkan pembubaran Parlimen, minyak tidak naik satu sen pun. Ini memberi persepsi yg harga minyak tidak dikawal harga minyak dunia, tetapi pemerintah yg mengawal mengikut suka hati.

Taktikal BN yg makan diri:

1. Tiada sapa bersalah dlm isu NFC
- seolah-olah lembu yg bersalah. Rakyat mahukan somebody to blame n be brought to justice

2. Cuti ari Isnin n Selasa
- dah balik kmpung ari Rabu, masuk keje balik Khamis n Jumaat. Lepas tu cuti ari Isnin n selasa? Jadah..

Yg lain aku x larat nak tulis dah. Ngantuk oo tnggu smpai kul 4 pg smalam

Sekian coretan aku yg amatur. Jgn nak berdebat ye. Ini pandangan aku sahaja.

Pdt

Assalamualaikum semua pembaca IIUM yang mungkin ada dikalangan pembaca /anak/anak saudara/anak jiran terpilih untuk melanjutkan pelajaran di kolej matrikulasi.
Tahniah saya ucapkan.
Saya ialah salah seorang pelajar dua tahun atau lebih mudah dipanggil PDT di utara tanah air.Di matrikulasi terdapat dua program iaitu PST dan PDT.Secara ringkas PDT ialah pelajar yang mempunyai ‘sejarah hitam’ dengan Matematik Tambahan atau subjek aliran sains yg lain iaitu mendapat D atau E.Tetapi jangan rasa terhina sebab dekat mana2 pun kita boleh berjaya cuma diri sendiri sahaja kena berubah.Baiklah itu secara ringkas tentang program di matrikulasi.
Sepanjang pengalaman saya selama 2 sem, dapat saya pointkan di sini ialah

 1.Bangga menjadi pelajar PDT, tahu tak kerana apa kita diberi peluang kedua untuk mendapat A cemerlang subjek Add math.Add math di matrik dipanggil Matematik.Jujur aku dulu sewaktu SPM tak pernah lulus subjek tu tapi bersyukur result SPM dapat D.Korang jangan bimbang sebab ‘add math’ di matrik ni korang akan belajar balik apa yg telah di pelajari sewaktu sek menengah.Matematik di matrik jujur lebih mudah dan senang faham.Begitu jugak dengan Kimia,Fizik,Biologi dan Sains Komputer.Tak seperti yang telah kita hadap di sek men , jauh berbeza .. You are not die when trying.Jangan cepat menyerah ,ramai student dapat perform dalam matematik, rata2 ramai mendapat A dan B.Malah tak dapat dielakkan subjek ‘add math ‘ di sini akan jadi subjek fav korang.

 2.Lebih rapat dengan letcrure.Tahu tak kenapa? Letcrure PDT ialah pensyarah yang paling penyabar dan penyayang, yg penting takkan sesekali menolak soalan ‘bodoh’kita ,tahu tak kerana apa ,mereka lebih suka student yg rajin bertanya daripada ‘belagak pandai’ hahahh.Dari situ korang akan rasa effort diorang dan rasa dihargai .

Selasa, 8 Mei 2018

Adab ilmu

*ADAB SEBELUM MENUNTUT ILMU*

1. Niat yg benar.
2. Datang awal (tepati waktu).
3. Berpenampilan sopan dan menutup aurat.
4. Bawa pen dan buku nota atau kitab.
5. Husnu zhon terhadap guru.
6. Duduk dibahagian hadapan sekali (bahagian muslimat).

*ADAB KETIKA SEDANG MENUNTUT ILMU*

1. Jangan kerap ke tandas.
2. Bertanyakan soalan yg berkaitan dengan tajuk yg dibahaskan sahaja.
3. Jangan sandarkan badan pd dinding kerana ia sgt menyalahi adab.
4. Mendhobit (mencatit) setiap apa yg didengari dan disampaikan oleh guru.
5. Jangan *MAKAN* atau *MINUM* ketika pengajian sedang berlangsung. (Hatta gula2 sekalipun).
6. Telefon bimbit hendaklah di *MATI*kan atau di *SILENT*kan agar tidak mengganggu konsentrasi pengajian. Fokus belajar. Dibenarkan utk merakam audio.
7. Berbual-bual yg tiada manfa'ah didalamnya adalah sgt menyalahi adab.
8. Memalingkan wajah atau mata ke arah lain, selain dari guru adalah menyalahi adab.
9. Menjaga aurat dengan sempurna.
10. Tidak ada pergaulan antara ikhwan dan akhawat.
11. Tidak bergelak ketawa dalam keadaan tidak sopan.
12. Bagi ikhwan, x perlu pandang kearah akhawat dan bagi akhawat, fokus dgn menuntut ilmu dan x perlu pandang ikhwan.
13. Jangan melunjurkan kaki menghadap guru. Kalau kaki dah sakit dan tak tahan, nnti bawa alas mcm sejadah ke, utk alas kaki. Biase kalau pergi mjlis ilmu, ade org bawa alas. Nk tukar kaki, tukar cepat2 dan jgn smpai guru perasan. Jgn smpai guru x fokus mengajar disebabkan kelakuan kita.
14. Jangan berbalas msj ketika guru sedang mengajar.

*ADAB SETELAH SELESAI MENUNTUT ILMU*

1. Baca doa setelah menuntut ilmu
2. Mendoakan kebaikan utk guru dan sahabat2 yg hadir dan tidak dpt hadir.
3. Tunggu guru keluar terlebih dahulu melainkan setelah diberi keizinan utk keluar.
4. Mohon doa dari guru.
5. Ulangkaji setelah belajar.
6. Nota yg telah didhobit, jgn bersepah-sepah, jika faham, boleh kongsikan ilmu bersama sahabat.
7. Keluar dari dewan dgn penuh tertib.



Man laisa lahu adabun, falahu dubbun.

Haza adabun,
Tanbih.

Disediakan oleh :
*Milik Allah*

Pru 14

Bismillahirahmanirahim,

Ya Allah,

Hari ini hari yang sangat penting untuk kami rakyat Msia, hari kami mengundi memilih pemimpin2  negara ini Ya Allah..

Kau pandulah kami Ya Allah, untuk kami memilih pemerintah yang benar-benar layak, bagi memimpin kami rakyat dan negara ini, ke jalan yg penuh kebaikan, jalan yg Engkau redhai..

Ya Allah,
Kau doronglah hati2 kami, untuk memangkah  pemimpin yang sentiasa memilih jalan kebenaran, yang sentiasa berusaha memperbaiki segala kekurangan & kelemahan rakyat & negara, di dalam apa jua perkara, untuk kebaikan dunia & akhirat.

Ya Allah, 
Kau berilah kemenangan kepada pemimpin yang beriman & bijaksana, yang mampu membawa  kesejahteraan & kemakmuran, untuk negara kami Malaysia.

Ya Allah,
Hanya Engkau sebaik2 Pengatur & Penentu.

Bantulah kami Ya Allah.
Bantulah kami Ya Allah.
Bantulah kami Ya Allah.

Bantulah negara kami Ya Allah.
Bantulah negara kami Ya Allah.
Bantulah negara kami YaAllah..

Ya Allah,
JAUHI-lah kami dari pemimpin yang zalim,
Jauhilah kami dari pemimpin yang hidup tidak mmegang syariatMu,
Jauhilah kami dari pemimpin yang rakus,
Jauhilah kami dari pemimpin yang suka membazir dgn wang rakyat,
Jauhilah kami dari pemimpin yang tidak adil,
Jauhilah kami dari pemimpin yang tidak bijak memerintah,
Jauhilah kami dari pemimpin yang mengambil kesempatan di atas kuasa yang mereka miliki,
Jauhilah kami dari pemimpin yang tidak menjaga kebajikan rakyat keseluruhan,
Jauhilah kami dari pemimpin yang mengambil kesempatan di atas kuasa untuk meng-kayakan keluarga, kroni & rakan-rakan,
Jauhilah kami dari pemimpin yang menindas rakyat yang lemah,
Jauhilah kami dari pemimpin yang leka dengan keseronokan duniawi,
Jauhilah kami dari pemimpin yang hidup tanpa mempedulikan suruhan & laranganMu,
Jauhilah kami dari pemimpin yang tidak menjaga kedaulatan tanah air kami Ya Allah.

Ya Allah,
Hanya Engkau tempat kami mminta.,
Hanya Engkau yang berupaya membantu kami, maka kami mohon, bantu lah kami di hari penting Pru14 ini Ya Allah.

Bantulah kami mendapatkan pemimpin serta negara Malaysia yang lebih baik, negara yang Engkau Rahmati & Redhai Ya Allah..

 Amin amiin ya rabal alamin.

09052018 / #PRU14

Mencari barang hilang

Assalamualaikum semua.
Siapa suka harta benda dia hilang kan? Saya nak share satu amalan yang di ijazahkan oleh guru pondok kami semasa mengaji di Pucong.

Kebanyakan dari kita ada harta benda yang berharga contoh kereta, motorsikal, laptop, telefon bimbit, dompet dan sebagainya. Tapi ramai dalam kalangan orang awam (kita) ada saja kes curi, hilang, samun dan sebagainya.

Perasan tak kes-kes seperti yang saya sebutkan di atas sangat sangat dan sangat jarang berlaku dekat tok-tok guru pondok? Sebab mereka ada amalan bagaimana nak jaga dan pelihara harta benda daripada niat jahat manusia. Apa amalan tu ?

Saya ambil contoh: kereta.

Caranya baca surah *Al-fatihah* (secara lafaz) memadai jika telinga sendiri dengar. Baca dari ayat pertama sampailah *إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ*

Lepastu berhenti sekejap. Niat dalam hati,
" Ya Allah peliharalah harta aku ini "

Sambil pegang stering atau body kereta, kemudian sambung ayat seterusnya sampai habis. Insya Allah harta kita dalam perlindungan Allah. Tak dicuri, tak hilang, tak akan disamun bahkan dijauhi daripada niat jahat manusia *DENGAN IZIN ALLAH*.

Maksud ayat *إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ*

"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."

Saya ada kongsi amalan ni dengan kawan yang duduk rumah flat di Seksyen 6 Shah Alam, sebab dia kata kat situ kereta jiran asyik hilang, kalau tak hilang pun kena pecahkan cermin. Siapa pernah pi Seksyen 6, memang tahu kawasan perumahan dan flat situ agak gelap dan lampu jalan pun tak selalu nyala so tak hairan ramai orang nak jadi pencuri.

Masa sampai ayat *إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ*
kawan saya berniat,

"Ya Allah pelihara kereta aku ni, aku nak guna untuk pergi dan balik kerja cari rezeki".

Lepas dia amal dengan istiqamah, alhamdulillah dengan izin Allah sampai hari ini kereta dia masih ada dan berada dalam keadaan baik.

Macam mana Allah pelihara ? Wallahualam.
Semuanya atas kuasa Rabb. Kalaulah pokok, rumput, sungai, dan seluruh alam ini bertasbih tanpa henti memuji Allah pun kita yang manusia ini tak dibuka hijab untuk mendengar zikirnya alam inikan pula setakat Allah nak bagi tutup hijab si pencuri supaya mereka tak nampak langsung kereta kawan saya tu.

Semoga dengan ilmu yang dikongsi ini, pahala akan mengalir kepada guru pondok kami. Allahumma amin.

 Sebarkanlah kepada keluargaserta kawan-kawan semua. In shaa Allah.


*AL BURAQ EXPRESS*

Rabu, 2 Mei 2018

Darwin

TEORI DARWINISME DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)

Setelah melihat blog kongres pendidikan, saya tertarik untuk berkongsi cerita dengan sahabat sekelian tentang sistem pendidikan di Malaysia secara umumnya. mungkin apa yang nak disampaikan ini, tidak terlalu memfokuskan subjek pendidikan Islam, namun saya menganggap ia suatu perkara menarik yang boleh dikongsi bersama.

Setahun yang lalu, saya telah mengambil subjek FSA3000 (Falsafah Sains)- UPM, ia adalah subjek elektif luar untuk kursus saya. Apa yang menariknya didalam kelas ini kami belajar tentang paradoks, perbandingan agama, serta teori Darwin. Untuk tugasan pertama kami, kami ditugaskan untuk membuat kesan teori Darwinisme dalam sistem pendidikan di Malaysia.

TEORI DARWIN

Teori Darwin atau Teori Evolusi merupakan falsafah tentang bagaimana asal usul kejadian manusia. Teori ini menggagaskan kejadian alam ini terjadi 'by accident'. Bermula dari satu sel dan berevolusi menjadi suatu makhluk yang lebih sempurna. Sebagai contoh, satu sel berevolusi menjadi ikan, seterusnya berevolusi lagi menjadi makhluk berkaki empat, kemudian berevolusi menjadi menjadi makhluk berkaki dua dan akhirnya menjadi manusia yang sempurna. Namun begitu, teori ini dapat disangkal menggunakan Hukum Termodinamik ke 2.

Bagi sesiapa yang megetahui tentang teori ini, mereka akan mengenali siapa "Ota Benga" yang menjadi mangsa kepada pembuktian teori ini.Teori inilah yang digunapakai didalam sistem pendidikan kita di Malaysia. Ia bukan sahaja diaplikasi didalam subjek Biologi tetapi semua subjek yang kita pelajari. Mungkin ada yang hairan, mengapa saya berkata begitu.

APA YANG DIGAGASKAN OLEH TEORI EVOLUSI

1- Gagasan yang paling besar ialah MENIDAKKAN KETUHANAN didalam kehidupan manusia.
2- Didalam teori ini, 'survival' merupakan pillar utama untuk memastikan
keberlangsungan sesuatu makhluk. Jika siapa kuat, akan mengalahkan yang lemah,
yang besar akan mengalahkan yang kecil.

KAITAN TEORI DARWIN DIDALAM PEMBELAJARAN DIMALAYSIA

Melalui gagasan yang saya tuliskan, kita dapat melihat kesemua subjek yang diajarkan disekolah tidak mengaitkan dengan ketuhanan. Tidak pernah kita melihat kesimpulan daripada hasil pembelajaran biologi mengarah kepada kuasa ketuhanan. Begitu juga subjek fizik, kimia dan 'related science' yang lain. Apatah lagi didalam subjek seperti ekonomi, sejarah, geografi dan lain-lain.

Pendidikan yang tidak berteraskan ketuhanan akan menyebabkan penuntutnya tidak mempunyai roh terhadap apa yang dipelajari. Apa yang berlaku didalam sistem pembelajaran adalah menghabiskan silibus, menghafal fakta, menganalisis, membuat perbandingan dan menyelesaikan segala tugasan yang diberikan kepada mereka. Tidak ada langsung elemen peningkatan iman terhadap subjek yang dipelajari.

Hasilnya yang berlaku didalam pendidikan ialah lahirnya pelajar yang berdisiplin tetapi tidak berakhlak. Sebagai contoh, pelajar sekolah yang berdisiplin tidak akan merokok disekolah kerana ada undang-undang yang membatasi mereka, tetapi apabila berada diluar sekolah mereka akan merokok kerana tidak wujud undang-undang tersebut. Begitu juga pelajar perempuan menutup aurat disekolah, tetapi membuka tudung apabila berada diluar. Inilah bezanya berdisiplin dan berakhlak.

Berdisiplin hanya akan berlaku bilamana berada ditempat yang telah ditetapkan undang-undangnya, manakala berakhlak akan berlaku bila-bila masa, dimana sahaja samada dalam keadaan berseorangan mahupun secara ramai. Pelajar berakhlak tetap tidak akan melakukan perkara yang melanggar hukum dan undang-undang kerana apa yang dilakukannya bukan kerana manusia tetapi telah sampai kepada tahap yang lebih tinggi iaitu ketuhanan.

Didalam teori kedua menggagaskan teori 'survival' dimana yang kuat akan mengalahkan yang lemah dan besar akan mengalahkan yang kecil. Jika kita melihat didalam kehidupan hari ini, contohnya didalam skop ekonomi kapitalisme, syarikat gergasi akan menguasai sistem ekonomi sehinggakan pengusaha kecil tidak akan mendapat tempat didalam dunia perniagaan. Begitu juga negara-negara besar yang berkuasa sering menyerang negara kecil dan lemah, orang yang berkuasa seperti pemimpin negara akan menzalimi rakyat. Semua yang berlaku ini adalah hasil fahaman Teori Darwin @ Teori evolusi. Mungkin point kedua ini tidak menjadi unsur utama didalam sistem pendidikan yang dibincangkan tetapi sekadar perkongsian untuk kita semua.

KESIMPULAN

Perlu difahami disini, bahawa Teori Darwin @ Teori evolusi bukanlah suatu falsafah yang tidak ada kepentingan kepada sesiapa, tetapi merupakan barah kepada permulaan kehidupan manusia. Secara sedar atau tidak kita telah melalui semua sistem ini dan melihat sendiri segala yang berlaku adalah berpunca teori ini. Sekian.

RUJUKAN

http://www.harunyahya.com/
Kongrespendidikan.blogspot