Ahad, 10 April 2011

Result PSPM I...


Result, PSPM I & aku

Di sekitar kawasan KMS-hehdi  23 Zulhijjah 1431H @ 30 November 2010 pukul 10.10 pagi “Hah! Teruknya keputusan PSPM I aku? Kimi-’A’! dapat B+ aje ..,erghh!! Mana boleh cukup-cukup makan ajer" Hanis rasa geram, marah. Dia terus balik bilik dan tidur sepanjang hari. Bangun untuk solat zohor dan makan, kemudian sambung tidur. Kelas tak pergi. Solat Asar, kemudian tidur. Solat Maghrib, mandi, makan dan solat Isyak kemudian tidur. Dia bangun untuk solat Subuh, kemudian sambung tidur lagi.

Izzati pelik dengan perangai teman sebiliknya itu. Tak pernah dia lihat Hanis begitu. ”Hanis..bangun lah Hanis....dah nak Zohor ni..dari semalam kau tido.. kuliah ko ponteng?” Izzati mengejutkan Hanis. Hanis bangun, menunaikan solat Zohor, kemudian baring di atas katilnya kembali. “Kau ni, tak sihat ke Anis? Asyik tidur aje...”. “Sihat,” ujar Hanis. Izzati dapat melihat tiada langsung keceriaan pada wajah sahabatnya itu. “Habis tu… mike ni naper? Ada masalah ke?” “Hmm…” Hanis sekadar mengeluh. “Citer lah kat aku, kot-kot aku boleh tolong.” Izzati mengambil posisi di sebelah Hanis. “kita kan kawan....” Izzati memujuk sambil memulakan bicara.

“Aku kecewa lah. Kenapa lah aku studi bagai nak rak pun, still tak dapat pointer 4.0? Aku dah buat semuanya, macam petua nak cemerlang, tapi apa hasilnya? 3.10 je! Jangan kata 4.0, 3.5 pun tak lepas! Kenapa lah aku ni bodoh sangat! Tengok Haziqah tu, bukannya study sangat pun. Main Facebook, enjoy sini sana, tapi dapat 4.0 jugak. ” Luah Hanis panjang lebar. “Semalam aku dah tepon mak aku. Aku cakap aku nak kuar matrik masuk UiTM. Dapat kursus Kulineri.”

Izzati tersenyum. “Owh, ini ke masalahnya? Sabar lah Hanis, berdoalah banyak-banyak. 4W1 pasti makbulkan. 4W1 dah berfirman,‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan-Ku makbulkan’. “Aku rasa, dah puas dah aku berdoa, aku buat solat tahajjud, solat hajat aku tak pernah tinggal..tapi? kenapa 4W1 tak langsung makbulkan doa aku?”

“Astaghfirullah al Azim, Jangan lah kau fikir macam tu. Bersangka baiklah dengan 4W1. Tepis jauh-jauh segala bisikan syaitan seperti itu, Anis. Kau kena ingat, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah-Nya. Cuba kau fikir balik, banyak hikmahnya dengan result yang kau dapat tu.” “Aku tak nampak hikmahnya Izzati. Tolonglah aku, aku pun tak nak fikir macam ni, aku tahu aku banyak dosa.” “Ok tak per, kita review balik hikmahnya.

Pertama - Yang paling penting…percaya lah, 4W1 sayang kat kau sebenarnya….Anis. DIA rindu nak dengar kau bermunajat dan bermohon kepada-NYA. Dia tak nak kau alpa dan lupa pada-NYA bila kau senang-senang ajer skor A subjek Kimi-’A’!. 4W1 sayang kat kau, takut kau jadi ego dan sombong kalau kau tak perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk dapat kejayaan tu.

Kedua - Anggaplah ini didikan terus dari 4W1. Studi  Kimi-’A’! tu, nak kena sabar, sabar... dan sabar kan? Nak kena kuatkan semangat, lawan perasaan mengantuk, perasaan nak ponteng kuliah, nak tengok citer Hagemaru lah, layan Farmville Facebook la ...dan macam-macam lagi. 4W1 sedang mendidik kita supaya bersabar. Kalau kita kurang berjaya, kita cuba lagi dan lagi dan lagi sampailah kita berjaya…? Tak gitu Anis?. Kalaulah, orang yang mencipta mentol elektrik dulu berputus asa, sudah tentu hari ini kita hidup dengan pelita cap ayam semata-mata. Sebab itu kita tak boleh sama sekali berputus asa. Mat saleh kata tu.... ala.... Never never ever give up....!!!!

Ketiga - Dalam proses belajar Kimi-’A’! tu sendiri, kita kena latih diri kita berdisiplin. Belajar untuk periksa, kita kenalah buat jadual belajar sendiri, dan patuh pada jadual itu, kan? Bukannya jadual patuh kat kau. Jadi, secara tidak langsung, sebenarnya 4W1 sedang melatih kita menjadi orang yang bijak merancang dan berdisiplin. Bukan ke itu merupakan elemen yang amat penting untuk berjaya dalam hidup dalam dunia yang penuh dengan kepura-puraan?

Keempat – Kita perlu IKHLAS kan niat dan hati dalam belajar. Niat kenalah betul. Belajar kerana sapa? Kita perlu terima hakikat bahawa, mungkin kita masih belum menguasai sesuatu topik Kimi-’A’! itu dengan baik. Contohnya konsep Anod & Katod. Salah siapa sebenarnya? Salah lecturer ke? Atau salah makcik cleaner...?? atau pun salah cipan di Zoo Taiping? Tapi la kan.... cuba Anis fikirkan. Kenapa pelajar KMS-hehdi yang lain boleh skor Kimi-’A’!? Semua orang kata Kimi-’A’! itu M U D A H Insya 4W1... A! Adakah Hanis benar-benar fokus sewaktu belajar? Cakap Klate koya...?? Adakah kita belajar itu dengan niat untuk faham dan ingat akan kebesaran 4W1 semata-mata...??? atau kita sebenarnya merenung buku itu dan sibuk berangan tentang hal lain atau kita belajar sekadar untuk habiskan baca lecture note sahaja? Tepuk dada tanyalah iman. Hanis pandai kan...?? Dulu kat sekolah dapat nombor satu ajer kan dalam kelas..?? Kimi-’A’! Anis skor A+ kan masa SPM..??

Hmm..macam mana Anis? Cukup tak sebab-sebab kenapa kita kena REDHA dan SABAR atas setiap takdir 4W1. Setiap satu nya, pasti ada hikmah tersendiri, kan?” Kau janganlah sedih-sedih. Life is short... so enjoy it!!! “Betul juga kata kau Izzati. Astaghfirullah alazim..ampunkan segala dosaku ya 4W1. Aku hamba-Mu  yang dhaif, hina di sisi-Mu dan sering saja mudah terlupa.” “Anis juga jangan lupa, kita sebaik-baik kejadian yang 4W1 ciptakan. Kita adalah orang-orang yang terpilih, diberi nikmat Iman & Islam. Kita harus melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi 4W1. Tak kiralah berapa banyak usaha yang harus kita berikan, inilah hidup kita. Kalau kita tidak hidup untuk 4W1, untuk sapa lagi kita hidup? Percayalah pada 4W1. Kita adalah hambanya, 4W1 jualah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kan… Bersangka baiklah kepada Allah. Allah yang bagi kita gagal... Allah juga yang bagi kita kejayaan.

Jadi, kita sebagai seorang manusia muslim tidak boleh sesekali putus asa dari rahmat 4W1, kita kena sentiasa berusaha dan buat yang terbaik dalam setiap apa yang kita kerjakan, dengan mengharapkan redha dan barakah dari-NYA. Insya 4W1, kita akan mendapat ketenangan dan kegembiraan, bukan sahaja didunia, malahan di alam yang kekal nanti.” Lagi satu.. orang yang bijak akan sentiasa ingat bahawa kejayaan atau kegagalan bukan suatu pengakhiran. Berjaya atau gagal sama pentingnya dalam menentukan masa depan.

Hanis tersenyum puas dan bangga. “Syukur ya 4W1, di atas kurnia-Mu akan seorang sahabat yang dapat mengingatkan aku, di kala aku kealpaan, di kala aku kesedihan. Ya Aku harus BANGKIT..!! Bangkit untuk menebus kegagalan dalam PSPM I” Kini hatinya berasa lebih tenang. Dia berjanji pada dirinya tidak akan sama sekali berputus asa, dan dia akan berusaha dengan seluruh tenaganya untuk terus berusaha menuntut ilmu dengan sepenuh hati kerana 4W1. “Hanis mesti berusaha buat yang terbaik untuk UPS II dan mendapat 4.0 dalam PSPM II. Insya 4W1. Apa yang penting…. U S A H A & D O A. bukannya gred apa yang kita skor.”… Izzati mengakhiri perbualan tanpa menyedari mata Hanis berlinangan air mata.


 

Bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji bagi 4W1 tuhan seru semesta alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW dan para sahabat.
"Ya 4W1 kami para pensyarah Kimi-’A’! KMS-hehdi memanjatkan sepenuh-penuh kesyukuran ke hadrat Mu di atas kejayaan yang cemerlang para anak didik kami Ya 4W1 di dalam peperiksaan PSPM I tempoh hari.  Ya 4W1.... berikanlah pula kejayaan dalam PSPM II kepada anak didik kami sebagaimana Engkau telah memberikan kejayaan dalam PSPM I ya 4W1. Kau  bukakanlah pintu hati mereka ya 4W1... agar mereka dapat menuntut ilmu-Mu dengan mudah dan tenang. Insya 4W1. Amin Ya Rabb Alamin..."

Ya 4W1 tuhan seru semesta alam, Dengan kemulian nama Mu ya 4W1,
kau binasakan lah mereka yang telah menzalimi diri kami ya 4W1, kau binasakan lah mereka yang telah mengkhianati diri kami ya 4W1 dan kau binasakan lah mereka yang telah menganiaya diri kami ya 4W1,
Sesungguh Nya engkau lah Tuhan yang maha Adil lagi maha Mengetahui....
Makbulkan lah permintaan diri kami ini Ya 4W1 Ya Rahman Ya Rahim
 Amin... Amin .... Amin Ya Rabb alamin...

Putus asa vs gagal...


Kegagalan vs Putus Asa
Kegagalan seakan satu perkara yang telah sebati dengan kehidupan setiap insan. Namun, tiap kali kegagalan itu berlaku, ketabahan dan penerimaan masih tiada. Pasti akan disusuli dengan kekecewaan. Sedangkan ini adalah perkara lazim dalam kehidupan. Semua insan mengalami situasi yang sama. Begitulah pelajar. Terimalah hakikat masa lalu dan tebuslah dengan kejayaan sekarang dan akan datang.
Setiap kali kegagalan itu menjelma, terlalu sukar untuk diterima oleh hati. Ada saja persoalan yang ditimbulkan mempertikaikan kegagalan yang menimpa. Kegagalan itu membawa kepada rasa putus asa dalam diri. Sekadar pertanyaan, adakah berputus asa itu satu perkara yang wajar dilakukan jika kita berhadapan dengan kegagalan? Jawab lah wahai pelajarku dengan hati yang tunduk dan taat pada perintah Allah! Sedangkan, kegagalan itu bukanlah penghujung kepada kehidupan dan 'jalan mati' kepada kejayaan. Seperti yang selalu kita dengar, ramai yang berjaya selepas menemui kegagalan. kegagalan itu sebenarnya yang membuatkan pelajar lebih matang dan berhati-hati dalam menyusuri perjalanan hidup. Maka gagal dahulu lebih afdhal berbanding berjaya dahulu lepas tu gagal menimpa-nimpa.
Pernahkah anak didik berdepan dengan rasa putus asa? Setelah pelbagai rintangan dan dugaan anak didik tempuhi, tetapi dipatahkan dengan rasa putus asa yang tiba-tiba terlintas di fikiran. Bukankah itu membuatkan anak didik berada dalam kerugian?. Setelah masa dan kudrat habis pada sesuatu perkara, dengan mudah saja naluri diri kita menghasut dan menggagalkan apa yang diusahakan selama ini. Jadi, adakah segalanya berbaloi? Sama macam belajar kereta. Nak masuk gear satu bukan main payah… tapi bila dah pandai, masuk gear 2 dan seterusnya senang macam makan kacang goreng. Betul tak…?
Lawan Perasaan Putus Asa !!!
Paling penting di sini adalah untuk menghadapi rasa putus asa yang datang. Bukannya takut kepada kegagalan kerana tanpa kita sedari, putus asa adalah punca kepada kegagalan. Ramai yang salah faham selama ni menganggap kegagalan adalah punca kepada timbul rasa mudah putus asa. Kesilapan sering terjadi di situ. Putus asa bukan satu sifat yang baik di sisi Islam. Islam sangat-sangat menggalakkan umatnya agar sentiasa bersangka baik dengan Allah. Yang bagi kejayaan Allah. Yang bagi gagal pun Allah. Ingat, kita semua hamba Allah yang lemah serba serbi
Hanya yang terletak dihatinya matlamat kejayaan sahaja yang akan terus mempertahankan kekebalan semangat waja tanpa menghiraukan rasa putus asa yang sering mendatang tanpa mengira tempat, masa dan waktu. Jika semasa belajar malas, itu merupakan sikap putus asa yang membawa kepada kegagalan. Kita perlu ingat, jangan jadikan putus asa sebagai salah satu agenda dalam diari hidup kita. Tetapi pastikan rasa inginkan kejayaan dan mengejar kepada kehidupan yang lebih bermakna dan diredhai oleh-Nya sebagai matlamat hidup kita dunia akhirat. Putus asa adalah musuh yang halimunan langsung tidak kita sedari. Sikap itu datang dalam keadaan spontan. Seharusnya kita mengetahui erti rasa mudah putus asa luar dan dalam.
Secara mudah, putus asa adalah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain. Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana putus asa. Semuanya bermula dengan putus asa. Jangan biarkan rasa mudah putus asa menguasai diri kerana akan membawa kesan buruk bukan saja kepada diri sendiri malah orang di sekeliling kita pun terkena tempiasnya. Marahkan kelambu nyamuk dibakar?
Ketahui sikap itu dan tanganinya. Pasti kejayaan milik kita. Insya Allah J

Aku, Pelajar cemerlang kimi-'A'!


Aku, Pelajar cemerlang kimia

MENJADI pelajar yang mendapat 4.0 adalah idaman setiap pelajar KMPk. Namun tidak ramai menyedari bahawa untuk menjadi seorang yang cemerlang, usaha bukan hanya tertumpu kepada menghafal nota kuliah kimi’Afotokopi semata-mata, tetapi juga melibatkan rangkaian beberapa faktor lain. Mungkin ramai pelajar KMPk tertanya-tanya, mengapa mereka masih tidak mencapai kecemerlangan walaupun telah membelek-belek nota kimi’A’ fotokopi sampai lunyai. Pernahkah mereka terfikir bahawa usaha itu harus diselangi dengan doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal...??. Berikut 10 pemuda (pesan pensyarah muda) membentuk diri menjadi seorang pelajar KMPk yang cemerlang sekali gus membentuk diri menjadi insan yang disenangi ramai kawan dan lawan...termasuklah makcik cleaner dan juga pak gad.
Sentiasa berfikiran positif

Berfikiran positif…macam caj pada proton dalam nucleus suatu atom sangat membantu anda sebagai pelajar  KMPk membina imej yang meyakinkan, seterusnya membawa perubahan yang baik terhadap pelajaran dan kendiri. Berfikiran positif juga menjadikan pelajar sentiasa ceria dan seronok belajar. Ini boleh membantu proses pembelajaran. Namun, jangan terlebih seronok, nanti orang tersalah anggap pula. Orang yang berfikiran negatif pula mempunyai 10 kali ganda peluang mendapat sakit berbanding dengan mereka yang berfikiran positif. Contoh berfikiran positif…. Macam biasalah…. kimi’A itu M U D A H Insya 4W1...A...!!!

Nyatakan matlamat

Sentiasa mensasarkan satu matlamat sebelum melakukan sesuatu perkara kerana pelajar yang mempunyai matlamat lebih mudah mencapai kejayaan yang mereka ingini. Matlamat yang jelas dan hebat dapat membakar semangat. Pastikan matlamat yang diletakkan itu adalah satu matlamat yang membina. Namun, matlamat tanpa usaha tidak membawa erti apa-apa. Apa matlamat anda sebagai pelajar KMPk...??? Of course... 4.0 PSPM I & II

Menjaga kesihatan fizikal dan mental

Menjaga kesihatan adalah paling utama supaya pelajar berada dalam kondisi yang terbaik untuk menimba ilmu kimi’A. Apabila badan dan minda berada dalam keadaan terbaik, pembelajaran kimi’A’ di kuliah, tutor dan lab akan lebih mudah diterima, Insya 4W1. Contohnya bersenam dan berbasikal setiap petang keliling kolej. Elakkan stres yang terlampau dan luangkan masa untuk bersendirian supaya diri dapat mencapai ketenangan yang ideal. Terlalu berfikir mengenai pembelajaran dan kejayaan juga boleh mengakibatkan minda pelajar menjadi sangat stres. Pelajar Islam macam biasalah... solat 5 waktu berjemaah di awal waktu di masjid al Maghfirah KMPk dan buat sebanyak mungkin amalan sunat. Barulah pertolongan 4W1 akan turun dari langit mencurah-curah macam air hujan. <<<Naper..??? tak percaya ker...???? Buat dulu..!!! dah dapat kesannya bagi tau makcik cleaner...ok..!!>>>

Menjaga pemakanan

Aspek pemakanan juga harus dititik beratkan kerana pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam. Pelajar boleh mengingati sehingga 90 peratus bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan ketika menjawab soalan berkaitan dengan bahan yang dibaca. Yang penting makanan tu halal....

Cara belajar yang baik

Belajar dengan baik tidak semestinya mentelaah dari pagi sehingga malam sampai subuh. <<<studi cara nak main game DOTA atau PES tak der kena mengenanya...>>> Pelajar harus tahu bagaimana untuk belajar mengikut kesesuaian diri. Ada yang suka belajar secara berkumpulan dan ada yang suka bersendirian. Cari kesesuaian diri anda. Cari tempat yang tenang lagi harmoni untuk belajar. Contohnya masjid. Ramai pelajar suka mentelaah sambil mendengar muzik mp3 dari IPod. Ia adalah perkara yang mengarut dan merapu kerana belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu selain telinga jadi pekak badak. Kaedah belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda. Tetapi cuma 20 peratus pelajar yang belajar menggunakan peta minda dan peta konsep. <<<Peta jalan raya juga adalah contoh peta minda... hehheheh>>>

Bergaul dengan positif

Apabila anda mempunyai ramai kawan, maka anda akan mempunyai pandangan yang luas kerana boleh bertukar-tukar pendapat berbanding dengan mereka yang lebih suka menyendiri macam kera sumbang sebab sumbeng. Kawan boleh menegur setiap kesalahan kita kerana kita tidak dapat melihat kekurangan diri. Namun, pelajar juga harus bijak memilih kawan. Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan. Justeru, carilah kawan yang positif dan cemerlang. <Kawan perempuan tu kira kawan ker… kira makwe @ marka @ gewe..??>>

Bersyukur atas Nikmat-Nya

Pelajar harus bersyukur dengan keputusan yang diterima dalam UPS I yang lalu kerana ia melambangkan usaha ceciput atau sebukit yang telah anda dilakukan. Jangan salahkan orang lain di atas kegagalan yang anda alami. Jangan juga sesekali dengki dengan kejayaan orang lain <cipan pun tak pernah dengki dengan tapir tau>>, sebaliknya ringankan mulut untuk bertanya tentang rahsia kejayaan mereka. Dekatkan diri dengan tuhan tidak kira apa agama sekali pun. Pelajar juga harus sedia memberi bantuan kepada rakan-rakan lain dan jangan kedekut ilmu. Perbincangan secara berkumpulan mampu mendapat keputusan yang terbaik. Insya 4W1

Bersedia untuk gagal… gagal untuk bersedia..!!!

Kegagalan adalah lumrah kehidupan. Bersedia untuk mengalaminya kerana disebalik kejayaan pasti… pasti ada kegagalan. Jika kejayaan yang dikecapi itu adalah hasil usaha daripada kegagalan, ia akan lebih bermakna dan diingati. Belajar daripada kesilapan dan cuba cari jalan penyelesaian terbaik untuk memperbaiki kegagalan itu agar ia menjadi kejayaan. Berani gagal…. gagal untuk berani…!!!

Hargai pensyarah kimi’A’

Pensyarah adalah tonggak utama kepada kejayaan seorang pelajar matrikulasi. Cuba tunjukkan penghargaan kepada mereka, bukan sahaja apabila anda mendapat kejayaan yang diingini tetapi juga apabila tiba hari-hari tertentu seperti Hari Pensyarah, Hari Raya atau hari lahir mereka. Doa seorang pensyarah  sentiasa dimakbulkan tuhan. Jangan lupa juga kepada ibu bapa kita kerana anak yang derhaka tidak akan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. <<<peribahasa melayu : Pandai tak boleh nak diikut…. bangang tak boleh nak diajar…>>>

Usaha yang seimbang dunia & akhirat

Akhir sekali adalah usaha. Kejayaan tidak datang begitu sahaja tanpa usaha. Namun ia harus diseimbangkan. Jika hanya berusaha mempraktikkan segala pemuda di atas tanpa jawab soalan past year, kejayaan tidak akan dapat dikecapi. Namun, jika hanya mengharap pada nota kimi’A’ fotokopi tanpa usaha-usaha di atas, kejayaan juga jauh daripada genggaman. Tak dapek den nak nolong.... <<< Anda mampu mengubahnya...!!!>>>>

Murid Vs Guru


Murid Vs  Guru
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt....

Pelajar bangga dengan Pensyarah
Satu fenomena yang biasa di alam fana dunia. Mungkin pada suatu ketika seseorang anak Adam boleh berasa megah kerana dapat menjadi murid kepada seorang pensyarah yang hebat ilmu KIMI’A’ nya. Perasaan ini sampai di suatu peringkat boleh membuatkan seorang pelajar ‘buta’ dengan keilmuan orang lain seterusnya menafikan kehebatan pensyarah KIMI’A’ yang lain. Pelajar ini begitu taksub dengan kehebatan pensyarahnya. Pada waktu yang sama ada pelajar yang menjulang nama pensyarahnya setinggi mungkin. Biasanya ada dua kebarangkalian untuk tindakan ini; pertama untuk ‘tumpang mangkuk tingkat’ dan keduanya memang pensyarah tersebut layak untuk dinobatkan sebagai seorang pensyarah pakar KIMI’A’.

Tidak kira apa jua gelaran yang diberikan semuanya menunjukkan betapa penghargaan pelajar kepada tahap keilmuan sang pensyarah dan betapa bertuahnya diri pelajar tadi dapat menuntut ilmu darinya. Namun hakikat yang sebenarnya adalah si pelajar langsung tiada autoriti atau dengan kata lain kelayakan untuk mengiktiraf si pensyarah KIMI’A’ sebagai pakar atau hebat. Ini kerana sesungguhnya si pelajar tadi masih bergelar pelajar. Ulang sekali lagi masih bergelar pelajar dan seterusnya langsung tiada kemampuan untuk menilai suatu ilmu KIMI’A’ itu sama ada tinggi, sederhana atau rendah tahap kesukarannya.

Maka sayugia dinyatakan pelajar sebenarnya tidak mampu menilai malah langsung tidak layak, KECUALI pelajar tadi mengambil penilaiannya dari pensyarah KIMI’A’ yang lain ATAU dia bukan pelajar matrik yang biasa yang baru belajar tetapi pelajar yang telah tinggi tahap keilmuan dan kecerdikannya dalam ilmu KIMI’A’cuma menjadi pelajar matrik untuk melengkapkan syarat kemasukan ke menara gading. Sepatutnya pelajar memuji kebaikan semua pensyarah KIMI’A’ yang mengajarnya…. Bukannya membanding-bandingkan antara satu pensyarah dengan pensyarah KIMI’A’ yang lain. BERDOSA masuk api neraka dan tak berkat ilmu KIMI’A’ yang si pelajar tadi pelajari dunia dan akhirat. Masya 4W1…

Renungkan kata-kata ini ”Sesungguhnya yang lebih mengetahui kelebihan seseorang pensyarah KIMI’A itu adalah pensyarah KIMI’A’yang mempunyai kelebihan juga”. Langsung tidak pelik jika wujud segelintir golongan pelajar yang ‘tumpang sekaki payung’ pula  kehebatan pensyarah KIMI’A’nya. Dengan kata lain menisbahkan diri kepada pensyarah KIMI’A’nya. Padahal tanpa disedari oleh si pelajar tadi pada kaca mata pensyarah KIMI’A’ mungkin… si pelajar tadi hanyalah seorang murid yang paling lemah dalam pengajian subjek KIMI’A’nya. Tak begitu…??

Pensyarah bangga dengan Pelajar

Pelajar bangga dengan pensyarah pensyarah KIMI’A nya adalah fenomena alam yang terlalu biasa. Namun sekiranya seorang pensyarah KIMI’A’ berbangga dengan pelajarnya, itu juga normal tetapi sedikit luar biasa dan amatlah caj nukleus. <positif la tu>. Situasi ini jarang berlaku melainkan kepada pelajar yang benar-benar cemerlang, gemilang dan terbilang dalam pengajian KIMI’A’nya. Jika kita menelusuri Sejarah Kegemilangan Islam, ramai sang pelajar yang lebih alim, hebat, berjaya dan terkenal berbanding gurunya. Maka justeru itu silalah anda sebagai pelajar matrik tempatkanlah diri anda di kalangan pelajar yang boleh dibanggai dan disayangi oleh pensyarah KIMI’A’ anda. Malah tidak pelik atau janggal wujudnya situasi pensyarah KIMI’A’ yang asyik mencanangkan ke seluruh seantero alam matrik bahawa si polan bin atau binti si polan adalah pelajar atau pernah belajar KIMI’A’ dengannya. Ia dicanangkan bagi tujuan ‘tumpang semangkuk’ kejayaan sang pelajar atau ada maksud atau niat yang lain sama ada buruk atau baik. <fikirlah sendiri> Apa pun KIMI’A’ itu MUDAH Insya 4W1… A!!!

Benar dan sesungguhnya pasti benar sang pelajar tadi begitu terhutang budi baik dan ilmu KIMI’A’ dari pensyarahnya. Sayugia ingin diingatkan di sini bahawa pensyarah juga manusia. Ada pelbagai jenis dan karektornya. Ada pensyarah yang hanya sekadar melepaskan batuk di lif semasa mengajar malah langsung tidak memberi sebarang manfaat yang banyak dalam pembentukan jati diri dan sahsiah serta kejayakan kepada sang pelajarnya. Segolongan pensyarah yang lain pula si pelajar langsung tidak mendapat sebarang pengetahuan KIMI’A’ tambahan dari pengajarannya sama ada di kuliah, tutor dan amali. Apa yang berlaku adalah pengulangan rutin dari awal sem I hingga tamat sem II sang pelajar hanyalah sekadar duduk di kuliah dan mendengar ilmu-ilmu KIMI’A’ yang pelajar boleh baca sendiri dan terlalu biasa diulang-ulang. Pensyarah KIMI’A’ sebegini haruslah muhasabah <bukan muhasarawak atau muhaselangor> jika ingin sewenangnya ‘mendakwa’ kejayaan pelajarnya adalah kerana kebijaksanaan atau kegeniusan pelajarnya.

P/s- berpesan-pesan dengan kebenaran…. Berpesan-pesan dengan kesabaran …. Amin
       Artikel ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekian dimaklumkan.

Matrikulasi, program asasi & diploma

Ramai pelajar yang bertanya manakah di antara ketiga-tiga program lepasan SPM ini, mana yang lebih baik. Matrikulasi dan program asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program diploma ----> terus ke ijazah sarjana Muda. Matrikulasi adalah program satu tahun (PST) walaupun ada juga program dua tahun (PDT). Matrikulasi yang popular sekarang ialah matrikulasi KPM. Ada 13 yang sedia ada (termasuk matrikulasi teknikal) + 2 lagi akan dibuka pada sesi akademik 2013.


Namun begitu program asasi seperti program asasi sains atau program asasi undang-undang atau program asasi perakaunan juga memberi peluang pelajar lepasan SPM melangkau ke peringkat ijazah dalam tempoh singkat iaitu 1 tahun (2 semester) . Kedua-dua peluang pembelajaran ini, matrikulasi dan program asasi dikenali sebagai program laluan pantas (fast track).

Bayangkan dalam usia 19 tahun pelajar dari kedua-dua program ini, jika
cemerlang, layak memasuki program ijazah aliran sains (3 atau 4 tahun kecuali perubatan 5-6 tahun) atau perundangan (4 tahun) dan perakaunan (4 tahun) dan selepas tamat belajar, bakal memasuki dunia pekerjaan di usia muda, 22-23 tahun.<tu pung klu tak kantoi la kat U… hee heh he..>.

Diploma pula terbuka kepada semua lepasan SPM dan semua aliran dan jenis persekolahan. Walau bagaimanapun, ia menawarkan tempoh pembelajaran yang panjang iaitu 3 tahun (6 sem). Hanya selepas tamat atau bergraduat dari diploma, barulah pelajar lepasan diploma boleh mengikuti program ijazah dalam bidang yang mereka minati, sama ada aliran sains / teknikal atau aliran sastera / sains sosial. Ada banyak peluang belajar disediakan dalam kategori diploma oleh itu pelajar boleh merancang kerjaya mereka dari awal lagi.
Sebagai contoh, pelajar diploma sains selepas tamat pengajian boleh membuat keputusan sama ada terus sambung belajar atau terus bekerja.<menganggur pun kira kerja tau…!!!> boleh ke camtu?

Sebaliknya pelajar matrikulasi dan program asasi tidak boleh berhenti belajar kerana dari segi pengiktirafan, sijil matrikulasi dan program asasi itu hanya sah kegunaannya untuk kemasukan ke IPTA. Jika mereka memilih untuk bekerja sementara waktu atau bagi tempoh yang lama, pelajar-pelajar lepasan matrikulasi dan program asasi sebenarnya hanya memiliki kelulusan tertinggi SPM. (starting gaji kerja kerajaan N17 P1T1 RM  820.38) Begitulah bezanya dari segi taraf dan peluang pekerjaan. 

Tetapi perlu diingat di sini, pelajar-pelajar yang memohon matrikulasi dan program asasi sememangnya diandaikan akan terus belajar ke peringkat ijazah, <pointer kurang dari 2.5 akan ditawarkan program diploma IPTA) dan kerana itulah pihak KPM dan IPTA yang menawarkan program-program laluan pantas ini hanya memilih pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang dari seluruh negara. Ini kerana dipercayai pelajar yang cemerlang dalam SPM akan mampu menangani kehidupan dan proses pembelajaran yang ketat, padat dan mampat dan pelbagai bagi tempoh singkat 2 semester (satu sem ada 18 minggu sahaja dan kena amik 4 subjek wajib). Juga diyakini individu sebegini sebenarnya mempunyai kesungguhan dan cita-cita diri yang jelas. harap betullah telahan teman.... tapi realitinya sangat2 xbegitu...

Tanpa faktor ini, maka ada segolongan kecil pelajar lepasan SPM yang menyesal (dengan kata lain sebab terpaksa) mengikuti program matrikulasi mahu pun program asasi kerana didapati lebih ‘demanding’ dan agak sukar menerima  perubahan yang mesti dilakukan pelajar. Program diploma pula, walaupun turut dipohon oleh pelajar cemerlang dan pelajar sederhana, proses pembelajarannya telah direncanakan dan dipanjangkan bagi tempoh 3 tahun. Maka pelajar-pelajar diploma ada sedikit ruang ‘bernafas’ dan peluang membetulkan keadaan jika mengalami kegagalan atau kejatuhan prestasi. yang penting berprestasi dalam REDHA Ilahi tak gitu?

Tetapi harus sedar bahawa matrikulasi, program asasi, diploma dan juga sijil sememangnya dirancang berdasarkan dasar dan falsafah yang berbeza. Jika anda memilih matrikulasi atau program asasi ketahuilah bahawa jerih payah anda dibalas dengan kepantasan memasuki bidang ijazah dan dunia pekerjaan manakala program diploma, walaupun tidak ‘menyesakkan nafas’ pelajar tetapi dari segi persaingan, akan terlewat masuk ke peringkat ijazah dan seterusnya lambat memasuki bidang pekerjaan sebagai lepasan ijazah.

Contohnya anggaplah ada 2 orang pelajar, pelajar A dan Pelajar B merupakan lepasan SPM 2011 (keputusan terbaek dalam masa 5 tahun) kini mencari peluang belajar di IPTA. Pelajar A ditawarkan program matrikulasi PST di Kolej Matrikulasi Selangor KMS, pelajar B ditawarkan diploma sains / teknikal di IPTA / IPTS. Kedua-duanya adalah pelajar cemerlang (paling kurang SPM 6A dan ke atas) dan kedua-duanya berpakat bakal mengikuti program ijazah sains / teknikal / perubatan di IPTA.

Pada usia 18 tahun ini, kedua-duanya memulakan ‘pengembaraan’ <gerunnya>. Bermula pertengahan akhir Mei 2012 ini. (pelajar matrik KPM mendaftar pada Isnin 28 Mei 2012 serentak seluruh negara).Pelajar A mula belajar di matrikulasi PST manakala Pelajar B mula belajar di peringkat diploma di IPTA.<mendaftar xpasti bile rujuk laman web KPT> Jangan langsung tak daftar mana2 sudah ler

Hujung bulan April 2013 - Pelajar A menamatkan pengajian matrikulasi dengan CGPA 3.80 (result diumum lepas sebulan) dan Sept 2013 mula mengikuti program ijazah Muda di IPTA sem I tahun pertama. Pelajar B pula memasuki tahun kedua pengajian diploma. Sept 2014 - Pelajar A sedang belajar di tahun kedua ijazah pertama IPTA. Pelajar B memulakan pembelajaran di tahun ketiga
(terakhir) program diploma beliau.

Sept 2015 - Pelajar A sedang belajar di tahun ketiga ijazah pertama IPTA. Pelajar B dah tamat diploma dengan CGPA 3.80 juga dan akhir 2015 mulakan pengajian beliau di tahun pertama ijazah pertama IPTA / IPTS. Pelajar A sekarang ini senior 2 tahun berbanding rakannya Pelajar B yang baru menjadi pelajar junior. Pertengahan tahun 2016 - Pelajar A memulakan pembelajaran di tahun keempat dan terakhir program ijazah pertama IPTA. Rakannya pelajar B pula baru memasuk tahun kedua pengajian ijazah pertama IPTA / IPTS juga. 

Mei 2017 - Pelajar A telah tamat pengajian dengan CGPA kepujian kelas pertama, menunggu konvokesyen dan sejak Julai dah bekerja difirma perunding pembinaan sebagai jurutera pelatih . Pelajar B sedang melanjutkan pelajaran di tahun ketiga ijazah pertama IPTA. Hujung tahun 2017 - Pelajar A masih bekerja <belum sambung ijazah sarjana> dan katalah rezekinya murah  beliau telah dinaikkan jawatan dan tangga gaji yang lebih lumayan. Pelajar B mula belajar di tahun keempat sem terakhir (sem 8), tahun terakhir ijazah pertama IPTA.

Pertengahan tahun 2019 - Pelajar A masih bekerja di firma pembinaan dan memasuki tahun ketiga bertugas. Pelajar B tamat pengajian juga dengan 
CGPA kepujian kelas pertama dan sedang menunggu konvokesyen di bulan Oktober 2019. Mula bekerja di mana-mana firma pembinaan sejak Julai 2019 dan bakal mencipta kerjaya sebagai jurutera bertauliah juga. Dan begitulah seterusnya.


Dengan andaian persaingan yang sihat, dan tiada masalah yang menghalang kedua-dua mereka menangguhkan pembelajaran dan mencari pekerjaan. Diharapkan, dari penerangan dan contoh yang diberikan dapat memberi sedikit gambaran kepada pelajar untuk membuat keputusan mana satukah laluan yang lebih sesuai kepada dirinya.

Setiap keputusan itu bakal mempengaruhi peluang dan kejayaan anda di masa hadapan. Tambahan : Jika pelajar B sambung belajar ke peringkat ijazah di UiTM, sebagai pemegang diploma UiTM, beliau layak mendapat pengecualian jam kredit, dan tempoh masa belajar boleh disingkatkan kepada 3 tahun (6 sem) atau 3 1/2 tahun (7 sem), tertakluk kepada syarat UiTM. Sebaliknya jika sambung belajar ke IPTA lain, pelajar B terpaksa mengharungi pembelajaran genap 8 sem (4 tahun).

Jika anda sanggup menghadapi program SATU TAHUN PST matrikulasi, dengan matlamat jelas nak cepat dapat belajar ke ijazah maka pilihlah matrikulasi. INGAT! matrikulasi sememangnya bakal menguji kemampuan adrenalin anda. Ada segolongan individu takut ke matrikulasi kerana takut gagal. Peluang gagal jika gagal merancang kejayaan sendiri... tak gitu. peluang boleh mike pilih... tapi kesan dan akibat tak boleh pilih. Imam Syafie ada berkata "Jika kau x tahan lelahnya belajar.. kau akan menanggung perihnya KE B O D O H an



Apa pun, jangan takut pada kegagalan. Matrikulasi adalah program khas, program pantas masuk ke peringkat ijazah. Dalam usia 19 tahun anda dah menjejak kaki dalam tahun pertama program ijazah, berbanding program diploma yang memakan masa 3 tahun. Ketika usia 21 tahun (paling awal) barulah menjadi pelajar ijazah di tahun pertama. Nampak tak bezanya. Matrikulasi untuk dinikmati keseronokan belajarnya… bukannya takut dengan ranjau durinya…tak gitu? Tanyalah mana2 bekas pelajar saya seluruh Semenanjung Malaysia... anda boleh cari diorang di laman FB saya.

Matrikulasi memang satu program yang sungguh mencabar tetapi berbaloi kerana dengan itu anda berpeluang (dengan syarat berjaya dengan cemerlang di matrikulasi dan ijazah) memotong pelajar lepasan diploma yang baru belajar ke ijazah dengan memasuki dunia pekerjaan lebih cepat. Di usia 22 tahun (paling awal) anda dah boleh mencari pekerjaan bersandarkan ijazah anda. berbaloi la anda ke matrikulasi. Memang berbaloi-baloi Tetapi pastikan anda mengubah kaedah belajar dan strategi belajar, matrikulasi bukannya SPM lagi. Ingat tagline tu. So fikirlah sendiri, nak laju ke ijazah atau mulakan langkah perlahan di diploma. Seperti kata Nabil, “Lu pikirlah sendiri!” heheh

Setakat ini, pelajar matrikulasi hanya ‘laku’ untuk IPTA dan IPTS. Kalau adapun bekas pelajar matrik ke luar negara, ia adalah program khas untuk pelajar cemerlang tetapi dari ucapan pengarah bahagian matrikulasi, ianya untuk menjadikan pelajar cemerlang itu tenaga pengajar Matrikulasi. Lagi satu, Matrikulasi hanya tawarkan program persediaan sebelum ijazah, selalu nya digelar pra-universiti. 


Dari segi persaingan ia akan bersaing secara langsung dengan pelajar STPM dan program asasi kerana ketiga-tiga ini adalah program pra-U ke ijazah. IPTA dan IPTS adalah organisasi pendidikan peringkat tinggi, yang menawarkan program diploma, ijazah, masters dan PhD. <Diploma tak semua U menawarkannya…>> kena pulak USM sebagai U APEX... 4 Research U ---> UM, UPM, UKM DAN UTM. UPU hanya uruskan ijazah pertama kecuali USM. Boleh pilih 4 course di RU dan 8 IPTA lain (jumlah 12 pilihan jurusan)

salam sayang dan salam kecemerlangan yang berpanjangan untuk semua anak didik KMS PDT sesi 2011 / 2012 dan Kohort Kedua sesi 2012/2013.

P/s- Setiap perkara ada kuncinya…. Kunci Kecemerlangan KIMI’A” adalah
       anda sentiasa set dalam minda anda <<<KIMI’A’ itu M U D A H…  
       Insya 4W1… A>>!!!-----> sila share tagline nie dengan makcik klener.. :)