Ahad, 12 Februari 2012

Penghalang doa

PengjagaKubur96

Petikan Artikel Qatrunnada :

DOA merupakan senjata bagi orang Islam. Ini sebenarnya adalah hadiah Allah untuk kita. Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih, Maha Pemurah. Ada kalanya kita rasa kita telah berkali-kali berdoa tapi Allah belum memperkenankannya. Selain itu adalah ujian dari Allah ingin menguji keikhlasan dan keimanan kita; kita juga perlu mengkaji di mana silapnya kita. Sebenarnya banyak perkara yang boleh menjadi hijab atau penghalang kepada doa-doa kita itu. Biasanya terhijab doa adalah kerana dosa-dosa besar yang pernah kita lakukan dan salah satu cara untuk mengatasinya dengan bertaubat nasuha yakni taubat yang sungguh-sungguh. 

Di sini dibentangkan lapan belas perkara yang menjadi hijab atau penghalang doa:

1. Orang yang membunuh orang lain tanpa tujuan.

2. Orang yang menaburkan cerita yang belum tentu sahih

3. Orang yang melakukan pekerjaan yang serupa binatang.

4. Orang yang mengekalkan minum arak atau benda-benda lain yang boleh memabukkan.

ALLAH telah berfirman: ”Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu dan menghalangi kamu dari mengingati ALLAH dan sembahyang, maka berhentilah kamu dari mengerjakan pekerjaan itu. ” (AI Maidah: 91).

Keterangan di atas sesuai dengan Hadis Rasulullah SA W yang bermaksud ’Semua minuman yang memabukkan adalah arak dan semua arak adalah haram. ” Riwayat Muslim

5. Orang yang mengekalkan zina, iaitu dosa besar yang tidak akan diampunkan selama-lamanya.

6. Orang yang menderhakai ibubapanya atau salah seorang daripadanya. ALLAH telah berfirman; ”Dan Tuhanmu telah mnnerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dari-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. Jika seseorang di antara keduanya atau kedua-duanya telah tua jangan kamu keluarkan perkataan kasar terhadap keduanya dan hendaklah kamu ucapkan perkataan yang mulia (lemah-lembut). Rendahkanlah sayap kehinaan kerana cinta kepadanya dan hendaklah engkau katakan

”Wahai Tuhan kasihilah kedua ibubapa kami dan berilah Rahmat-Mu. Biasanya terhijab doa adalah kerana dosa-dosa besar.....Untuk mengatasinya bertaubatlah dengan taubat nasuha; taubat yang sungguh-sungguh kepada keduanya, sebagaimana mereka mendidik kami di waktu kecil.”
Al Israk: 23-24

7. Orang yang mengerjakan suatu pekerjaan yang menyalahi syariat seperti bermain silap mata.

8. Ahli nujum yang mengkhabarkan nasib orang lain sedangkan kehidupan kita dari alam roh hingga ke akhir hayat telahpun ALLAH tetapkan sejak azali lagi.

9. Orang yang hasad dengki sesama umat Islam. Dia suka orang lain ALLAH timpakan bala malah mencemburui seandainya orang lain yang dikurniakan nikmat Tuhan.

10. Orang yang suka mengadu domba, memukul canang kepada orang lainsupaya timbul pecah-belah antara kedua belah pihak. Kadangkala mengakibatkan kedua-dua pihak itu tidak bertegur sapa selama lebih dari tiga hari tanpa keuzuran syarie.

11. Orang yang suka mengumpat hal orang lain terutama terhadap orang-orang alim yang cinta dengan ALLAH

12. Orang yang mengambil cukai dari harta manusia tanpa redha mereka. Inilah perkara yang paling ditakutikerana ketika di dalamkubur lagi akan ditimpakan azab yang pedih.

13. Orang yang menjual barang dengan cara yang haram, mengangkat jual beli dengan sumpah yang dusta, contohnya menaikkan harga barang-barang dua tiga kali gandanya dari harga asal. Menipu dalam sukatan dan timbangan dan memakan harta riba.

14. Orang yang membenci para sahabat Rasulullah SAW.

15. Orang yang menunjuk-nunjuk diri dengan gayanya yang lemah-longlai seperti mayang di depan orang lain supaya mereka merasa kagum dengan kecantikkannya.

16. Orang yang bermain catur dan judi.

17. Orang yang bermain gendang yang kecil di tengahnya, luas di kedua tepinya tetapi tepi yang ada kulit itu lebih luas daripada yang tiada berkulit. Kalau di zaman sekarang ini kompang dan gendang yang dibubuh lingkaran rotan di dalamnya supaya terdengar bunyi gentanya yang mengasyikkan.

18. Orang yang bermain rebab, biola dan seruling (serunai). Oleh itu sebagai nasihat kepada kita bersama, jika kedapatan perkara-perkara yang dibentangkan itu pada diri kita, bertaubatlah segera dengan taubat nasuha. Agar kita mendapat falah (kemenangan) di Akhirat sebelum datangnya maut. Tinggalkanlah perkara-perkara yang boleh melalaikan kita dari mengingati ALLAH juga perkara-perkara yang menjauhkan diri kita dari-Nya. Semuga ALLAH SWT menggantikan dengan sebesar-besar kurnia dan RahmatNya sebagai penutup segala perbuatan jahat yang lampau. Allah telah berfirman; ”Sesungguhnya segala amal yang baik menghapuskan akan segala perbuatan yang jahat. ”
"Siapalah aku di sisi MU ya Allah"

Sabtu, 11 Februari 2012

Tahlil

Sikap Kita Terhadap Hal Ini
Sebenarnya ini perbahasan yang agak panjang hinggakan umat Islam saling berantakan kerana kejahilan. Bukan jahil kerana mengatakan ianya boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan, tetapi jahil kerana saling mencaci maki sesama umat Islam lain kerana hal tahlil; Sedangkan salah satu kesempurnaan iman adalah selamat saudaranya itu dari gangguan perkataan dan perbuatannya.

Hadith : Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Kamu tidak (akan) dapat masuk syurga, sebelum kamu beriman, dan kamu belum dapat dikatakan mukmin sebelum kamu kasih mengasihi satu sama lain......” (0042) Sahih Muslim
Ini tidak lain hanya kerana terpedaya dengan bisikan syaitan;

Terjemahan : QS : 17 : 53 : ..... Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.
Syaitan yang membisikkan kepada kita dengan mempermainkan keegoan dan emosi sehingga keluar tuduhan dan caci maki sesama umat Islam hingga mengkafirkan sesama mereka. Perlu diingat bahawa apabila sesama Muslim itu berselisih mengenai sesuatu maka hendaklah kita mendamaikan dan kembali kepada Al-Quran dan Al-Sunnah.

Terjemahan : QS : 4 : 59 : Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian JIKA KAMU BERLAINAN PENDAPAT MENGENAI SESUATU, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Al-Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

Pemahaman Yang Sebenar

Sebenarnya apa sahaja isu mengenai hal-hal ibadah perlu dikembalikan kepada Al-Quran dan Hadith. Ringkasnya, untuk memahami hal ini dengan cara yang benar dan mudah adalah kembali kepada dasar perselisihan itu dengan berpandukan Al-Quran dan hadith yang sahih mengikut kefahaman ‘Generasi Terbaik’ (iaitu para sahabat, tabi’in dan tabi’ al tabi’in). Mengapa perlu mengikut kefahaman generasi tersebut?

Terjemahan : QS : 9 : 100 : Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari golongan ‘Muhajirin’ dan ‘Ansar’ dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia..... .

Hadith : Dari 'Imran bin Husain r.a : Rasulullah saw bersabda, "Sebaik-baik umatku adalah yang orang-orang hidup pada zamanku (para sahabat) kemudian orang-orang yang datang setelah mereka (tabi’in) kemudian orang-orang yang datang setelah mereka (tabi’ut tabi’in)... [3377] Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa’i, Ahmad dan lainnya.
Maka jelas dalil di atas dari Al-Quran dan hadith bahawa, ‘Apa sahaja yang tidak mencontohi zaman generasi terbaik tersebut TIDAK AKAN jadi yang terbaik sampai kiamat pun’ kerana Allah telah menjanjikan keredhaan kepada kaum Muhajirin dan Ansar (iaitu para sahabat) serta orang-orang yang menurut jejak langkah mereka.

Sikap Mereka Yang Menolak ‘Generasi Terbaik’

Apabila telah diberi penjelasan dan dalil dari Al-Quran dan sunnah, tetapi mereka tetap berdegil dan mahu membelakangi Al-Quran dan sunnah maka jangan saling caci mencaci sesama umat Islam, sebaliknya doa kepada mereka supaya diberi hidayah. Sekiranya kita dicaci, maka jangan sesekali membalasnya kerana ia akan mengobarkan lagi api egois dan kedengkian yang dibisiki oleh syaitan.

Bersangka baiklah dengan menganggap sebenarnya penolakannya bukan bermaksud menolak wahyu, tetapi hanya berbeza cara pemahaman sahaja kerana mendengar dan belajar dari guru yang berbeza. Orang yang paling tepat adalah orang yang bangun dan mengkaji dan belajar dengan berpaksikan Al-Quran dan sunnah. Orang yang tidak benar adalah si pemalas lagi bertaklid buta dan mencipta ibadah yang tidak berasas dari Allah dan Rasul-Nya.

Perbincangan

Soalan 1 : Apakah hukum bacaan tahlil?
1.a). Apakah tahlil? - Tahlil adalah bacaan kalimah ‘لا إله إلا الله’ yang dibaca berulang-ulang untuk memuji Allah. Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk memuji hanya kepada Allah. Bukan hanya sekadar tahlil sahaja malah ikutlah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah saw. Antaranya;

Dari Abu Dzar r.a : Nabi saw bersabda, (diringkaskan)..... "Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara kepada kalian untuk bersedekah? Setiap kalimat tasbih adalah sedekah, setiap kalimat takbir adalah sedekah, setiap kalimat tahmid adalah sedekah, setiap kalimat tahlil adalah sedekah.... [1674] Riwayat Muslim

1.b). Apakah kenduri tahlil? – Kenduri tahlil adalah suatu majlis yang diadakan bagi mengingati kematian seseorang lalu keluarganya membuat majlis bacaan Al-Quran, zikir-zikir tertentu (termasuk tahlil) dan berdoa kepada si mayit di alam kubur dengan suara yang kuat secara beramai-ramai. Di beberapa tempat mereka menggunakan ‘microphone’ berserta dengan ‘amplifier’nya sekali dan dibaca dengan kuat.

Pengakhiran majlis itu diadakan dengan jamuan makan. Setiap tempat berbeza caranya, baik di Indonesia mahupun Malaysia. Malah berbeza juga negeri-negeri dan tempat-tempat sekitarnya. Pernah di Kuala Lumpur ini majlisnya diperlukan seseorang yang ingin bertahlil perlu bersedekah minima RM50.00. Sebenarnya apabila meletakkan bayaran, ini bukan sedekah sebaliknya caj perkhidmatan (urusniaga).

Ada pula yang mengkhususkan kenduri tahlil 3 hari 3 malam, kenduri 40 hari, kenduri 100 hari dan sebagainya. Ada pula yang melakukannya sebelum kenduri kahwin dan kemudian diikuti pula dengan sesi karaoke selepas itu. Maka kesemua ini secara jelas tiada asasnya dalam Islam.

Apa yang menurut sunnah adalah, apabila mendatangi atau menziarahi kematian, maka hendaklah kita menggembirakan keluarga si mati dengan membawa makanan atau sedekah wang ringgit dan bukannya makan dan minum di rumah si mati. Malah pernah juga terdapat kes dimana ahli keluarga menggunakan wang si mati sebelum melunaskan hutang-hutang si mati untuk membuat kenduri tahlil. Ini juga jelas haram.

Disebalik perbezaan-perbezaan itu maka terpancar satu soalan, iaitu bagaimana Rasulullah saw dan para sahabatnya (Allah meredhai mereka) membuat kenduri tahlil untuk kita mengikutinya?

Jawapannya sangat mudah : Perbezaan berlaku kerana tiada satu dalil pun dari Rasulullah saw dan para sahabat pernah melakukannya. Oleh kerana itulah perbezaan begitu ketara kerana tiada dasar rujukannya. Oleh itu IA HANYA SEBAGAI ADAT dan boleh jadi haram atau harus.

Haram apabila;
a). Mengatakan ia sunnah. Ini sama seperti mencipta hadith palsu kerana tiada satu dalil dari hadith yang sahih.
b). Mengenakan caj bayaran kepada keluarga si mati ataupun meminta upah dan membebankan lagi tuan rumah secara tidak langsung.
c). Menggunakan wang si mati secara bathil.
d). Mengkhususkan hari-hari tertentu untuk untuk membuat kenduri tahlil seperti malam Jumaat dibaca surah Yasin, kenduri 40 hari, 3 hari dan sebagainya.

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, "Janganlah kalian mengkhususkan malam Jumaat dengan solat malam di antara malam-malam yang lain dan jangan pula dengan puasa, kecuali memang bertepatan dengan hari puasanya." [1930] Riwayat Muslim
e). Tidak bertaubat dan berharap apabila ia mati maka orang lain akan membuat kenduri tahlil untuknya. Beginilah kebanyakan orang sekarang, sejak dari hidup sampai mati mengharapkan belas ihsan orang lain sehingga bab ibadah, dosa dan pahala. Sangat menyedihkan.

Harus apabila;
Dilakukan oleh anak-anak si mati untuk bersedekah atasnya. Sedekah paling utama adalah air.

Soalan 2 : Benarkah dalam mazhab Syafi’e pahala bacaan tidak sampai kepadanya?
2.a). Pahala bacaan Al-Quran
2.b). Pahala bacaan tahlil
Tidak mungkin sama sekali seseorang boleh menghadiahkan pahalanya kepada orang lain. Saya tidak boleh menghadiahkan pahala kepada anda dan anda juga tidak boleh menghadiahkan pahala kepada sesiapa juga. Ini jelas. Contoh yang mudah;
‘A mempunyai 100 pahala. B mempunyai 50 pahala. Lalu A menyedekahkan pahala sebanyak 25 pahala kepada B dan menjadikan pahala mereka samarata.’

Masuk akalkah perkara ini? Tentu tidak kerana A dan B masing-masing tidak tahu banyak mana pahala mereka dan PALING UTAMA, tiada satu makhluk pun yang mampu memberi pahala kepada orang lain. Hanya Allah yang mampu memberi pahala kepada makhluknya. Ini adalah bab akidah. Tidak ada satu dalil pun mengatakan bahawa pahala kita boleh disedekahkan kepada orang lain.

Walaubagaimanapun, setiap sedekah dan doa itu sampai kepada Allah dan hanya Allah yang Maha Memakbulkan Segala Doa. Berkata Imam Nawawi dalam syarah Muslim bahawa ijma’ ulama mengatakan sedemikian (iaitu sampainya pahala doa dan sedekah kepada si mati).
Penghuni di langit mendoakan penghuni di bumi. Keluarga mendoakan kepada si mati. Anak soleh berdoa kepada kedua ibu bapanya. Semua doa itu sampai, tetapi tidak ada satu makhluk pun mampu memberi pahala kepada makhluk yang lain. Ini boleh membawa kepada syirik kerana wajib kita imani bahawa hanya Allah yang memberi ganjaran pahala dengan kehendak-Nya.

Syarah di dalam Nailul Authar mengatakan ‘yang masyhur dalam mazhab Syafi’i adalah pahala membaca Al-Quran tidak sampai kepada si mati. Tetapi, Imam Ahmad dan sebahagian dari mereka yang bermazhab Hanbali dan segelintir dari Syafi’i mengatakan ia sampai berdasarkan qiyas bahawa jika sedekah air, puasa dan lainnya sampai kepada si mati, mengapa tidak bacaan Al-Quran?’ (Jilid 3 hlm 1129).

Kesimpulan

Oleh itu bagi mereka (mazhab Hanbali) yang ingin membuat kenduri tahlil (bukan pada malam si mati itu dikebumikan, iaitu pada bila-bila masa yang tidak khusus) maka itu hanya sebagai adat kebiasaan sahaja dan bukannya sunnah. Ia boleh dilakukan selagi tidak melanggar dan bertentangan dengan syariat. Bersedekah dan berdoalah kepada si mati.

Mengenai bacaan Al-Quran pula masing-masing berbeza pendapat. Bagi yang berpendapat sampai pahala bacaan Al-Quran itu kepada si mati maka lakukanlah tanpa melanggar syariat. Malah antara syarat Imam Ahmad adalah tidak boleh memberi apa-apa upah kepada mereka yang membaca Al-Quran kepada si mati. Sebaiknya adalah anak atau ahli keluarga dan bukannya mengupah orang lain (Nailul Authar).

Namun perlu diingat sepakat imam mazhab yang empat berkata hidangan yang disediakan oleh keluarga si mati kepada orang ramai yang berhimpun adalah bidaah (Rujuk : al-Majmu’ Syarah, Syarah Fathul Qadir, al-Mughni dan Hasyiyah as-Dasuuqi).

Imam Nawawi yang menukil dari kitab al-Umm pula mengatakan Imam Syafi’i membenci acara ma’tam (berkumpul di tempat orang mati) kerana keadaan itu akan membuatkan keluarga si mati menjadi lebih sedih.

Bagi mereka yang mengatakan tidak sampai pahalanya, maka mereka juga benar kerana tiada satu dalil dari para ‘Generasi Terbaik’ melakukannya sedangkan setiap ibadah yang tidak ada asasnya dari mereka adalah tertolak. Malah pendapat ini lebih kuat;

Dari Aisyah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang melakukan suatu amalan yang tidak ada dasar dari kami maka amalan itu tertolak." [24298] Sahih Riwayat Ahmad. Juga diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban

Oleh itu cukuplah sekadar berdoa kepada Allah SWT agar mengampunkan dosa-dosa orang yang telah pergi sebelum kita dan janganlah kedekut untuk berdoa kepada umat Islam yang lain di seluruh dunia. Bukankah ia lebih mudah dan boleh dilakukan oleh semua orang samada yang kaya ataupun miskin? Islam itu agama ilmu dan menjadi mudah bagi mereka yang menuntut ilmu.

Wallahu’alam

Isteri solehah


Suatu hari masuklah Rasulullah SAW menemui anakandanya Fathimah Az-Zahra r.a. Didapatinya anakandanya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah SAW bertanya pada anakandanya,

"Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah? semoga Allah SWT tidak menyebabkan matamu menangis".
Fathimah r.a. berkata, "Ayahanda, penggilingan & urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan anakanda menangis". Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisi anakandanya. Fathimah r.a. melanjutkan perkataannya,
"Ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta 'aliy (suaminya) mencarikan anakanda seorang jariah untuk menolong anakanda menggiling gandum & mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah".


Mendengar perkataan anandanya ini maka bangunlah Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia & diletakkannya di dalam penggilingan tangan itu seraya diucapkannya "Bismillahirrahmaanirrahiim.."
Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah SWT. Rasulullah SAW meletakkan syair ke dalam penggilingan tangan itu untuk anakandanya dengan tangannya sedangkan penggilingan itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.

Rasulullah SAW berkata kepada gilingan tersebut
 "Berhentilah berputar dengan izin Allah SWT.."
Maka penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah SWT yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih,
"Ya Rasulullah SAW, demi Allah Tuhan yang telah menjadikan Baginda dengan kebenaran sebagai Nabi & Rasul-Nya, kalaulah baginda menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq & Maghrib pun niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT suatu ayat yang berbunyi : 


Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu & keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia & batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka & mereka mengerjakan apa yang dititahkan.."


Maka hamba takut, Ya Rasulullah kelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka. Rasulullah SAW kemudian bersabda kepada batu penggilingan itu,
"Bergembiralah karena engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fathimah Az-Zahra di dalam syurga." Maka bergembiralah penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.




Rasulullah SAW bersabda kepada anakandanya,
"Jika Allah SWT menghendaki wahai Fathimah, niscaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan & dihapuskan oleh Nya beberapa kesalahanmu & diangkat-Nya untukmu beberapa darjat.
Ya Fathimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya & anak-anaknya, maka Allah SWT menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan & mengangkatnya satu darjat.


Ya Fathimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah SWT menjadikan antara dirinya & neraka tujuh buah parit. Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya & menyisir rambut mereka & mencuci pakaian mereka maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada 1000 orang yang lapar & memberi pakaian kepada 1000 orang yang bertelanjang. Ya Fathimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah SWT akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat.



Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keredhaan suami terhadap isterinya. Jikalau suamimu tidak redha denganmu tidaklah akan aku do'akan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahawa redha suami itu daripada Allah SWT & kemarahannya itu dari kemarahan Allah SWT? Ya Fathimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya & Allah SWT akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari 1000 kebaikan & menghapuskan darinya 1000 kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang fisabillillah. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun & akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga & Allah SWT akan mengkaruniakannya pahala 1000 haji & 1000 umrah serta beristighfarlah untuknya 1000 malaikat hingga hari kiamat.




Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati & ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya semua & Allah SWT akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau & dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu & rambut yang ada pada tubuhnya 1000 kebaikan & dikaruniakan Allah untuknya 1000 pahala haji & umrah.
Ya Fathimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan rahmat.


Ya Fathimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), "Teruskanlah amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang".
Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyak-kan rambut suaminya & janggutnya & memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai syurga & Allah SWT akan meringankan sakarutulmaut-nya & akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman sorga serta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka & selamatlah ia melintas di atas titian sirat"

Dementia

kredit: nizarazu.com




Ok, mari kita cuba ujian dementia, ianya dikatakan untuk menguji kecekapan otak korang..ekeke

Di bawah ada 4 soalan dan satu soalan bonus. Korang perlu menjawab dengan pantas dan tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?

Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda…..

Soalan Pertama:
Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?















~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!
Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?


Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat…? (lihat bawah)















~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?
Adakah anda pantas dan cerdik, tidak begitu rupanya.?


Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesin kira-kira. Cuba lah…

Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 …. Campur lagi 1000 . Campur lagi 20… Campur lagi 1000 . Campur lagi 10….. Berapa kah jumlah semua?

Lihat bawah untuk …jawapan.. ..















~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


Adakah jawapan anda 5000 ?
Jawapan sebenar adalah 4100.
Jika anda tak percaya gunakan mesin kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul … Cuba .


Soalan keempat:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?















~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!


Okay, cuba jawab soalan bonus:
Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakonan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. …?















~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


haa camna? dah tentulah dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati

p/s: haha.. jadi camna tahap kecekapan korang yang dapat diketahui melalui ujian dementia ni?

Awas Jerat Valentine..!

Fenomena sebahagian remaja hari ini yang menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan kita sebagai umat Islam. Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah umat Islam dan dimurkai Allah SWT. Ini kerana ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.

Berdasarkan kepada pandangan sebahagian besar tokoh-tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Oleh itu, mimbar ingin menegaskan bahawa pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan di atas aktiviti trend baru zaman moden tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi panduan umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan di akhirat. Justeru mimbar menyeru kepada jemaaah sekalian dan umat Islam agar tidak merayakan hari tersebut kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar serta boleh merosakkan akidah dan akhlak umat Islam.

Persoalan besar timbul ialah apakah yang menyebabkan gejala negatif seumpama ini terus berlaku? Jawapannya ialah kerana kualiti keimanan umat Islam yang lemah dan kekaburan kita di dalam menegakkan prinsip-prinsip asas agama yang menjadi tunjang kehidupan seseorang muslim. Dengan ini kita terpesong dengan cara hidup yang sebenar. Kita juga jangan lupa bahawa syaitan dan sekutunya telah berjanji kepada Allah SWT untuk terus menyesatkan orang yang beriman.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 119:
Maksudnya: “Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan menyuruh mereka membelah telinga binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang dita'ati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata".

Ingatlah bahawa agama Islam sangat mengambil berat dalam memperbetulkan pegangan akidah umatnya supaya pandangan dan sikap mereka menjadi lurus dan tasawwur mereka tentang sesuatu perkara menjadi jelas. Jangan kita mengikut contoh umat jahiliyah dahulu yang menganggap persoalan akidah hanya  sekadar mengumumkan identiti diri dan melahirkan perbuatan baik sahaja sedangkan hakikat iman ialah panduan antara keyakinan dihati tentang dasar-dasar akidah dengan melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan tegahan-Nya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 15:
Maksudnya: “ Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman ialah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang yang benar. ”

Ayat ini mengisyaratkan bahawa kualiti iman boleh diukur dan dinilai melalui amalan seharian. Banyak dan berkualitinya amal soleh seseorang itu, maka tinggilah kualiti iman yang dimiliki dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, iman yang sebenar adalah merupakan penjana kekuatan dan kecemerlangan ummah.

Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama umatnya. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah SAW. Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi yang dinamakan sebagai perkahwinan. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun. Ingatlah bahawa kasih sayang yang utama adalah hanya kepada Allah SWT, rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya. Kasih sayang berlandaskan keimanan akan melahirkan cahaya keinsafan kepada hakikat diri dan pencipta-Nya sehingga sanggup berkorban dan mampu menundukkan hawa nafsu jahat.

Firman-Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 207:
Bermaksud: “ Dan di antara manusia ada Yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.”

Justeru bagi menyelamatkan agama dan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah, mimbar menyeru kepada semua pihak agar  mewar-warkan larangan Sambutan Valentine’s Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya di negara kita ini, jangan kita terlibat dengan budaya songsang yang boleh melemahkan ummah dan menyesatkan. Wujudkanlah perasaan anti Valentine’s Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidah, syarak dan tamadun manusia. Mengakhiri khutbah pada minggu ini, sekali lagi mimbar menyeru semua pihak marilah sama-sama kita memperkasakan akidah kita, keluarga dan masyarakat kita demi masa depan agama, ummah dan negara dengan langkah berikut:

Pertama:          ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak dididik dengan ajaran Islam yang sebenar;
Kedua:            umat Islam khususnya remaja dilarang meniru amalan atau budaya kaum musyrik;
Ketiga:            menanam rasa cinta dan kasih sayang kepada Allah SWT dan rasul-Nya;
Keempat:         menjauhi aktiviti bergaul bebas dengan pasangan yang bukan mahram dalam menyambut majlis tertentu; dan
Kelima:            meninggalkan sambutan atau perayaan yang tiada dalam syariat Islam.

Firman Allah SWT dalam surah al-A'raf ayat 96:
Maksudnya: "Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."

Artikel di atas adalah petikan khutbah Jumaat pada 10 Februari 2012 yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.