Sabtu, 15 Oktober 2011

Projek lembu anak beranak...


feedlot23 Adakah Ini Projek Mega Anak Beranak & Suami Menteri Bernilai RM250 Juta?
Siapa yang nak jadi kaya di Malaysia tiada masalahnya, tidak kisahlah mereka ini Melayu, Cina ataupun India. Rasanya orang tidak akan melenting apatah lagi menyimpan perasaan dengki sekalipun dengan golongan kaya seperti ini asalkan mereka berjaya hasil usaha dan titik peluh mereka sendiri. Tetapi, yang menjadi pertikaian & persoalannya kalau ada kalangan “mereka-mereka” yang mengumpul kekayaan dengan dengan jalan pintas, atas kapasiti mereka ada kuasa ataupun mempunyai hubungan baik dengan “pihak-pihak yang berpengaruh & berkepentingan” sehingga begitu mudah :
  • Mendapat anugerah projek-projek mega diberikan secara terus kepada mereka
  • Atas nama kuasa & pengaruh juga, mampu beli berjuta unit saham. Ehem…
  • Rakyat kebanyakan punyalah ramai yang bercita-cita tinggi hendak jadi usahawan bagi memulakan perniagaan, tetapi bantuan perniagaan termasuklah bantuan kewangan punyalah sukar untuk dipertimbangkan. Tetapi……
Tetapi….ada sebuah projek mega yang melibatkan sebuah syarikat yang berkepentingan telah dibangkitkan di Dewan Rakyat baru-baru ini:
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia antara program yang diumumkan perdana menteri dalam Rancangan Malaysia atau belanjawan, tetapi tidak membawa sebarang hasil.
“Izinkan saya untuk memberikan beberapa contoh kegagalan tersebut: Projek ternakan feedlot yang menelan belanja sekitar RM250 juta yang membabitkan suami dan anak seorang menteri di dalam kabinet perdana menteri,” katanya. Anwar berkata, soalan itu sudah dibangkitkannya sejak tahun lepas tetapi tidak pernah dijawab oleh perdana menteri mahupun menteri yang bertanggungjawab.
Sedangkan, tambahnya, jumlah peruntukan itu sama dengan potongan subsidi gula yang ditanggung rakyat. (sumber : Malaysiakini)
Yang pastinya menteri tersebut adalah menteri wanita. Jadi siapakah menteri wanita yang telah dibangkitkan dalam Dewan Rakyat baru-baru ini? Kalau dalam senaraian kabinet Malaysia nak senaraikan menteri-menteri wanita yang ada tidaklah susah mana pun. Menteri wanita dalam kabinet Malaysia sekarang ini pun tidak ramai. Antaranya ialah :
  • Datuk Seri Sharizat Jalil (Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat)
  • Datin Paduka Chew Mei Fun (Timbalan Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat)
  • Datuk Maznah Mazlan (Timbalan Menteri Sumber Manusia)
  • Datuk Rosnah Rashid Shirlin (Timbalan Menteri Kesihatan)
  • Datuk Rohani Abdul Karim (Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Industri)
  • Noriah Kasnon (Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air)
  • Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
feedlot8 Adakah Ini Projek Mega Anak Beranak & Suami Menteri Bernilai RM250 Juta?
Jikalau anda perhatikan gambar di atas, pastikan anda akan mengesan siapakah menteri yang dimaksudkan ini. Ya…..gambar di atas merupakan anak kepada menteri tersebut. Kalau sebelum ini, Malaysia amat bergantung dengan bekalan daging daripada luar negara seperti Australia, New Zealand, Brazil, China serta India. Sehinggalah projek fidlot peringkat nasional/kebangsaan yang berimpak tinggi ini adalah sebahagian daripada yang terkandung dalam Rancangan Malaysia ke-9 telah diperkenalkan :
  • Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah merupakan program pengeluaran lembu (fidlot) secara besar-besaran dengan mewujudkan satu kawasan penternakan lembu secara meluas.
  • Projek usahasama di antara kerajaan Negeri Sembilan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang dibina di Gemas
  • Di bawah pelaksanaan dan seliaan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di keluasan tanah 2000 hektar
  •  Menjadi pembekal daging lembu segar dalam negara serta mampu menjadi pengeksport utama daging segar
feedlot62 Adakah Ini Projek Mega Anak Beranak & Suami Menteri Bernilai RM250 Juta?Dan projek ini telah dianugerahkan terus kepada sebuah syarikat, National Feedlot Corporation Sdn. Bhd (NFC) yang mana . Yang mana antara tulang belakang disebalik syarikat ini adalah – Gambar dari (kiri), Wan Izzana Salleh selaku Pengarah Ekskutif NFC, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail selaku Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Wan Shahinur Izran dan juga Wan Izran Salleh. Wan Izzana Salleh pada ketika “menerima anugerah” melaksanakan projek melibatkan pelaburan sejumlah RM250 juta ini sahaja berumur 20 tahun dan tidak pernah ada pengalaman di dalam sektor penternakan lembu secara besar-besaran seperti ini
Restoran Meatworks Adakah Ini Projek Mega Anak Beranak & Suami Menteri Bernilai RM250 Juta?
Kalau anda teragak nak makan “daging’ yang sedap dan lembut”; boleh pergi ke Solaris – Restoran Meatworks di Mont Kiara, Kuala Lumpur. Ia turut dimilki oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil. Di bawah ini merupakan sebahagian gambar atas lawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin ke Pusat Fidlot Nasional Gemas. (Gambar : N9kini.com)
feedlot12 Adakah Ini Projek Mega Anak Beranak & Suami Menteri Bernilai RM250 Juta?
feedlot131 Adakah Ini Projek Mega Anak Beranak & Suami Menteri Bernilai RM250 Juta?
feedlot11 Adakah Ini Projek Mega Anak Beranak & Suami Menteri Bernilai RM250 Juta?
Isu yang dibangkitkan dalam artikel kali ini adalah masalah legasi. Contohnya, kalau disemak semula pengagihan Tabung Makanan di bawah RMK9 yang berjumlah RM2 billion. Persoalannya sekarang, kenapa kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM250 juta kepada satu syarikat milik anak dan suami menteri seperti yang disebut sebentar tadi?
Kalaulah RM250 juta ini diagihkan dengan lebih telus kepada 1,000 orang usahawan contohnya kesan gandaan kepada ekonomi setempat, peluang pekerjaan dan limpahan kesejahteraan yang lebih meluas kepada rakyat terbanyak. Akhirnya, ramai rakyat yang mendapat “manfaatnya”. Bukannya tertumpu di tangan mereka yang sudah kaya dan berkedudukan. Mana yang lebih baik?
sumber: beritasemasa.com

Inflasi 3.1 %

Kementerian kewangan telahpun mengeluarkan laporan ekonomi 2011/2012 di mana menunjukkan kadar inflasi di Malaysia terus meningkat kepada 3.1 peratus pada tujuh bulan pertama untuk tahun 2011. Adakah anda sekarang sedar dengan tahap inflasi yang berlaku dalam negara kita? Apa faktor yang menyumbang kepada kenaikan inflasi? Antara yang dikaji ialah :
  • kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol
  • pengangkutan serta perumahan,
  • air, elektrik, gas dan bahan lain,
  • Secara keseluruhannya ia telah menyumbang kepada 2.5 mata peratusan kepada peningkatan Indeks Harga Pengguna (IHP).
Selain faktor bekalan, kenaikan inflasi juga disumbang sebahagiannya oleh rasionalisasi subsidi bagi beberapa barangan keperluan pengguna termasuk gula, petrol RON97 dan tarif elektrik.
inflasi3 Realiti Sebenar Kadar Inflasi di Malaysia Yang Terus Meningkat. Anda Terasa Bahangnya?
Kadar inflasi di Malaysia berdasarkan rujukan halaman Trading Economics adalah antara terendah di rantau Asia Tenggara (3.3%) berbanding negara lain seperti Singapura (5.7 peratus), Filipina (4.29 peratus) dan Thailand (3.27peratus).
Antara usaha kerajaan Malaysia setakat ini untuk membendung kesan kenaikan kadar inflasi di Malaysia adalah :
  • Kenaikan kos sara hidup sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), dengan tujuan utama mengenal pasti langkah bagi membantu dan meringankan bebanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat.
  • Bagi menangani kesan kenaikan harga makanan, kerajaan antara lainmelancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang bermula di Lembah Klang. KR1M menawarkan 250 barangan runcit berjenama 1Malaysia pada harga 40 peratus lebih rendah daripada harga pasaran bagi meringankan beban kumpulan mudah terjejas di kawasan bandar
  • “Menu Rakyat 1Malaysia” juga diperkenalkan tahun ini dan sehingga kini 728 pengendali restoran seluruh negara telah menyertai program ini yang menawarkan hidangan set sarapan pagi pada harga RM2 dan makan tengah hari RM4
  • Langkah lain termasuklah melaksanakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 bagi mengawal harga barangan dan caj perkhidmatan serta menghalang aktiviti pencatutan.
inflasi10 Realiti Sebenar Kadar Inflasi di Malaysia Yang Terus Meningkat. Anda Terasa Bahangnya?
Ya…..benar, mana-mana negara sekalipun akan ada inflasinya. Tetapi, kami beranggapan lonjakan inflasi di Malaysia masih lagi sukar dilaksanakan selagi kerajaan masih lagi mengamalkan protectionism dalam kebanyakan sektor!! Tiada masalahnya jika kerajaan contohnya nak melindungi industri lembu dengan cara mengenakan cukai ke atas daging import  dan dalam pada masa yang sama memberikan subsidi dan bantuan kepada golongan petani. Sebab, kita sebagai rakyat Malaysia beli tidaklah sampai untuk membuat pinjaman bank untuk membelinya kerana ada alternatif lain yang boleh dijadikan pilihan termasuklah ayam, kambing dan babi (untuk golongan bukan Islam).
Tetapi, tetapi……yang menjadi masalahnya sekarang kerajaan dilihat “begitu senang” melindungi industri simen dan keluli, bahan asas yang digunakan untuk membina rumah. Apabila hartanah meningkat berganda, kita pula sebagai rakyat Malaysia pun menjadi hamba selama berpuluh tahun dengan “bayar kepada bank” pada kadar yang tinggi. Kepada golongan pertengahan dan berpendapatan rendah, kalau rumah dah mahal, mereka nak duduk di mana?
inflasi5 Realiti Sebenar Kadar Inflasi di Malaysia Yang Terus Meningkat. Anda Terasa Bahangnya?
Sesebuah rumah teres (tidak bertingkat) berharga kira-kira RM50,000 ke RM78,000 di Kuala Lumpur pada 30 tahun yang lalu, kini satu unit apartment di Kuala Lumpur bernilai sekurang-kurangnya RM300,000, purata harga rumah telah melonjak kepada RM480,000 – bersamaan enam ke tujuh kali ganda harga rumah di Kuala Lumpur berbanding 30 tahun yang lalu. Menurut anggaran pakar hartanah dan pemaju, harga rumah di Kuala Lumpur melonjak pada purata 10%-20% setiap tahun.
Yang keduanya, kerajaan terus menerus melindungi industri automatif tempatan. Kita dikehendaki membayar jumlah yang sekali ganda jikalau nak memiliki kereta import. Mahu tidak mahu, rakyat Malaysia “dipaksa secara halus” untuk membeli kereta tempatan dek kerana tiada pilihan lain. Ada juga kalangan yang masih tak mampu membeli kenderaan yang dijual pada kadar yang tinggi, akhirnya terpaksa menggunakan motosikal yang mana kes kemalangan maut melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal amatlah tinggi. Nak harapkan pengangkutan awam?
30 tahun dahulu, sebuah kereta import hanya berharga RM17,000. Sekarang ini, sebuah kereta import yang biasa memerlukan sekurang-kurangnya RM85,000 hingga RM100,000. Biarpun harga kereta tempatan yang secara perbandingannya lebih murah, misalnya Myvi, ia memerlukan RM45,000 hingga RM50,000 – yang mana ia masih berkali ganda perbandingan harganya berbanding 30 tahun yang lalu.
Akhirnya rakyat terus dibebani hutang yang tinggi atas dasar protectionism kerajaan. Rakyat tak untung apapun dengan dasar sebegini, yang untung hanyalah golongan atasan sahaja.
Walaupun rumah dan kereta adalah keperluan asas rakyat Malaysia sekarang ini. Tetapi, hakikatnya pengiraan kadar inflasi di Malaysia yang melibatkan kos pembelian kereta tidak dimasukkan dalam pengiraan tetap kadar inflasi. Sebaliknya kerajaan “lebih berminat” untuk memilih bayaran perkhidmatan awam. Begitu juga pembelian rumah yang terus melambung tinggi juga tidak dimasukkan dalam pengiraan tetap. Sebaliknya kerajaan lebih memilih kadar rumah sewa. Tetapi, jikalau kedua-dua ini dimasukkan dalam pengiraan kadar inflasi di Malaysia, dijangka kadar inflasi di Malaysia bukan setakat 3.1% sahaja tetapi lebih daripada angka tersebut.
sumber: beritasemasa.com

1000 tahun dunia

‎1 HARI akhirat = 1000 TAHUN dunia (hadis) 1 TAHUN akhirat = 365 HARI akhirat x 1000 = 365,000 TAHUN dunia 1 waktu solat= 80 tahun akhirat = 29 200 000 tahun dunia. (80x365x1000) 2 waktu solat= 160 tahun akhirat = 58 400 000 tahun dunia. (160x365x1000) 3 waktu solat= 240 tahun akhirat = 87 600 000 tahun dunia. (240x365x1000) 4 waktu solat= 320 tahun akhirat = 116 800 000 tahun dunia. (320x365x1000) 5 waktu solat= 400 tahun akhirat = 146 000 000 tahun dunia. (400x365x1000) SEKALI tidak solat dah dekat 30,000,000 tahun kena azab. SEHARI tidak solat dah dekat 150,000,000 tahun kena azab. SETAHUN tidak solat dah berapa? 53,290,000,000 (53.29 billion tahun dunia) Okey, tak sedar-sedar lagi? Still boleh relax sebab anggap kalau kita ISLAM, lepas azab je terus masuk syurga? Cuba korang bayangkan balik kampung kat PERLIS dari JOHOR time CUACA PANAS, tapi aircond kereta plak rosak, berapa minit boleh tahan panas? Renung2kan. ^_^ wallahua'lam..

ibu


Selamat Tinggal Ibu-

“KAKAK, tolong ambilkan ibu air masak,”
kata ibu pada suatu malam selepas ibu penat bekerja. Tanpa disuruh-suruh, aku mengambil segelas cawan yang berisi air yang telah tersedia dan memberinya kepada ibu. Sudah menjadi kebiasaanku.

“Terima kasih anak ibu,” kata ibu sambil bersandar pada sofa yang dibelinya dari Paris . Suaranya lunak. Tanganku terus ke kepala ibu untuk memicit ibuku.

“Ibu penat?”

“Hmm…penat sangat. Tapi penat ibu terus hilang bila tengok kakak. Kakak dah siap assignment? Buat apa tadi?’’

“Dah siap lama dah. Sampai tertidur tadi kakak tunggu ibu. ibu dah makan?”

“Dah. ibu nak solat kejap ye.”

“ok,”
Jawabku ringkas. Aku tinggal berempat sahaja bersama ibu, Mak Mah dan Pak Samat di teratak kami yang terletak di Country Heights ini. Maahad? Sekolah lamaku dulu yang meninggalkan banyak memori.

Mentarbiah hati setiap waktu. Namun itu dahulu. Kini sekolah agama yang tersohor tidak lama dulu sudahpun bertukar menjadi SBP tanpa ‘i’ bersebelahan huruf ‘P’. Ayahku telah lama meninggal dunia. Ayah meninggal pada hari kelahiranku. Kata ibu, ayah tergesa-gesa ke hospital setelah mendapat panggilan dari pihak hospital yang mengatakan masa untukku lahir sudah tiba.

HUJAN turun dengan lebatnya. Sebagai seorang lelaki yang sudahpun bertukar ke title seorang bapa, Mustaqim berasa amat gembira menerima kelahiran puteri pertamanya. Tanpa menghiraukan hujan lebat yang mencurah-curah, Mustaqim sengaja menekan minyak mercedesnya meluncur laju ke hospital. Dengan hati yang berbunga-bunga riang. Dia mula terbayang-bayang wajah puterinya itu dengan senyuman isteri tercinta. Berkhayal. Indahnya! Tiba-tiba sebuah lori ESSO yang membawa muatan minyak membelok ke kanan lebuh raya Kajang Silk. Tanpa sebarang amaran. Bakal ayah ini panic dan menekan brek kereta. Kereta terperosok ke bawah lori tanker. Kepala ayah terkoyak menampakkan tengkoraknya apabila terhentak ke stering. Darah mengalir laju, tanpa segan silu. Selang beberapa minit lori itu “bom!” meletup!


TANGGG!
Dulang makanan yang dibawa nurse Munirah terjatuh. Ibu terkejut. Makanan bersepah di atas lantai hospital.
“Maaf ya, puan,” ujarnya serba salah.

“Tak mengapa,” ujar ibu tenang. Namun gejolak dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Ibu amat gembira kerana aku dapat lahir dengan selamat akan tetapi ibu berasa cemas apabila kelibat ayah masih lagi belum muncul. Akhirnya, pihak hospital memberitahu ibu tentang kematian ayah. Ibu bagai hendak histeria ketika itu. Ibu amat sedih. Setiap kali teringatkan ayah pasti mataku akan berair. Ngilu terasa menghiris jiwa.

“Kenapa ni anak ibu?” soal ibu apabila melihatku.

“Tak ada apa-apa, bu,” jawabku ringkas. Suasana menjadi hening seketika.

“guess what, sayang?”

“What?”

“ibu terpaksa outstationlah. Seminggu pulak tu. Kali ni ibu kena pergi ke Ireland. Ibu ada mesyuarat dan seminar di sana. Kakak tak apa-apa kan?” kata ibu, mengenggam erat-erat tanganku. Mataku sengaja aku bulatkan.

“Kenapa lama sangat, bu?’’ rungutku. Entahlah…. Berat rasanya untuk melepaskan ibu kali ini biarpun aku sudah terbiasa ditinggalkan ibu.

“Mestilah lama. Dah namanya pun outstation. Hari tu lagi lama kan? Sebulan ibu di Beijing. Semuanya akan okay. Kakak janganlah risau. Doakan ibu selamat pergi dan balik ye. Kakak kan anak solehah.’’

“Tapi, bu…….. Ibu tak payah lah pergi. You’re the big boss, bu. suruhlah orang lain.’’ Kataku dengan nada sedikit merajuk. Mulut muncung.

“Muncung dia….. sedepa! Anak ibu kan good girl? Kakak 6 tahun ke 26 tahun?’’ pujuk ibu sambil mencuit hidungku. Seperti memujuk budak kecil. Tawaku dan ibu terburai.

“Okay boss! Mari kakak tolong ibu kemas baju. Ibu pergi esok kan?’’

“Yes, darling.’’ Ibu tersenyum.


HARI ini mendung semendung hatiku. Rasa tak sedap hati masih menyucuk-nyucuk hati ini. Dari semalam aku asyik berdoa. Ya ALLAH selamatkanlah perjalanan ibuku. Selepas bersarapan aku menghantar ibu ke lapangan terbang.

“Betul ke ibu nak pergi ni?’’ soalku setelah tiba di lapangan terbang.

“Betullah. Dah sampai kat airport pun. Takkan nak patah balik kot?’’ Usik ibu sambil mencubit pipiku.

“Jaga diri ibu baik-baik tau. Ibu call lah kakak tiap-tiap hari. Sampai sana terus call jugak tau,’’ kataku sayu sambil memeluk ibu.

“Hmm… ibu mestilah call anak ibu yang sorang ni. Kakak belajar elok-elok tau. Mak Mah ada dekat rumah. Kakak janganlah takut.’’

“Bu, kakak minta maaf kalau-kalau ada perbuatan atau kata-kata kakak menyinggung perasaan ibu. Halalkan makan minum kakak, ibu,’’ entah kenapa tiba-tiba sahaja ayat itu terkeluar dari mulutku. Aku sendiri tidak pasti. Wajah ibu aku pandang dalam-dalam.

“Ibu dah lama maafkan kakak. Kakak pun maafkan ibu ye. Ibu ada marah-marah kakak tanpa sebab…’’

“Tak… tak pernah pun,’’ kataku. Setitis air jernih tertumpah jua. Mengalir ke pipi. Terasa sungguh syahdu. Itulah kali pertama aku menangis di depan ibu.

Jauh disudut hatiku mengatakan inilah kali terakhirku bersama ibu. Dari kejauhan pemandu kami, Pak Mat bergegas membawa bagasi ibu.

“Sabila Husna… janganlah menangis, sayang. Ibu pergi tak lama. Minggu depan ibu balik. Jangan macam ni. Walau apa pun terjadi, kakak kena ingat ibu sentiasa ada dalam hati kakak,’’ tanganku dipegang ibu dan diletaknya tepat di jantungku.

"Ibu pergi dulu, sayang…’’ Air mataku mengalir laju tanpa disuruh-suruh mengiringi pemergian ibu.
"Ibu, I love you!’’

“Love you too, kakak,’’ kata-kata terakhir ibu sebelum pergi. Kata-kata terakhir yang tak akan pernah aku lupa.


“IBU? Bila ibu balik? Tak call kakak pun. Kesian ibu balik naik teksi. Kenapa tak suruh Pak Mat ambil ibu? "Kakak rindulah dekat ibu,’’ soalku apabila masuk ke bilik ibu. kelihatan ibu diatas sejadah, siap bertelekung.

Mungkin ibu baru sahaja selesai bermunajat kepada Yang Satu, fikirku. Aku mengambil tempat di sebelah ibu. bersalam dan mencium tangan ibu. Tangan ibu sejuk.

“ibu baru balik, sayang. Tapi kejap lagi ibu kena pergi,’’ kata ibu sambil mengusap kepalaku.

"Nak pergi lagi? Nak pergi mana? Ibu tak kesian kat kakak ke?’’ air mataku bergenang entah kenapa.Wajah ibu amat syahdu sekali.

Sambil berdiri, ibu berkata, "Kali ni ibu pergi lagi lama dan jauh. Kakak doakan ibu ya.’’ Aku menarik tangan ibu. namun, ibu melepaskannya dengan perlahan-lahan, meninggalkan aku sendirian.

"Ibuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!’’


"KAKAK…Kakak… Bangunlah…’’ terdengar suara Mak Mah. Kenapa pulak lah Mak Mah kejut aku pagi-pagi ni? Subuh pun tak masuk lagi. Kelas mula pukul 10 pagi nanti.

"Mak Mah kenapa kejut kakak pagi-pagi ni?’’ soalku sambil menarik selimut.

"Ibu…’’

"Hah? Ibu ada call ke?’’ mataku terus cerah.

"Bukan…bila Mak Mah cakap kakak jangan terkejut tau. Janji?’’

"Yes promise,’’ kataku. Hatiku berdebar hebat. Aku membetulkan kedudukanku.

"Ibu… ibu dah tak ada.’’ Hatiku bagai direntap kuat apabila mendengar berita itu.

"Ap…apa Mak Mah cakap tadi? Dah tak ada? No, it can’t be. Baru tadi kakak jumpa ibu,’’ ujarku sungguh-sungguh. Rasa tidak sedap hati semakin memuncak bagai lahar gunung berapi membuak-buak meletus keluar dari mulut gunung berapi yang sudah lama pendam. Mataku berkaca. ‘’Ibu ada tadi.’’ Suaraku mengendur.

"Kakak… kakak mengucap. Bersabar. Tadi pihak hospital di sana telefon Mak Mah. Mereka kata ibu kemalangan dan koma. Kereta ibu terjunam ke dalam gaung. Banyak darah ibu hilang dan di kepala ibu ada darah beku. Mereka dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan ibu tapi ALLAH lebih sayangkan ibu,’’ terang Mak Mah.

Air mataku seperti tiada nilai lagi. Mengalir deras sederas air sungai yang mengalir. Hidup ini terasa kosong dan tidak ada gunanya aku hidup. Mula-mula ayah, lepas tu ibu. Siapa lagi yang aku ada??? Ya RABB besarnya ujian yang KAU berikan padaku. Tika ini bergema dalam hatiku sebuah suara, yang tidak tahu datangnya dari siapa, membisikkan semangat dalam diriku, ’’Cukuplah ALLAH bagiku; tidak ada Tuhan selain DIA. Hanya kepada-NYA aku bertawakkal.’’

"ASSALAMUALAIKUM ibu, kakak balik dulu. Esok kakak datang lagi. I love you, ibu,’’ kataku setelah selesai membaca Yaasiin dan berdoa. Sudah sebulan ibu meninggalkan aku. Sambil melangkah pergi meninggalkan kubur ibu, dengan keadaan yang damai kurasakan, aku memejamkan mata.
“kakak…”

Tiba-tiba suara itu menerjah ke gegendang telingaku. Tidak pula aku membuka mata untuk mencarinya. Sungguh aku kenal suara itu kerana suara itu akan sentiasa bergema dalam hatiku buat selama-lamanya.

♥<3bersyukurlah kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa♥♥
Jangan lupa untuk tekan butang Share & Tag selepas anda baca ♥

Wahai hawa

WAHAI HAWA!!! Wahai Hawa, Kenapa..engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu? Kenapa..mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya? kenapa..masih segan mengamalkan isi kandungan-Nya ? dan kenapa..masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya? Wahai Hawa, Sedarlah..Tangan yang menggoncang buaian..boleh menggoncang dunia, Sedarlah hawa..kau boleh menggoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!! yakni yang Soleh dan Solehah, kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia. Tapi hawa.. 


Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu..kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA! Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan..kerana wanita ialah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam. Wahai Hawa, Andai engkau masih remaja..jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami..jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu..didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH. Wahai Hawa, 


Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu..hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya..tapi merangsang nafsunya. Wahai Hawa, Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan...takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. Wahai Hawa, Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, 


Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tetapi hawa, Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan Ad-dinnya...Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. 


Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu...Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu. Hawa, Cintailah ALLAH..dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH. 


Cintailah kedua ibu bapamu..kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH. Cintailah keluargamu..kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa , Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI. Jangan sesekali..tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam...... “Dunia adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Solehah” (Hadith Riwayat Muslim)