Ahad, 1 Januari 2012

3 request

Si Isteri dengan 3 permintaan. Alkisah seorang isteri yang bergaduh dengan suaminya. Kerana marah si isteri ini lari ke dalam hutan meninggalkan suaminya. Adapun di dalam hutan tersebut maka terserempaklah dia dengan jin yang terperangkap di dalam botol. Maka berkatalah jin tersebut kepada si isteri tersebut. " Jikalau kau membebaskan aku maka aku akan tunaikan permintaanmu". 

Setelah berfikir sejenak maka bertindaklah si isteri tersebut membebaskan jin yang terperangkap di dalam botol. Setelah dibebaskan jin tersebut maka bersuara si isteri kepada jin. "Sekarang kamu makhluk untuk menunaikan permintaan dariku ini". Maka berkata pula jin tersebut. "Adakah kamu sudah berumahtangga?" "Sudah, tapi mengapa ditanya? " Balas si isteri. "Kalau begitu aku berimu dua pilihan. Pilihan pertama kamu mendapat satu permintaan, dan pilihan kedua kamu akan mendapat 3 permintaan tetapi suamimu akan mendapat sepuluh kali ganda dari apa yang kamu minta". Setelah memeras otak maka si isteri memilih untuk mendapat tiga permintaan. 

Sekali lagi jin tersebut memberi amaran bahawa suaminya akan mendapat sepuluh kali ganda permintaannya itu. Setelah bersetuju maka berbunyilah permintaan si isteri. Permintaan pertama : "Aku hendak menjadi wanita tercantik di dunia." Jin berkata : "Suamimu akan menjadi lelaki yang terkacak di dunia". Di dalam hati si isteri : "Tak apa... Sebab aku adalah wanita tercantik". Maka tertunailah permintaan pertamanya itu. Permintaan kedua: "Aku hendak menjadi wanita terkaya di dunia." Jin berkata : "Suamimu akan menjadi lelaki yang terkaya di dunia dan hartanya sepuluh kali ganda darimu". Di dalam hati si isteri : "Tak apa... Sebab hartanya, harta aku juga". Maka tertunailah permintaan keduanya itu. 

Setelah dua permintaannya ditunaikan maka timbullah rasa dendam di dalam jiwa si isteri tersebut. Maka permintaan si isteri yang terakhir adalah "Wahai jin, permintaan ketigaku adalah aku mendapat serangan jantung yang ringan". Tanpa persoalan maka jin tersebut menunaikan permintaan tersebut. Moral: Kaum Adam beringatlah bahawa wanita itu bijak, maka janganlah mencari pasal dengan mereka. Perhatian kepada pembaca wanita : Ini adalah pengakhiran cerita untuk kamu. Teruslah berasa bahagia dengan cerita ini. Kepada kaum lelaki teruskan membaca. 

Cerita lelaki masih belum tamat. * * * * * * * * * * * * * Suami si isteri tadi mendapat serangan jantung sepuluh kali lebih ringan dari si isteri. Moral: Wanita taklah bijak sangat. biarkan mereka bergembira dengan cerita mereka. P/s : Sekiranya anda wanita dan masih lagi membaca artikel ini maka terbuktilah wanita itu tidak suka mendengar cakap. Sebab itulah anda masih membaca artikel ini walaupun sudah diberitahu cerita kamu sudah berakhir

UAI

Ni ada sedikit ilmu daripa Sesi Sembang Santai Islamik antara Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak time malam tahun baru semalam. Harap bermanfaat untuk semua. Selamat membaca! :) #KOPIPES

1. Apakah Hukum sambut countdown...?
UAI:"countdown tu mende"...??
Zizan: !@#$*...emm.."count tu, kire..down tu, bawah...2011 ke 2012.."
UAI: "count up la gitu..11 ke 12...."
zizan: !@#*.... =)
--> Kata ulama' countdown bukan perayaan...ianya jatuh haram mengikut cara(perbuatan) kite...jatuh haram sekiranya sambut dengan buat maksiat,mnum arak,judi,ambil dadah,dll....

2. Apakah hukum main bunga api...?
--> Ulama'2 sepakat menyatakan setiap perbuatan yang ada membazir = tidak harus...samada makruh @ haram.. Jika beli sedikit mercun kemudian bakar,makruh kerana membazir sedikit duit.. sekiranya membazir berlebihan jadi Haram.. contohnye beli sampai beratus2,beribu2 ringgit...kalau bunga api untuk sambutan tahun baru terang2 haram kerana ambil duit rakyat beratus2 ribu ringgit, pembaziran yg nyata...

3. Pandu kereta sorang2 pd pukul 3pagi...smpai kt lampu isyarat,lampu merah..boleh tak nk teruskan kerana tiada kenderaan lain ketika itu,jalan sunyi...
--> Peraturan kerajan buat bg menyelesaikan maslahatan rkyt..lampu isyarat dicipta untuk jln yg sibuk/sesak.. dlm jln kmpung ade lampu isyarat x?tiada sbb jln kampung xsibuk... Boleh jalan,jika yakin tiada kenderaan lain ketika
itu(dari arah kiri,kanan,depan) dan yakin tiada mudarat kpd org lain..peraturan mnusia boleh ditukar mengikut keadaan..tetapi Undang2 ALLAH(Quran),tak boleh diubah sampai bile2...

4. Betul ke alat muzik tu najis..?? UAI: "Betul.....sekiranya ada tahi ayam pada alat muzik itu"....=)
--> Najis ialah benda yg keluar dari kemaluan... kalau binatang,anjing & babi..haiwan mati(bangkai) juga najis.. Jika main alat muzik sampai lalai,tu yg jd haram... bunyi2-an ni dibenarkan... dalilnya, dalam kitab2 bab Nikmat
Syurga = Allah ada sediakan bunyi2-an didalam syurga nanti...

5. "Isteri kena hiburkan suami dirumah...kalau suara isteri xsedap kena nyanyi jugak ke...?" =)
--> Tujuan hiburkan suami untuk mengeratkan ksh syg dlm rmh tgga... hiburkan suami bukan dgn nyanyi je.. mcm2 cara boleh...isteri hiburan suami dr hujung rambut smpai hujung kaki.. dgn cara ckp boleh hiburkan suami..
cara berjalan...ni tidak,bile kt opis berjalan "catwalk"..dlm rumah plak "elephantwalk"...=) cara layanan juga hiburkan hati suami...dll...

6. Hiburan itu haram sebab melalaikan...ape pendapat ustaz...
--> Manusia mmg suke kpd permainan & hiburan.. Islam bukan agama menghalang(semuanya haram) tetapi agama mendidik..hiburan dibenarkan cume kite yg xpandai jaga diri (lalai dr perkara wajib,mabuk,maksiat)...tu yg
jd haram tu..Boleh hiburkan diri sekejap setelah penat kerja @ beribadah.. boleh bermain supaya xbosan..Allah juga hendakkan supaya hamba2nya sihat n cergas untuk melakukan kerja n kewajipan2 lain..niat dlm hati, hiburan kerana Allah...

7. "Saya tgk vcd kuliah Ustaz...ustaz kate,perempuan xwajib pakai tudung..lepas tu vcd lekat..xleh nk tgk ayat seterusnya"...=) betul ke perempuan xwajib pkai tudung...??
--> Betul perempuan xwajib pakai tudung...yg WAJIB ADALAH TUTUP SELURUH AURAT... aurat ialah apa2 bhgian pd anggota bdn yg tidak boleh dilihat oleh lelaki yg bukan mahram.. kalau pkai tudung tp nmpk jugak rmbut kat dalam(tudung nipis bayang) haram jgk...kalau pkai tudung tp rambut keluar(jambul) haram jgk..
pakai tudung tp pkai baju lengan pendek,haram jgk...pakai tudung singkat,haram jugak..jd tutuplah aurat..WAJIB..faham molek..

8. Masa duduk tahiyat awal, anak datang duduk atas peha...batal tak..?
UAI:"Batal...sekiranya si ayah terkentut"...=)
--> Tak batal sebenarnye..kecuali jika si anak itu dalam keadaan bernajis... dalilnya, pernah satu ketika Rasulullah sedang sujud,cucu baginda iaitu saidina hussin tibe2 naik atas belakang baginda..baginda sujud lama2..tidak terus
bangun kerana fikirkan cucunya xpuas lg bermain dan juga bimbang sekiranya saidina hussin terjatuh jika baginda bangun...dalam solat,boleh meraikan kanak2...

9. "Babpe (sebab ape/kenapa) ustaz tak berpasangan ngan zizan masuk raja lawak...?"
--> Ustaz mengajar untuk tarik minat orang muda..kalau mengajar lurus mendata(straight) aje, orang muda xberapa suke...datang 2,3kali pastu xdtg dh sbb bosan...kena pelbagaikan cara.. Alhamdulillah,orang muda
datang kuliah...yang xsuke datang kuliah,jadi suke datang kuliah...kite nk hasilnye....

10. "Saya suka tengok cerite hantu...sampai takut nk gi ke dapur waktu malam..isteri saya lagi la takut..." =)
Apa hukum tengok cerite hantu...?
--> Sengaja tengok suatu bende yang buat kite takut,tetapi bende takut tu xdk faedah = Makruh... Kalau tengok suatu benda yg membawa takut kepada Akhirat(ALLAH),contohnya tengok orang mati = Sunat...
Jika takut pada bende yang hanya lakonan(filem/drama)..? = maknenye kite 'tak sihat'...=)

11. "Saya nak derma tabung masjid rm10..tetapi terambil duit rm50 dan termasuk ke dlm tabung masjid..boleh tak saya nak mitak balik(baki)...?" =)
--> Boleh mitak balik...dengan syarat kena bersumpah dulu...jika imam x yakin dengan dia,imam xwajib bagi... fikirkan hikmah...mungkin Allah nk bg ganjaran yg besar pd kite...redha aje lah...

12. "Kenapa wanita suka berbelanja..isteri saya janji, sekali ni je-sekali ni je,tp beli jgk"....=)
--> wanita mcm bdk2...suke membeli..contohnye bdk2,pantang tgk mainan terus je nk,padahal mainan dh byk kt umah...mcm juga wanita, padahal baju,kasut byk dlm almari yg xpkai lg..nk beli lg..wanita mmg suke tgk benda yg cantik.. memang tugas
suami cari duit, isteri habiskan duit..kalau bukan isteri yg habiskan duit, siapa lg...kalau bkn isteri,siapa lg yg nk beli periuk,kuali,dll...suami jgn marah..isteri besar jasanya..tlg beranakkan anak, jaga anak2, tlg basuh bju kite,tlg msak,kemaskan umah,dll...

13. "Saya rajin berkerja,taat perintah agama,solat xtinggal...boleh tak nk jd menantu ustaz..?"....=)
-->Boleh...dlm hadis pon nabi berpesan,jika ada seorang lelaki yg beragama dtg meminta anakmu,maka segerakanlah menerimanya... nabi tak syaratkan mengambil menantu yang PANDAI AGAMA ( ulama,ustaz,al- hafiz)...tetapi cukuplah yg JAGA AGAMA(bersolat 5waktu,berpuasa penuh,dll)...

14. Apakah hukumnya mengambil wudhu' dalam keadaan bogel..?
--> "Ulama' sepakat menyatakan HARAM mengambil wudhu' berbogel....di khalayak ramai"...=) Jika didalam bilik air rumah hukumnya makruh...

Sabtu, 31 Disember 2011

UTeM

Melaka, 31 Dis : Isu tuntutan mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) nampaknya terus menemui jalan buntu dan tidak nampak jalan penyelesaiannya.
14 Oktober lalu, Majlis Perwakilan Pelajar UTeM berjaya menyerahkan satumemorandum kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menggesa kerajaan prihatian dalam menjaga kebajikan penuntut universiti berkenaan.
Mahasiswa universiti berkenaan sebelum ini menuntut pihak kerajaan agar segera memberi peruntukkan untuk membina asrama atau kolej kediaman di UTeM berikutan jarak pengajian yang jauh dari rumah sewa para pelajarnya.
UTeM sehingga kini masih tidak mempunyai asrama untuk memudahkan pergerakan pelajarnya ke kuliah dan situasi itu sedikit sebanyak mengganggu fokus pembelajaran dan aktiviti pelajar.
Nak tunggu ada kematian baru nak bina?
Setelah dua bulan berlalu, tanda-tanda penuntut UTeM mendengar sebarang berita gembira mengenai asrama yang dituntut mereka jelas hanya indah khabar dari rupa.
Namun, kejadian terbaru yang menimpa seorang penuntut siswi universiti berkenaan diharap dapat membuka mata hati pihak kerajaan negeri dan pusat untuk merealisasikan apa yang diimpikan pelajar selama ini.
Menurut satu sumber, semalam, satu kemalangan telah berlaku di simpang empat berhampiran lampu isyarat UTeM, mengakibatkan mangsa mengalami pendarahan teruk di bahagian kepala dan otak serta luka-luka di beberapa bahagian badan lain.
Mangsa ketika itu diberitakan sedang dalam perjalanan ke kuliah namun ditimpa kecelakaan ketika berada di persimpangan terbabit.
Kemalangan yang hampir meragut nyawa siswi itu bagaimanapun mendapat simpati pentadbiran UTeM yang turut berkesempatan melawat mangsa bersama-sama wakil MPP serta rakan-rakan mangsa.
Namun, menurut sumber itu lagi yang tidak mahu identitinya disiarkan, kemalangan membabitkan penuntut universiti berkenaan itu bukanlah kali pertama berlaku, malah sudah banyak kali dibuat aduan berhubung keselamatan pelajar yang berulang-alik ke tempat kuliah.
Mangsa kini diberitakan ditempatkan di Hospital Besar Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut.
MPP tuntut kebajikan pula digantung
Situasi di UTeM jelas menimbulkan seribu satu persoalan kepada ramai pihak terutama penuntut universiti berkenaan.
Setelah kerajaan bermain sikap acuh tak acuh dan bersifat talam dua muka, pentadbiran universiti pula mengambil sikap ‘pelik’ apabila tuntutan kebajikan mahasiswa disuarakan.
Setelah memorandum diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, sebulan kemudian, tiga mahasiswa yang terlibat dalam penyerahan memorandum berkenaan dipanggil pihak universiti dan diberi amaran digantung tugas kerana melanggar etika disiplin universiti.
“Saya hairan, mengapa isu kebajikan pun hendak diambil tindakan?
“Nak tunggu prosedur rasmi, memang sampai tua la tak akan dapat asrama tu.”
“Saya sangat kecewa dengan karenah birokrasi pihak universiti dan kerajaan yang jelas tidak mahu bersikap serius dalam hal ini.”, jelas satu kenyataan yang dikeluarkan wakil MPP UTeM melalui kiriman e-mail. – GZDaily

Merajuk...

Siapa yang tak pernah gagal?

Tidak pernah gagal bermakna tidak normal.  Tidak pernah susah bermakna tidak sempurna.  Yang membezakan orang yang gagal dengan orang yang berjaya ialah bagaimana mereka bangkit dari kegagalan dan kesusahan hidup.

Orang yang ‘cukup makan’ terus hidup dalam kegagalan kerana mereka hanya meratapi nasib malang yang dikatakan ‘diberi’ oleh Tuhan.  Mereka terus menerus memberikan pelbagai alasan untuk menghalalkan rasa malas mereka.  Kesudahannya, mereka akan terus kekal menjadi golongan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Manakala orang yang berjaya terus cuba bangkit dengan melupakan segala kisah silam yang melemahkan semangatnya, dan mengerah segala usaha semampu mungkin tanpa mengalah kepada nasib kerana mereka percaya, bukan nasib yang menentukan kejayaan mereka.
Jangan merajuk dengan usaha anda yang mungkin kelihatan sia-sia hari ini. 

 Jangan berhenti berusaha.  Anda mungkin perlu berehat, atau menukar arah, tetapi jangan sesekali berhenti bergerak ke hadapan.  Jangan pandang belakang lagi!  Seperti memandu, anda tidak perlu menoleh ke belakang, cukup dengan menggunakan ‘side mirror’.  Kisah silam anda boleh dianggap sebagai ‘side mirror’ untuk membantu anda terus maju.  Kalau asyik tengok ‘side mirror’ saja, accident pula nanti!  Tengok depan ya!  
Kisah Nabi Yunus ini mungkin boleh kita jadikan iktibar.

Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia
Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati

Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam di tengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora

Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya

Rugi jadi orang mudah merajuk.  Anda boleh kekal dengan rajuk anda, dan anda mungkin tidak akan mendapat apa-apa darinya.  Sebaliknya jika anda enggan mengalah dengan melupakan terus kegagalan tersebut, anda berpeluang menikmati kejayaan yang jauh lebih baik.

Jangan mudah merajuk ya!  Kuatkan semangat dan bangkit cepat!

Jumaat, 30 Disember 2011

dah tua----------> sakit2 la badan

Saya menyebut tentang keahlian ini kerana saya memang dari dulu menyatakan bahayanya parti yang mempunyai ahli yang besar. Dengan keahlian yang besar ia akan memberatkan parti diperingkat pentadbirannya dan akan berlaku pertembungan diperinkat cawangan yang banyak itu. Saya berpendapat yang dalam politik ini, ia merupakan ‘game of perception’ dan ia merupakan peperangan mental, bukannya peperangan bersenjata dua belah pihak.

Banyak parti-parti yang berjaya tidak mempunyai keahlian besar. Parti-parti ini menumpukan tenaga untuk membina dasar yang baik yang di hormati oleh rakyat yang mengundi. Parti-parti Republican, Democrat di AS dan parti-parti Buruh dan Conservative di England tidak mempunyai keahlian yang besar. Parti0parti ini telah memerintah dan mentadbir negara bergilir-gilir mengikut keadaan sewaktu pilihanraya. Parti-parti ini menawarkan dasar kepada rakyat dengan jelas. Kalau rakyat tidak bersetuju parti-parti ini bersedia untuk duduk dipihak pembangkang di dewan-dewan legislative.

Di negara kita DAP tidak mempunyai keahlian yang besar. Begitu juga PAS.Sebaliknya UMNO mempunyai keahlian seramai lebih dari 3 juta tetapi hasilnya tidak seberapa. Hasil yang besar yang UMNO perolehi hanyalah perpecahan dan perbalahan di antara ahli-ahli yang berebut jawatan.

Dengan keahlian yang besar maka cawangan bertambah. Apabila cawangan bertambah maka lokasi perbalahan di antara ahli pun bertambah dan lokasi-lokasi perpecahan itu adalah di cawang-cawangan di mana peti-peti undi itu berada. Oleh kerana keahlian terlalu besar maka mereka tidak mempunyai masa untuk membina pemikiran dan kepimpinan. 

Oleh kerana UMNO berbangga dengan cawangan yang banyak maka UMNO hanya mampu menunjukan angka keahlian yang kebanyakannya hanya menjadi ‘parasite’ dalam UMNO. Penghujungnya yang akan timbul hanyalah sampah sarap dan yang baik-baik semuanya tenggelam dan tidak timbul-timbul lagi. Sekarang sampah sarap inilah yang turun naik ke Kuala Lumpur mengaku di sana sini sebagai calon ‘winnable’ untuk UMNO.

Pimpinan UMNO telah gagal untuk meyakinkan rakyat dalam semua dasar yang digubalnya. Rakyat mahu melihat dasar yang digubal itu dilaksanakan dengan baik, tetapi dasar-dasar itu tidak terlaksana dengan baik kerana ada elemen-elemen kepentingan peribadi mereka yang menggubal dasar itu sendiri seperti rasuah dan salah guna kuasa. Kalau rakyat berkeyakinan masakan UMNO seperti hidup mati tak mahu. Badan saja yang besar tetapi dalam badan yang besar itu ada banyak penyakit yang sudah sampai ke tahap ‘terminal’.

Keahlian yang besar sama seperti tubuh yang besar. Semasa muda bolehlah berjalan dengan baik, tetapi apabila sudah tua tubuh yang besar itu terpaksa berjalan dengan memakai tongkat dan kadangala terpaksa memakai kerusi roda. Apabila sudah berkerusi roda kita mesti akui, tidak ada di antara kita yang akan menjadi tangkas dan sesihat masa muda jika kita sudah mula memakai kerusi roda. 

Dalam tempoh yang tidak berapa lama kita yang memakai kerusi roda itu akan dipanggil tuhan. Tidak ada orang yang sudah memakai kerusi roda akan menjadi kacak seperti Sharukh Khan dan Tom Cruise. Kita semua kena ingat perkara ini kerana kita ini bak kata orang utara, ‘pelan lama pelan tua’.

Apabila kita sudah jatuh sakit tidak ramai lagi yang akan memberikan tumpuan kepada kita. Mungkin adalah seorang dua yang selalunya sama-sama sakit datang menziarah kita. Orang yang sama-sama sakit, apabila duduk berbincang mereka tidak ada masa untuk bercakap tentang pembangunan dan politik besar lagi. 

Masing-masing hanya ‘compare notes’, bertanyakan keadaan buah pinggang dan jantung atau pun tentang paru-paru. Masing-masing akan bertanya apa ubat untuk memanjangkan nafas yang sudah pendek atau pun untuk menghilangkan bunyi di lutut semasa berjalan. Itulah yang berlaku dalam UMNO sekarang. Di mana-mana ahli-ahlinya sendiri bercakap tentang betapa sakitnya parti yang mereka anggotai.

Kalau sudah begitu bilalah masanya untuk meruangkan masa untuk membangunkan ummah seperti yang di retorikkan siang dan malam itu. Hendak menjaga kesihatan tubuh sendiri pun sudah hilang kemampuan.

Walaupun banyak wang ringgit ia tidak boleh memberikan kita kesihatan lagi.


kredit 2: aspan alias