Selasa, 24 Mei 2011

Cinta Nabi SAW

Sudah menjadi resam orang bercinta, cinta itu akan menjadi asyik dan amat memabukkan jika cinta itu berbalas. Begitu juga bentuk cinta ini.
Baginda telah menghulurkan cintanya, maka kitalah perlu menyambutnya.Malangnya kita pada hari ini, tidak mabuk dengan cinta kepada Allah dan cinta kepada nabi tetapi mabuk dengan cinta monyet dan cinta manusia yang fana´. 

Kita perlu memuhasabah kembali sejarah yang telah dilalui
semoga generasi akan datang tidak kering dan gersang dengan cinta
kepada Rasul mereka.

Sememangnya kesilapan bermula sejak awal lagi. Ketika kita kecil, kita tidak diajar untuk mencintai baginda. Kita lebih dulu diajar A-B-C sebelum diajar mengenali nabi. Kita lebih dulu diajar 1-2-3 sebelum kita diajar mencintai nabi.

Malah amat mengecewakan perkara ini tidak langsung
mendapat perhatian ibu bapa. Kita boleh lihat, anak-anak kini
dibesarkan dengan watak-watak animasi Pokemon, Doraemon, Superman,Power Rangers dan Mickey Mouse. Astro menjadi pendidik kanak-kanak kini menggantikan peranan ibu bapa yang sepatutnya berperanan.

Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Tepuk dada, tanya iman.. Islam awal-awal lagi telah mengajar bagaimana kita hendak mendidik anak-anak dengan betul. Rasulullah pernah bersabda ;

"Didiklah anak-anak kamu dengan 3 perkara - Cinta kepada nabi, cinta kepada keluarga nabi dan membaca al-Quran kerana orang yang menjadi ahli al-Quran akan berada di bawah naungan Allah bersama para anbiya´dan para sufi ketika hari kiamat di mana pada ketika itu tiada naungan lain kecuali naungan Allah"

Oleh kerana itu, kita semua perlu memupuk cinta ini dalam diri
masing-masing. Sekiranya kita ada anak-anak, ajarkanlah mereka cinta
kepada nabi sebelum mereka mengenali artis ataupun ikon animasi lain.
Sekiranya kita seorang guru, selalulah bercerita kepada murid-murid
mengenai nabi, insyaAllah daripada menceritakan peribadi baginda, orang akan jatuh cinta kepadanya. Walaubagaimanapun, ia perlu sentiasa dihangatkan dan jangan ditinggalkan.

Umpama hubungan suami dan isteri, cinta akan menjadi lebih kuat apabila ia sentiasa dihangatkan dengan pengorbanan dan persefahaman.


Kesan perasaan cinta ini, kita akan membuktikannya dengan amalan kita. Bukti kecintaan yang paling besar ialah mengamalkan sunnahnya. 

Bukan sekadar mengamalkan sunnah-sunnah yang kecil seperti bersiwak, memakai serban atau memakai capal seperti capal Rasulullah, akan tetapi juga mengamalkan sunnah yang lebih besar seperti menjadi pewaris anbiya´ iaitu ulama´, membina negara dan berusaha mendaulatkan Islam. Kita juga akan bangkit ketikamana baginda dihina seperti yang berlaku di Denmark
sebelum ini.

Begitu juga kecintaan ini akan menyebabkan kita sentiasa
mengingati baginda dengan berselawat kepadanya. Selawat inilah yang akan menjadi charger cinta kita kepada nabi S.A.W.

Sikap hamba yang baik... :)

Bagaimana sikap seorang hamba yang sebaik-baiknya

Iaitu beribadahlah sebanyak-banyaknya dan buatlah kebaikan semampu yang termungkin

Kemudian rasakanlah ibadah dan kebaikan itu tidak sempurna

Atau merasakan waktu mengerjakannya di dalam derhaka

Oleh itu tentu dia merasa sentiasa sahaja berdosa selepas mengerjakan ibadahnya

Setiap lepas mengerjakan ibadah hatinya sentiasa sedih dan susah

Sedih dia merasakan kerana derhaka kepada Allah di dalam ibadahnya

Setiap lepas beribadah dia pun memohon ampun kepada Tuhan

Hatinya menangis atau matanya menangis

Kerana itulah hamba ini dia lupakan sahaja ibadah dan amalan kebaikannya

Dia merasakan belum beribadah dan belum membuat kebaikan

Kalau dia terbuat dosa, aduh, terseksa jiwanya

Hatinya menderita setiap kali mengingatkan dosa-dosanya

Dengan dosa-dosanya tidak pernah dilupakannya

Bahkan dengan dosa-dosa itu selalu mengganggu fikirannya

Taubatnya kepada Allah Taala pun tidak pernah putus-putus

Untuk mengambus dosa-dosanya

Dia tambahkan lagi dengan berbagai-bagai bentuk kebaikan dan kebajikan

Moga-moga kebaikan itu boleh menghapuskan dosa-dosanya

Kerana terlalu bimbang dengan diri sendiri

Tidak sempat dia melihat kejahatan orang lain, apatah lagi untuk menyebutnya

Maka dia baik sangka sahaja dengan orang

Tetapi jahat sangka dengan diri sendiri

Begitulah sikap seorang hamba yang baik

Ahad, 22 Mei 2011

Duet chantek...

Terdapat berbagai mata wang yang kelihatan begitu menarik, baik warnanya, gambarnya dan juga rakabentuk keseluruhan dari mata wang ini.

Inilah beberapa mata wang paling menarik di dunia menurut David Standish.

The French Pacific Territories Franc
(Mata Wang Wilayah Pacific Perancis)
The French Pacific Territories  Franc

The Maldives Rufiyaa
(Mata Wang Republik Maladewa)
The Maldives Rufiyaa

Sao Tome & Principe Dobras
(Mata Wang Sebuah Negara Kecil Di Teluk Guiana-Afrika)
Sao Tome & Principe Dobras

Switzerland Francs
(Mata Wang Swiss)
Switzerland Francs

Comoro Franc
(Mata Wang Comoro-Negara Kepulauan Kecil Di Afrika)
Comoro Franc

New Zealand Dollar
(Mata Wang Negara Selandia Baru)
New Zealand Dollar

Cook Islands Dollar
(Mata Wang Negara Kepulauan Cook)
Cook Islands Dollar

Hong kong Dollar
(Mata Wang Hong kong)
Hongkong Dollar

Iceland Kronurs
(Mata Wang Islandia)
Iceland Kronurs

Faroe Island Kronurs
(Mata Wang Kepulauan Faroe-Atlantik Utara)
Faroe Island (Kronurs)

Cek arah kiblat :)

 Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat.  Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah.  Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).


Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…
Bilakah Istiwa A’zam berlaku?
 Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:
  • 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
  • 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.

Ihsan Falak Online
Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?

Sebelum
  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat.  Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio.  Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul.  Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku:
  • Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
  • Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)
  • Tandakan arah qiblat.
Selepas.
  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  • Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
  • Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.
Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat.  Sebarkan, insyaALLAH…

Lepas tangan...


Ketika berada di dalam dewan kuliah, seorang rakan anda tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh pensyarah. Rakan itu berdiri termangu-mangu disebabkan tidak pasti dengan apa yang perlu dijawabnya. Pensyarah membuka laluan untuk pelajar-pelajar yang lain bagi membantu menjawab.    
Percaya atau tidak, waktu-waktu sebegini, kebanyakan pelajar yang berada dalam dewan tersebut masih teragak-agak sama ada untuk bangun memberikan jawapan atau tidak.
"Eh, betul ke ni jawapan aku ni? Buatnya aku bangun jawab, salah, tak ke malu aku nanti."
"Takpelah, nanti ada la orang bangun jawabkan."
Lepas Tangan
Anda pasti pernah mendengar atau membaca kisah Raja yang meminta rakyatnya memberikan madu sedikit seorang untuk dikumpulkan dalam tempayan besar di istana. Namun salah seorang rakyat mula berfikiran sebegini,
"Takpelah, aku seorang je yang letak air, orang lain mesti letak madu punya."
Apa yang terjadi kemudiannya? Tempayan besar itu dipenuhi AIR, bukannya MADU!
Dalam teori psikologi, terdapat satu istilah yang dinamakan Genovese syndrome, berkait rapat dengan situasi dan kisah di atas.
Genovese Syndrome
Sindrom Genovese adalah satu fenomena di mana seseorang itu mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri atau memberikan bantuan dalam keadaan yang penting dan genting, dengan wujudnya bilangan orang yang ramai.
Ringkasnya, keadaan ini sama dengan peribahasa Melayu, lepas tangan.
Apakah bahayanya sindrom ini dalam masyarakat kita?
Belajar tidak aktif, bekerja tidak produktif, malahan berbincang atau bercakap pun sangat pasif!
Rata-rata umat kita 'menghidap' sindrom ini, sama ada sedar mahupun tidak. Apa tidaknya, mengambil bahagian dalam perbincangan tak mahu, bertanya soalan kepada pensyarah tak mahu, mengatakan sesuatu yang hak dan benar pun tak mahu! Alahai, jika begini, usahlah berkata mahu tolong saudara-saudara di Palestin, sebab semuanya itu hanyalah hasrat murni di dalam hati, takkan terjadi.
Buangkan sifat "tak apa, orang lain kan ada..."
Mahukah kita terus menjadi umat yang mundur, sering direndah-rendahkan oleh umat lain?
Puncanya? Tanya diri sendiri.