Ahad, 11 Mac 2012

Kasih ibu syurga


Gambar yang memaparkan seorang lelaki tua membawa ibunya untuk mendapatkan rawatan di hospital telah menyentuh hati jutaan pengguna internet.

Gambar tersebut telah dirakam oleh seorang pelajar institusi pengajian tinggi yangmenyaksikan anak dan ibu itu di Pusat Perubatan Chi Mei di Taiwan.
Setelah dimuatnaikkan ke internet, gambar itu menjadi popular dan hangat dibicarakan.

Dalam tempoh tiga hari , topik yang paling hangat dibincangkan dalam talian ialah"Siapakah Lelaki Itu?". Beribu-ribu pengguna internet berusaha mencari identiti lelaki itu.

Pencarian itu berakhir apabila identiti lelaki berusia 62 tahun itu didedahkan. Lelaki yang dikenali Ding Zhu Ji itu merupakan bekas pegawai Biro PenyiasatanKementerian Kehakiman yang berpangkalan di Tainan.
Bekas rakan sekerja beliau memberitahu Apple Daily bahawa Ding memohon untuk bersara awal kerana mahu menjaga ibunya pada tahun 2007, setahun selepasbapanya meninggal dunia. (Had umur persaraan wajib di Taiwan ialah 65.)
Ibu Ding berusia 85 tahun mengalami kecederaan di kakinya bulan lepas dan ketika gambar di atas dirakam, ibu Ding sedang menunggu giliran untuk rawatan susulan.


"Kami tidak terkejut. Beliau anak yang penyayang dan taat kepada ibu bapa," kata seorang bekas rakan sekerja Ding. - DCM

Jumaat, 9 Mac 2012

Imam akhirat

"Hanya gambar yang saya dapat sampaikan untuk meluahkan perasaan saya bahawa saya amat kecewa dengan Kesombongan intitusi Mahkamah terhadap golongan Mustadh'afin.









"

Pensyarah


"Bismillah walhamdulillah.Saat Indah : Belajar dan mengajar. Kedua-duanya memang indah. Kerana

من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له طريقا إلى الجنة )قال رسول الله ( ص) ;
Barangsiapa berusaha menuju satu jalan menuntut ilmu, Allah s.w.t akan permudahkan baginya satu jalan ke Syurga



اغد عالما او متعلما أو مستمعا أو محبا ولا تكن الخامسة فتهلك )وقال أيضا :
Berpagilah kamu sebagai seorang ‘alim,atau orang yang belajar, atau orang yang mendengar ilmu atau (sekurang-kurangnya) cintakan ilmu dan janganlah jadi golongan kelima (iaitu orang yang tidak tergolong dari 4 ciri yang disebutkan) maka binasalah
Bagi diri saya, belajar itu lebih  indah sesuai dengan keberhajatan saya terhadap penambahan ilmu yg sangat sedikit @ ‘ bertambah kurang ‘. Bolehkah ilmu berkurang ? Allah berkuasa ke atas sesuatu. Satu kenyataan yang wajib untuk kita imani. Antara faktor ilmu boleh berkurang ialah :
1- jauh untuk mengamalkan ilmu tersebut
2- banyak melakukan maksiat
3-belajar tak ikhlas
Imam Waqie’ pernah berpesan kepada anak muridnya iaitu Imam As-syafei :
“ sesungguhnya ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberi kepada orang yang melakukan maksiat “
Lantaran itu, kita mesti berusaha ke arah ‘sifar maksiat ‘ , jika mustahil sekurang-kurangnya kita dapat ‘meminimizekan’ kadar atau kuantitinya dari hari kehari. Saya suka untuk berkongsi kehebatan sifat Allah Maha Pengampun kerana sifat tersebut memberi peluang untuk kita kembali kepangkal jalan. Justeru, selagi diberi nyawa dan kehidupan, maka tiada alasan untuk kita tidak berubah.
Sebenarnya, belajar dan mengajar telah pun kita (praktik) dalam kehidupan kita samaada secara lansung ataupun tidak, dan secara sedar atau diluar sedar. Kalau tidak menjadi guru di sekolah, paling tidak, kita menjadi guru kepada anak-anak , adik-adik kita. Maka, belajar apatah lagi !. Zaman sekarang hampir mustahil orang tak berpeluang untuk belajar khususnya di Malaysia dan kecil bilangannya. Tapi yang sengaja tak nak belajar itulah yang kita bimbangi. ‘ Sangat ramai ‘.
Salah faham.
Saya rasa kita semua faham. Cuma adakalanya kita hilang faham disebabkan sengaja buat-buat tak faham. Maksud saya , konsep belajar dan mengajar. 2 perkara yang sangat-sangat sinonim dalam kehidupan ummat manusia iaitu dikaitkan dengan ilmu. Maka orang yang ingin belajar dan mengajar dia perlu mendapatkan ilmu dan menyampaikan ilmu. Menuntut ilmu (belajar) haruslah berterusan. Konsep
من المهد إلى اللهد
Harus diterapkan dalam minda kita iaitu menuntut ilmu tanpa batas masa dan usia. Sebenarnya, tulisan saya lebih kepada untuk berkongsi pengalaman peribadi. Namun saya suka untuk berkongsi peringatan agar ianya jadi lebih bermanfaat. InsyaAllah.
Saya berharap sangat, dapat menikmati zaman belajar dikala ini tanpa terikat dengan tanggungjawab bekerja. Namun, hampir sukar untuk dilaksana. Begitulah cabarannya bagi insane-insan yang kurang muda. Justeru natijah dari coretan saya ini kita dapat simpulkan, masa muda, masa belum banyak tanggungjawab hendaklah digunakan untuk menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh. Bak orang kata
‘ biar jadi ‘alim ‘
Untuk akhirnya, belajar dan ajarkanlah ilmu yang ada walaupun sedikit. InsyaAllah, ilmu itu akan berkembang dan bertambah jika kita bertanggungjawab atas dua perkara yang saya telah sebutkan tadi iaitu belajar dan mengajar.
‘ Memang indah ‘
Sekian. Wassalam.

awet muda

1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.


5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. - Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

13. Amalkan solat tahajud.

14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

16. Maafkan semua orang sebelum tidur.

Khamis, 8 Mac 2012

mee

Saat menyusuri sebuah jalan, ia melewati sebuah kedai mee dan ia mencium harumnya aroma masakan. Ia ingin sekali memesan semangkuk mi, tetapi ia tidak mempunyai wang.

Pemilik kedai melihat Anas berdiri cukup lama di depan kedainya, lalu berkata: "Anak, apakah engkau ingin memesan semangkuk mee?" "Ya, tetapi, aku tidak membawa wang" jawab Anas dengan malu-malu.

"Tidak apa-apa, aku akan memberikan padamu" jawab si pemilik kedai. "Sila duduk, aku akan memasakkan mee untukmu".

Tidak lama kemudian, pemilik kedai itu mengantarkan semangkuk mee. Anas makan beberapa suap, kemudian air matanya mulai berlinang. "Ada apa anak?" Tanya si pemilik kedai. "Tidak apa-apa" aku hanya terharu jawab Ana sambil mengeringkan air matanya.

"Bahkan, seorang yang baru kukenal pun memberi aku semangkuk mee! Tetapi ... ibuku sendiri, setelah bertengkar denganku, mengusirku dari rumah dan mengatakan kepadaku agar jangan kembali lagi. Kau, seorang yang baru kukenal, tetapi begitu peduli denganku dibandingkan dengan ibu kandungku sendiri "katanya kepada pemilik kedai.

Pemilik kedai itu setelah mendengar perkataan Anas, menarik nafas panjang lalu berkata:
"Anak, mengapa kau berfikir seperti itu? Renungkanlah hal ini, aku hanya memberi semangkuk mee dan kau begitu terharu. Ibumu telah memasak mee dan nasi untukmu saat kau kecil sampai saat ini, mengapa kau tidak berterima kasih kepadanya? Dan kau malah bertengkar dengannya. "

Anas terkejut mendengar hal tersebut.
"Mengapa aku tidak berfikir tentang hal itu? Untuk semangkuk mee dari orang yang baru kukenal, aku begitu berterima kasih. Tetapi kepada ibuku yg memasak untukku selama bertahun-tahun, aku bahkan tidak memperlihatkan kepedulianku kepadanya. Dan hanya kerana persoalan remeh, aku bertengkar dengannya.

Anas menghabiskan meenya, lalu ia menguatkan dirinya untuk segera pulang ke rumahnya. Saat berjalan ke rumah, ia memikirkan kata-kata yg harus diucapkan kepada ibunya.

Setelah sampai di muka pintu rumah, ia melihat ibunya berwajah letih dan cemas. Ketika bertemu dengan Anas, kalimat pertama yang keluar dari mulutnya adalah "Anas, kau sudah pulang. Cepat masuklah, Ibu telah menyiapkan makan malam. Makanlah dahulu sebelum kau tidur. Makanan akan sejuk jika kau tidak memakannya sekarang "

Pada saat itu Anas tidak dapat menahan tangisnya. Ia pun menangis di pelukan ibunya.

Sekali waktu, kita mungkin akan sangat berterima kasih kepada orang lain di sekitar kita untuk suatu pertolongan kecil yang diberikan kepada kita. Tetapi kepada orang yang sangat dekat dengan kita, khususnya orang tua kita, kita harus ingat bahawa kita berterima kasih kepada mereka seumur hidup kita