Khamis, 9 Jun 2011

Rokok Haram..>!

Bismillahirrahmaanirrahiim
Assalaamualaikum


Kepada tuan yang dirahmati,
Semoga sentiasa dalam keredhaanNya.


Tuan,

PERINGATAN BERKENAAN DENGAN HUKUM MEROKOK
Adalah diingatkan bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 pada bersidang pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa:

“Amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam”.

Huraian : Majoriti ulama mengharamkan perbuatan merokok kerana merokok boleh memudaratkan kesihatan selain dari melakukan pembaziran yang jelas haram disisi Islam. Hanya mereka yang mempunyai kepentingan akan berpendapat bahawa merokok adalah dibolehkan.

Berhentilah merokok mulai sekarang agar anda tidak menyesal di hari kemudian.


“Transforming Ummah for a Sustainable Tomorrow”

“Membangun Bersama Islam”



Yang benar,


______________________

Hamba Allah

Surat Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Nora Elena

Surat Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Nora Elena

Pernahkan korang menonton drama Nora Elena?...iaitu sebuah drama yang tengah top kat TV3 sekarang ni...sampaikan aku pun layan sekali (walhal tak pernah pon layan cita kat slot Akasia ni), tepat pukul 7.00 jer aku terpacak depan tv nak tengok drama ni..haha

Serius sebelum ni aku tak layan sangat slot Akasia ni...tapi, drama ni yang membuatkan aku layan....terbaik!kan...haha. Lagipun drama ni adaptasi novel  iaitu Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha memang patut pon best, sampaikan sold out la novel ni....(CikHaney pinjam novel kau..hehe)

Tapi, tahukah anda ada juga yang tak suka drama ni siap buat surat bantahan lagi..haha, korang nak tengok tak? ni ha...bawah ni sila baca ....kelakar kot.



_________________________________________________________________

Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah marah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)

Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!

Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.

Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.

Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
 Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"



( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya
________________________________________________________________

Sebelum tu nak bagitau korang...ini hanyalah entry suka-suka jer, bukan betul2 pon...haha. surat ini dikarang oleh CikGeli...ni link entry tersebut di blog beliau << SINI! >>

Yang aku jelos tu...surat bantahan CikGeli ni siap masuk portal Gua lagi., yang best tu Gua nak  bagi  hadiah kat dia lagi tu...huhu (jelos). Mencanak traffic blog dia naik pasni...haha

Rabu, 8 Jun 2011

matrikulasi vs meritokrasi

PUTRAJAYA: Pemilihan 35,000 pelajar yang merayu untuk memasuki program matrikulasi sesi 2011/12 dibuat secara telus dan berdasarkan merit bagi memastikan hanya mereka yang layak serta memenuhi syarat saja diterima masuk. Mereka yang merayu termasuk 113 pelajar diploma tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menolak tawaran dan ingin mengikuti pengajian dalam program matrikulasi.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, jumlah yang merayu adalah besar namun pihaknya tidak mempunyai cukup tempat untuk menampung semua pelajar.
Katanya, isu mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak diterima ke program berkenaan juga tidak timbul kerana pemilihan dibuat berdasarkan merit ditetapkan.

“Ada yang mempertikaikan kenapa ada pelajar yang mendapat 8A diterima masuk, sedangkan pelajar yang mendapat keputusan 10A tidak diterima.

“Sebenarnya, kita melihat kepada empat subjek utama untuk diterima masuk ke program matrikulasi iaitu Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik serta Biologi, jika pelajar 8A mendapat A + dalam empat mata pelajaran berkenaan, sudah pasti dia akan diterima.
“Tetapi jika pelajar yang mendapat 10A hanya mendapat A+, 2A- dan 1A dalam keempat-empat mata pelajaran itu kita tidak terima, dan syarat itu membabitkan semua pelajar sama ada Bumiputera atau bukan Bumiputera” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan taklimat mengenai pengambilan pelajar ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Sesi 2011/2012 kepada parti komponen Barisan Nasional di sini, semalam.

Pada majlis berkenaan, beberapa wakil daripada MCA, MIC, Gerakan dan PPP hadir untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung beberapa kekeliruan yang timbul mengenai pengambilan pelajar matrikulasi bagi sesi berkenaan. Dr Mohd Puad berkata, taklimat berkenaan dibuat selepas mendapat arahan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran supaya semua pihak jelas mengenai pengambilan pelajar matrikulasi terutama bagi bukan Bumiputera.

Menurutnya, selain rayuan, pelajar juga keliru mengenai pengkhususan dalam program berkenaan. Katanya, isu pelajar tidak diberitahu mengenai pengkhususan tidak timbul kerana perkara itu tidak pernah wujud dan ia timbul berikutan kekeliruan pelajar sendiri.


Saringan ketat masuk matrikulasi



PUTRAJAYA 8 Jun - Kementerian Pelajaran melaksanakan saringan yang cukup ketat dan telus dalam membuat keputusan berhubung 35,000 kes rayuan bagi kemasukan ke program matrikulasi sesi 2011/2012 di bawah kendaliannya. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, antara saringan yang digunakan adalah latar belakang keluarga calon dan mereka juga perlu memperolehi A+ dalam empat subjek iaitu Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik/Biologi.

Menurutnya, keputusan itu turut bergantung kepada jumlah kekosongan yang ada serta penglibatan calon rayuan itu dalam aktiviti kokurikulum. ''Walaupun keputusan rayuan telah dikeluarkan pada 4 Jun lalu tetapi kami merasakan penjelasan perlu dibuat bagi memastikan tidak timbul sebarang persepsi negatif yang seolah-olah kami tidak telus. ''Jumlah yang merayu ada 35,000 calon dan ia satu jumlah yang besar, maka sebab itulah kita pilih mereka berdasarkan merit yang ketat serta telus," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas memberi taklimat mengenai pengambilan pelajar ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran kepada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di sini hari ini. Taklimat lebih sejam yang bermula 11 pagi itu dikhususkan kepada MCA, MIC, Gerakan dan Parti Progresif Penduduk (PPP). Program tersebut menawarkan 25,000 tempat di 15 buah pusat matrikulasi di seluruh negara dan sesi pengajiannya bermula bulan depan.

Pada sidang akhbar sama, Dr. Puad memberitahu, program matrikulasi kendalian Kementerian Pelajaran tidak pernah menawarkan sebarang pengkhususan bidang pengajian kepada calon yang layak. Menurutnya, apa yang ditawarkan oleh program tersebut adalah tiga jurusan pengajian iaitu sains, perakaunan dan teknikal. ''Ia samalah seperti program matrikulasi universiti awam yang lain. Mana ada pengkhususan bidang pengajian kecualilah institut pengajian tinggi swasta (IPTS), mungkin kerana mereka berniaga," katanya.

Punca Tan Sri Ani Arope Letak Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif TNB

ani arope Punca Tan Sri Ani Arope Letak Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif TNB15 tahun yang lalu, Tan Sri  Ani Arope mengejutkan seluruh negara dengan tindakan beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), akhirnya rakyat tahu bahawa peletakan jawatannya dilakukan demi menjaga kepentingan TNB semasa beliau memgang tampuk.
Mungkin 15 tahun dulu, ramai yang menganggap perletakan jawatan Tan Sri Ani Arope adalah disebabkan perkara biasa iaitu faktor umur dan prestasi kerja,Namun akhirnya beliau sendiri membuka mulut dengan mengatakan ianya adalah disebabkan ketidakpuasan hatinya berhubung dengan perjanjian berat sebelah TNB dan IPP (pengeluar bebas kuasa elektrik).
Ia menyebabkan kewujudan generasi pertama IPP seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff,  semasa negara di bawah pentadbiran Dr Mahathir.Ani, yang menyifatkan EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’, memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud tawaran 12 sen  kemudiannya. IPP lain kemudian mengenakan caj 16 sen/ kwj.
“Kamu tidak perlu pergi sekolah perniagaan untuk memahami mengapa perlu kenaikan tarif elektrik- hanya melihat semula syarat diberikan kepada beberapa IPP,” kata Ani yang menerajui syarikat utiliti itu antara 1990 hingga 1996 dalam status di laman sosial, Facebook.
“Dengan fasal ambil-dan- bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak  lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui.
“Bagus EPU — Unit ‘Plundering’ Ekonomi,” katanya mengejek unit ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.
Kami bersetuju bahawa, sememangnya semakan semula perlu kerana ianya banyak melibatkan pembaziran wang ke atas rizab kuasa yang kita tidak perlukan buat masa sekarang.Dengan jumlah RM 19 bilion setiap tahun yang terpaksa ditanggung, ianya memang tidak berbaloi.Kami tak heran sekiranya berita sebegini dipandang sepi oleh pemimpin atasan.
Kebanyakan pemimpin dalam kerajaan sedia ada memang tidak pernah hendak mengambil peduli tentang hal rakyat.Kebanyakan mereka hanya jadi “yes man” kepada kuasa yang lebih besar.Mereka tak kisah pun penderitaan rakyat alami sekarang, asalkan kepentingan mereka terjaga.Inilah rupa pemimpin kita yang ada sekarang.
Mengejar jawatan hanya berebutkan kuasa.Bukan sebab untuk membela nasib rakyat yang semakin terhimpit dengan ekonomi yang tidak menentu.Apakah kita masih lagi mahu pemimpin seperti ini, yang tidak mahu ambil pusing lagi pasal rakyat di bawah? Kalau pasal nak bantu rakyat, habis dipusing ayat sampai terbentuknya “pelarasan harga”, bagi menutupi maksud sebenar hasrat kerajaan.Bagi mereka, rugi agaknya bantu rakyat bawahan.Sampai nak tarik subsidi minyak dan banyak lagi subsidi yang lain.
Kami cadangakan agar sebenarnya kerajaan menghapuskan lagi “pemberian subsidi” kepada syarikat-syarikat IPP ini terlebih dahulu untuk membuktikan ketelusan mereka.Kalau benda ini pun mereka tak boleh nak buat, ini merupakan kerajaan bacul sama sekali.Hanya tahu menekan rakyat apabila dalam kesusahan, dan melupakan rakyat bila dah senang dan kekenyangan.
Kami amat suka dengan petikan kenyataan Tan Sri Ani Arope ini,
“TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya,”

kisah remaja...

My TrUthly STORy

SaLam.. x pakse utk dibaca tp jika anda baca  jdkan cerita ini sbgai pengajaran ..   Perkenalan aku ngan  A'an .. amat la unik  jika.. aku ceritakAnnya.. pasti kamu semua gelak , kbnyakkan kawan2 aku ckp  "tulah jgn bnci sgt kan skg da TERSAYANG ... "  

Hubungan kami sekadar kawan ..biasa .. sudah  6 tahun sejak di bangku sekolah ..DEclare in serius relationship .. sudah 2 tahun 4 bulan 9 hari... MEngenalinya bukan suatu perkara yg mudah ..memahaminya bukan suatu perkara yg ..senang .. aku memerlukan kesabaran yg tinggi  utk menepis egonya, barannya dan ketidak keyakinan nya pd aq..krn A'an takot peristiwa .. hitamnya akan berulang lagi  cukup 2x die  die tewas dan dipermainkan oleh gadis yg x pernah  mghargainya kehadiran

 aku bnyk mengubah sifat  dan hidupnya alhamdulilah  dia berubah  mnjd lbh baik        Pada tahun 2010 hbungan kami di uji  dgn begitu hebat  ok peristiwa itu belaku sekitar tahun lepas .. dalam bulan 7-9 A'AN YG AKU KNAL die sgt setia dan x mudah berpaling  ye ..  aku sgt kenal die .. aku kenal syg aku  aku lagi kenal die ..smpaikn parents die pun x fhm sikap aan tp aku  bley memahaminya

  ok  die smbg blaja .. k tempt baru di sekitar jb  pd mse tu kami dihimpit mslh  terlalu peribadi utk aku share , so mslh itu ..menggangu  hbgn kami   aan jawab .."kalo my le buat np x dy le buat ..tau kan rase sakit??"  

aku terkedu  ape yg aku buat ??rupenye aan jeles , ade gmbr lelaki ketika aku bertanding .. pembentangan peringkt kbgsaan .. mse tu..kami ambil gambr ramai2..sbgai juara & naib juara aku cuba jelaskan ..aan ego  x nk dgr.  fine.  aku biarkan  we still fght  nk dijadikan ceriter kebodohan perempuan itu teserlah apabila die im aku ..

ok aku started layan pmp tu .. sudenly  she said she love aan .. "SY SYG SGT KT AAN .. DAN SY TAU AAN PUN SYG SYG " aku nk tergelak  ape kejadah pmpn ni?? aku started tnye aan .. aan kate x de pape aku mule curige aku layan pmpn tu  sikit2 aku korek  smpi satu thp pmpn tu mntk aku pts dgn aan  coz diowng ngah couple aku still tnye aan..."what happen??" he said"my jgn cr pasal bley x?? "

   Naluri seorg wanita mengetahui .. sesuatu yg lbh pd kebenaran .. aku x nk syak wasangka tp aku mmg x kuat .. seminggu lagi aku percubaan stpm ..  serabut.. buku aku sntuh  blaja msh boley  tp bile aku x wat ape2 aku stil fikirkan pmpn tu dan aan .. aku tnye pmpn tu satu per satu pd mule  die kata die tau aan ngan aku tp  die  still nk merampas hak owg ..die sanggup berkongsi kasih ..punyelah psiko pmpn ni sgup buat fb satu lagi menyamar sbg aan n relationship nan die seolah tu fb aan mlh pmpn ni le msg konon die mnyamar aan nk mntk putos...

gile x?? dah status aku dlm fb in relationship dgn aan .. huhuhu member2 aan smue add pmpn ni  nk tau sejauh kebenaran  sbb mreka knl aan jnis mcm mana..   bile pmpn tu ngaku die jalinkan hbgn ..dgn aan selama sebulan aku mule terdiam aku diamkan dri menagis di hadapan kawan aku masa itu  ..aku msh x percaya coz aan bukan mcm tu aan yg aku knal sgt setia x mgkin die sgp  curang ngan aku.

malah kekawannye pun hairan  x mgkin aan yg mrka knal  sgp wat cm tu  malam jumaat tu  aku bersolat hajat .. aku cume mintak satu sahaje  kuatkan diri aku utk hadapi kebenaran , aku mgmbil mse sehari  utk kumpul kekuatan dan mgetahui kebenaran .. aku pujuk hati aku dan aku kata"aku akan terima segala kebenaran dan aku berjanji aku x kan melenting pun ape2yg bakal aku ketahui, dan aku akan maafkannya.."   aku tnye aan :dy couple ngan  die k? aan jwb        

x la! faham x..my ni asal nk tuduh2   aq diam pd mse yg sama  aq im ngan pmpn tu  aq tnye soaln yg sama die jwb ye mmg ade hbgn .. rupenye aan msg pmpn tu supaya jgn im aq aan mrh pmpn tu .. coz ckp psl hbgn mreka.. mne aq tau??bile aku im pmpn tu  at the same time aq sms aan..aan blz lmbt  sudenly  pmpn tu im aq "oh ngadu kt aan ke?? aan msg sy..marh2 ni?? "  

sakitnye ,hanya ALLAH shje tahu then..member baik aku  punye boy rupenye satu kelas nan aan dan jgk pmpn tu aq mntak bantu pd member aqthen.. boy member aku berkata "la, dowg mmg rapat siap jln pegang tgn lagi  tp skunk x tau last  nmpk da x rapat je bkn dowg mmg couple ke?" aq da agak, dan mrke mmg ade hbgn  aq terima mlh marah pun x aku da jnji aku nk tau kbnaran..

itu  bukti dan saksi 1 adelah mmber aq gak im kate yg die nmpk aan ngan pmpn pegg tgn ble check fb aq msh dgn aan ..aku just diamkan je ni saksi yg k  2   pengakuan dr kwn aan kat sana.. "ye lyn  betol tp mrke da x couple da jgn mrh aan  sbnarnye si tut,tu die mmg gatalt au sgt prangai die tu saksi yg 3   aq nilai sndiri gmbr yg pmpn tu  snap. ternyata gmbr yg snap tu  tnpe pengetahuan aan.  aan mmg payah amik gmbr  sgt2 sush aku knl die nk amik gmbr kn gaduh br le die nk amik gmbr .

so pmpn ni just snap scra x lgsng wat  gmbr tu terlalu natural dan.. smue gmbr  tu diambil ktika aan sdg bebual..   aku tahu ,tiap2 pagi aan dan pmpn tu g klaz sama.. pmpn tu tau aktvt aan ..ape yg aku tau die pun tau ..   yer terungkai satu kebenaran aku terimamalah aku x marh langsung pd aan dan pmpn tu aku jugak x  mnentis pun air mata sbb aku da jnji aku x kan melenting dan kekuatan aku hadapi ni  berkat doa aku aku terima kbanaran ini dgn hati yg terbuke walaupun sakit ..

 aku bkk fb aan  aku tgk inbox ade owg pm die then pmpn tu say "mmy akan tgu ddy wlaupun ddy pilih Lyn.'' aku teros terpaku text aan suwo bkk fb..end aku x nk tau pe yg blaku.. yg pasti slps aku tahu kebenaran itu ,kesakitan tu amat  la perit   kalau dulu bile dtnye "apa tindakan kau bile psgn kau curang...? jawapan aku ialah break!"

 tapi kali ini aku x terungkap  utk mengatakan pekartaan BREAK ape yg pasti  ,aku x keseorangan ,ALLAH bantu aku  utk  memudahkan segala kekusutan , dgn ikhlas dan jujur  aku memaafkan aan dan pmpn tu ..walau terhiris hati ini .. after percubaan .. aan balik utk  pujuk aku  aku hanya mampu senyum shje tgh kami bncg pmpn tu msg , msh ingat ayat itu   msg 1 "sy akan doakan kbhgiaan awak dismping pmpn yg awak pilih  sy tahu sy x layak  gantikan tmpt lyn tp Lyn

msg ke2 "awak ttp plh lyn .. ape2 pun lyn ttp dihati awak  sy berkorban mcm2 tp lyn juga  mnjdi sebutan dan plhn awak  awak jdkan sy tmpt bl awak ade mslh dgn lyn..kan"  

msg ke3 '' sy doakan awak bhgia dgn pilihan awak '"    bile aku bc msg ni  aan jelaskan .. bhwe ye die cume kawan ..x lbh dr itu  ms aku ngan aan bergaduh ruang hbgn kami terlalu besar, hingge ade yg  ambil kesemptn .. ,msh segar dlm ingatan apabila aan kata : "my ms kite gaduh dy sowg2 dy tetekan sgt apabila kite gadoh mse tu hnye die aja yg tegur dy  dan bila dy ctr kat die die bntu dy  thats it hbgn kami skdr kawan .. "  

secara jujurnya aku maafkannya,dr mana aku dpt kekuatan itu  aku pun x pasti  tp aku tahu  ALLAH bantu aku  hadapi dugaan ini aku x ngis x jua marah  malah aku  terima dgn hati yg tenang aq tau  tepuk sblh tgn .. x kan berbunyi  ketiga-tiga pihak slh  salah aq slh aan dan slh pmpn itu  

 salahnya aku apabila kekurgn yg ada pd  aku x dapat diterima oleh aan .. dan salah  aq  apabila leka hingga x sedar ade owg ke3..  salahnya aan kerana kecuaian die  yg  terlalu lalai hingga x sedar atas kecurangannye. dan die juge lalai dgn memberi izin pd pmpn tu amik kesmptn ..

 salahnya pmpn itu     Life is KaRma.. WHat goes around comes aroud.. what goes up must come down itu aku percaya. sejak kejadian itu  kecurang scra x sgaje atau tnpe disedari aku dpt terima.. aku pun text kt pmpn itu .. "life is karma. hari ni aku sakit krna kaum hawa mcm ko.. yg cube runthkan hbgn aku ngan aan tp ingat suatu hari ko akan rase sakit aku  apabila  hbgn kau juga  akan di runtuh mcm mne kau buat pada aku ..

mcm gitu la ko dpt dan kau akan rase setiap sakit aku, aku maafkan ..kau dan thank jg aan ketika kami bergaduh  "   aku percaya die akan trima semua itu ..  sejk hari itu aku mule  belajar  menerima semua dugaan yg dtg ade hikmah kejadian itu buat aku lbh kuat  malah buat kesabaran aku semakin tinggi

 kejadian itu juga  mnjdikan pngajaran buat aku dan aan  hingga kini aan msh nafikan kecurangan die walaupun aku tau bkn niat die atau disengajakan  kecurang yg blaku disebbkan kecuaian die  &  blaku scra x lgsg.   sejk kejadian itu  aku ngan aan ... blajar  dr kesilapan ..aku perbaiki diri aku  dan aan pulak tukar no ..phone.tukar kelas& menurunkan ego nye kurgkan barannye malah die berusaha mgubah ..drinya mnjdi lbh baik perubahan aan utk meyakinkan aku , tp hati perempuan ibarat besi yg remuk kerna jika kita betulkan balik ia ttpkan x kan mnjdi bentuk yg asal aku  cube percaya pdnye.

  tp aku sntiasa ragu2 msih was2tp kau x nk aan tahu bhw aku  ragu2 pd kejujurannya walaupun aku tahu die cube mnjd terbaik utk aku, dan kini  pmpn itu  baru sje.. menderita dan sakit yg amat kerana boy yg die syg bagai menatang mnyk yg pnuh now, telah  memainkannya,aku rase simpati tp itulah  hukum karma...    

kalau dulu org tnye"apa ko akan wat bile boy ko curang?" jwpn aku ialah 'BREAK!' tp kini  apabila berlaku kecurangan  hnye kamu shja tau ape yg tindakan ptt kamu ambil...   alhamdulilah kami smkin bhgia tp jujur aku msh x pat lupekan peristiwa itu, aku beterima ksh pd  pmpn tu krn buat hbgn aku lbh kuat utk hadapi dugaan  dan wat aku lbh blajar erti memiliki kesabaran yg tgi...
mlh  aku kagum  walaupun aan terkandas sedikit dr landasan  tp die ttp pilih aku & sntiasa berusaha utk meyakinkan aku, dan sedaya upaya,membahagiakn aku hingga saat ni..

alhamdulilah  dia berubah mnjd lbh baik   kdg2 kecurangan itu belaku tnpe kite duga kdg2 dugaan yg diberi di luar jangkaan kite tp ingatlah  apabila kite da syg kan sesorg  jadikan peristiwa kami sekadar pengajaran ,
  p/s : kisah ini moga jdi pngajaran n smber kkuatan bg mreka yg prnh alami...