Sabda Rasulullah s.a.w. "
Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
 hingga tujuh tahun.  Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak   apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas   tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia   (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... ..   bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...
"Jika  dia bijak dan menang  dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan  tahniah. Tidak salah kita  cium atau peluk mereka sebagai tanda  penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka".Yang   penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium   tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan  tergamak  menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu
dah  suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan  persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di  rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun  seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita   boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,   pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak   tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan  kita tunjuk  sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto  kepada mereka,  jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh,  kurang ajar,  sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada  mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL 
 Lazim  orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan   rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau   menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak   berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah,   kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab   anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang  ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti  dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan  anak-anak.  Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa  tersisih  dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT 
 Jika   Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa   caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka   dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita   dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu
atau   jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke   masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah  maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat  jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba
kita  perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya  tayar kereta  pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah  yang telah  kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan  Tuhan, jika  semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula  hubungan dengan  ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar.  Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah  terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA 
 Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu   dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun   sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya   tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada   yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya  golongan  nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak  ambil  kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati   golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA 
 Mentua   mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau   mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas
menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan
pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik
simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita
yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan
bapanya   masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat   dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa   NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan   lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar   kepada yang lain.
Ada sebanyak  501 tips yang  diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk  mempertingkatkan  potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan  anak-anak anda  dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika  diamalkan mampu  menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis  berpendapat apa  yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-
Winners  percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan  orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.
Tips;
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
 baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk)
3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
 melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
 tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8.Dengarlah cerita anak anda,  cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan  datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda  tentang giliran untuk bercakap)
9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali.
13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .  Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.   Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda  pula  yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda  mula  sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan