Isnin, 5 Mac 2012

LYNAS

Dalam beberapa hari yang lepas kita mendengar pihak berkuasa memberikan isyarat yang bertentangan berhubung pembuangan sisa radioaktif dari Lynas.


Menurut Menteri Kesihatan, Lynas diberitahu supaya memindahkan sisa radioaktif ke luar dari Kuantan atau mengangkutnya kembali ke Australia. Ini adalah perjanjian yang dicapai oleh beliau dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Empat hari kemudian iaitu pada 26 Februari, Perdana Menteri berkata sisa radioaktif itu akan dibuang jauh daripada kawasan kediaman penduduk.

Dua hari kemudian iaitu pada 28  Februari, orang ramai diberitahu bahawa empat kementerian telah memutuskan untuk menyimpan sisa radioaktif di Malaysia dan tapaknya telah ditemui.

Pada hari berikutnya, Menteri Air, Tenaga dan Teknologi Hijau berkata Kabinet belum memuktamadkan untuk mengembalikan semula sisa radioaktif ke Australia sebagai pilihan.

Pada hakikatnya gambaran yang diberikan ialah Malaysia sedang memikirkan pilihan sama ada untuk menghantar semula sisa radioaktif dari Lynas ke Australia.

Dalam kes ini, kami hairan kenapa kerajaan Malaysia tidak terfikir untuk mengarahkan Mitsubishi, syarikat yang menghasilkan sisa radioaktif dalam kilang Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Perak lebih 30 tahun lalu untuk menghantar kembali sisa itu ke Jepun. Masih belum terlambat memandangkan sisa radioaktif mungkin akan terus mencemarkan alam sekitar kita dan mengancam rakyat Malaysia untuk beberapa generasi, terima kasih kepada sikap endah tak endah kerajaan dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB). Jika kerajaan fikir bahawa ia boleh mengangkut sisa radioaktif kembali ke Australia, kami pasti perkara yang sama telah dilakukan untuk sisa ARE.

Jika kerajaan melakukan perkara ini lebih awal, kita tidak akan dibebankan dengan terpaksa menangani sisa radioaktif ini yang mempunyai separuh hayat 13.9 bilion tahun. Dalam perkataan lain, kita kini dibiarkan dengan terpaksa menguruskan sisa radioaktif ini yang akan kekal radioaktif selamanya.

Ini merupakan subsidi yang amat besar bagi Mitsubishi (dan Jepun). Sisa radioaktif yang ditinggalkan itu menjadi sumber pencemaran tanah, hutan, air dan udara kita. (Thorium, apabila reput, menghasilkan gas radon radioaktif yang boleh dibawa dalam jarak yang jauh meliputi udara yang disedut oleh rakyat Malaysia).

Ini adalah liabiliti yang amat besar bagi Malaysia, begitu juga dengan ekosistem, kesihatan dan keselamatan kita. Kerosakan kepada tanah, hutan, air dan udara serta kosnya kepada kesihatan rakyat Malaysia tidak dapat dikira. Kos masa depan ini tidak pernah diambilkira apabila Mitsubishi dibenarkan beroperasi.

Dengan ketiadaan pengetahuan mengenai risiko dan kos di masa depan, kerajaan (AELB) memutuskan ia merupakan peluang keemasan pelaburan. Mitsubishi membawa pulang keuntungan dan meninggalkan legasi toksik ini yang akan berakhir selama berbilion tahun atau selamanya.

Walaupun pada hakikatnya kerja-kerja telah dimulakan untuk membina sistem simpanan bawah tanah (dengan kos RM300 juta), tiada jaminan simpanan bawah tanah bagi kira-kira 80,000 tong 200 liter sisa radioaktif dari kilang ARE akan kekal stabil dari segi geologinya untuk 100 tahun akan datang, apatah lagi 1,000 tahun.

Perlu diingat bahawa Malaysia sebahagiannya terdiri daripada batu kapur yang amat poros, tidak stabil dan terdedah kepada hakisan, menjadikannya amat tidak sesuai untuk simpanan sisa radioaktif dalam jangka panjang. Perubahan iklim, tsunami, gempa bumi, kejadian banjir yang tidak dijangka dan bencana alam perlu menjadi amaran yang jelas. Sekiranya sebarang bencana berlaku, pembayar cukai Malaysia yang akan mengeluarkan belanja.

Kilang ARE di Bukit Merah ditaja jamin dengan subsidi awam yang amat besar di mana semua risiko dan kos ditanggung oleh rakyat Malaysia dan generasi dan masa depan.

Membenarkan Lynas membuang sisa radioaktif di tanah Malaysia menjadi satu subsidi. Selain itu berbilion dolar akan diperolehi daripada bebas cukai sebagai keuntungan. Perlu diingat bahawa pengeluaran nadir bumi Lynas akan menjadi 10 kali ganda lebih banyak daripada yang dihasilkan di kilang ARE, oleh itu paras sisanya amat besar. Jika kerosakan dan dan kos ini tidak ditangani oleh pihak berkuasa, ia akan membebankan generasi masa depan Malaysia dengan sisa radioaktif yang tidak dihasilkan oleh mereka.

Bayaran $10 juta setahun yang akan dibuat oleh Lynas kepada Malaysia selama lima tahun adalah tidak memadai sama sekali. Ia sesuatu yang melucukan apabila ekonomi, sosial, alam sekitar dan kos kesihatan kepada pekerja, komuniti, tanah, hutan, air dan laut serta generasi masa depan berjumlah hanya $50 juta. Membenarkan Lynas membuang sisa radioaktif di Malaysia tidak dapat dimaafkan selamanya.

S. M. Mohamed Idris
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan Sahabat Alam Malaysia

Ahad, 4 Mac 2012

pangkal Jalan

Kembalilah kepangkal Jalan.

Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf atas kehadhiran warkah terbuka ini jika ia menganggu kese
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhB7kAdKF5XbtspYBZJmAFj4j-AY6JBhkOXXRhLcEWdGZ0q7Kw3VZMDylt2rkXtwmUekfuwzVpItc-Ev05-Zs4zeOSBn-L64DXIjpwpUgo5gC5LQCHt_2ot7hMoUj-xhdB2sEnY5cwkqmg/s1600/tun+dr+mahathir.jpglesaan Ybhg Tun Dr Mahathir. Saya utuskan warkah ini, bukan sahaja bermaksud untuk tatapan Ybhg Tun tetapi juga untuk pengetahuan umum bagi menjernih kekeliruan dan kecelaruan fikir masyarakat awam mengenai hukum hudud.

1. Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme di Universiti Malaysia Sarawak [UNIMAS] pada 26 Feb 2012  baru - baru ini adalah suatu kenyataan yang cukup mengelirukan dan berpotensi memesong pemikiran orang ramai khasnya ummat Islam terhadap kesucian dan ketulenan agama Islam.

2. Cara Tun Dr. Mahathir memahami Hukum hudud khasnya dan Islam amnya adalah suatu yang sangat asing [gharib] dari disiplin ilmu Islam malah apa yang diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir dalam konvensyen tersebut bahawa Hukum Hudud adalah ciptaan ahli Feqah dan ianya tidak terdapat di dalam Al Quran adalah merupakan fitnah yang sangat dahsyat terhadap Kalaamullah Al Quranul Karim.

3. Hudud ialah kategori kesalahan dan hukumannya telah ditentukan oleh Allah swt dalam Al Quran dan RasulNya saw di dalam hadis baginda. Ianya merupakan hak Allah yang tidak boleh ditukar ganti, diubah suai ataupun dipinda. Malah hukumannya tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun bagi pihak Allah swt.  Sebagaimana hukum ini telah ditetapkan oleh Allah swt, demikian juga kita telah diperintah oleh Allah swt untuk melaksanakannya. Firman Allah swt :

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

Surah Al Maaidah : 49

4. Kesalahan hudud yang wajib dijatuhkan hukuman khusus telah jelas disebut oleh Allah swt dengan lafaz yang sorih [nyata] di dalam Al Quran dan juga Hadis Nabi saw. Bagaimana Tun Dr. Mahathir begitu yakin dan konfiden mengatakan ia adalah ciptaan ahli feqah dan tidak terdapat di dalam Al Quran.

a] Kesalahan Zina iaitu persetubuhan suka sama suka tanpa nikah yang sah. Hukumannya disebut dalam surah an Nuur ayat 2.

b] Kesalahan Qazaf iaitu menuduh orang berzina. Hukumannya disebut dalam surah An Nuur ayat 4.

c] Kesalahan Minum arak atau minuman yang memabukkan. Hukumannya disebut dalam hadis nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari riwayat Saidina Ali bin Abi Talib Karramallahuwajhah.

جلد رسول الله صلى الله عليه وسلم أربعين و أبو بكر أربعين و عمر ثمانين و كل سنة و هذا أحب إليَّ

d] Kesalahan Mencuri. Hukumannya disebut dalam surah al Maaidah ayat 38.

e] Kesalahan Murtad. Hukumannya disebut dalam hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari riwayat Ibnu Abbas rha.

من بدَّل دينه فاقتلوه

f] Kesalahan Merompak. Hukumannya disebutkan dalam surah al Maaidah ayat 33 dan 34

g] Kesalahan Bughah atau memberontak kepada Ulil Amri yang adil dan serta menjalankan hukum Allah swt yang berdalilkan Al Quran dan Sunnah. Hukumannya disebut di dalam surah al Hujurat ayat 9.
[ kategori ini ~ bughah ~ menjadi khilaf dikalangan ulama' , samaada ia termasuk dalam kesalahan hudud atau tidak ]

5. Jika kita melafazkannya dengan sedar dan bertujuan menafikan bahawa hukuman hudud ini bukan dari al Quran sedang nyata ianya termaktub di dalam al Quranul Kareem, maka ucapan itu boleh membatalkan aqidah. و العياذ بالله نعوذ  عياذا بالله

6. Mendustakan ayat - ayat Allah swt pula berlagak angkuh kononnya hukum yang Allah cipta tidak adil sangat besar risikonya sehingga kelak mereka yang mendustakannya dinafikan hak dan peluang menduduki syurga Allah swt. Firman Allah swt :

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.

Surah al A'araf : Ayat 41

7. Saya melihat Ybhg Tun Dr. Mahathir juga sangat keliru bagaimana mahu memahami kedudukan hukuman hudud di dalam Islam. Apabila Ybhg Tun menegas bahawa untuk melakukan sesuatu mesti rujuk kepada Al Quran, tetapi dalam masa yang sama, Ybhg Tun menganggap hukum hudud tidak ada di dalam al Quran. Jika benar tindakan dan ucapan dirujuk kepada al Quran, Ybhg Tun pasti menemui hukum hudud termaktub di dalam al Quranul Karim.

8. Secara rendah diri saya merasakan bahawa Tun Dr. Mahathir perlu mendalami pengajian ilmu Islam melalui bimbingan alim ulama' yang mendalam ilmu mereka dalam perkara ini. Saya dapat lihat dengan jelas bahawa Tun benar - benar keliru terhadap hukum Allah swt ini lalu Tun mempunyai pra sangka yang buruk terhadapnya.

9. Sebagai contoh menganggap hukum hudud tidak adil hanya kerana hukum hudud tidak dikenakan ke atas non muslim lalu Ybhg Tun membuat perbandingan yang dangkal bahawa muslim mencuri dipotong tangan lalu kudung sedang non muslim mencuri hanya dipenjara dan tangannya tidak kudung. Jika saya menjawab dengan perbandingan serupa bahawa muslim wajib solat, puasa, zakat dan haji sedang non muslim tidak diwajibkan ke atas mereka untuk melakukan semua itu, apakah Tun akan berkata bahawa Islam juga tidak adil ? Allah juga tidak adil ? Cara Tun berfikir kini sangat jauh tersasar.

10. Pengecualian non muslim dari perlaksanaan hukuman hudud adalah suatu pengecualian yang bersumberkan wahyu sebagaimana Firman Allah swt :

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَاءُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Surah al Maaidah : ayat 42

11.  Menilai hukum hudud dan kesannya ke atas ummah tidak boleh dinilai hanya melalui aqal semata - mata, tetapi selaku seorang yang mengaku muslim, Ybhg Tun mesti melihatnya dengan kaca mata Islam dan Iman. Ertinya Tun mesti menilai sehingga tembus ke ruang akhirat. Jangan hanya menilai hukum hudud dalam dinding sempadan dunia semata - mata.

12. Akhirnya saya sekali lagi menasihati diri saya sendiri pula dengan rasa rendah hati menasihati Ybhg Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa hukuman hudud adalah ketetapan Allah swt. Kalaupun kita tidak mampu melaksanakannya, janganlah kita menafikannya apatah lagi mempersendakannya dengan fitnah kononnya hukum hudud adalah cipta ahli feqah.

13. Ybhg Tun, marilah kita baca beberapa penegasan Allah swt di dalam Al Quran agar kita insaf dan patuh pada perintah Allah swt. Pertama, bacalah dengan bahasa Arab kerana al Quran tidak boleh dibaca dalam bahasa lain kecuali dengan bahasa ia diturunkan iaitu bahasa Arab. Faham atau tidak, al Quran mesti baca dalam bahasa arab. Adapun terjemahannya bolehlah dibaca dengan apa jua bahasa yang kita faham dan selesa.

a] Firman Allah swt dari Surah an Nisaa' ayat 13.

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.

b] Firman Allah swt dari surah an Nisaa' ayat 56.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

14. Semoga Ybhg Tun diberikan keafiatan dan punya masa terluang untuk membaca warkah ini dengan tenang. Beri masa pada diri untuk berfikir tanpa sebarang prejudis terhadap hukum Allah swt. Jua tidak didorong rasa dendam kepada PAS lalu menolak syariat yang diperjuangkan oleh PAS. Menganggap hudud itu adalah hudud PAS.

15. Saya harap Ybhg Tun dapat mengkajinya sendiri, dengan membuka helaian al Quran lalu membaca dan mentadabburnya dengan cermat. Jika Ybhg Tun tidak jelas memahaminya, boleh dirujuk kepada alim ulama' yang mukhlisin. Bukan merujuk kepada penasihat 25 % yang hanya merosakkan masa depan Ybhg Tun.

16. Salam hormat dari saya. Insyaallah, kiranya diizinkan oleh Allah swt. saya bersama rakan - rakan exco Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin benar bertemu dengan Ybhg Tun untuk bermuzakarah mengenai hukum Allah swt yang suci lagi adil ini. Harap Ybhg Tun juga berlapang dada dan sedia bertemu dengan pihak kami. Insyaallah, kami akan memilih masa yang sesuai dan munasabah untuk menghantar surat rasmi kepada pihak Ybhg Tun untuk tujuan tersebut.

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Putih

Ada “pasukan lain” membantu para mujahidin Palestine. Pasukan Israel sendiri mengakui adanya pasukan berseragam putih itu.

Suatu hari di penghujung Januari 2009, sebuah rumah milik keluarga Dardunah yang berada di antara Jabal Al Kasyif dan Jabal Ar Rais, tepatnya di jalan Al Qaram, didatangi oleh sekelompok pasukan Israel.

Seluruh anggota keluarga diperintahkan duduk di sebuah ruangan. Salah satu anak lelaki diinterogasi mengenai ciri-ciri para pejuang al-Qassam.Sewaktu diinterogasi, sebagaimana ditulis situs Filisthin Al Aan (25/1/2009), mengutip cerita seorang Mujahidin al-Qassam, laki-laki itu menjawab dengan jujur bahwa para pejuang al-Qassam mengenakan baju hitam.
Akan tetapi tentara itu marah dan memukulnya hingga laki-laki malang itu pengsan.Selama tiga hari berturut-turut, setiap ditanya, laki-laki itu menjawab bahwa para pejuang al-Qassam memakai seragam hitam. Akhirnya, tentera itu naik marah dan mengatakan dengan keras, “Wahai pembohong! Mereka itu berseragam putih!”

Cerita lain yang disampaikan penduduk Palestine di post milik Brigade Izzuddin al-Qassam, Multaqa al-Qasami, juga menyebutkan adanya “pasukan lain” yang tidak dikenal.
Awalnya, sebuah ambulan dihentikan oleh sekelompok pasukan Israel. Pemandunya ditanya apakah dia berasal dari kumpulan Hamas atau Fatah? pemandu malang itu menjawab, “Saya bukan kumpulan mana-mana. Saya cuma pemandu ambulan.

”Akan tetapi tentara Israel itu masih bertanya, “Pasukan yang berpakaian putih-putih dibelakangmu tadi, dari kumpulan mana?” Si pemandu pun kebingungan, kerana ia tidak melihat seorang pun yang berada di belakangnya. “Saya tidak tahu,” jawapan yang satunya yang ia miliki.

Cerita tak Bersumber
Ada lagi kisah karamah mujahidin yang kali ini disebutkan oleh khatib masjid Izzuddin Al Qassam di wilayah Nashirat Gaza yang telah ditayangkan oleh TV channel Al Quds, yang juga ditulis oleh Dr Aburrahman Al Jamal di situs Al Qassam dengan judul Ayaat Ar Rahman fi Jihad Al Furqan (Ayat-ayat Allah dalam Jihad Al Furqan).

Khatib bercerita, seorang pejuang telah menanam bom yang telah disiapkan untuk menyambut pasukan Zionis yang melalui jalan tersebut.“Saya telah menanam sebuah bom. Saya kemudian melihat sebuah helikopter menurunkan sejumlah besar pasukan disertai tank-tank yang beriringan menuju jalan tempat saya menanam bom,” kata pejuang tadi.

Akhirnya, pejuang itu memutuskan untuk kembali ke markas kerana mengira bom itu tidak akan maksimumkan letupan. Maklumlah, jumlah musuh amat banyak.
Akan tetapi, sebelum meninggalkan lokasi, pejuang itu mendengar suara “Utsbut, tsabatkallah” yang maknanya lebih kurang “Tetaplah di tempat maka Allah menguatkanmu.” Ucapan itu ia dengar berulang-ulang sebanyak tiga kali.“Saya mencari sekeliling untuk mengetahui siapa yang mengatakan hal itu kapada saya.

Akan tetapi saya terkejut, kErana tidak ada seorang pun yang bersama saya,” ucap mujahidin itu, sebagaimana ditirukan  khatib. Akhirnya Mujahidin memutuskan untuk tetap berada di lokasi.

Ketika sebuah tank melewati bom yang tertanam, sesuaru yang “ajaib” terjadi.bom itu justru meledak amat dahsyat. Tank yang berada di dekatnya langsung hancur. Banyak askar Israel mati. Sebagian dari mereka harus diangkut oleh helikopter. “Sedangkan saya sendiri dalam keadaan selamat,” kata mujahid itu lagi, melalui lidah khatib.

Cerita yang disampaikan oleh seorang penulis Mesir, Hisyam Hilali, dalam website alraesryoon.com, ikut mennyokong kisah-kisah sebelumnya. Abu Mujahid, salah seorang pejuang yang melakukan ribath (berjaga) mengatakan,

“Ketika saya mengamati gerakan tank-tank di perbatasan kota, dan tidak ada seorang pun di sekitar, akan tetapi saya mendengar suara orang yang bertasbih dan beritighfar. Saya berkali-kali mencuba untuk memastikan asal suara itu, akhirnya saya memastikan bahawa suara itu tidak keluar kecuali dari bebatuan dan pasir.

”Cerita mengenai “pasukan tidak dikenali” juga datang dari seorang penduduk rumah teres wilayah Tal Islam yang hendak berkongsi bersama keluarganya untuk menyelamatkan diri dari serangan Israel.Di tangga rumah ia melihat beberapa pejuang menangis. “Kenapa kalian menangis?” tanyanya.“Kami menangis bukan kerana kuatir keadaan diri kami atau takut dari musuh. Kami menangis kerana bukan kami yang bertempur. Di sana ada kelompok lain yang bertempur memporak-porandakan musuh, dan kami tidak tahu dari mana mereka datang,” jawabnya

Saksi Askar Israel
Cerita tentang “tentera berseragam putih” tak hanya diungkap oleh mujahidin Palestine atau warga Gaza. Beberapa orang dari pasukan Israel sendiri menyatakan hal serupa.Berita al-Qassam memberitakan bahwa TV Channel 10 milik Israel telah menyiarkan seorang anggota pasukan yang ikut serta dalam pertempuran Gaza dan kembali dalam keadaan buta.

“Ketika saya berada di Gaza, seorang tentera berpakaian putih mendatangi saya dan menaburkan pasir di mata saya, hingga saat itu juga saya buta,” kata anggota pasukan ini.Di tempat lain ada askar Israel yang mengatakan mereka pernah berhadapan dengan “hantu”. Mereka tidak diketahui dari mana asalnya, bila munculnya, dan ke mana menghilangnya.Masih dari Channel 10, seorang tentara Israel lainnya mengatakan,

 “Kami berhadapan dengan pasukan berbaju putih dengan janggut panjang. Kami tembak dengan senjata, akan tetapi mereka tidak mati.

Terbunuh 1.000, Lahir 3.000
Hilang seribu, tumbuh tiga ribu. Sepertinya, ungkapan ini sesuai disematkan kepada penduduk Gaza. Kesedihan rakyat Gaza atas hilangnya nyawa 1.412 putra putrinya, terubat dengan lahirnya 3.700 bayi selama 22 hari gempuran Israel terhadap kota kecil ini.Hamam Nisman, Direktur Dinas Hubungan Sosial dalam Kementerian Kesihatan pemerintahan Gaza menyatakan bahwa dalam 22 hari 3.700 bayi lahir di Gaza. “Mereka lahir antara tarikh 27 Desember 2008 hingga 17 Januari 2009, ketika Israel melakukan serangan yang menyebabkan matinya 1.412 rakyat Gaza, yang kebanyakan wanita dan anak-anak,” katanya.
Bulan Januari tercatat sebagai angka kelahiran tertinggi dibanding bulan-bulan sebelumnya. “Setiap tahun 50 ribu kes kelahiran tercatat di Gaza. Dan, dalam satu bulan tercatat 3.000 hingga 4.000 kelahiran. Akan tetapi di masa serangan Israel 22 hari, kami mencatat 3.700 kelahiran dan pada sisa bulan Januari tercatat 1.300 kelahiran. Bererti dalam bulan Januari terjadi peningkatan kelahiran hingga 1.000 kelahiran.

Ratio antara kematian dan kelahiran di Gaza memang tidak sama. Angka kelahiran, jelasnya lagi, mencapai 50 ribu tiap tahun, sedangkan kematian mencapai 5 ribu.“Israel sengaja membunuh para wanita dan anak-anak untuk menghapus masa depan Gaza. Sebanyak 440 anak-anak dan 110 wanita telah dibunuh dan 2.000 anak serta 1.000 wanita mengalami luka-luka

Sumber : Thoriq, KasKus

Witir


"Seorang Sheikh telah mendapat jemputan ceramah agama dari sebuah perkampungan yang letaknya sejauh 400km.Untuk tidak menghampakan penganjur dan penduduk setempat, maka Sheikh tersebut pun bersetuju untuk datang ke perkampungan itu.  Sampai sahaja di perkampungan tersebut, beliau telah disambut oleh seorang lelaki yang merupakan penganjur kepada program ceramah yang diadakan.  Si Sheikh agak terkejut dengan penampilan lelaki itu.  Bukan sahaja pakaiannya tidak sesuai dengan majlis ilmu, malah tangannya pula asyik memegang puntung rokok yang berasap.

Si Sheikh dapat mengagak latar belakang penduduk perkampungan itu dengan melihat kepada peribadi lelaki penganjur itu.  Jika si penganjur majlis agama pun sudah macam itu, tentu agaknya penduduk lain lebih kurang macam itu atau lebih teruk lagi.

Betullah anggapan si Sheikh itu.  Tidak sampai 15 minit ceramah disampaikan, penduduk yang hadir dalam majlis ilmu tersebut mula bercakap sesama sendiri.  Ada yang tidur.  Ada yang keluar dan masuk.  Dan malah ada yang mula menghisap rokok.  Situasi ini amat tidak menyenangkan si Sheikh itu.  Sudahlah datang dengan memandu sejauh 400km untuk memberi ceramah, begini pula layanan para penduduk kepada beliau.  

Selesai ceramah, si Sheikh pun pulang dengan sedikit hampa.  Dalam hatinya berkata, “selepas ini memang aku tak datang dah ke sini…”

Setahun berlalu.

Tiba-tiba si Sheikh itu menerima panggilan dari seorang lelaki untuk menjemput beliau untuk memberi ceramah.  Suara dan gaya percakapan lelaki tersebut dapat dicam oleh si Sheikh itu.  Lelaki yang sama yang menjemput beliau ke perkampungan yang terletak 400km itu.  Sheikh tersebut masih ingat.

Walaupun Sheikh itu telah mengatakan bahawa beliau tidak akan lagi ke kampung itu kerana terlalu jauh, namun jauh di sudut hatinya mengharapkan ada perubahan selepas setahun berlalu.  Si Sheikh itu pun bersetuju untuk hadir memenuhi jemputan ceramah agama tersebut.

Sampai sahaja di kampung itu selepas pemanduan sejauh 400km, lalu Sheikh itu disambut oleh lelaki yang menelefon beliau dengan mesra.  Rupa-rupanya lelaki tersebut masih tidak berubah.  Masih dengan penampilan seperti setahun yang lalu dan juga dengan rokok di tangannya.  Si Sheikh menguatkan semangat beliau untuk memberikan ceramah.

Selepas 20 minit ceramah, perkara yang sama berlaku.  Iaitu ada bercakap sana-sini.  Ada yang tidur.  Ada yang mundar-mandir di dalam majlis ilmu dan ada juga yang menghisap rokok.  Tidak berubah dari tahun yang lalu.  Si Sheikh berasa sedikit kecewa namun ceramah tetap diteruskan demi untuk menyampaikan dakwah.

Seperti biasa, selepas ceramah lalu diadakan sesi soal-jawab.  Hanya 3 soalan diajukan.  Ini menggambarkan betapa tidak berminatnya penduduk tersebut dengan majlis ilmu yang beliau telah sampaikan.  Mengikut kebiasaan, biasanya di mana-mana pun beliau berceramah, banyak soalan diajukan dan ia menandakan betapa seronoknya pendengar dengan majlis ilmu.  Tetapi di sini hanya 3 sahaja.

Walaupun agak kecewa dengan layanan penduduk terhadap beliau yang datang dari jauh, namun setelah membaca salah satu surat dari pendengar yang mengajukan soalan, kekecewaan beliau terubat.  Beliau kembali semakin bersemangat dan tersenyum.  Kandungan surat itu berbunyi:

“Sheikh, demi ALLAH, saya tidak pernah meninggalkan walau satu hari pun solat sunnat Witir sejak setahun lepas selepas saya mendengar Sheikh menceritakan tentang solat Witir dalam ceramah yang tuan Sheikh sampaikan tahun lalu.”

ALLAHU AKBAR!

Rupa-rupanya ada juga insan yang mengambil manfaat atas apa yang beliau telah sampaikan.  Walaupun persoalan solat sunnat Witir itu cuma salah satu daripada banyak perkara yang beliau telah sentuh dalam ceramah, tetapi apabila mendapat tahu bahawa ada orang mengamalkannya asbab dari ceramah tersebut, malah orang itu istiqamah pula, ia cukup menggembirakan Sheikh tersebut.

Selepas peristiwa itu, si Sheikh cuba untuk membuangkan perasaan kecewa atau hampa akibat dari layanan para pendengarnya.  Mengingati peristiwa tersebut membuatkan beliau sentiasa bersemangat untuk menyampaikan dakwah walau sejauh mana pun tempat itu dan bagaimana pun layanan masyarakat setempat.

Ternyata, dalam ramai-ramai orang kampung itu, walaupun majoriti tidak memberikan perhatian, namun di sana tentu ada orang yang menyambut seruan dakwah.  Kalau tidak ramai, seorang pun sudah cukup.  Memang suatu yang menggembirakan buat pendakwah jika mengetahui apa yang disampaikannya diamalkan oleh para pendengar yang hadir.

Tuan/puan sekalian yang dirahmati ALLAH sekalian,

Kisah di atas cuma secuit contoh dari masyarakat yang boleh diambil iktibar dan pengajaran.  Sudah tentulah kisah-kisah besar dari para Nabi, Rasul dan para pejuang yang memperjuangkan agama ALLAH sentiasa menjadi pedoman ampuh buat kita semua dalam terus bersemangat mencari redha ALLAH melalui usaha dakwah.

Dan hadith dari Abu Mas`ud `Uqbah bin `Amr al-Ansori al-Badri radhiAllahu `anhu ini sentiasa menjadi motivasi dan inspirasi besar buat para pendakwah untuk terus menyampaikan dakwah, iaitu Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah bersabda:

“Barangsiapa yang memberi petunjuk kepada kebaikan maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya” 

(HR Muslim)

Dan jika tiada langsung yang menyahut seruan dakwahmu wahai pendakwah, jangan bersedih dan layu semangat, kerana ALLAH sentiasa melihat usahamu dan pasti akan membalasinya.

ALLAH Subhanahu wa Ta`ala berfirman:

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ

Maksudnya:  ”Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya.”  

(Surah al-Zalzalah, ayat ke-7.)

Kebaikan dari sisi ALLAH buat penyeru kebaikan dan pendakwah pasti ada walau zahirnya nampak seperti gagal atau tidak berhasil.

Peranan pendakwah adalah terus menyampaikan seruan-seruan kebaikan.  Adapun tentang perubahan yang bakal terjadi kepada orang yang didakwah itu serahkan sahaja pada ALLAH.  Terpulang kepada ALLAH.  DIA lah memberikan hidayah dan taufiq kepada hamba-hambaNYA.

Sebagaimana kisah di atas telah memberi inspirasi buat saya, saya berharap kisah ini bermanfaat juga buat tuan/puan yang membacanya, khususnya buat para pendakwah.  Dan kena ingat, kita semua adalah pendakwah.

Sekadar menyampaikan,

Shahmuzir Nordzahir
2 Mac 2012.

Ubi



Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
”Saya tidak dapat membuaDi ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.
Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.
‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”
sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.
Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.