Ini kali ke-2 dah saya jumpa Pak Guard makan mencangkung di antara rak-rak makanan dalam sebuah stesen minyak.
Semalam, saya buat pandang beriya. Dia angkat jari telunjuk letak dekat bibir dia.
Saya settle keluarkan duit, tengok dia dah tak ada. Terus saya beli bateri sekejap dan bayar. Dalam hati nak ja cakap dekat adik kaunter tentang hal tersebut, namun
“Tadi tu ada pakcik jaga makan dekat rak tu.” Cakap seorang makcik.
Adik itu jawab “ha ah, dia lapar sangat. Jadi kami kasi dia makan mamee, tapi dia kena menyorok. Takut masa makan bos dia datang dia kena tindakan.”
“Kan puasa?” Tanya makcik tersebut.
“Aaa, saya pun tak tahulah makcik. Tapi dia memang susah, siang jadi jaga, malam dia akan tolong orang berniaga. Kasihan.”
Saya pun pergi dekat kereta. Terus pandu ke tempat mesyuarat. Sampai sahaja, parking dan berjalan laju masuk ke bilik yang dimaklumkan.
Kami bersembang dan berbincang berbagai perkara. Dah hujung-hujung, ustaz itu elok ja sebut,
“Ada banyak hal yang Allah beri didahului dengan pandangan mata. Oleh itu kita tak akan tapis. Yang betulnya kena sabar dalam melihat, supaya mata yang nampak kepada sesuatu perkara, hati juga akan mengikut.
Oleh itu, kita akan bersangka baik.
Semalam saya jumpa orang tua yang tak berpuasa. Dalam Masjid Besi. Menyorok minum air lalu kami terpandang satu sama lain.
Apabila ditanya, rupanya baharu selesai pembedahan, tak boleh puasa. Kena makan ubat, kena minum air, kena makan sekian-sekian.
Saya rasa bersalah waktu tanya dengan kasar. Walau dah minta maaf, tetap rasa tak sedap.”
Saya terdiam. Sungguhnya memang rasa geram dengan kejadian dalam stesen minyak tersebut. Namun, takkanlah dia hanya makan mamee. Kalau benar dia memang tak nak puasa, mesti dia pergi makan beriya. Kan?
Hari ini, masih ramai yang susah begitu begini. Tak dapat puasa kerana begitu begini. Kita ini, dapat puasa dengan sahur sedap-sedap, berbuka juga penuh hidangan di meja, namun semasa berpuasa Allah uji dengan memberi sedikit cabaran hati.
Dan kita gagal melaluinya kerana kononnya kitalah paling hebat berpuasa.
Semalam, saya belajar sesuatu. Tak boleh puasa dengan tak mahu berpuasa adalah 2 perkara berbeza.
Begitulah....
C&P
Khairul Hakimin Muhammad,
Puasa hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan