Ahad, 10 April 2011

Hikmah di sebalik kegagalan...


Hikmah di sebalik kegagalan

TIDAK dapat dinafikan, kegagalan adalah sesuatu yang sangat pahit untuk ditelan. Kesakitan hasil daripadanya boleh menyebabkan seseorang pelajar matrikulasi sangat terganggu fizikal, mental, malah juga spiritual. Gagal dalam peperiksaan PSPM atau UPS… dalam percintaan….. atau gagal menjadi yang terbaik. Daripada sudut mental, selain menjadi seseorang atau sesuatu objek yang boleh dipersalahkan, ada kalanya pelajar juga akan mengutuk dirinya sendiri atas kegagalan yang menimpa. Salah kan orang lain lagilah ramai... hehheheh.

Kutukan demi kutukan terhadap diri sendiri akhirnya bakal memakan dan membarahkan lebih banyak kekecewaan hingga membawa diri kepada rasa putus asa dari rahmat dan kasih sayang 4W1. Menerima diri sebagai terus gagal dan akan terus terbuang, seterusnya diri akan terus menjauhi masyarakat kerana terasa kerdil dan malu atas kegagalannya semasa di matrikulasi. Daripada sudut fizikal, bagi segelintir pelajar, selera menurun hingga membawa implikasi kesihatan tubuh. Manakala yang lain pula sebaliknya bertambah selera makan akibat kegagalan, juga membawa kesan negatif kepada kesihatan fizikalnya. Makin tombam dan berisi....

Akhirnya, tanpa kesihatan fizikal, mental dan minda turut merosot. Kesudahannya, kedua-duanya rebah dan sukar bangkit kembali. Daripada sudut spiritual pula, kegagalan boleh mendatangkan dosa. Ia juga boleh menambah pahala dan iman seseorang. Saya sudah bertemu ramai pelajar matrik yang gagal dalam program matrikulasi, terhakis keyakinan para pelajar ini terhadap konsep qada’ dan qadar Allah SWT. Iman bergoncangan. Berjaya di matrikulasi tetapi gagal layu terkulai di menara gading sebab salah strategi.

Tidak kurang juga ada pelajar yang menyalahkan Allah SWT ketika menghadapi sesuatu kegagalan. Akhirnya, dia terus jatuh daripada sudut spiritualnya, kejatuhan bersama mental dan fizikal, sukar dirawati. Namun begitu, ada juga kegagalan yang berjaya menjadi sebab seseorang pelajar matrikulasi itu lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kembali kepada jalan lurus selepas bengkok lalu dia kembali bangkit dengan azam, rancangan dan laluan yang baru, lalu dia berjaya. Pelajar seperti ini yang kita inginkan. Kental jati diri. Direbus tak empuk.

KEGAGALAN DAN SAYA. Saya pernah gagal dalam banyak perkara di dalam hidup yang singkat di dunia yang fana ini, namun syukur kerana ia tanda kita perlu membuat perubahan yang besar lagi signifikan bagi memperbetulkannya. Tanpa usaha itu, kegagalan akan terus bernanah dan membunuh. Biasanya, satu perubahan itu sangat perit dan berat lagi kurang selesa. Walau bagai mana berat dan sukar sekali pun, ia satu kemestian. Hasilnya, apabila tepat cara pengendalian kegagalan dan perubahan yang diperlukan, ia akan membuahkan hasil lebih baik… lebih dari apa yang kita jangkakan selama ini… percayalah. Insya 4W1. Beyond our expectation.

Tatkala itu baru kita sedari, rupa-rupanya kegagalan itu adalah satu titik kepada penyambungan titik lain dalam kehidupan kita. Macam molekul kimia organik. Bersambung-sambung. Ia seperti satu persimpangan yang menjauhkan kita daripada kesesatan atau melorongkan kita kepada satu laluan yang lebih baik demi masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Dulu, kini dan selamanya dunia dan akhirat yang kekal abadi.

Saya teringat betapa kecewanya hati dan perasaan saya apabila tidak berjaya memasuki program matrikulasi 12 tahun dulu. Ketika itu matrikulasi masih di bawah kelolaan IPTA. Sekarang saya sedar dan tahu betapa besar hikmah saya sambung belajar selepas SPM di Tingkatan Enam ambil STPM. Segala pengalaman yang diperoleh itu banyak mencorak kehidupan saya selepas itu. Untuk makluman anak didik yang saya kasihi, saya bertemu jodoh dengan isteri saya semasa di Tingkatan Enam Atas. Akhirnya, selepas dua tahun di Tingkatan Enam saya melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda KIMI’A” di KUSTEM. Sekarang UMT.
Saya sungguh bersyukur kekecewaan saya tak dapat belajar di matrikulasi 4W1 gantikan dengan sekarang saya menjadi pensyarah matrikulasi anda di KMPk. Macam mimpi pun ada. Ingat jika kita bersangka baik kepada 4W1, maka 4W1 juga bersangka baik kepada kita. Begitulah sebaliknya. Banyak perkara dan jenis kegagalan dan saya kini sedar hikmah dan kebaikan daripadanya, namun ia terlalu peribadi untuk dikongsikan di sini. So… anda nak kecewa lagi ke…?? Hanya orang yang pernah GAGAL kenal siapa orang yang GAGAL

Apapun, semua jenis kegagalan yang menimpa memerlukan satu proses perit yang lain. Bukankah Allah SWT sudah mengingatkan: “Sesungguhnya dengan kesukaran itu adalah kesenangan.” Apa yang mesti dan pasti, pelajar mesti meyakini kegagalan itu adalah satu proses yang perlu ditangani secara positif. Think positive… macam proton dalam nukleus suatu atom unsur di alam semesta ini. Ada ke proton cajnya negatif…?? Apa pun kegagalan adalah satu konflik hidup yang mendesak minda dan akal kita untuk lebih agresif dan kreatif bagi mencari jalan keluar. Jalan keluar…??? Ya… jalan keluar dari kegelapan, kesesatan dan kejahilan…faham..?? Tanpa disedari, rupa-rupanya tanpa kegagalan, kita mungkin akan berterusan di takuk lama dan kurang kreatif.

UCAPAN STEVE JOBS YANG HEBAT Saya sangat kagum dengan tips dan nasihat dari Steve Jobs, Pegawai Eksekutif syarikat ternama dunia, Apple dan Pixar, pengasas produk iPhone, iPod juga iPad. beliau menceritakan bagaimana beliau yang pernah gagal pengajian semasa di universiti akhirnya membuahkan idea penciptaan perisian dan komputer Macintosh, satu revolusi dalam dunia perkomputeran, malah ia adalah idea yang kemudian ditiru oleh Bill Gates, pengasas Microsoft. Kegagalan juga satu kejayaan…??? faham?

Beliau menceritakan bagaimana pada umur 30 tahun, akibat kebuntuan syarikat yang diasaskannya iaitu Apple, lembaga pengarah syarikat menendangnya keluar dari syarikat berkenaan. Hasil kegagalan itu, lahirlah revolusi kartun moden menggunakan animasi komputer. Lahirlah animasi ‘Toy Story’ yang sungguh popular. Kalau tak silap tahun 1995. Hanya menggunakan 500 GB memori. Jika tidak kerana kegagalan pertama, revolusi animasi seperti Toy Story mungkin belum pasti bila akan wujud. Selain itu, pelbagai nasihat lain diberi oleh Jobs,  termasuklah memastikan yang kita sebagai pelajar sudah menjumpai bidang yang kita CINTA & MINAT.

Tanpa minat dan kecintaan kepada tugasan kita sekarang iaitu belajar, setiap perkara akan menjadi beban. Pergi kuliah malas. Tutoran tak buat. Kelas amali ponteng. Namun bagi Muslim, minat itu mestilah dipastikan TIDAK BERCANGGAH dengan hukum Islam. Apabila haram, ia wajib diubah kepada yang halal. Ucapan beliau semakin menarik apabila mendedahkan bagaimana perasaan ‘macam nak mati dah…’ memotivasikan diri untuk membuat keputusan tepat dalam kehidupan. Jobs berkata: “Mengingati yang saya akan mati tidak lama lagi adalah alat utama yang saya tidak pernah temui untuk membantu saya membuat keputusan maha penting dalam kehidupan. “Ini kerana, hampir keseluruhan kepelbagaian perasaan luaran akan hilang di ambang kematian, yang tinggal hanya perkara paling penting. “Mengingati anda akan mati adalah cara yang saya tahu paling baik untuk mengelak diri anda terperangkap dalam pemikiran anda akan kehilangan sesuatu”

Dalam Islam, kematian memang sudah lama dijadikan prinsip oleh Rasulullah SAW untuk diterapkan kepada umatnya supaya berusaha dan berfikir sesuatu yang lebih penting dan meninggalkan yang tidak penting serta kurang penting. Bagi umat Islam, yang paling penting adalah apa yang akan kita bawa selepas MATI. Justeru, fikirkan dan berubahlah. Jangan menganggap kegagalan itu sesuatu yang terlalu besar, jadikan ia kunci untuk kejayaan seterusnya. Benar, apa saja kegagalan boleh diatasi kesan buruknya sehingga dilihat kerdil dan kecil serta boleh diatasi JIKA KITA MENYEDARI. Kematian itu pasti dan sesuatu perlu dilakukan segera untuk mempersiapkan diri kepadanya. Akhirnya, kegagalan jangan dicari tetapi apabila ia datang, ia tanda satu perubahan drastik diperlukan dalam rutin harian, mengubah zon selesa yang lapuk kepada satu zon baru yang tidak lagi gagal. Ingat jangan lari dari kegagalan. <<<Berani untuk GAGAL… GAGAL untuk Berani…>>>

Jadikanlah kegagalan sebagai ubat penawar yang maha pahit tetapi penyembuh luka yang paling dalam, terlihat dan tidak terlihat. Sesungguhnya orang mukmin itu tidak langsung berasa sedih walau sedikit pun. Tidak pula berasa takut melainkan kepada 4W1 SWT tuhan pentadbir sekalian alam. Selamat maju jaya dalam PSPM II… Yang penting buktikan yang KIMI’A’ itu MUDAH.. Insya 4W1... A..!!! Makcik cleaner pun dah tahu dan faham dengan ‘tagline’ nie... Asal KIMI’A’ ajer pasti MUDAH.. Insya 4W1. So apa lagi… buktikanlah…!!!

Akal Dihatimu... :)


Akal diHatiku

Sebagai pelajar anda hendaklah sentiasa berhati-hati agar perkataan anda tidak menyinggung hati perasaan pensyarah. 4W1 mencipta manusia dengan akal dan hati yang saling berbeza tabiat dalam memberikan reaksi kepada perkataan. Akal memproses logik. Hati memproses emosi. Akal dan logik menghasilkan tahu. Hati dan emosi mencetuskan mahu. Ikut hati mati … ikut rasa binasa… ikut nafsu lesu… ikut akal bahagia kekal.

Apabila kita meminta sesuatu dari orang lain contohnya “Nadia, hantar jawapan tutoran”, ia adalah arahan kepada akal. Apabila akal memahami arahan tersebut, ia akan memberikan kefahaman tentang reaksi dan tindakan yang sepatutnya diambil terhadap arahan itu. Tetapi arahan yang hanya mempedulikan akal, walaupun boleh difahami, ia mungkin tidak mencetus mahu. Arahan itu tidak mengambil kira soal hati. Sedangkan kemahuan datang dari hati. Hati yang tulus ikhlas nak belajar. Belajar aper? Belajar kimi’A’ itu M U D A H ...

Bagaimana pula kalau ayat yang sama diungkap dengan cara yang lebih sopan, seperti “Nadia, sila hantar jawapan tutoran anda. Terima kasih!” Bagaimanakah perasaan dan kesediaan anda sebagai pelajar untuk bekerjasama dengan permintaan pensyarah yang sedemikian rupa , berbanding arahan pertama? Saya yakin, anda akan lebih bersungguh dan berkemahuan untuk memenuhi permintaan itu kerana perkataan “hantar jawapan tutoran” memberitahu akal, manakala perkataan “sila” dan “terima kasih” menggerakkan hati. Tidak bolehkah kita sebagai warga yang berilmu kita amalkan peraturan semudah ini dalam hidup? Apa pun hati ni macam raja di dalam tubuh badan seseorang... Klu hati tu kata dah tak minat nak wat tutor.... makcik cleaner pun angkat penyapu tak boleh nak wat aper. Ikut suke kome ler yop dan yong...den dah kabo.

Lihat sahaja bagaimana Luqman menasihati anaknya. Beliau mulakan ungkapan nasihat itu dengan lafaz “Ya Bunayya“, yang boleh dimaksudkan sebagai “wahai anakku sayang”. Ia adalah lafaz akal dan hati. Luqman tidak bersikap angkuh terhadap anaknya atas status dirinya sebagai bapa. Malah kuasa kasih sayang dan bahasa yang mengungkapkannya, menjadikan nasihat itu lebih berkesan dan penuh hikmah. Manusia tidak bertindak berdasarkan apa yang dia tahu (akal), tetapi manusia bertindak berdasarkan apa yang dia mahu (hati). Jangan hanya pandai mengeluarkan arahan ini dan itu, tetapi manfaatkanlah fitrah manusia yang ada perasaan.

Islam mengajar kita bahawa muka dan bahasa yang manis itu adalah suatu kebajikan. Bagaimana dengan Melayu yang lebih dikenali sebagai bangsa yang berbudi bahasa? Ingat! kita nak mengubah sikap manusia. Bukannya nak mengalihkan batu yang besar di tengah jalan. Mana lebih mudah …?? ubah manusia atau alihkan batu? Manusia perlu diubah dari hatinya… baru terpancar keluar dengan perbuatan. Bukannya dari luaran mengubah dalaman. Yang penting Nabi SAW adalah suri teladan manusia agung terbaik sepanjang zaman.

Ikut aturan 3M ni. Bukannya makan, minum mengantuk. Nak ubah diri… mulakan dengan diri sendiri. Jangan jadi ketam ajar ibunya berenang. M yang kedua mulakan dengan perkara yang mudah dan rutin. Contoh solat fardhu 5 waktu secara berjemaah. Barulah pertolongan dari langit turun mencurah-curah macam hujan. M ketiga jangan bertangguh. Nak studi kimi’A’ mulakan sekarang. Takut pasni mati kena gigit monyet. Hidup ini indah kerana adanya cabaran. So do good thing right now. No put off. So pastikan hati anda ada ilmu, amal dan ikhlas (ilamik). Dapat ilmu senyum maka senyum lah walaupun dengan seekor kambing. Ilmu jadi fitnah klu tak diamalkan. Contoh ilmu masak nasi ayam. Pandai masak tapi beli juga nasi ayam kat café. Suatu makanan sedap atau tidak bergantung pada hati. Hati yang sihat sentiasa tidak mengharapkan walau sekelumit pun penghargaan apetah lagi ambil hati pada cacian.

Fokus amalan hanya pada 4W1 tuhan yang maha pengasih dan penyayang. Disiplinkan diri. Pastikan visi kebaikan anda jelas dan mampu dicapai. Hidup di dunia hanya sekali maka niatkan segala amalan baik sebagai ibadah. Seterusnya istiqomah (tetap pendirian). Kesimpulannya jaga hati… klu sakit rawat ler… jangan bagi hati tido… kejutkannya.. bangunkannya. <<ilmu kimi’A’ berdiri atas kalimat… kalimat atas huruf… huruf atas titik. So… klu nak faham kimi’A’… kenalah tau semua titik-titik dalam jadual berkala kimi’A’… Good luck..!!

hari Istimewa...


Hari, Istimewa & dot dot dot

Setiap hari adalah hari yang istimewa…?? Kenapa? Ha… yang nie kena fikirkan sendiri. Tapi la kan…. Satu persoalan yang sering kita lupa nak tanya pada diri sendiri… ya.. hari keMATIan. Iaitu saat terakhir kita menyedut gas oksigen dan menghembuskan gas karbon dioksida keluar dari paru-paru kita di alam dunia yang fana lagi menipu ini. Malaikat pencabut nyawa Izrail mengelilingi dunia tujuh kali sehari untuk mencabut nyawa anak Adam yang telah sampai ajalnya. Mungkin giliran kita bukan hari nie… tapi mungkin juga esok… lusa, tulat, tonggeng… <pastikan amalan soleh kita cukup… itu aje. Yang penting kita dah bersedia, betul?>

Apapun …. sebenarnya mati itu sendiri bukan berakhirnya sebuah penghidupan. Masih ada satu lagi destinasi “dunia’ yang sedang menanti. Hidup di ‘sana’ lebih kekal dan abadi… jauh sekali dari menipu daya manusia. Dari-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali dan pulang setelah lama ‘mengembara’. Umpama menjawab kertas soalan peperiksaan dan di akhirat kita akan mendapat keputusannya. Berjaya… masuk Jannah dan gagal…. <fikirlah sendiri> Tapi kita sebagai hamba 4W1 yang beriman dan tunduk menyerah kepada 4W1 wajib tahu yang kita masuk ke Jannah dengan izin dan rahmat kasih sayang 4W1 dan dijauhkan dari seksa dan azab api neraka juga dengan izin dan rahmat kasih sayang 4W1. Bukannya sebab amal ibadah kita.

Dunia yang fana lagi penuh dengan segala tipu daya ini sebenar-benarnya adalah tempat menyemai benih sementara akhirat tempat pula kita akan menuai kerana hakikat kehidupan itu sendiri ibarat seorang musafir dalam pencarian amal dan ilmu. Maka sayugialah kita sebagai manusia yang berakal, ‘mengemis’ lah di dunia supaya kita tidak ‘mengemis’ di akhirat. Biar sebesar gunung mana pun, biar sebanyak mana pun buih di lautan segala dosa yang kita lakukan, besar lagi keAMPUNan dan rahmat kasih sayang 4W1 kepada hamba-Nya yang bertaubat. Oleh itu BERTAUBATlah selagi nyawa tidak sampai lagi di halkum kita dan matahari belum lagi terbit di sebelah barat kerana pintu taubat masih lagi terbuka. Dalam satu hadis Qudsi Nabi SAW ada bersabda bahawa rahmat kasih sayang 4W1 mendahului kemurkaan-Nya.

Yakinlah dengan sebenar-benar yakin sesiapa yang bersungguh-sungguh cintakan 4W1, maka 4W1 yang bersifat arRahim akan membalas cintanya. 4W1 tidak akan sesekali mensesiakan cinta hamba-Nya yang beriman. Ingatlah dengan sebenar-benar ingat yang kita diciptakan daripada Adam dan Adam daripada tanah. Bersyukurlah dengan sebenar-benar syukur sepanjang masa atas penciptaan kita sebagai manusia sebagai makhluk 4W1 yang paling sempurna sifat kejadiannya. Apa yang ada disisimu seperti pangkat, harta, ilmu dan kedudukan tidak kekal lama dan akan lenyap habis tetapi pahala jualah di sisi 4W1 jualah yang kekal lagi abadi.

Letakkan dunia di sisi tanganmu dan jangan sesekali ia di dalam hatimu. Kelak rosak binasa dirimu sebab sombong dan bongkak. Ikutlah resmi padi semakin berisi semakin tunduk. Jangan diikutkan resmi lalang. Kenalilah semua arus tetapi jangan sesekali kamu hanyut kerana arah arus. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Hari Guru 2009 dan Hari Ibu pada semua guru dan ibu di seluruh dunia. Berbahagialah wanita yang beriman yang bergelar ibu dan pada masa yang sama bergelar guru. Sungguh beruntunglah mana-mana lelaki yang menjadi suaminya. Setitik air mata ibumu yang tumpah tidak akan sesekali sama dengan semangkuk air mata gewemu, markamu atau makwemu. Fikirkan…!!!

Tema hari Guru ‘Guru Pembina Negara Bangsa’. Ilmu sebagai suluh penghidupan, amalan sebagai jalan. So apa lagi maka suluhlah jalan amalan hidupmu dengan ilmu dunia dan akhirat …. Supaya anda tidak tersesat jalan dan teraba-raba seperti orang buta. Silap hari bulan terpelusuk jatuh dalam lubang, tak bangun-bangun. Memang sungguh haru. Tak dapek den nak nolong.

P/s- Chaiyok… Chaiyok… Chaiyok. Gambatte..!!!! 4.0 is our target.!!
        ILmu KIMI’A’ itu M U D AH… Insya 4W1… A…!!!

Hakikat kimi-'A'!


wahai anak didik....
renungkanlah kata-kata ini.... takut2 lepas ini kita tidak ketemu lagi...

Sebagai kakitangan kerajaan adalah perkara biasa dan rutin apabila genap umur 58 tahun nak tak nak wajib bersara....<< itu pun klu panjang umur>>> tak gitu...?? yang penting bila kita nak bersara sebagai manusia... @ bersara dari hidup dengan kata lain <<<<MATI....>>> cukup ke amalan2 baik untuk dibawa ke kubur...??

Berdoalah sebanyak-banyaknya dan buatlah kebajikan sesama manusia... agar 4W1 memberi kita semua HIDAYAH. Tanpa hidayah manusia tidak mampu menjadi insan kamil yang layak mentadbir muka bumi 4W1 ini... TAKBIR..!!! Selepas mendapat hidayah... barulah datang nya ILMU.... contoh ilmu kimi’A” itu mudah.... Selepas belajar ilmu kimi’A” itu mudah barulah anda sebagai pelajar matrik FAHAM konsep dan YAKIN bahawa kimi’A” itu memang sangat2 mudah... Insya 4W1.

Selepas faham barulah anda boleh amalkan ilmu yang anda pelajari dengan cara mengajar ilmu kimi’A” itu mudah pada roomate anda.... tak gitu....??? Seterusnya Apabila kita faham suatu ilmu barulah jiwa kita hidup dan segar.... mata hati akan celik.... barulah kita faham kenapa kita MESTI belajar ilmu kimi’A” itu mudah sampai kita faham.... seterusnya skor A pada PSPM I & II nanti... Ketika kita faham dengan sebenar2 faham maka kita akan nampak segala apa yang terHIJAB di hati kita selama ini... contohnya atom @ zarah kenapa elektron duk kat luar keliling nukleus yang di dalamnya proton dan neutron.. siapa yang suruh elektron beredar keliling nukleus...??

Mesti anda terfikir yang elektron tu tak tau penat ker...?? sebenarnya elektron itu berzikir dan bertasbih kepada 4W1. Takbir...!!! Itulah SUNNATULLAH... hanya ada dua sahaja hakikat kehidupan pencipta dan ciptaan @ alam @ makhluk. <<4W1 menciptakan alam ini dari tiada kepada ada....>> seterusnya akan terbongkarlah segala rahsia alam ilmu kimi’A’ itu mudah yang kita tidak pernah tahu selama ini... kesannya hati kita yang selama ini keras macam simen konkrit akan mudah jinak dan patuh pada perkara kebaikan.... contohnya wat tutoran tanpa disuruh dan menjawab soalan past year dengan penuh rela hati dan keceriaan... datang ke kuliah tepat pada masa dan tidak tidur di kuliah. ingat ilmu kimi’A” itu N U R @ cahaya yang datang dari 4W1 dan pensyarah sebagai asbab sahaja. Ilmu tidak akan masuk ke hati para pelajar yang penuh dengan titik-titik noda dan dosa.

4W1 mengajar manusia dengan menyuruh manusia BACAlah dengan nama tuhanmu yang menjadikan. KEYAKINAN itu penting yang ilmu kimi’A” itu mudah masya 4W1.... Insya 4W1 ...A!!!! keyakinan datang tanpa perlu kita fikir dan peningkan... setelah kita berAMAL... turunlah hidayah maka datangnya ilmu seterusnya kita faham dan kita amalkan... barulah kita yakin perkara yang hak dan perkara yang batil...!!! bersolat 5 waktu secara berJEMAAH... membaca al Quran & wat amalan2 sunat....itulah jawapan KUNCI kepada persoalan kenapa ilmu kimi’A” itu mudah.... <<< naper…? Masih nak beranggapan yang kimia itu susah…??>>>

kesimpulannya... segalanya MUDAH semudah ilmu kimi’A” itu memang sangat mudah jika anda menJAGA AMALAN anda.... HORMAT PENSYARAH anda... dan yang paling penting PASTIkan ilmu kimi’A” itu mudah yang anda belajar di matrik BERKAT. Jika tak ilmu kimi’A” itu mudah akan meLAKNAT anda. Yang penting semakin anda belajar kimi’A” itu mudah anda sepatutnya semakin TUNDUK dan patuh menyerah kepada tuhan mu tuhan seru semesta alam.... yang bagi anda pandai bukan pensyarah anda.... pensyarah anda hanya asbab... 4W1 yang beri anda pandai dalam ilmu kimi’A’ itu mudah. anda nak berlagak lagi ker...?? <<< nak pandai kena berusaha tau... pastu barulah berdoa bukan nya main game di asrama dari pukul 10 sampai 5 pagi.

renungkanlah dan fikirkanlah.... gunakan AKAL anda... bukan nya perasaan anda...kepandaian anda langsung tidak berguna andai anda malas belajar tahap gaban tapi rajin tahap cipan bermain game komputer. yang penting di sini.... adalah ..... siapa kata ilmu kimi’A’ itu susah.....???
A. makcik cleaner
B. auntie konduktor bas kinta...
C. pak guard...
D. diri sendiri yang selama ini syok sendiri macam dia lah seorang ajelah yang pandai

adios amigos .... zaaaz.....last but not least... always think in your mind u r the best among the best.... !!! fikirkan boleh.... ANDA PASTI BOLEH....<<boleh aper..??>> pandai kimi’A” itu mudah lah.... Insya 4W1…

Carilah Redha Allah


Carilah Redha Allah
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."