Jumaat, 20 Mei 2011

Jadual alam... Subhanallah.>!!

Di copy dr :
sbgai rujukn brsama insyaAllah ^^,

Telah banyak jadual Tuhan yang terjadi dalam sejarah sama ada yang positif atau negatif. Berikut adalah dua jadual besar positif yang telah pun berlaku.

1. Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan Islam
Ketika menggali parit dalam persiapan peperangan Khandaq, Rasulullah telah memberitahu para Sahabat bahawa Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan umat Islam.

Rom dan Farsi ketika itu adalah dua super power dunia, bagaikan Amerika dan Rusia (sebelum kejatuhannya dalam tahun 8O-an). Dan ternyata Hadis itu terbukti dengan jatuhnya Romawi Timur dan Farsi ke tangan tentera Islam pada zaman Khalifah Umar AI Khattab. Bahkan jadual ini Tuhan nyatakan dalam firman-Nya:

Maksudnya: "Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah jajahannya dan mereka (Rom) selepas itu akan mengalahkan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada sebelum dan selepas, semuanya dalam urusan (jadual) Allah. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang mukmin bergembira dengan pertolongan Allah itu." (Ar Rum: 2-4) 

2. Konstantinopel jatuh ke tangan Islam 
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: "Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik lagi beragama, (tenteranya) tidak melampaui batas, tidak mencuri dan (rakyat) tidak menipu dan tidak bergaul bebas." (Riwayat Al-Imam Abu Hassan Ahmad bin Jaafar) - Dipetik dari kitab Al Uq- duddurar fi akhbar Al Muntazar. 

Dalam Hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: 
Maksudnya: "Pasti Konstantinopel akan dibuka (ditakluk), dan sebaik-baik ketua adalan ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya. " (Riwayat Ahmad dan Hakim dari Busyr Al Ghanawi)

Para Sahabat dan salafussoleh berlumba-lumba untuk merebut janji Tuhan tentang kejatuhan Konstantinopel itu, dengan harapan di tangan merekalah berlaku janji tersebut. Tetapi mereka gagal sehinggalah 600 tahun sesudah kewafatan Rasulullah. Hal ini baru terjadi di tangan Muhammad Al Fateh, keturunan Bani Usman. Lalu dari situlah munculnya Turki Usmaniah yang menjadi empayar kepada tiga benua dengan 29 negara di bawah takluknya. Hingga hari ini kalau kita ke Turki, kita masih dapat saksikan kesan-kesan kegemilangan dan kegagahan Islam yang ditinggalkan itu.

Berikut salah satu drpda komen seorang hamba :

Bismillah...Berbahagialah HAMBANYA yang hatinya condong kepada mujahadah dan celakahlah bagi hambanya yg hatinya condong kepada syahwat.Perjuangan rohaniah(mujahadah) adalah satu lautan di samudera penyaksian(musyahadah) dan telah dipilih oleh orang-orang yang sedar.Barangsiapa hendak masuk samudera musyahadah,maka ia harus memilih mujahadah,kerana mujahadah merupakan benihnya musyahadah dan musyahadah tanpa mujahadah adalah mustahil.Barangsiapa yang memilih mujahadah maka ia akan mengalami musyahadah dikehendaki atau tidak dikendaki.

...Mujahadah ialah  perjuangan rohaniat dengan cara menekan keinginan jasmani,nafsu,dan jiwa agar tunduk kepada kendalian RUH kita.
....Musyahadah ialah adalah penyaksian akan kebesaran dan keagungan Allah melalui  tanda2 keagunganNya di alam ini...
.....BANYAKKAN BACA 10 ayat awal Surah Al Kahfi dan 10 ayat akhir Al kahfi
Sudah dalam lingkungan 500 tahun kita tidak mempunyai Wali Qhutub untuk umat islam...Itulah Imam Mahadi(Sheikh Malaya)
w alam..

SAMBUNGAN

namanya bersamaan dari segi maksudnya MUHAMMAD BIN ABDULLAH..Orang tidak akan baitnya di Mekah kerana di sana penuh dengan wahabi...Di salah 1 masjid di Malaysia yang kubah masjidnya sama dengan warna dan bentuk kubah masjid Nabi..Belajar di utara dan Selatan(Malaysia).Berkelana di Barat Indonesia dan Timur Indonesia..

Percakapannya..jika tuan2 lebih layak memimpin tuanlah diperkirakan menyelesaikan tanggungjawab ini.Keturunan Kesultanan Islam Demak(500 tahun dahulu).Datuknya dibawa lari oleh Moyangnya yang alim ke Malaya ketika itu kerana ingin menjaga salasilah itu.Datuknya pembuka satu kawasan tanah sawah di Semananjung.Dari Bani Jawi..Keturunan Ahlul bait tanpa syed dan wan.Darah Diraja...Raja Ilham...

Semua masalah Allah berikan jalan penyelesaian ditangannya..Semua harta akan kembali dan dirampas olehnya.Ditangannya ada simpanan barang2 purba keris Taming Sari,tombak.Dacing,Kain..tinggalan pejuang2 bangsa.Menyatukan Bani Jawi.Diapit ramai alim ulama yang mursyid dan ikhlas membantu..Mereka pasti diangkat menjadi pemerintah di Malaysia,Singapura,Brunei,dan Indonesia.Bermazhab Imam Syafie.Sunnah Waljamaah..
Memberi ketakutan kepada siapa sahaja yang menyembunyikan batil.

Pasti diketahuinya.Hancurnya Sihir..ISA diganti sebagai pusat memperbaiki akhlak.amalan2 agama hidup..baca Yassin,Asma Hsna,berzikir,SELAWAT NABI ,banyak madrasah akan dibina.Tiada lagi tanah yang kosong..semua dipenuhi tanaman kerana sumber makanan NUSANTARA.Allah akan hantar banyak malapetaka.MINYAK MELIMPAH RUAH sehingga lebih banyak dari tanah Arab .Memerangi INSURANS,RIBA,PASARAN SAHAM..Kumpulannya terdiri PEMIMPIN,SULTAN,PROFPESOR,ULAMA,BANYAK DARI KALANGAN GURU SEKOLAH,ORANG MISKIN,MUSAFIR2,PEMUDA2 YANG SUDAH CUKUP TENAGA BATINNYA..(berguru)..Wanita2 dan kanak2.

Ditakuti pemerintah ketika itu kerana AURANYA dapat menarik ramai yang terlibat bersama.Sentiasa menyampaikan kuliah2 untuk mengajak manusia berperibadi tinggi dan berakhlak mulia..sehinggakan PEMIMIMPIN PEMERINTAH akan menyatakan"Kami Malu dengan tindakan kami selama ini,Ini tempat yang tidak layak bagi kami,,Tuan hambalah yang layak mentadbir dan mengurus amanah ini."

Hidup poligami...
PEMERINTAHAN ITU TIDAK LAMA DIANTARA 2-3 TAHUN.UNTUK DIGANTIKAN OLEH.........PEMERINTAH DUNIA(                   )

perpindahan orang2 yang tidak bersetuju dengannya ke negara lain.pusat kewangan dunia dan pusat perkembangan ilmu..NUSANTARA(Malaysia,Indonesia,Brunei,Singapura bergabung)Matawang jadi 1.Semua link diwujudkan dengan negara Islam.Duit2 yang dibekukan oleh US dihantar ke Malaysia melalui perdagangan bukan TT.Kontena demi kontena.Ramai yang dijadikannya pedagang.

YANG JUJUR<TAQWA<SIDDIQ<AMANAH dan berselindung disebalik berdagang untuk menyebarkan akhlak Islam supaya orang kafir tertarik.Untungnya adakalanya ciput namun oleh kerana Sistem Kewangan yang dibinanya membuatkan semua rakyat menikmati hasilnya..Sistemnya juga menyebabkan tidak perlu lagi membayar bil2.setiap rumah diuruskan oleh kerani di setiap kawasan@mahalah.Syistem syura akan dibangunkannya..Setiap keluarga ada 3 keluarga membantu antara satu sma lain dalam hal ehwalnya.

Semua diajar tarikat Nabi Muhammad SAW..untuk melawan musuh..Baitumal kosong setiap tahun.,setiap kementerianJabatan dan Unit ada Ustaz yang mursyid.Baju batik fesyen terbaru.Pakaian lelaki labuh pertengahan antara lutut dan pinggang.Amalan salam hidup..Amalan ziarah hidup.Mereka2 yang ditangkap membuat kesalahan akan dimasukkan kelas rohani dan diajar agama...sebagai persediaan semua orang untuk menerima HUKUM HUDUD..baik 90% masyarakatnya ..siapa langgar pasti kena..

TIDAK AKAN MENGGANGGU MASYARAKAT CINA DAN INDIA..Supaya mereka dengan sendirinya ingin memeluk islam..Beliau betul2 menggasak 73 golongan itu sampai lembik.Pertandingan Musabaqah diadakan kembali dengan suasana yg lebih baik tidak ada percampuran.Orang ysng kesal akan perbuatannya selama ini berbondong2 bertaubat...banyak yang menginfaqkan hartanya..kembali hidup sederhana..membantu saudaranya di Indonesia.Peralihan Pusat perkilangan dunia ke Indonesia dari China.migrasinya rakyat islam china ke Indonesia.

US peroi dengan sendiri dan muflis.Kacau bilau di Tanah Arab..Orang sakit pasti sembuh dari penyakit.Berkat doa Allah tambah umur.Solat berjemaah mula menyeluruh..Banyak kawasan rumah tidak perlu pagar lagi.Pencuri tiada,perompak tiada,pengacau tiada,Seandainya ada ,malam /keesokan harinya dapat diketahui dalangnya..kes bukan dihantar ke balai polis tapi dihantar ke madrasah...

Semua bank akan jadi BANK KOPERASI ISLAM bergabung menguruskan perkongsian dan pinjaman cara Islam.Petronas kembali kepada rakyat dan hasil kekayaannya dibahagi2kan mengikut nama2 dlam buku  1. BUKU HIJAU(yakin dan tidak berbelah bahagi)  2.BUKU KUNING(ragu2 dan acuh tak acuh)  3.BUKU MERAH(Masa mula2 mereka bergerak menentang dan menyusahkan dan merosakkan jalan) Semua Gaji maksimum rm 5000.00.BAik menteri atau orang hebat sekalipun.

Memasukkan semua orang cerdik pandai dan ulama sulk,ustaz dan orang yang mengakal pandai ke kelas buang sifat ananiat dan jadikan mereka kembali hamba Allah dan sentiasa keluar dari mulut mereka saya tak pandai.amalan harian masyarakat BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM dan SELAWAT NABI SAW.Memasukkan semua peniaga kedalam kelas supaya tahu hal muamalat cara islam dan ajak mereka bertaubat atas kesilapan2 yg lalu(banyak yang bagi zulumat pada sahabat islam yang lain)Salah niat.
ada banyak lagi yang diberitahu kepada saya...apalah saya yang tak pandai mengingat ini..semoga Allah beri saya ruang lagi untuk berjumpa dengan kumpulan mereka dan bertanya lagi..


untungnya jadi orang yang tak popular..boleh baca pergerakan orang dan YANG PALING BESAR JADI HAMBA ALLAH kerana dapat BAIT DULU dari ORang lain...
Mohonlah pada Allah untuk sekurang2kurangnya JADI PEMBANTU AGAMA dan PEMBANTU IMAM MAHADI...Beliau cukup marah orang menggelarnya IMAM MAHADI...Panggil saya apa2 jangan panggil Imam keran ianya tak layak baginya..

ps..Mereka selalu bawa selempang kain hijau@putih dikanan.Meletakkan lapik pada sejadah.
Saya tak faham kakinya ketika tasyahud akhir melipat kedalam.Berwirid dahulu sebelum doa.Diakhir sebelum doa ada LAILAHAILALLAH.Adakalnya dalam berpuluh dan ada klanya macam 100.

Isyak mereka awal dari waktu kita. Maghribnya lewat 15 mintt dan setelah doa.mereka terus solat sunat dalam 3 solat sunat. Azan dan solat Isyak..MasyaALLAH...Duduk berwirid pun dah rasa auranya..tak perlu kuat2 dan keras2..subhanallah...
Kunci ....Allah KIASKAN HADIS2 NABI.Siapa yang duduk di mujahaddah pasti dapt MUSYAHADAH..

Banyaklah bangun malam dan mintak sungguh2 sungguh
MOHONLAH KEPADA ALLAH..WAHAI ALLAH YANG MENGASIHI HAMBANYA>>>>TUNJUKKAN WAJAH PEMIMPIN YANG AKAN MEMIMPIN ISLAM DAN TUNJUKKAN TEMPAT ASALNYA...SAMPAI DAPAT..

jika x dapat itulah kita disisi Allah....ORang solleh pun keparit...Inikan kita...Allah hanya pilih orang2 yang ikhlas di sisi ALLAH.....Kami tak mampu nak tolong...Hanya Mampu berdoa ramai lagi yang dapat menjejaki mereka...MEREKA INI DEGIL....TAK NAK MENONJOL...GERAM BETUL...
W alam..

sama-samalah kita ambil iktibar dan muhasabah kembali, tanya pada diri, 'aku macam mana pulak??'

Khamis, 19 Mei 2011

Subuh vs lelaki :)


Waktu subuh? Solat subuh? Dan kemudiannya lelaki-lelaki subuh?
Apakah itu? Siapakah pula mereka-mereka itu? Macam pelikje bunyinya?
Saya jamin, jika tidak banyak, pasti rakan-rakan sekalian punyai sedikit kemusykilan..
Sebenarnya, persoalan di atas berkait rapat dengan solat subuh. Spesifiknya lagi, persoalan di atas boleh dirumuskan begini;
Adakah anda bersolat subuh secara berjemaah di masjid atau di surau?
Jika ya, syabas diucapkan. Jika tidak, ayuh kita sematkan azam bulatkan tekad untuk lebih beristiqamah solat subuh secara berjemaah di masjid selepas ini. Boleh bukan?.
Soalan kedua pula, kesinambungan dari soalan pertama..
Selepas solat subuh.. apa yang anda lakukan? Membaca Al Quran? Bagus jika ya.. selepas itu?Oppss, alamak.. saya tertidur.
Insya-Allah, hadirnya saya menulis disini adalah untuk bercerita serba ringkas apa yang saya dapat dari program motivasi sebentar tadi di Melaka. Rugi rasanya jika saya tidak berkongsi dengan kalian semua, kerana banyak input menarik yang boleh dirungkai dan dikupas bersama.
Walaupun pada mulanya program ini hanyalah untuk para peserta, tetapi saya dan fasilitator lain turut terpaku mendengar satu demi satu fakta yang dikupas secara teliti dan 'mempersonakan' menarik saya dan yang lain untuk sama-sama mendengar ceramah yang disampaikan. Terima kasih Dr. Ariff.
Rakan-rakan sekalian..
Ada kalanya kita rasa suram, rasa sedih, rasa murung. Bak kata remaja-remaja sekarang, bangun-bangun pagi saja dah emo. Seperti ada sahaja yang tidak kena. Dimanakah silapnya?
Silapnya adalah kerana anda tidur selepas solat subuhAduh, memang tepat mengena di pelusuk kiri jantung ini.
Penceramah dengan penuh hemat menceritakan bahawa tidur selepas waktu subuh adalah sangat tidak baik untuk emosi dan kesihatan.
Kenapa? Kerana anda akan disihir jin.
[rujuk surah Al - Falaq]
"Katakanlah, "Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh (fajar)"
"Dari kejahatan (makhluk yang dia ciptakan)"
"Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita"
"Dan dari kejahatan (perempuan-perempuan) penyihir yang meniup pada
buhul-buhul (talinya)."
"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dengki."
Jadi, mulai saat dan detik ini, mari kita sematkan azam untuk berubah. Insya-Allah!
Selain itu, saya pasti ramai yang mengetahui bahawa waktu subuh bukan sahaja waktu yang penuh dengan rezeki, tetapi juga penuh dengan Ilham. Jika anda tidak percaya, cubalah anda belajar atau mencari idea-idea pada waktu subuh.. pasti idea dan solusi-solusi bernas akan timbul. Begitu juga satu jam belajar pada waktu subuh lebih berharga dari 4 jam belajar pada waktu-waktu lain. Namun harus diingat, niat itu yang terutama.
Menyebut pada soal niat pula.. "Setiap perbuatan itu bermula daripada niat" sedarkah bahawa setiap gerak dan kerja menuju kejayaan itu adalah bermula daripada niat. Bagaimana?
Kita gambarkan melalui satu analogi..
Pelajar yang berniat menjadi seorang Doktor yang berjaya di dunia dan di akhirat pasti akan memandang buku anatomy sebagai satu kesukaan dan ibadah, berbeza pula dengan pelajar yang mengambil bidang kedoktoran ini secara suka-suka, ikut-ikutan dan kerana inginkan pangkat dan harta kekayaan.. mereka tidak akan lihat belajar itu sebagai satu ibadah dan perkara yang menyeronokkan. Hasilnya, mereka akan mudah stress dan jemu.. pernahkan anda berasa sedemikian? jika ya.. ayuh kita perbetulkan niat!
Pesan ayah..
"Ayah tengok budak-budak muda sekarang yang masuk dakwah ni bukan tak bagus, diorang ni bagus.. tapi tengoklah macam mana diorang kerja. Time mengajar baca paper, datang sekolah lambat.. akhlak macam inikah contoh seorang pendakwah?"
Tersentak saya seketika, lalu saya menyoal kembali kepada diri.. di manakah silapnya.. saya tidak mahu soal ini menjadi fitnah bagi dakwah...
Kembali berbalik kepada persoalan di atas, Alhamdulillah, ketika itu saya sedang membaca buku terbaru karya Ustz Pahrol Mohamad Juoi, 'Dilema Melayu- islam, kurang fikir atau kurang zikir'. Didalam bab 21 iaitu 'Salah faham tentang islam', beliau banyak mengulas sikap sesetengah golongan melayu-islam yang bukan sahaja salah tafsir tentang islam tetapi menyempitkan sudut pandangan mereka tentang islam.
"Mereka cenderung melihat Islam pada aspek rohaniah semata-mata dengan membelakangkan aspek material, ataupun hanya melihat aspek material dengan meminggirkan soal rohaniah" - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.
Adakah mereka lupa bahawa dunia ini adalah ladang bagi tanaman akhirat?
Kekeliruan seperti inilah yang harus kita bendung. Ini adalah kerana akibat kelemahan sistem penyampaian islam oleh para pendakwah mereka sebenarnya secara tidak sedar bahawa akhlak dan sikap mereka juga  menimbulkan fitnah bagi dakwah Islamiah itu sendiri.
Dr Yusuf Al Qadrawi pernah memetik kata-kata seorang sarjana barat yang terbuka hatinya untuk memeluk islam "Subhanallah yang mengenalkan aku islam sebelum aku mengenal orang islam" Ertinya, mungkin jika sarjana tersebut mengenal umat Islam terlebih dahulu hatinya akan tawar memeluk islam!
Maka ayuh, kita jadikan ia sebagai motivasi agar kita boleh menjadi seorang pelajar dan pendakwah yang baik. Hiasilah jiwa kita dengan akhlak dan sifat-sifat seorang pelajar yang cemerlang. Bukan kecemerlangan duniawi sahaja yang ingin dicari tetapi kecemerlangan akhirat juga harus ditampilkan dengan Qudwah Hasanah yang mungkin boleh mencairkan hati insan-insan yang ingin kita dakwahkan itu.
Pesan Imam Hassan Al Banna
Bagi para dai dan murobbi, mari kita tunaikan sepuluh wasiat ini. Ia adalah resipi mujarab buat pengubat umat. Kaedah yang teruji sepanjang perjalanan waktu hingga kini. Mari kitaprioritaskan dan amalkan.
1. Bangunlah segera untuk melaksanakan shalat apabila mendengar adzan walau bagaimanapun keadaanmu.
2. Baca, telaah dan dengarkanlah al- Qur'an, berzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau senang menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tiada faedahnya.
3. Bersungguh-sungguh untuk boleh berbicara dalam bahasa arab yang fasih.
(InsyaAllah, mahirkan bahasa melayu dahulu kerana medium dakwah kita yang paling utama di Malaysia ialah umat islam melayu. Tetapi harus diingat, bahasa arab juga penting kerana ia adalah bahasa Al Quran)
4. Jangan memperbanyak debat dalam percakapan kerana itu tidak akan mendatangkan kebaikan.
5. Jangan banyak tertawa kerna hati yang selalu berkomunikasi (berzikir) dengan Allah sifatnya aman dan tenteram.
6. Jangan suka bergurau kerana umat yang berjihad akan senantiasa berusaha bersungguh-sungguh.
7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal itu akan menganggu dan meyakiti.
8. Jauhilah ghibah (mengumpat) atau menyakiti hati orang lain dalam bentuk apa pun dan janganlah berbicara kecuali yang baik.
9. Berkenalanlah dengan setiap saudara yang saudara temui kerana asas dakwah kita adalah saling kenal-mengenal dan berkasih sayang.
10. Pekerjaan utama kita adalah tertumpu pada waktu yang tersedia, maka tolonglah saudaramu untuk memanfaatkan waktunya, dan apabila kalian punyai keperluan maka sederhanakanlah dan cepatlah diselesaikan.
Alhamdulillah

Seram di surau...:)


nak share satu kisah seram, mengigil bulu roma masa baca dia. terasa bulu tengkuk berdiri. OH BULU tengkuk saya tak panjang sangat macam bulu si berbuluyeeeeeeeeee ! kahkahkah eh tak boleh gelak, sebab ini cerita seram . ingattt, c e r i t a seraammmmmmmmmmmmm

Seram : Surau Tinggal Di Lubuk kampung seberang.

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ. Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe.rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya

eeeee tipuuuuu lah cite ni, aku dah meremang bulu hidng ini kau boleh pulak cakap dia solat tak tanggalkan helmet T___T abis cemane dia amik wudhu' ? eeee tak logik. benci cite hantu cmni HUWHAHAHA


kan bagus kalau engkau cakap, hantu kak limah duduk atas tengkuk dia. INI BARU SERAM KAHKAHKAH.... sumber: liyana.com

Unta berkata2...

Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan.

Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu." 
Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini." 

Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" 
Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta." 

Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar." 
Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali." 

Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku." 
Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah.

Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.

Bacalah dengan Nama Allah...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !