"Bismillah walhamdulillah.Saat Indah : Belajar dan mengajar. Kedua-duanya memang indah. Kerana
من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له طريقا إلى الجنة )قال رسول الله ( ص) ;
Barangsiapa berusaha menuju satu jalan menuntut ilmu, Allah s.w.t akan permudahkan baginya satu jalan ke Syurga
اغد عالما او متعلما أو مستمعا أو محبا ولا تكن الخامسة فتهلك )وقال أيضا :
Berpagilah kamu sebagai seorang ‘alim,atau orang yang belajar, atau orang yang mendengar ilmu atau (sekurang-kurangnya) cintakan ilmu dan janganlah jadi golongan kelima (iaitu orang yang tidak tergolong dari 4 ciri yang disebutkan) maka binasalah
Bagi diri saya, belajar itu lebih indah sesuai dengan keberhajatan saya terhadap penambahan ilmu yg sangat sedikit @ ‘ bertambah kurang ‘. Bolehkah ilmu berkurang ? Allah berkuasa ke atas sesuatu. Satu kenyataan yang wajib untuk kita imani. Antara faktor ilmu boleh berkurang ialah :
1- jauh untuk mengamalkan ilmu tersebut
2- banyak melakukan maksiat
3-belajar tak ikhlas
Imam Waqie’ pernah berpesan kepada anak muridnya iaitu Imam As-syafei :
“ sesungguhnya ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberi kepada orang yang melakukan maksiat “
Lantaran itu, kita mesti berusaha ke arah ‘sifar maksiat ‘ , jika mustahil sekurang-kurangnya kita dapat ‘meminimizekan’ kadar atau kuantitinya dari hari kehari. Saya suka untuk berkongsi kehebatan sifat Allah Maha Pengampun kerana sifat tersebut memberi peluang untuk kita kembali kepangkal jalan. Justeru, selagi diberi nyawa dan kehidupan, maka tiada alasan untuk kita tidak berubah.
Sebenarnya, belajar dan mengajar telah pun kita (praktik) dalam kehidupan kita samaada secara lansung ataupun tidak, dan secara sedar atau diluar sedar. Kalau tidak menjadi guru di sekolah, paling tidak, kita menjadi guru kepada anak-anak , adik-adik kita. Maka, belajar apatah lagi !. Zaman sekarang hampir mustahil orang tak berpeluang untuk belajar khususnya di Malaysia dan kecil bilangannya. Tapi yang sengaja tak nak belajar itulah yang kita bimbangi. ‘ Sangat ramai ‘.
Salah faham.
Saya rasa kita semua faham. Cuma adakalanya kita hilang faham disebabkan sengaja buat-buat tak faham. Maksud saya , konsep belajar dan mengajar. 2 perkara yang sangat-sangat sinonim dalam kehidupan ummat manusia iaitu dikaitkan dengan ilmu. Maka orang yang ingin belajar dan mengajar dia perlu mendapatkan ilmu dan menyampaikan ilmu. Menuntut ilmu (belajar) haruslah berterusan. Konsep
من المهد إلى اللهد
Harus diterapkan dalam minda kita iaitu menuntut ilmu tanpa batas masa dan usia. Sebenarnya, tulisan saya lebih kepada untuk berkongsi pengalaman peribadi. Namun saya suka untuk berkongsi peringatan agar ianya jadi lebih bermanfaat. InsyaAllah.
Saya berharap sangat, dapat menikmati zaman belajar dikala ini tanpa terikat dengan tanggungjawab bekerja. Namun, hampir sukar untuk dilaksana. Begitulah cabarannya bagi insane-insan yang kurang muda. Justeru natijah dari coretan saya ini kita dapat simpulkan, masa muda, masa belum banyak tanggungjawab hendaklah digunakan untuk menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh. Bak orang kata
‘ biar jadi ‘alim ‘
Untuk akhirnya, belajar dan ajarkanlah ilmu yang ada walaupun sedikit. InsyaAllah, ilmu itu akan berkembang dan bertambah jika kita bertanggungjawab atas dua perkara yang saya telah sebutkan tadi iaitu belajar dan mengajar.
‘ Memang indah ‘
Sekian. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan