Berikut adalah sifat2 yang ada pada manusia yg hebat frontal lobenya.
Boleh menumpukan perhatian pada sesuatu dalam jangkamasa yg lama
Berupaya menimbang semua kemungkian sebelum bertindak.
Boleh membuat keputusan dgn tepat dan cepat, tidak teragak2.
Jelas dalam semua perkara.
Ceria
Mahir dalam apa yg dipelajari.
Mudah menyesuaikan diri dgn perubahan.
Mampu belajar dari kesilapan dan tidak mengulanginya.
Sentiasa memikir peluang2 lain sebelum bertindak.
Punyai keyakinan diri yang tinggi.
Mampu bertindak mencapai keinginan atau cita2.
Seorang yg tinggi disiplinnya.
Mampu membina peluang yg lebih hebat berdasarkan pengalaman.
Tidak mudah terpengaruh dgn pengaruh2 luaran.
Boleh menumpukan perhatian hingga lupa pada persekitaran dan masa.
Minda yg tetap dan tidak melayang-layang.
Lebih proaktif dari reaktif.
Berpendirian tinggi.
Tidak pentingkan diri sendiri, lebih bersimpati.
Punyai impian, tujuan yg jelas dan hebat hingga tidak mampu digoyah keadaan luaran dan juga dari badan.
Banyak lagi sifat2 yg boleh di catatkan tetapi yg paling menarik adalah sifat yg akhir sekali, ingat bagaimana sahabat nabi yg diminta agar ditarik panah dikakinya hanya ketika beliau solat dan juga mereka yg tetap imannya ketika disiksa pihak Quraish. Bayangkan betapa hebat dan kuatnya frontal lobe mereka. Kita sekarang, nyamuk hinggap sahaja dah boleh rasa dan melayang fikiran dari solat.
Berikut pula sifat2 mereka yg lemah atau mati frontal lobenya.
Tidak terurus dan malas.
Tiada inspirasi, motivasi dan inisiatif untuk membetulkan sesuatu keadaan.
Suka pada benda yg sama, yang rutin dan boleh diagak.
Tidak keinginan untuk belajar.
Tidak boleh menumpukan perhatian.
Tidak boleh merancang untuk masa depan, tiada visi.
Cakap tak serupa bikin.
Tidak boleh menghabiskan apa yg dimulakan.
Reaktif.
Keras kepala dan tidak sukakan perubahan.
Selalu risau dan fikiran melayang2 memikirkan keburukan.
Tidak boleh mendengar dgn baik.
Bertindak melulu ikut rasa dan nafsu.
Selalu beremosi/moody, tidak ceria.
Pelupa.
Tidak boleh melihat/memikir kebarangkalian2 atau peluang2 lain.
Selalunya menjadi pengikut, tidak berpendirian.
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Khamis, 29 Disember 2011
Mesin Canggih
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). At Tin 95:4
Tahukah anda bahawa jantung anda berdenyut tanpa henti lebih dari 100,000 kali sehari?, jika dijumlahkan dalam setahun lebih kurang 40 juta denyutan setahun dan hampir 3 billion denyutan sepanjang hayat jika diambil purata hidup anda antara 70-80 tahun. Semua ini berjalan secara automatik tanpa perlu penyelenggaraan, cucian dan sebagainya.
Tahukah anda bahawa jantung anda berdenyut tanpa henti lebih dari 100,000 kali sehari?, jika dijumlahkan dalam setahun lebih kurang 40 juta denyutan setahun dan hampir 3 billion denyutan sepanjang hayat jika diambil purata hidup anda antara 70-80 tahun. Semua ini berjalan secara automatik tanpa perlu penyelenggaraan, cucian dan sebagainya.Jantung anda yg bekerja dgn taatnya ini mengepam darah hampir 8 liter setiap minit, lebih dari 200 liter setiap satu jam melalui saluran darah yang panjang dan rumit, secara keseluruhan jika dicantum semua urat darah anda ini panjangnya akan menjangkau lebih kurang 96,000km dan ini adalah lebih dua kali ganda ukur lilit bumi. Yg amat menakjubkan, keseluruhan sistem salur darah ini dari aorta. vena, arteri dan sehalus2nya ini, beratnya hanyalah 3% sahaja dari berat keseluruhan badan anda.
Melalui salur darah anda ini juga setiap 20-60 saat, setiap sel darah merah anda melengkapkan perjalanannya mengelilingi badan anda, dan ia membuat laluan mengelilingi badan anda sebanyak 75-250 ribu kali sepanjang usia sel darah merah tersebut. Jika disusun kesemua sel2 darah merah anda ini satu persatu, panjang keseluruhannya akan hampir 50,000 km. Setiap kali anda menyedup nafas, 3 juta sel darah merah anda mati dan sesaat selepas itu pula jumlah yg sama dihasilkan kembali oleh badan anda.
Badan kita adalah komuniti sel2 yg berjumlah antara 70 hingga 100 trillion (1 trillion bersamaan 1,000,000,000,000), pada setiap saat terdapat hampir 100 ribu tindakan kimia berlaku pada setiap sel2 anda dan jika dijumlahkan dgn keseluruhan sel2 anda ini, tidak cukup untuk kalkulator biasa menayangkan kesemua "0" jumlah tindakan kimia didalam tubuh anda setiap saat, dan anda tidak perlu berfikir sedikit pun untuk mengawal tindakan kimia tersebut.
Setiap saat, 10 juta sel2 badan anda mati dan pada masa yg sama juga jumlah yg sama digantikan. Jika kita kaji debu2 yg terdapat didalam rumah, kebanyakannya adalah dari sel2 kulit manusia yg mati. Anda sebenarnya mempunyai pankreas yg baru setiap hari kerana sel2nya sentiasa aktif digantikan dgn sel2 yg baru. Satu proses yg dipanggil "mitosis", samada untuk pertumbuhan ataupun menggantikan sel2 yg rosak. Hati anda pula mempunyai 66 fungsi, apa yg selalu diketahui hanyalah untuk menapis bendasing seperti alkohol dari darah.
Anda hanya perlu menikmati makanan yg anda suapkan dimulut, tetapi badan anda secara automatik merembes2kan enzim2 dgn kadar yg berpatutan untuk mencernakannya. Buah pinggang anda tanpa hentinya menapis berliter2 darah untuk membuang bahan kumuhan dan bendasing dgn cekapnya, mesin dialisis ciptaan manusia hanya mampu menapis 15-20% sahaja dalam masa satu jam berbanding dgn buah pinggang anda.
Untuk menhasilkan sel2 yg baru juga, ada mekanisme protein yg menyalin susunan "DNA helix"
anda lebih canggih dari teknologi yg ada pada masa kini. Dan jika kita meleraikan jalinan DNA itu tadi dari kesemua sel2 didalam badan kita dan ditarik kesemuanya, ianya begitu panjang hingga boleh pergi dan balik ke matahari sebanyak 150 kali. Mekanisme protein juga menyemak dgn cekapnya 3.2 billion susunan asid nukleik didm DNA untuk memeriksa jika terdapatnya sebarang mutasi. "Pasukan pertahanan" (sistem imunisasi) anda pula tahu bagaimana untuk melawan beribu2 bakteria dan virus dan akan mengingati dan bersedia jika ada jangkitan dimasa depan.
Berhenti buat seketika disini, aha.. beribu2 kimia dihasilkan oleh "farmasi" paling canggih didunia ini iaitu hyphothalamus dan kelenjar pituatary anda. Semua kimia ini adalah salah satu mekanisma perhubungan antara sel2 anda selain dari sistem saraf. Kajian terbaru sains juga menunjukkan bahawa sel2 anda berhubung melebihi kelajuan cahaya. Jika diambil 1 cm padu isi otak anda pula, didalamnya terdapat lebih sel2 neuron daripada bintang2 yg ada dilangit.
Kita sering berkata tangan saya, kaki saya, badan saya dan macam2 lagi. Dimana "saya" itu? Sedarkah kita yg kita yg dilabel "saya" itu hanya menumpang pada "mesin" canggih ini? Mesin pemberian Pencipta untuk kita gunakan didunia yang sementara ini. Dan adakah mesin yg teramat canggih ini dipinjamkan kepada kita tanpa ada panduan untuk menggunakannya?
Sedangkan alat buatan manusia punyai manual sebagai rujukan bagaimana untuk menggunakan alat tersebut, sudah tentu Allah subhanawataala, tuhan yg maha agung memberi panduan untuk manusia bagaimana untuk menjalani kehidupan didunia ini dgn sejahtera, hanya jika kita menggunakan manual pemberianNya. Apakah manual itu? Jawapannya tak lain tak bukan Al Quran.
Apa yg patut, boleh atau tidak kita masukkan kedalamnya (makanan), apa yg perlu dilakukan dlm hubungan sesama pengguna "mesin" ini (muhrim, kahwin), apa cara ianya patut dilindungi (aurat), untuk apakah alat2 sampingan digunakan (mata, kaki, tgn, alat kelamin dll) bahkan bermacam2 lagi panduan untuk menggunakan "badan saya" ini diberikan didalam Al Quran.
Akan tetapi manusia dgn takburnya, disebabkan sedikit ilmu yg dipelajari dari sumber yg juga dikarang oleh manusia lain, menganggap Al Quran itu tidak relevan dizaman moden dan hanyalah untuk agama/kerohanian sahaja dan tiada kena mengena dgn cara hidup yg lain seperti undang2, politik dan ekonomi. Cuma sejak akhir2 ni akibat bahana masalah kewangan dunia, barulah segelintir golongan manusia2 begini nampak kebaikan ekonomi berteraskan Islam yg berlandaskan Al Quran dan sunah Nabi. Apakah kita perlu menunggu musibah lain melanda untuk digunakan didalam bidang lain?
Hanya Al Quran sahajalah panduan untuk manusia dan ianya sepatutnya digunakan didalam semua lapangan hidup, tiada satu pun panduan2 didalamnya yg "lapuk", hanya mereka yg sudah buta pada nikmat dunia umpanan syaitan sahaja yg akan menidakkannya. Moga kita tidak termasuk ke dalam golongan sebegini baik secara terang atau pun tanpa sedar. Nauzubillah
Melalui salur darah anda ini juga setiap 20-60 saat, setiap sel darah merah anda melengkapkan perjalanannya mengelilingi badan anda, dan ia membuat laluan mengelilingi badan anda sebanyak 75-250 ribu kali sepanjang usia sel darah merah tersebut. Jika disusun kesemua sel2 darah merah anda ini satu persatu, panjang keseluruhannya akan hampir 50,000 km. Setiap kali anda menyedup nafas, 3 juta sel darah merah anda mati dan sesaat selepas itu pula jumlah yg sama dihasilkan kembali oleh badan anda.
Badan kita adalah komuniti sel2 yg berjumlah antara 70 hingga 100 trillion (1 trillion bersamaan 1,000,000,000,000), pada setiap saat terdapat hampir 100 ribu tindakan kimia berlaku pada setiap sel2 anda dan jika dijumlahkan dgn keseluruhan sel2 anda ini, tidak cukup untuk kalkulator biasa menayangkan kesemua "0" jumlah tindakan kimia didalam tubuh anda setiap saat, dan anda tidak perlu berfikir sedikit pun untuk mengawal tindakan kimia tersebut.
Setiap saat, 10 juta sel2 badan anda mati dan pada masa yg sama juga jumlah yg sama digantikan. Jika kita kaji debu2 yg terdapat didalam rumah, kebanyakannya adalah dari sel2 kulit manusia yg mati. Anda sebenarnya mempunyai pankreas yg baru setiap hari kerana sel2nya sentiasa aktif digantikan dgn sel2 yg baru. Satu proses yg dipanggil "mitosis", samada untuk pertumbuhan ataupun menggantikan sel2 yg rosak. Hati anda pula mempunyai 66 fungsi, apa yg selalu diketahui hanyalah untuk menapis bendasing seperti alkohol dari darah.
Anda hanya perlu menikmati makanan yg anda suapkan dimulut, tetapi badan anda secara automatik merembes2kan enzim2 dgn kadar yg berpatutan untuk mencernakannya. Buah pinggang anda tanpa hentinya menapis berliter2 darah untuk membuang bahan kumuhan dan bendasing dgn cekapnya, mesin dialisis ciptaan manusia hanya mampu menapis 15-20% sahaja dalam masa satu jam berbanding dgn buah pinggang anda.
Untuk menhasilkan sel2 yg baru juga, ada mekanisme protein yg menyalin susunan "DNA helix"
anda lebih canggih dari teknologi yg ada pada masa kini. Dan jika kita meleraikan jalinan DNA itu tadi dari kesemua sel2 didalam badan kita dan ditarik kesemuanya, ianya begitu panjang hingga boleh pergi dan balik ke matahari sebanyak 150 kali. Mekanisme protein juga menyemak dgn cekapnya 3.2 billion susunan asid nukleik didm DNA untuk memeriksa jika terdapatnya sebarang mutasi. "Pasukan pertahanan" (sistem imunisasi) anda pula tahu bagaimana untuk melawan beribu2 bakteria dan virus dan akan mengingati dan bersedia jika ada jangkitan dimasa depan.Berhenti buat seketika disini, aha.. beribu2 kimia dihasilkan oleh "farmasi" paling canggih didunia ini iaitu hyphothalamus dan kelenjar pituatary anda. Semua kimia ini adalah salah satu mekanisma perhubungan antara sel2 anda selain dari sistem saraf. Kajian terbaru sains juga menunjukkan bahawa sel2 anda berhubung melebihi kelajuan cahaya. Jika diambil 1 cm padu isi otak anda pula, didalamnya terdapat lebih sel2 neuron daripada bintang2 yg ada dilangit.
Kita sering berkata tangan saya, kaki saya, badan saya dan macam2 lagi. Dimana "saya" itu? Sedarkah kita yg kita yg dilabel "saya" itu hanya menumpang pada "mesin" canggih ini? Mesin pemberian Pencipta untuk kita gunakan didunia yang sementara ini. Dan adakah mesin yg teramat canggih ini dipinjamkan kepada kita tanpa ada panduan untuk menggunakannya?
Sedangkan alat buatan manusia punyai manual sebagai rujukan bagaimana untuk menggunakan alat tersebut, sudah tentu Allah subhanawataala, tuhan yg maha agung memberi panduan untuk manusia bagaimana untuk menjalani kehidupan didunia ini dgn sejahtera, hanya jika kita menggunakan manual pemberianNya. Apakah manual itu? Jawapannya tak lain tak bukan Al Quran.
Apa yg patut, boleh atau tidak kita masukkan kedalamnya (makanan), apa yg perlu dilakukan dlm hubungan sesama pengguna "mesin" ini (muhrim, kahwin), apa cara ianya patut dilindungi (aurat), untuk apakah alat2 sampingan digunakan (mata, kaki, tgn, alat kelamin dll) bahkan bermacam2 lagi panduan untuk menggunakan "badan saya" ini diberikan didalam Al Quran.
Akan tetapi manusia dgn takburnya, disebabkan sedikit ilmu yg dipelajari dari sumber yg juga dikarang oleh manusia lain, menganggap Al Quran itu tidak relevan dizaman moden dan hanyalah untuk agama/kerohanian sahaja dan tiada kena mengena dgn cara hidup yg lain seperti undang2, politik dan ekonomi. Cuma sejak akhir2 ni akibat bahana masalah kewangan dunia, barulah segelintir golongan manusia2 begini nampak kebaikan ekonomi berteraskan Islam yg berlandaskan Al Quran dan sunah Nabi. Apakah kita perlu menunggu musibah lain melanda untuk digunakan didalam bidang lain?
Hanya Al Quran sahajalah panduan untuk manusia dan ianya sepatutnya digunakan didalam semua lapangan hidup, tiada satu pun panduan2 didalamnya yg "lapuk", hanya mereka yg sudah buta pada nikmat dunia umpanan syaitan sahaja yg akan menidakkannya. Moga kita tidak termasuk ke dalam golongan sebegini baik secara terang atau pun tanpa sedar. Nauzubillah
Berbuat Kebaikan
Pada diri manusia itu sendiri terdapat berjuta2 caj2 +ve dan -ve mewakili dirinya. Untuk tujuan memudahkan pemahaman, saya hanya bg satu contoh campur dan tolak sahaja. Saya namakan insan untuk contoh saya ini sebagai Ali.
Sebelum akil baligh, Ali dalam keadaan neutral (tiada dosa), tetapi dia hanya ada potensi sahaja untuk berbuat baik atau buruk. Apabila sampai sahaja ketika dosa dan pahala menjadi tanggungjawab dirinya sendiri, ketika itu malaikat yg ada di kiri dan kanan bahunya akan mula mencatit. Katalah Ali membuat kebaikan, dia memberi positif yg ada pada dirinya kepada orang lain. Disebabkan oleh itu, apa yg ada pada dirinya wujudlah caj negatif, keadaan tidak neutral. Ali sekarang ini sudah bercaj -ve, secara automatiknya caj +ve akan tertarik kepada dirinya (caj yg berlainan menarik satu sama lain). Disini kita kaitkan dgn sifat Allah yg maha adil, penyayang dan berkuasa. Allah akan membuat caj +ve (kebaikan) akan kembali kepada Ali semula seperti janji2 Allah dalam firmanNya;

Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga? ArRahman 55:60
Jika Ali membuat kebaikan, perbuatan dirinya tersebut (memberi caj +ve) akan dicatit oleh malaikat dan tidak akan sedikitpun perbuatan baiknya itu akan tercicir dari perhitungan Allah.
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Al-Zalzala 99:7
Allah akan merencanakan dan mengubah dunia agar kebaikan akan berbalik semula kepada Ali, tidak semestinya perbuatan yg sama malah mungkin ianya kembali tanpa disangka2 seperti maksud ayat seribu dinar.
Bagaimana pula jika Ali membuat keburukan/dosa? Dia memberi caj -ve dari dirinya, maka caj +ve yg ada pada dirinya akan menjadi penarik untuk caj -ve kembali semula kepadanya. Maka Ali sebenarnya yg akan menarik keburukan untuk kembali kepadanya semula dan apa yg terjadi adalah dari tindak tanduk dan perbuatan dirinya sendiri.

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Al Isra 17:7
Maka jika kita ditimpa musibah dan bencana maka bersyukurlah kita kepada Allah kerana ianya mungkin perbuatan2 kita yg lampau dan ianya kembali semula kepada kita. Kebanyakan diri kita telah lupa apa yg telah kita lakukan dimasa dahulu akan tetapi tidak pada malaikat yg mencatitnya. Siksaan didunia teramat ringan berbanding siksaan diakhirat maka berterimakasih lah kepada Allah kerana Allah sayangkan kita dan memberi balasan tersebut didunia. Akan tetapi jika kita melakukan kemungkaran dan kita tetap hidup senang, maka fikirkanlah, adakah Allah sudah membuang belas ikhsannya kepada kita dan menyimpan balasan tersebut di akhirat kelak?
Pada pendapat saya tidak, kerana Allah itu maha pengasih. Akan tetapi disebabkan kita berkuasa untuk menghalang keburukan dari sampai kepada kita, contohnya pemimpin2 zalim yg berkuasa dan punyai kedudukan yg hebat dgn sokongan2 ahli dan kesenangan yg melimpah ruah, maka kita sendiri yg menyimpan balasan2 tersebut diakhirat kelak. Akan tetapi jika kita pemimpin yg adil, melakukan tanggungjawab kerana Allah dan bersabar untuk balasan di kemudian hari maka teramat besarlah pahalanya nanti.
Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya. Al-Mukminun 23:111
Dosa dan pahala adalah sesuatu yg tidak kelihatan, disebabkan itu ramai manusia yg mengambil lewa perbuatan dan amalannya terutama sekali perbuatan yg buruk. Akan tetapi kita tidak boleh lari darinya kerana kita itu semua telah dijanjikan Allah. Allah maha adil maka jangan ingatlah perbuatan buruk sekecil zarah sekalipun akan terlepas.
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Al-Zalzala 99:8
sumber: http://syurgadidunia.blogspot.com

StarLabuck
Tergamam saya melihat keratan akhbar tempatan (UAE) bila melihat t-shirt yg dipakai oleh tentera Israel, amat mendukacitakan kerana bagi mereka
membunuh insan2 yg tidak berdosa atas dasar kononnya "mempertahankan diri" seolah2 satu keseronokan bagi mereka. Keratan akhbar ini sengaja saya simpan dan saya siarkan disini buat saling ingat mengingati. Bukan hanya ketika cerita palestin ini hangat di media massa.
Bagi kita umat islam yg lain adalah menjadi fardhu kifayah untuk bangkit menentang penindasan ini tetapi adakah perlu kita berarak dijalanan dan mengutuk Israel dan bangsa yahudi ini? Pelbagai protes dan bantahan di lakukan akan tetapi Israel semakin hari semakin kuat. Didalam artikel saya yg lepas (Laknat Yahudi, Laknat Lagi...) yg perlu dilaknati adalah pemimpin2 Islam yg bersekongkol dgn Israel melalui kerajaan boneka Israel iaitu Amerika.
Mengapa tiada pemimpin yg bangkit menentang penindasan ini dan hanya membiarkan rakyat sahaja berarak membawa sepanduk dijalanan? Apa yg mereka lakukan hanyalah membawa resolusi ke Bangsa2 Bersatu, usaha yg sia2 kerana acapkali dicantas oleh veto Amerika. Jadi bukankah cara yg lain harus dilakukan?
Cara yg paling berkesan adalah melalui sekatan ekonomi, alihkan urusniaga terhadap wang yg disandarkan dengan emas dan bukan matawang yg disandarkan dgn hutang berkonsep "riba" ciptaan Zionis. Yg memberi nilai pada dollar sebenarnya adalah urusniaga minyak. Jika minyak diniagakan didalam matawang lain maka akan ranaplah Amerika. Akan tetapi kerana sudah buta dgn nikmat dunia, pemimpin2 negara pengeluar minyak utama (yg sedihnya mengaku Islam) takut untuk berbuat demikian. Mereka lebih rela rakyat palestin diratah hidup2 oleh Israel daripada pelaburan mereka di Amerika jatuh ranap kiranya nilai dollar jatuh.
Melalui dokumentari The Arrivals (wakeupproject.com), fahamlah saya apa sebenarnya maksud "Starbucks", tidak hairanlah mengapa CEO starbucks Howard Schultz mendapat beberapa anugerah dari Isreal sebagai penyumbang utama untuk pembangunan Israel. "Star" adalah untuk Star of David pada bendera Israel, manakala "bucks" ada lah gelaran bagi duit dollar Amerika.
Amat menyedihkan lagi kerana masih ada masyarakat Islam masih terlena dgn megahnya menikmati kopi di Starbucks hingga terlupa yg setiap cawan kopi yg dibeli menyumbang satu peluru untuk rejim laknatullah ini. Yg amat menyedihkan, tentera2 yahudi ini tanpa belas ikhsan menembak ibu2 yg mengandung kerana dgn satu peluru sahaja dua nyawa diambil seperti yg tertera pada baju mereka itu.
Tetapi adakah masalah palestin ini masalah umat Islam sahaja? Sebenarnya rencana Allah itu amat bijak dan tidak terungkai dgn pemikiran manusia ciptaanNya ini. Allah sebenarnya menduga semua umat manusia didunia ini yg beriman, tidak kira muslim, cina, hindu, kristian ataupun budhist, kerana ajaran agama yg sebenar tidak menyokong kemungkaran dan penindasan. Jika benar semua manusia didunia ini beriman dgn kepercayaan mereka, akan jelaslah kebenaran dihati2 mereka dan akan bangkitlah semua manusia tanpa mengira agama ini menentang penindasan.
Akan tetapi jika mereka menganggap masalah Palestin ini hanya masalah orang Islam dan terus menerus menikmati Starbucks tanpa mempunyai rasa bersalah dihati, maka tepuk dada tanyalah iman. Samada mereka berada dijalan yg benar, agama mereka ini tidak menentang penindasan, menyokong penindasan ataupun mereka sendiri tidak punyai langsung keimanan dihati.
Sedikit maklumat mengenai logo Starbuck, gambar perempuan pada loga starbuck tersebut
adalah dewa Greek yg bernama "Siren" yg dikenali dengan sifat penggoda. Jadi Starbucks akan menggoda manusia agar membeli produk mereka untuk pembangunan Israel.
Minggu lepas, semasa penerbangan ke Santorini, Greece. Ada kopi ais dari Starbucks pesanan khas untuk VIP, ketua pramugari juga memberikannya kepada saya. Untuk tidak menghampakannya, walaupun dengan agak keberatan, saya menerimanya, akan tetapi kerana mengenangkan rakyat palestin yg menderita, apabila beliau kembali sibuk melayan VIP, saya buang sahaja kedalam tandas, tidak tergamak untuk saya memasukkannya kedalam mulut.
Selemah2 manusia menentang kemungkaran adalah dgn hati, sepatutnya dgn mulut dan jika lebih berupaya lagi dengan tangan. Sebagai manusia kita hendaklah cuba sedaya upaya tidak menyokong rejim laknatullah ini, ada produk2 yg tidak dapat kita elakkan untuk kegunaan harian, akan tetapi tidak mati jika kita memboikot secara total produk yg secara berselindung membantu menaikkan Israel contohnya Starbucks ini.
Berusahalah kita membantu sesama manusia dan sesungguhnya manusia yg mulia lagi disukai Allah adalah mereka yg byk memberi manafaat kepada insan2 yang lain dan tidak membantu atau menyokong kemungkaran. Selidik juga samada pemimpin yg kita pilih berani untuk mewakili kita bangkit menentang kemungkaran ini ataupun tunduk dgn Yahudi (melalui Amerika) dgn penyertaan2 ekonomi seperti WTO, penggunaan Dollar sebagai matawang urusniaga antarabangsa ataupun cuba memodenkan Islam agar umat islam moden boleh duduk semeja makan dgn Amerika (boneka Israel) sambil menonton TV melihat rakyat palestin di"ratah" oleh tentera Israel laknatullah. Tepuk dada tanya iman
sumber: http://syurgadidunia.blogspot.com
membunuh insan2 yg tidak berdosa atas dasar kononnya "mempertahankan diri" seolah2 satu keseronokan bagi mereka. Keratan akhbar ini sengaja saya simpan dan saya siarkan disini buat saling ingat mengingati. Bukan hanya ketika cerita palestin ini hangat di media massa.Bagi kita umat islam yg lain adalah menjadi fardhu kifayah untuk bangkit menentang penindasan ini tetapi adakah perlu kita berarak dijalanan dan mengutuk Israel dan bangsa yahudi ini? Pelbagai protes dan bantahan di lakukan akan tetapi Israel semakin hari semakin kuat. Didalam artikel saya yg lepas (Laknat Yahudi, Laknat Lagi...) yg perlu dilaknati adalah pemimpin2 Islam yg bersekongkol dgn Israel melalui kerajaan boneka Israel iaitu Amerika.
Mengapa tiada pemimpin yg bangkit menentang penindasan ini dan hanya membiarkan rakyat sahaja berarak membawa sepanduk dijalanan? Apa yg mereka lakukan hanyalah membawa resolusi ke Bangsa2 Bersatu, usaha yg sia2 kerana acapkali dicantas oleh veto Amerika. Jadi bukankah cara yg lain harus dilakukan?
Cara yg paling berkesan adalah melalui sekatan ekonomi, alihkan urusniaga terhadap wang yg disandarkan dengan emas dan bukan matawang yg disandarkan dgn hutang berkonsep "riba" ciptaan Zionis. Yg memberi nilai pada dollar sebenarnya adalah urusniaga minyak. Jika minyak diniagakan didalam matawang lain maka akan ranaplah Amerika. Akan tetapi kerana sudah buta dgn nikmat dunia, pemimpin2 negara pengeluar minyak utama (yg sedihnya mengaku Islam) takut untuk berbuat demikian. Mereka lebih rela rakyat palestin diratah hidup2 oleh Israel daripada pelaburan mereka di Amerika jatuh ranap kiranya nilai dollar jatuh.
Melalui dokumentari The Arrivals (wakeupproject.com), fahamlah saya apa sebenarnya maksud "Starbucks", tidak hairanlah mengapa CEO starbucks Howard Schultz mendapat beberapa anugerah dari Isreal sebagai penyumbang utama untuk pembangunan Israel. "Star" adalah untuk Star of David pada bendera Israel, manakala "bucks" ada lah gelaran bagi duit dollar Amerika.
Amat menyedihkan lagi kerana masih ada masyarakat Islam masih terlena dgn megahnya menikmati kopi di Starbucks hingga terlupa yg setiap cawan kopi yg dibeli menyumbang satu peluru untuk rejim laknatullah ini. Yg amat menyedihkan, tentera2 yahudi ini tanpa belas ikhsan menembak ibu2 yg mengandung kerana dgn satu peluru sahaja dua nyawa diambil seperti yg tertera pada baju mereka itu.
Tetapi adakah masalah palestin ini masalah umat Islam sahaja? Sebenarnya rencana Allah itu amat bijak dan tidak terungkai dgn pemikiran manusia ciptaanNya ini. Allah sebenarnya menduga semua umat manusia didunia ini yg beriman, tidak kira muslim, cina, hindu, kristian ataupun budhist, kerana ajaran agama yg sebenar tidak menyokong kemungkaran dan penindasan. Jika benar semua manusia didunia ini beriman dgn kepercayaan mereka, akan jelaslah kebenaran dihati2 mereka dan akan bangkitlah semua manusia tanpa mengira agama ini menentang penindasan.
Akan tetapi jika mereka menganggap masalah Palestin ini hanya masalah orang Islam dan terus menerus menikmati Starbucks tanpa mempunyai rasa bersalah dihati, maka tepuk dada tanyalah iman. Samada mereka berada dijalan yg benar, agama mereka ini tidak menentang penindasan, menyokong penindasan ataupun mereka sendiri tidak punyai langsung keimanan dihati.
Sedikit maklumat mengenai logo Starbuck, gambar perempuan pada loga starbuck tersebut
adalah dewa Greek yg bernama "Siren" yg dikenali dengan sifat penggoda. Jadi Starbucks akan menggoda manusia agar membeli produk mereka untuk pembangunan Israel.Minggu lepas, semasa penerbangan ke Santorini, Greece. Ada kopi ais dari Starbucks pesanan khas untuk VIP, ketua pramugari juga memberikannya kepada saya. Untuk tidak menghampakannya, walaupun dengan agak keberatan, saya menerimanya, akan tetapi kerana mengenangkan rakyat palestin yg menderita, apabila beliau kembali sibuk melayan VIP, saya buang sahaja kedalam tandas, tidak tergamak untuk saya memasukkannya kedalam mulut.
Selemah2 manusia menentang kemungkaran adalah dgn hati, sepatutnya dgn mulut dan jika lebih berupaya lagi dengan tangan. Sebagai manusia kita hendaklah cuba sedaya upaya tidak menyokong rejim laknatullah ini, ada produk2 yg tidak dapat kita elakkan untuk kegunaan harian, akan tetapi tidak mati jika kita memboikot secara total produk yg secara berselindung membantu menaikkan Israel contohnya Starbucks ini.
Berusahalah kita membantu sesama manusia dan sesungguhnya manusia yg mulia lagi disukai Allah adalah mereka yg byk memberi manafaat kepada insan2 yang lain dan tidak membantu atau menyokong kemungkaran. Selidik juga samada pemimpin yg kita pilih berani untuk mewakili kita bangkit menentang kemungkaran ini ataupun tunduk dgn Yahudi (melalui Amerika) dgn penyertaan2 ekonomi seperti WTO, penggunaan Dollar sebagai matawang urusniaga antarabangsa ataupun cuba memodenkan Islam agar umat islam moden boleh duduk semeja makan dgn Amerika (boneka Israel) sambil menonton TV melihat rakyat palestin di"ratah" oleh tentera Israel laknatullah. Tepuk dada tanya iman
sumber: http://syurgadidunia.blogspot.com
lelaki jadi bodoh
Prestasi pelajar lelaki di sekolah2 baik pun di peringkat universiti semakin menurun, pelajar2 perempuan semakin menyerlah dan malah bilangan mereka melebihi pelajar2 lelaki. Jika dirujuk pada statistik di laman web kementerian pendidikan, kita dapat melihat perbezaan yg ketara antara lelaki dan wanita.
Itu dari segi pendidikan, bagaimana pula dari segi sikap, tingkah laku dan perangai kaum yg dinamakan lelaki masa kini? Ramai wanita yang masih tidak berkahwin lagi kerana alasannya susah nak berjumpa dengan lelaki yg baik. Remaja2 lelaki makin liar, baik yg masih bersekolah hinggalah yg sudah tamat persekolahan, dapat dilihat dari kes pukul cikgu hinggalah kepada kes merempit.Bagi yg bergelar suami dan ayah pula, ramai wanita2 yg mengeluh dan mengatakan bahawa suami mereka makin kurang bertanggungjawab. Dari hal membantu menjaga anak hinggalah kepada urusan kewangan keluarga, wanita terpaksa berusaha lebih untuk membantu suami yg seolah2 lebih pentingkan diri sendiri, masih mencari hiburan diluar rumah dan tidak menghiraukan masaalah2 rumahtangga yg sering dilepaskan kepada pihak isteri.
Mengapakan lelaki seolah2 semakin bodoh, semakin tidak boleh melihat kesan tindakan yg diambil sekarang terhadap masa depan? Mungkinkah sesuatu telah berlaku didalam otak2 lelaki zaman sekarang yg menyebabkan mereka menjadi sedemikian? Manusia moden memandang remeh perintah Allah kerana tidak boleh nampak kesan dari perbuatan mereka itu, akan tetapi sains sedikit demi seikit memberikan jawapannya, apa yg diperintahkan Allah itu teramat besar hikmahnya untuk kebaikan manusia itu sendiri.
Islam tidak membenarkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, secara umumnya untuk mengelakkan zina kerana pergaulan bebas ini adalah benih2 zina dan Nabi amat melarang sekali menghampiri zina. Apa yg memeranjatkan, mengikut kajian pakar psikologi dari Radboud University di Belanda (1), pergaulan antara lelaki dan perempuan membuatkan fungsi kognitif lelaki (keupayaan untuk memahami/belajar) buat sementara menjadi berkurangan. Walaupun dikatakan "sementara" jika pergaulan itu berpanjangan maka keupayaan untuk memahami sesuatu itu semakin lama semakin ketara. Melihat pada suasana pergaulan lelaki dan perempuan didalam masyarakat kita bermula seawal dari zaman persekolahan sekolah, maka tidak hairan lah mengapa wanita menguasai lelaki dibidang pembelajaran. Patutlah lelaki menjadi semakin bodoh.
Kajian sekumpulan pakar dari McMaster Universiti di Kanada (2) pula mendapati, apabila lelaki melihat perempuan yg cantik/menarik atau apa yg mereka kategori sebagai "hot", keupayaan lelaki untuk membuat pilihan bijak untuk kebaikan masa depan semakin berkurang (discount the future). Lelaki akan memilih ganjaran masa kini berbanding ganjaran masa depan yg lebih besar. Ini memberi kesan yg amat besar kepada corak pemikiran lelaki, baik dari motivasi untuk belajar bersungguh2 di sekolah/universiti, pekerja yg berdedikasi, suami yg bertanggungjawab hinggalah menjadi ayah yg baik supaya anak2 menjadi manusia hebat.
Lihatlah pada kebanyakan lelaki zaman ini, lelaki lebih memilih nikmat dunia berbanding nikmat akhirat, lelaki lebih kreatif mencipta berbagai2 jenis taktik untuk mengaut keuntungan wang dan harta tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat dan persekitaran, dari judi yg di legalkan (pasaran saham dan forex), MLM hinggalah ke skim cepat kaya internet. Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap keluarga terutama isteri dan anak2. Tidak mampu lagi melihat janji2 Allah terhadap hambaNya yg berbuat kebaikan dan beramal soleh dan meninggalkan yg keji dan haram. Sebab itu ada yg berkata, ala muda lagi, bila tua nanti bertaubat la.
Ucapan jutaan terimakasih kepada wanita2 yg semakin hari semakin mementingkan kecantikan, bersolek, berhias sakan untuk menarik perhatian lelaki hingga ada yg selekeh didepan suami tetapi bila keluar rumah bukan main hebat lagi. Terimakasih kepada NGO2 wanita yg mempertahankan hak2 feminism berpakaian bebas dan menyuruh lelaki menahan nafsu. Terimakasih juga kepada media2 TV, filem, majalah dan juga media2 iklan yg menggunakan wanita dalam hampir semua iklan2 mereka walaupun tiada kena mengena langsung wanita dan produk berkenaan. Terimakasih juga kepada lelaki2 yg membiarkan tubuh badan isteri mereka di"ratah" dengan mata oleh lelaki2 yg lain. Patutlah lelaki menjadi semakin bodoh dan tidak bertanggungjawab.
Jelaslah perintah Allah bagi wanita2 untuk menutup aurat untuk kebaikan manusia itu sendiri, begitu juga dengan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Sistem pendidikan kita diasaskan oleh British, dengan para2 menteri yg rata2nya mendapat pendidikan barat, budaya untuk bercampur gaul bebas lelaki dan wanita itu dianggap cara terbaik era moden, baik disekolah mahupun ditempat kerja. Penyokong feminism pula sibuk memperjuangkan hak berpakaian dan meminta lelaki menjaga nafsu (nafsu mereka untuk berpakaian bebas tak perlu dijaga). Sudah terbukti secara saintifiknya yg perbuatan mereka itu (tanpa sedar) memberi kesan terhadap kemampuan lelaki berfikir.
Perbuatan mereka mendedahkan aurat itu sebenarnya menindas atau menganiaya insan2 lain yg bernama lelaki, menindas wanita2 lain dan juga anak2 mereka, lepas itu merungut susah nak cari lelaki yg pandai, baik dan bertanggungjawab. Sebab itu Allah jelaskan kerosakan dimuka bumi itu adalah hasil tindakan manusia itu sendiri (Ar Rum 30:41). Jadi masaalah lelaki yg semakin hari semakin merudum akalnya ini perbuatan siapa jika bukan perbuatan kaum perempuan2 sendiri?
Tak perlulah saya kemukakan pelbagai ayat2 Al Quran untuk memberitahu kepada wanita2 akan kewajipan menutup aurat, sudah berjuta2 kali di sebut baik oleh ustaz/ustazah, buku2 agama hinggalah kemajalah2, malah ada lagi kertas saintifik yg saya jumpai dan boleh kaitkan. Akan tetapi mengapa wanita2 (di"back-up" oleh lelaki) nampaknya buat tak endah sahaja akan bab menutup aurat ini?
Jawapannya adalah kerana manusia didalam kehidupan dikawal oleh minda separuh sedar, umpama memandu kereta, hanya perlu tumpukan perhatian pada mula2 belajar memandu, selepas itu menjadi automatik. Begitu juga dgn nilai2 kehidupan, anak dibesarkan dengan TV dan filem yg merupakan alat hypnosis terhebat. Minda anak yg masih kecil ini melihat dan menyimpan berjuta2 maklumat didlm minda separuh sedar mereka dan apabila dewasa, data ini akan keluar apabila dia membuat pilihan. Tutup aurat atau dedah? Jika Hanna Montana jadi idola atau kakak2 AF yg rata2 "amat sopan", maka itu yg menjadi ikutan apabila dewasa kelak.
Saya sedang mendalami ilmu hypnosis, membaca buku2 mengenainya dan juga menghadiri seminar hypnosis, apabila saya bandingkan dengan penggunaan TV, ia mempunyai banyak persamaan. Masyarakat akan mengikuti fesyen2 semasa dari TV kerana mereka dalam keadaan "trance" atau terpukau apabila duduk relaks dan khusyuk menonton. Apa yg dipersembahkan itu juga yg akan masuk keminda separuh sedar dan akan menjadi "pedoman" contohnya apabila wanita memilih pakaian.
"WE CANNOT SOLVE OUR PROBLEM WITH THE SAME THINKING WE USED WHEN WE CREATED THEM"ALBERT EINSTEIN
Masaalah masyarakat yg dialami sekarang ini tidak boleh diperbaiki dengan menggunakan cara pemikiran yg sama. Kita tidak boleh menganggap apa yg terjadi dipersekitaran dan masyarakat tiada kena mengena dengan diri kita. Kita semua berkait melalui suatu ruang tenaga yg tidak kelihatan (quantum entanglement), cara pemikiran kita mempengaruhi dunia. Masanya sudah tiba untuk kembali kepangkal jalan, buangkan keegoan diri baik dari segi pangkat, kuasa mahupun tahap pendidikan dan kembali kepada Al Quran dan hadis sebagai landasan.
Jika kita hidup bersendirian, kita bebas melakukan apa sahaja, nak berbogel pun tak mengapa, akan tetap apabila hidup bermasyarakat, ada batas2 yg perlu di jaga untuk kesejahteraan masyarakat itu sendiri. Siapa yg lebih mengetahui batas2an tersebut jika bukan Allah yg mencipta seluruh alam termasuklah manusia itu sendiri? Ini bukan sahaja dalam bab berpakaian, begitu juga dengan pergaulan bebas, zina, pengurusan harta, "RIBA" dan lain2 lagi.
Harap feminism2 yg masih cuba menegakkan benang yg basah agar bermuhasabah diri dan memikirkan sedalam2nya akan setiap perintah dan larangan Allah tersebut, kecualilah jika frontal lobe sudah terlalu lemah dan tidak mampu lagi berfikir dan mengaitkannya dengan kehidupan bermasyarakat, tidak mampu melihat kesan masa depan akibat tindakan sekarang. Lebih mementingkan diri sendiri dari kebajikan orang lain.
Akan tetapi adakah wanita sahaja yg patut dipersalahkan? Dalam hal ini pemimpin sebenarnya (kebanyakannya LELAKI) yg akan dipertanggungjawabkan oleh Allah nanti kerana membiarkan masyarakat rosak akibat tidak mengikut apa yg diperintahkan. Pemimpin sekarang majoritinya memimpin untuk wang, kuasa dan pangkat dan bukan kerana Allah.
Soalan seterusnya, siapa yg memilih mereka?
Rujukan:
1. Johan C. Karremans, Thijs Verwijmeren, Tila M. Pronk, and Meyke Reitsma. Interacting with women can impair men’s cognitive functioning. Journal of Experimental Social Psychology, 45(4):1041–1044, July 2009.
2. Margo Wilson, Martin Daly. Do pretty women inspire men to discount the future? The Royal Society Biology Letters. May 2004

Langgan:
Ulasan (Atom)