Khamis, 26 Mei 2011

Pemansuhan semua jawatan kosong Jabatan Perkhidmatan awam

Mungkin ada sesiapa yang baru nak minta kerja kosong di kerajaan, berita ini mungkin akan melemahkan semangat mereka.Jabatan Perkhidmatan Awam JPA, mengumumkan pemansuhan semua jawatan kosong berkuat kuasa 1 Jun ini.Berikutan keputusan tersebut semua urusan pengambilan dibekukan bermula 20 Mei hingga 31 Ogos.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 Mei lalu.
Menurut beliau, pembekuan merangkumi semua kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri.
Bagaimanapun, kata beliau, jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat dan jawatan yang sedang dalam proses lantikan oleh pihak berkuasa melantik adalah dikecualikan.
Keputusan (pemansuhan) ini adalah selaras dengan langkah kerajaan untuk merasionalisasi dan mewujudkan perkhidmatan awam yang kejat,katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu pekeliling yang dikeluarkan kepada ketua setiausaha, ketua jabatan persekutuan, setiausaha kerajaan negeri, setiausaha suruhanjaya perkhidmatan, pihak berkuasa berkanun persekutuan/negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Pekeliling itu diperoleh menerusi laman web JPA.
Abu Bakar menasihatkan semua agensi supaya tidak mengemukakan permohonan penstrukturan semula organisasi dan pengukuhan perjawatan dalam tempoh tersebut.
Katanya, jabatan itu juga akan melakukan auditan perjawatan secara komprehensif di setiap agensi kerajaan semasa pelaksanaan keputusan ini.
Sehubungan itu, semua pihak dipohon untuk memastikan pelaksanaan arahan ini dipatuhi dengan memberi kerjasama sepenuhnya kepada jabatan ini semasa pelaksanaan auditan perjawatan itu,jelasnya.
Kalau dilihat dari berita di atas, jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat dan jawatan yang sedang dalam proses lantikan oleh pihak berkuasa melantik adalah dikecualikan.Jadi terselamatlah pada mereka yang dah mula dapat kerja sebelum 1 Jun 2011 ini.Bukan kata subsidi sahaja dirasionalisasi, jawatan kerja di perkhidmatan awamjuga terbabit.
Pendapat kami, langkah ini ada baiknya.Yang baik, ianya dapat mengurangkan kos pentadbiran kerajaan yang sekarang terlalu tinggi.Namun adakah kos pentadbiran penjawat awam ini yang menyebabkan kos pentadbiran kerajaan meningkat? Bagaimana pula dengan elaun tidak masuk akal menteri-menteri dan juga ahli parlimen? Kan bagus kalau di situ juga, ia dirasionalisasikan.
Unit F.L.O.M pula bagaimana? Kalau tengok aktiviti-aktiviti Rosmah Mansor yang banyak buat “lawatan kerja” ni, rasanya banyak juga duit pentadbiran yang digunakan.Bagus juga kalau ia dirasionalisasikan sekali.Tak perlulah lebih sudu dari kuah.Tak habis-habis keluar negara yang sudah tentu melibatkan kos yang besar.
Walauapapun, pembekuan ini hanyalah sehingga 31 Ogos 2011.Jadi, kepada yang belum dapat kerja di perkhidmatan awam, janganlah putus asa

Rabu, 25 Mei 2011

tambang pengangkutan awam juga akan dinaikkan..??

teksi Tambang Pengangkutan Awam Naik Mulai 1 Ogos 2011Macam domino pula, bila satu barang naik, semua barang turut naik sama.Dan kali ini, diberitakan bahawa tambang pengangkutan awam juga akan dinaikkan mulai 1 Ogos 2011.
Tambang untuk pengangkutan awam bagi bas ekspres, bas berhenti-henti, bas sekolah, teksi dan kereta sewa di seluruh negara dinaikkan berkuatkuasa 1 Ogos.Adakah anda sudah bersedia dengan kenaikan ini? Kami ada rasa tidak puas hati sebab kenaikan tambang pengangkutan awam ini.
Dulu masa harga minyak naik mendadak, kadar tambang pengangkutan awam ini juga dinaikkan.Tapi, bila harga minyak turun, adakah kadar tambang  pengangkutan awam ini diturunkan? Tidak sama sekali! Dan kali ini, atas rasional apakah kadar kenaikan tambang ini perlu dinaikkan? Rata-rata perkhidmatan teksi sudahpun menggunakan NGV yang hampir 5 kali lebih murah dari harga petrol RON 95.
Apabila bercerita mengenai perkhidmatan awam,kami suka untuk bercerita tentang janji  kerajaan terhadap sistem pengangkutan awam di Malaysia secara keseluruhannnya. Pengangkutan awam oh sistem pengangkutan awam di Malaysia. Mungkin kerajaan Malaysia terlupa agaknya dengan janjinya sendiri. Itu sebabnya tahap keberkesanan sistem pengangkutan awam di Malaysia masih ditakuk lama.
Tidak mengapa rakyat sendiri berbesar hati mengingatkan janji kerajaan Malaysia untuk menaiktaraf mutu sistem pengangkutan awam di Malaysiay. Janjinya bila? Tu………masa tahun 2006 lagi. Masa itu di bawah pemerintahan Pak Lah, kerajaan telah menaikkan sebanyak 30 sen untuk harga minyak ketika itu dan kerajaan berjaya menjimatkan sehingga RM4.3 billion. Malangnya kerajaan hanya berbelanja sekitar RM834.75 juta.
Sekarang ni, dengan segala macam pelarasan harga seperti harga gulatarif elektrik dan sebagainya, tahap keberkesanan pengangkutan awam di Malaysia masih lagi sama.Tiada apa yang boleh dibanggakan.Perlu lagikah  tempoh dalam 5 tahun lagi  atau 10 tahun atau 50 tahun lagikah barulah kerajaan Malaysia dapat menunaikan janjinya untuk menaiktaraf sistem pengangkutan awam di Malaysia? Kita tengok sahajalah.
sumber: beritasemasa.com

4 asas akhlak

4 asas akhlak Imam Ghazali
Oleh Hashim Ahmad

UMAT Islam melakukan penyucian jasmani setiap hari tetapi gagal menyucikan rohani dan jiwa mereka dalam tempoh yang lama. Sebagai mukmin, pembersihan jiwa sangat penting kerana sebagai hamba Allah yang lemah, kita kerap melakukan kesilapan dan maksiat sama ada secara sedar atau tidak.

Melalui pembersihan jiwa, kita dapat menginsafi segala kesilapan yang dilakukan, berazam untuk menjadi mukmin yang lebih baik dan mengamalkan ‘amal makruf dan nahi mungkar’.

Imam Ghazali menyenaraikan empat bahagian yang menjadi asas akhlak mulia. Bahagian itu ialah:

i. Bijaksana. Bagi seorang hamba Allah, ia adalah puncak dalam membezakan perkara baik dan buruk.

ii. Berani. Ia adalah saat apabila seseorang dapat menahan diri daripada terus melakukan sesuatu yang buruk.

iii. Adil. Ia adalah kekuatan dalam jiwa yang dapat mengatasi sifat marah dan apa jua kemahuan syahwat yang ada di dalam diri kemudian membimbing syahwat kepada kebijaksanaan.

iv. Tazkiyah nafs. Ia menahan kemahuan syahwat dengan mendidiknya supaya tunduk dengan petunjuk akal dan petunjuk wahyu.

Justeru, dengan menegakkan empat asas ini, akhlak mahmudah yang lain dapat dimiliki individu Muslim.

Memandangkan betapa besarnya kepentingan tazkiyatun nafs dalam kehidupan, maka timbul persoalan, bagaimana cara membersihkan jiwa? Secara umum ia dapat dilakukan dengan:

i. Jihad dengan tadribat (latihan). Dalam setiap latihan, sertakan dengan jihad dan kesungguhan. Antara cara yang boleh dilakukan sebagai permulaan adalah dengan memaksa diri untuk berubah.

Namun harus diingatkan bahawa proses perubahan ini perlu diniatkan hanya kerana Allah dan bukan bertujuan membanggakan diri. Riya’, ujub dan takbur perlu dijauhi sepenuhnya kerana amalan yang dibayangi dengan unsur ini akan terbatal.

ii. Menempuh jalan yang berlainan dengan kehendak nafsu dan jiwa. Ini antara jihad terbesar bagi seseorang mukmin iaitu jihad melawan nafsu. Manusia dikurniakan akal dan nafsu menjalani kehidupan. Seringkali akal tunduk kepada tuntutan nafsu kerana kurangnya iman dan amal.

Menurut Imam Al Ghazali dalam kitab Ihya' Ulumuddin, hati nurani disebut sebagai nafsu. Ia adalah jiwa manusia yang dipenuhi dengan pelbagai sifat berbeza, sesuai dengan perubahan keadaan. Tiga kategori nafsu manusia adalah:

a. Nafsu Mutmainnah. Tiada rasa untuk membuat perkara mungkar dan terpelihara daripada penyakit hati.

b. Nafsu Lawwamah. Ia mempunyai pertentangan antara membuat perkara yang baik dan keji.

c. Nafsu Amarah. Nafsu yang berkehendak melakukan perbuatan keji.

Oleh itu, mengikut jalan yang berlainan dengan tuntutan nafsu ini bermaksud melawan tuntutan nafsu amarah yang sering mengajak manusia ke arah kejahatan.

iii. Jihad dan pengorbanan. Jihad seringkali dikaitkan dengan pengorbanan. Ia umpama dua elemen yang tidak dapat dipisahkan. Pengorbanan di sini lebih dititikberatkan kepada mengorbankan kesenangan dan keseronokan ‘duniawi’ dalam meraih kesejahteraan abadi di akhirat.

iv. Yakin dengan pertolongan Allah. Setiap mukmin perlu meyakini janji Allah adalah benar. Justeru, kita perlu yakin dengan pertolongan Allah. Munajat dan panjatkan doa kepada-Nya dengan penuh azam dan harapan yang diiringi usaha dan tawakal. Banyakkan membaca al-Quran kerana hanya dengan mengingati Allah jiwa menjadi tenang.

v. Dampingi orang soleh. Dengan mendampingi insan ini, kita lebih mudah menerima teguran yang mampu membina sahsiah yang tinggi. Kita dapat menimba ilmu agama daripada pelbagai aspek selain melakukan ibadah dengan lebih sempurna dengan berkat tunjuk ajar mereka.

vi. Menghadiri majlis ilmu. Ia dapat membersihkan jiwa kerana di majlis ilmu terdapat tazkirah dan ilmu pengetahuan yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan Muslim.

Selain itu, dijanjikan kepada mereka yang menghadiri majlis ilmu, mereka akan mendapat balasan baik daripada Allah.

Menyedari hakikat ini, dapatlah kita mengambil iktibar apabila kita mandi setiap hari, kita gosok gigi tiga kali sehari, kita cuci muka dengan pelbagai pencuci muka.

Mengapa tidak kita sucikan hati yang menjadi anggota penting dalam menentukan ‘tingkat’ amalan kita. Marilah berdoa semoga hati kita sentiasa dibuka menerima hidayah-Nya.

Cintailah Allah kerana nikma

“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)

Alkisah seorang pemuda sufi jatuh cinta kepada seorang gadis. Cintanya pun berbalas. Namun malangnya, gadis itu ingin dijodohkan orang tuanya dengan lelaki lain. Kerana dorongan cinta, gadis itu mencari alternatif, ”Aku datang padamu, atau ku atur cara supaya kamu boleh menyelinap ke rumahku”, begitu penjelasannya.

“Tidak! Aku menolak kedua pilihan itu. Aku takut pada neraka yang nyalaannya tak pernah padam!” itu jawapan pemuda itu sekaligus membuat sang gadis itu tersentak.

Pemuda itu memenangkan iman atas syahwatnya dengan kekuatan cinta. “Jadi dia masih takut pada Allah?”, kata hati kecil gadis itu . Seketika dia tersedar, dan tiba-tiba dunia terasa kerdil di hadapannya. Dia pun bertaubat dan kemudian mengabdikan diri untuk beribadah. 

Tapi cintanya pada si pemuda tersebut tidak pernah lupus. Cintanya berubah menjadi rindu yang berkelana dalam jiwa dan doa-doanya. Tubuhnya menderita didera rindu, dan akhirnya dia meninggal dunia.
Si pemuda tersentak. Itu mimpi buruk. Gadisnya telah pergi membawa semua cintanya. Maka kubur sang gadislah tempat dia mencurahkan rindu dan doa-doanya. 

Sehingga suatu masa, si pemuda tertidur di atas pusara si gadis itu. Tiba-tiba sang gadis hadir dalam tidurnya, cantik, sangat cantik. “Apa kabar? Bagaimana keadaanmu setelah permergianku”, tanya sang gadis.

“Baik-baik saja. Kamu sendiri di sana bagaimana,”jawabnya.
“Aku di sini, di syurga abadi, dalam nikmat hidup tanpa akhir.” Jawab sang gadis.

“Doakan aku, jangan pernah lupa padaku. Aku selalu ingat padamu. Bila aku boleh bertemu denganmu?”, tanya pemuda lagi.
“Aku tidak pernah lupa padamu. Aku selalu berdoa agar Allah menyatukan kita di syurga, teruskanlah melakukan ibadah. Sebentar lagi engkau akan menyusulku,” jawab si gadis.

Hanya tujuh malam setelah mimpi itu, sang pemuda pun menemui ajalnya. Atas nama cinta, dia memenangkan Allah atas dirinya sendiri, atas nama cinta pula Allah akan mempertemukan mereka. Cinta kerana Allah, untuk Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah, mengantarkan pemiliknya pada kebahagiaan yang mendalam.

Tidak ada cinta yang mati disini. Semuanya bermuara pada Zat yang Maha Hidup dan Menghidupkan. Cinta di atas cinta, dan adakah yang lebih mulia cintanya dari suatu Zat yang begitu mencintai kita? yang tak pernah meninggalkan kita di saat kita gusar dan bimbang. Cinta, semuanya atas nama cinta, cinta mampu mengangkat manusia menduduki posisi paling agung, ketika manusia mampu menempatkannya pada posisi terhormat di relung hatinya.

Cinta pada Yang Maha Mulia akan membuat seseorang jadi mulia, kerana jiwanya terisi kemuliaan cinta yang hujungnya adalah menjayakan Allah dalam segala hal. Jiwanya tidak akan resah kalau – kalau cintanya ditolak. Cinta yang berlandaskan keyakinan pada Allah yang Maha Sempurna akan membuat dirinya tidak takut akan kenyataan. Apalah erti kehilangan harta, sanak keluarga, bahkan orang yang “dicintai”, jika cinta dan rindunya selalu terpaut pada perjumpaan dengan Sang Maha Kekasih.

Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas segala-galanya. Kerana Dialah yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu bersemayam. Cinta kepada Allah akan mewariskan kecintaan para hamba-Nya. Sebaliknya, cinta yang bukan kerana-Nya hanya akan mengundang murka-Nya dan murka makhluk-Nya. Beruntunglah orang yang hanya mencintai Allah saja dalam hatinya, dan mencintai makhluk hanya sekedar mencintai kerana-Nya.

Semestinya kita mencintai seseorang kerana imannya, dan membenci seseorang kerana maksiatnya. Tak selayaknya kepentingan duniawi mengubah arah cinta kita.

Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana. Amin


Sumber: Cinta Kerana Allah | Paradigma MUKMINhttp://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/cinta-kerana-allah/#ixzz1NNQOu94Q

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!

Sekiranya kalian haus semasa hayat kalian, kalian boleh meminum rezeki Allah yang enak-enak. Sirap bandung, kopi, sirap... Semuanya kalian boleh teguk untuk menghilangkan dahaga. Tetapi, air manakah yang bisa menjadi asbab untuk menghilangkan dahagamu ketika kalian menghadapi sakaratul maut?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Sungguh cergas kalian berlari ke sini-sana mengejar bola di tengah dan tepi padang. Berapa gelen peluh yang kalian keluarkan untuk tujuan itu? Tidak malukah kalian, kalian mampu berlari ke sini-sana, tetapi tidak mampu untuk menunaikan kewajipan solat yang tidak perlu mengeluarkan bergelen-gelen peluh?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Kalian berasa lapar sekiranya tidak bersarapan, tidak menjamah makanan tengah hari, dan tidak menjamah santapan malam. Tetapi, tidakkah kalian pelik, jiwa kalian kosong daripada santapan rohani, tetapi kalian tidak sedikitpun berasa lapar?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Sedarlah, golongan yang mendirikan solat 5 waktu ditambah dengan amalan-amalan sunat pun tidak dijamin syurga, inikan pula kalian yang meninggalkan kewajipan yang merupakan dosa besar! Tidakkah kalian tahu, tiada pilihan ketiga selepas syurga dan neraka?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Kalian sanggup berjam-jam menghadap facebook, blog, dan youtube, tapi kalian tidak sanggup untuk meluangkan hanya sedikit masa untuk berdamping dengan Pencipta kalian. Tidakkah kalian berasa malu?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Setiap saat Allah SWT mengurniakan nikmat yang tidak terhitung, tidak malukah kita sewenang-wenangnya mengkhianati Pemberi nikmat itu? Adakah terlalu payah untuk memanjatkan kesyukuran dengan bersolat?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Ingatlah, Nabi Muhammad SeAW bersyukur dengan menunaikan solat sehingga kakinya pecah-pecah. Itu Nabi SAW yang telah dijanjikan syurga dan sangat dekat dengan Allah! Bagaimana dengan kita yang rendah dan hina ini? Masih mahu meninggalkan solat?

Jika mata batinmu tidak mampu menangkap dan mencermati secara adil terhadap kemuliaan dan kesempurnaan Allah Maha Pencipta dan tidak mampu mencintai-Nya dengan kecintaan yang hebat, maka janganlah kamu tidak mencintai pemberi nikmat yang berbuat baik kepadamu. Jangan sekali-kali lebih rendah daripada seekor anjing, sebab anjing itu mencintai tuannya yang selalu berbuat baik kepadanya. [Imam al-Ghazali]

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis
Soutul Mujahid merupakan graduan Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dalam bidang Diploma Kejuruteraan Elektronik Perubatan. Penulis juga merupakan pengarang bagi blog www.soutulmujahid.blogspot.com