بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Selasa, 4 Oktober 2011
You want to Challange Allah(swt)?
• The man who build Titanic was asked,How safe the Titanic would be?
With an ironic tone he said "Not even God can sink it"
& we all know what happened to Titanic!
• President of Brazil Tancredo Neves during a campaign said he got 500,000 votes from his party and not even God can remove him from presidency.
He got the votes but he got sick and died a day before being president.!
• Cazuza, Brazilian singer & poet during a show while smoking puffed out some smoke in air and said "God that's for you"
He died at the age of 32 from Lung cancer in a horrible manner!
Now see what Allah says in the Glorious Quraan:
"And walk not on the earth with conceit and arrogance. Verily, you can neither rend nor penetrate the earth, nor can you attain a stature like the mountains in height. "(Al-Isra 17:37) ?fS?
PLEASE Like and Share THIS POST TO HELP US EXPAND
Jazakum ALLAHU khairan
telaga kautsar
Assalamua'laikum WB... Semoga sentiasa dalam perlindungan Allah SWT... Bacalah untuk renungan kita bersama...
Telaga itu luas, sebentang Ailah di Syam hingga Sanaa' di Yaman.di tepi telaga itu berdiri seorang lelaki. Rambutnya hitam, disisir rapi sepapak daun telinga.Dia menoleh dengan segenap tubuhnya, menghadap hadirin dengan sepenuh dirinya. Dia memanggil-manggil. Seruannya merindu dan merdu. "Marhaban ayyuhalinsaan! Silakan mendekat, silakan minum!"
Senyumannya lebar, hingga otot di hujung matanya berkerut dan gigi putihnya tampak. Dari sela gigi itu terpancar cahaya. Mata hitamnya yang bercelak dan berbulu lentik mengerjap bahagia tiap kali menyambut pria dan wanita yang bersinar bekas-bekas wudhunya. Tapi di antara alisnya yang tebal dan nyaris bertaut itu ada rona merah dan urat yang membiru tiap kali ada beberapa manusia dihalau dari telaganya. Dia akan diam sejenak. Wibawa dan akhlaqnya terasa semerbak. Lalu dia bicara penuh cinta, dengan mata berkaca-kaca. "Ya Rabbi", suaranya sendu, "Mereka bagian dariku! Mereka ummatku!" Ada suara menjawab, " Engkau tidak tahu apa yang mereka lakukan sepeninggalanmu!" Air telaga itu menebar wangi yang lebih harum dari kasturi. Rasanya lebih lembut dari susu, lebih manis dari madu dan lebih sejuk dari salju. Di telaga itu, bertebar cangkir kemilau sebanyak bilangan gemintang. Dengan itulah si lelaki memberi minum mereka yang kahausan, menyejukkan mereka yang kegerahan. Wajahnya berseri tiap kali ummatnya menghampiri. Dia berduka jika dari telaganya ada yang dihalau pergi. Telaga itu sebentang Ailah di Syam hingga Sanaa' di Yaman. Tapi ia TAK TERLETAK DI DUNIA INI. Telaga itu AL-KAUTSAR. Lelaki itu NABI MUHAMMAD S.A.W. Namanya terpuji di langit dan bumi.
Diambil dari : Buku 'Dalam Dakapan Ukhuwah' oleh Salim A. Fillah, Terbitan Pro-U Media Jogjakarta, INDONESIA
Selamat membaca dan menghayati... Semoga bermanfaat...
Assalamua'laikum WB...
Jamaah Muassasah
Menunggu tarikh ke Tanah Suci |
Jamaah Muassasah |
Saya telah menerima tawaran untuk mengerjakan haji pada musim ini sejak 18 Februari 2011 lagi. Dalam borang jawapan, kami beritahu, mahu pergi awal. Ketika itu pihak Tabung Haji berkata, tarikh menunaikan haji akan diberitahu bulan Ramadhan. Alhamdulillah syukur. Selepas sembilan tahun mendaftar dan menunggu, akhirnya hasrat untuk menunaikan haji tercapai. Tahun lalu, usaha sudah dibuat namun masuk ke senarai menunggu sahaja. Namun, apabila bulan Ramadhan hampir habis, tarikh menunaikan fardhu haji tidak juga saya perolehi. Ketika ditanya, kami dimaklumkan, tarikh akan diberikan seminggu selepas raya Aidil Fitri pula. Kini, bulan Syawal sudah berlalu. Pada 29 September lalu, kumpulan pertama jamaah Haji Malaysia sudah berlepas ke tanah suci. Sayu benar rasa hati apabila melihat jamaah haji Malaysia disambut meriah di Madinah. Sayu rasa hati, bilakah pula tarikh kami akan berlepas ke tanah suci diperolehi. Berdasarkan nasihat Tabung Haji, hampir setiap hari saya akan menelefon Pusat Perhubungan Tabung Haji. Suami juga begitu. Namun jawapan yang diterima adalah, "Tarikh penerbangan ke tanah suci puan belum ada lagi." Ketika kami bersedih itu, kami juga tumpang gembira, ramai yang akan ke Mekah tahun ini. Dari 24,000 kouta, ditambah 2,000 lagi menjadi 26,000. Pelbagai jenis kumpulan orang ditawarkan ke Mekah. Ada kumpulan imam dan bilal, ada kumpulan JKKK bahkan ada yang mendapat tawaran dari 1MDC. Kouta untuk wakil-wakil rakyat BN pun ada apatah lagi kouta pak-pak menteri. Jiran kami suami isteri, baru tahun lepas mendaftar. Namun kerana mereka mampu dan pergi dengan pakej, pada tahun ini mereka sudah dapat ke tanah suci. Bukan itu sahaja, mereka boleh pilih pula tarikh ke sana. Mahu 5, 8 atau 15 Oktober. Sepasang rakan joging kami juga begitu. Apabila mendengar kami akan ke Mekah tahun ini, mereka berkata, "Alhamdulillah. Kami ni baru daftar tahun lepas. Bila lah pula giliran kami ye." Tup-tup, Ahad lepas mereka menjemput kami datang ke rumahnya. Kenduri doa selamat untuk ke Mekah. Mereka mendapat tempat ke tanah suci tahun ini walaupun baru tahun lepas mendaftar. Mereka berdua juga mempunyai nasib yang baik. Mereka diberikan tiga tarikh untuk dipilih oleh pengelola haji swasta yang mereka sertai. Alhamdulillah kami kata. Mereka dapat pergi ke tanah suci walaupun baru tahun lepas mendaftar. Namun di hati kecil kami tertanya-tanya, bagaimana dengan kami ini. Sudahlah mendaftar 9 tahun yang lalu dan susah untuk mendapat tempat. Setelah mendapat tempat, susah pula untuk mendapat pengesahan tarikh ke sana. Kami teringat, inilah juga masalah yang dihadapi oleh mereka yang kurang berkemampuan untuk ke tanah suci. Ia sudah semacam diperniagakan. Mereka yang kaya dan banyak duit, semua boleh dan mudah pula. Pergi sahaja dengan pakej. Bagi orang kampung yang kurang duit dan mengumpul duit sedikit demi sedikit, susah mendapat tempat kalau sudah cukup duitpun. Kalau sudah mendapat tempat susah juga mendapat tarikhnya. Sekarang ini, rasanya mahu berkurung dalam rumah sahaja. Tidak mahu jumpa orang. Kalau jumpa, orang akan tanya, "dah dapat tarikh? Bila nak berangkat" dan macam-macam soalan lagi. Tidak keluar rumah pun tak selesai masalah juga. Telefon pula berdering. Adik beradik dan saudara mara di kampung pula telefon. "Bila nak bertolak, bila nak buat kenduri" dan macam-macam lagi. Mungkin orang yang tidak merasa tidak tahu perasaan orang yang sedang dalam dilema ini. Bila tarikh tak dapat, bagaimana kita nak rancang cuti, macamana nak hantar anak ke kampung, kawan-kawan pula tanya, bila nak buat kenduri dan sebagainya. Akhirnya memujuklah hati. Teringat kata-kata ustaz yang memberikan kuliah ketika menyertai kursus haji. Kita ini nak menjadi tetamu Allah, jadi berserahlah kepada Allah. Banyakkan bersabar. Kalau kita tak dapat, apa nak buat, Allah tak izinkan lagi untuk kita bertamu ke rumahnya. Mungkin bagi bakal jamaah haji itulah yang mereka buat.... bersabarrrr. Tetapi apabila menonton TV yang memuji pengurusan Tabung Haji, kononnya yang terbaik di dunia, terasa juga cuaknya. Pendek kata menunggu ini dilema. Harap-harap Tabung Haji selesaikan segera masalah ini... nanti kalau diketahui orang luar, mana nak letak nama baik kita itu. Jamaah Muassasah, Kuala Lumpur |
bayi syurga...! Allah lebih menyayangimu..>!!!
Bayi dicampak masuk longkang
Oleh Atikah Dali
dan NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my
dan NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my
SELAYANG – Bayi sendiri diperlakukan bagaikan sampah apabila seorang gadis berusia 19 tahun tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan ke dalam longkang dari tingkat dua Flat Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru di sini semalam.
Mayat bayi perempuan malang itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 7 pagi yang kebetulan melalui kawasan itu.
Ibu bayi itu yang mendakwa panik sebaik melahirkan anak di dalam tandas bertindak mencampak bayinya ke dalam longkang menerusi tingkap.
Ketika ditemui, bayi yang dalam keadaan bogel dan mempunyai kesan cedera di kepala itu berada dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berkenaan.
Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, susulan penemuan mayat bayi dalam keadaan menyayat hati itu, polis menahan seorang gadis berusia 19 tahun yang tinggal di flat tersebut.
Menurut beliau, gadis itu belum berkahwin dan polis mengesyaki dia mengandung angkara hubungan sulit dengan teman lelakinya.
“Suspek yang bekerja sebagai pelayan restoran itu mengaku melahirkan bayi berkenaan di dalam tandas rumahnya pada pukul 4 pagi ini (semalam).
“Suspek mendakwa ketika dilahirkan, bayi terbabit sudah tidak bernyawa menyebabkan dia membuang anaknya itu ke dalam longkang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sabtu, 1 Oktober 2011
Istana Negara
Ini adalah sedikit gambar-gambar Istana Negara yang baru untuk dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia.
Wajar untuk dikongsi bersama kerana ianya dibina dengan menggunakan duit rakyat Malaysia yang dikutip melalui berbagai-bagai cukai antaranya ialah Cukai Perkhidmatan, Cukai Tanah, Cukai Pintu, Cukai Jalan dan juga Cukai Pendapatan.
Kos pembinaan Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur, dikatakan telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh empat tahun antara faktor peningkatan kos ini ialah peningkatan harga barangan mentah terutamanya keluli.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini (2010) kosnya meningkat kepada RM811 juta.
Kontrak pembinaan Istana Negara yang baru itu telah diberikan kepada tiga syarikat melalui perundingan langsung, dan bukan melalui tender terbuka.
Ini kerana Istana Negara adalah "unik" dan memerlukan pertimbangan keselamatan tambahan.
Lagi gambar sila lihat di SINI
sumber; isuhangat
Langgan:
Catatan (Atom)