Selasa, 4 Oktober 2011

Jamaah Muassasah


Menunggu tarikh ke Tanah Suci
Jamaah Muassasah   

Saya telah menerima tawaran untuk mengerjakan haji pada musim ini sejak 18 Februari 2011 lagi. Dalam borang jawapan, kami beritahu, mahu pergi awal. Ketika itu pihak Tabung Haji berkata, tarikh menunaikan haji akan diberitahu bulan Ramadhan.

Alhamdulillah syukur. Selepas sembilan tahun mendaftar dan menunggu, akhirnya hasrat untuk menunaikan haji tercapai. Tahun lalu, usaha sudah dibuat namun masuk ke senarai menunggu sahaja.

Namun, apabila bulan Ramadhan hampir habis, tarikh menunaikan fardhu haji tidak juga saya perolehi. Ketika ditanya, kami dimaklumkan, tarikh akan diberikan seminggu selepas raya Aidil Fitri pula.

Kini, bulan Syawal sudah berlalu. Pada 29 September lalu, kumpulan pertama jamaah Haji Malaysia sudah berlepas ke tanah suci. Sayu benar rasa hati apabila melihat jamaah haji Malaysia disambut meriah di Madinah.

Sayu rasa hati, bilakah pula tarikh kami akan berlepas ke tanah suci diperolehi. Berdasarkan nasihat Tabung Haji, hampir setiap hari saya akan menelefon Pusat Perhubungan Tabung Haji. Suami juga begitu. Namun jawapan yang diterima adalah, "Tarikh penerbangan ke tanah suci puan belum ada lagi."

Ketika kami bersedih itu, kami juga tumpang gembira, ramai yang akan ke Mekah tahun ini. Dari 24,000 kouta, ditambah 2,000 lagi menjadi 26,000. Pelbagai jenis kumpulan orang ditawarkan ke Mekah.

Ada kumpulan imam dan bilal, ada kumpulan JKKK bahkan ada yang mendapat tawaran dari 1MDC. Kouta untuk wakil-wakil rakyat BN pun ada apatah lagi kouta pak-pak menteri.

Jiran kami suami isteri, baru tahun lepas mendaftar. Namun kerana mereka mampu dan pergi dengan pakej, pada tahun ini mereka sudah dapat ke tanah suci. Bukan itu sahaja, mereka boleh pilih pula tarikh ke sana. Mahu 5, 8 atau 15 Oktober.

Sepasang rakan joging kami juga begitu. Apabila mendengar kami akan ke Mekah tahun ini, mereka berkata, "Alhamdulillah. Kami ni baru daftar tahun lepas. Bila lah pula giliran kami ye."

Tup-tup, Ahad lepas mereka menjemput kami datang ke rumahnya. Kenduri doa selamat untuk ke Mekah. Mereka mendapat tempat ke tanah suci tahun ini walaupun baru tahun lepas mendaftar.

Mereka berdua juga mempunyai nasib yang baik. Mereka diberikan  tiga tarikh untuk dipilih oleh pengelola haji swasta yang mereka sertai.

Alhamdulillah kami kata. Mereka dapat pergi ke tanah suci walaupun baru tahun lepas mendaftar. Namun di hati kecil kami tertanya-tanya, bagaimana dengan kami ini.

Sudahlah mendaftar 9 tahun yang lalu dan susah untuk mendapat tempat. Setelah mendapat tempat, susah pula untuk mendapat pengesahan tarikh ke sana.

Kami teringat, inilah juga masalah yang dihadapi oleh mereka yang kurang berkemampuan untuk ke tanah suci. Ia sudah semacam diperniagakan. Mereka yang kaya dan banyak duit, semua boleh dan mudah pula. Pergi sahaja dengan pakej.

Bagi orang kampung yang kurang duit dan mengumpul duit sedikit demi sedikit, susah mendapat tempat kalau sudah cukup duitpun. Kalau sudah mendapat tempat susah juga mendapat tarikhnya.

Sekarang ini, rasanya mahu berkurung dalam rumah sahaja. Tidak mahu jumpa orang. Kalau jumpa, orang akan tanya, "dah dapat tarikh? Bila nak berangkat" dan macam-macam soalan lagi.

Tidak keluar rumah pun tak selesai masalah juga. Telefon pula berdering. Adik beradik dan saudara mara di kampung pula telefon. "Bila nak bertolak, bila nak buat kenduri" dan macam-macam lagi.

Mungkin orang yang tidak merasa tidak tahu perasaan orang yang sedang dalam dilema ini. Bila tarikh tak dapat, bagaimana kita nak rancang cuti, macamana nak hantar anak ke kampung, kawan-kawan pula tanya, bila nak buat kenduri dan sebagainya.

Akhirnya memujuklah hati. Teringat kata-kata ustaz yang memberikan kuliah ketika menyertai kursus haji. Kita ini nak menjadi tetamu Allah, jadi berserahlah kepada Allah. Banyakkan bersabar. Kalau kita tak dapat, apa nak buat, Allah tak izinkan lagi untuk kita bertamu ke rumahnya.

Mungkin bagi bakal jamaah haji itulah yang mereka buat.... bersabarrrr. Tetapi apabila menonton TV yang memuji pengurusan Tabung Haji, kononnya yang terbaik di dunia, terasa juga cuaknya.

Pendek kata menunggu ini dilema. Harap-harap Tabung Haji selesaikan segera masalah ini... nanti kalau diketahui orang luar, mana nak letak nama baik kita itu.
Jamaah Muassasah,
Kuala Lumpur

bayi syurga...! Allah lebih menyayangimu..>!!!


Bayi dicampak masuk longkang


Keadaan mayat bayi yang ditemui dalam longkang.


SELAYANG – Bayi sendiri diperlakukan bagaikan sampah apabila seorang gadis berusia 19 tahun tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan ke dalam longkang dari tingkat dua Flat Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru di sini semalam.
Mayat bayi perempuan malang itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 7 pagi yang kebetulan melalui kawasan itu.
Ibu bayi itu yang mendakwa panik sebaik melahirkan anak di dalam tandas bertindak mencampak bayinya ke dalam longkang menerusi tingkap.
Ketika ditemui, bayi yang dalam keadaan bogel dan mempunyai kesan cedera di kepala itu berada dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berkenaan.
Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, susulan penemuan mayat bayi dalam keadaan menyayat hati itu, polis menahan seorang gadis berusia 19 tahun yang tinggal di flat tersebut.
Menurut beliau, gadis itu belum berkahwin dan polis mengesyaki dia mengandung angkara hubungan sulit dengan teman lelakinya.
“Suspek yang bekerja sebagai pelayan restoran itu mengaku melahirkan bayi berkenaan di dalam tandas rumahnya pada pukul 4 pagi ini (semalam).
“Suspek mendakwa ketika dilahirkan, bayi terbabit sudah tidak bernyawa menyebabkan dia membuang anaknya itu ke dalam longkang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sabtu, 1 Oktober 2011

Istana Negara


Ini adalah sedikit gambar-gambar Istana Negara yang baru untuk dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia.


Wajar untuk dikongsi bersama kerana ianya dibina dengan menggunakan duit rakyat Malaysia yang dikutip melalui berbagai-bagai cukai antaranya ialah Cukai Perkhidmatan, Cukai Tanah, Cukai Pintu, Cukai Jalan dan juga Cukai Pendapatan.


Kos pembinaan Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur, dikatakan telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh empat tahun antara faktor peningkatan kos ini ialah peningkatan harga barangan mentah terutamanya keluli.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini (2010) kosnya meningkat kepada RM811 juta.

Kontrak pembinaan Istana Negara yang baru itu telah diberikan kepada tiga syarikat melalui perundingan langsung, dan bukan melalui tender terbuka.

Ini kerana Istana Negara adalah "unik" dan memerlukan pertimbangan keselamatan tambahan.














































Lagi gambar sila lihat di SINI
 
sumber; isuhangat

Meletup macam bom



DARYL CHUA, 27, menyangka dia dan kekasihnya Hibbie Tan, 23, akan mati selepas terhumban sejauh beberapa meter akibat letupan kuat yang menggegarkan Subang Jaya pada pukul 3.45 pagi Rabu lalu.
Ketika kejadian, Daryl, seorang jurujual kereta dari Sri Hartamas, sedang berjalan ke arah mesin pembayaran automatik di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, Subang Jaya. Dia baru selesai minum kopi di sebuah kafe di tingkat bawah pusat beli-belah yang baru satu tahun setengah dibuka itu.
“Bunyi letupan itu sama seperti yang kita saksikan dalam filem,” imbasnya.
Selepas dia kembali tenang, Daryl dapat mendengar bunyi penggera keselamatan dan kaca berderai sebelum dinding-dinding retak dan jatuh di sekelilingnya. Penutup longkang di pusat beli-belah lima tingkat itu turut terbongkar, meninggalkan debu tebal berterbangan di udara.
“Pada mulanya saya fikir pusat beli-belah itu telah dibom,” kata Daryl yang mengalami luka-luka dan lebam di tangan.
Kekasihnya Hibbie pula terseliuh pergelangan tangan serta lebam di kaki dan paha. Menurut Chua, kereta mereka yang diletakkan di tempat letak kereta turut rosak. Letupan itu juga boleh didengar sejauh beberapa kilometer dan menggegarkan banyak kediaman di Subang Jaya.
Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul, berkata letupan itu mengakibatkan kesan teruk di laluan sepanjang 300 meter.

KEMUSNAHAN ini disebabkan letupan, bukan kebakaran.


Restoran
“Kesan kemusnahan itu lebih diakibatkan letupan berbanding kebakaran,” katanya sambil menambah, sekurang-kurangnya 40 buah kedai rosak teruk dalam kejadian itu.
Pengarah Suruhanjaya Tenaga bagi Peraturan Pembekalan dan Keselamatan Gas, Ahmad Nornadzmi Ahmad Zulkarnain memberitahu siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada kecuaian manusia yang meninggalkan paip gas tanpa ditutup.
“Ada kemungkinan pekerja restoran di tingkat bawah bangunan itu membiarkan kepala gas tidak ditutup semalaman,” katanya.
Kejadian gas memasak bocor dan meletup sering dilaporkan di negara ini. Dalam hampir semua insiden, impak letupan itu bukan kepalang.
Pada 18 Jun lalu, tiga pekerja sebuah restoran mamak di Petaling Jaya melecur teruk setelah tong gas memasak meletup di dalam premis berkenaan.
Letupan berlaku semasa seorang pekerja mahu menukar tong gas yang sudah kosong dengan tong baharu pada pukul 8.30 pagi.
Tong gas yang mahu ditukar itu tiba-tiba meletup sehingga menyebabkan tiga pekerjanya cedera parah akibat melecur.
Letupan kuat itu turut menyebabkan barang-barang dalam restoran tercampak manakala siling premis runtuh.
Sebelumnya pada 8 Mei, seorang warga Britain nyaris maut apabila kondominium yang baru didudukinya di Persiaran Hampshire, Jalan Ampang, Kuala Lumpur meletup akibat kebocoran gas.
Ketua Jabatan Kejuruteraan Gas, Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Tenaga Diperbaharui, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr. Zainal Zakaria berpendapat punca kebocoran gas sama ada di rumah, restoran atau kilang adalah disebabkan kecuaian dalam memastikan saluran paip yang digunakan mematuhi standard yang ditetapkan atau ia dipasang dengan cara yang salah.
Kegagalan melakukan pemeriksaan rutin turut menyumbang kepada kejadian gas bocor.
“Di rumah misalnya, walaupun paip getah berkualiti digunakan tetapi jika ia dipasang longgar atau digigit tikus, gas akan meresap keluar.

SEBUAH kereta yang diletakkan di luar bangunan rosak teruk.


Pemeriksaan
“Penghuni rumah yang tidak menyedari kebocoran itu mungkin secara sengaja mencetuskan percikan api dan dia tidak sempat menyelamatkan diri kerana letupan kuat itu berlaku sangat pantas. Di kilang pula, saluran paip boleh berkarat jika tidak selenggara,” katanya.
Beliau menjelaskan, gas yang digunakan untuk memasak adalah gas petroleum cecair iaitu jenis butana dan propana manakala gas yang digunakan pihak industri adalah daripada jenis metana.
Zainal menambah, tindakan membuka pintu dan tingkap bagi mengeluarkan gas itu dari rumah sebenarnya tidak memberi kesan serta-merta.
“Gas asli cecair lebih tumpat daripada udara, jadi ia lebih berat dan tidak mudah keluar dari sebuah kawasan tertutup. Ia akan berkumpul dan tersebar ke seluruh rumah selain melekat pada pelbagai barangan seperti langsir dan sofa.
“Keadaan ini menjelaskan mengapa letupan gas memberi impak yang besar terutamanya jika kebocoran itu berlaku dalam kuantiti yang banyak,” terang beliau.
Zainal bagaimanapun berkata, gas yang terperangkap itu boleh dikeluarkan dengan memasang kipas angin asalkan kawasan di luar rumah tidak terdapat objek yang menghalang pergerakan gas itu.
“Dalam hal ini, penghuni rumah perlu bertanggungjawab dan mengambil inisiatif memeriksa saluran paip gas memasak di dapur supaya ia sentiasa berada dalam keadaan baik.
“Tindakan yang paling bagus ialah memeriksanya setiap tiga minggu atau sebulan sekali. Jangan tunggu sampai gas habis baru hendak melihat dan menggantikannya dengan tong gas yang baharu,” katanya.
Beliau menambah, Akta Bekalan Gas 1993 (Akta 501) hanya mewajibkan sistem bekalan gas berpusat pihak industri diperiksa oleh pihak berkuasa yang dilantik.
Namun, tiada klausa yang mencadangkan pihak berkuasa melakukan pemeriksaan ke atas gas memasak di rumah.
Zainal menerangkan, kekuatan sesuatu letupan bergantung kepada tekanan dan kapasiti gas yang bocor itu.
“Di Malaysia, sudah banyak dijual alat pengesan tekanan gas yang dipasang pada kepala tong gas. Alat itu boleh memberi amaran jika berlaku kebocoran gas sekali gus mengelak daripada berlaku kemalangan,” katanya yang berpendapat sebuah tong gas seberat 14 kilogram (kg) sudah cukup untuk memusnahkan sebuah rumah.
Beliau berkata, kejadian letupan gas di sebuah bangunan besar seperti pusat beli-belah perlu diberi perhatian serius.
“Selalunya banyak restoran terdapat di dalam sesebuah pusat beli-belah dan mereka turut menggunakan gas memasak. Kemusnahan akan menjadi lebih teruk jika medan selera itu terletak di tingkat bawah bangunan,” katanya.

LETUPAN dipercayai akibat kebocoran gas dari sebuah restoran di Empire Shopping Gallery di Subang Jaya meninggalkan kemusnahan yang besar.


Pada asasnya, mangsa yang terhidu gas memasak tidak akan berdepan masalah secara serta-merta. Kata Zainal, gas itu tidak beracun tetapi masih boleh menyebabkan mangsa pengsan jika terhidu dalam jumlah yang banyak.
Pensyarah UTM di jabatan yang sama, Profesor Dr. Ahmad Fauzi Ismail pula berpendapat tong gas 14kg sudah cukup untuk memusnahkan sebuah rumah dengan satu letupan kuat.
“Gelombang dan tekanan yang muncul akibat letupan itu yang membawa impak teruk sehingga mengakibatkan seluruh rumah dijilat api.
“Manakala letupan yang boleh menyebabkan kerosakan sebuah bangunan besar biasanya melibatkan kuantiti yang lebih banyak,” katanya kepada Jurnal.

sumber; http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Punca Anak derhaka

Sabda Rasulullah s.a.w. "

Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...


"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu
dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...


DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba
kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."


HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas
menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan
pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik
simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita
yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan
bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.


Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.

Tips;


1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).


2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk)


3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)


4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).


5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.


11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .  Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.


15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda