Ahad, 18 Mac 2012


Muhasabah Diri:-
◕ Jika Allah ingin membinasakan seseorang itu, dihantar-Nya nikmat yang mana dengan nikmat itu, dia semakin jauh dari rahmat Allah. Itulah tanda Istidraaj.

Cth:
1) Dia tak solat dan tak keluar zakat, tapi kaya punyai kereta besar, hidup mewah.
2) Dia tak usaha dan tak berdoa, tapi keluar result exam gempak dari mereka2 yang solat malam dan berdoa siang malam.

◕ Jika Allah sayangkan seseorang itu, dihantarnya ujian atau 'test'. Allah tidak akan bebani seseorang itu melainkan dengan kadar yang boleh dipikulnya. Itulah tanda ar-Rahman dan ar-Rahim.

Cth:
1) Dia ditimpa pelbagai kesusahan dan kesulitan namun hatinya tetap tidak berputus asa dengan rahmat Allah.
2) Dia solat siang dan malam tapi apa yang dihajatinya masih belum membuahkan hasil, tapi hati tetap tenang dan sabar kerana mengetahui Allah sentiasa dekat dihatinya.






"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan