Amber Alert ini mudah. Buang red tape dan menganggap semuo anak orang adolah anak kito jugak. Contoh :
a. Seorang budak hilang di dopan pintu sekolah pd pukul 2.00 tgh
b. Disedari oleh bapanya dan trus buek report Polis
c. Polis minta gambar dan pakaian terakhir anak
d. Polis MMS gambar pd seluruh jabatan Polis. Tidak lupo jugo kpd stesyen tv, radio, celcom, maxis dan PLUS.
e. Pada pukul 2.17 tgh, rancangan telenovela tv3 tergendala utk memberi laluan kpd berita terkini pasal budak hilang.
f. Pukul 2.19 tgh, berita kecil Astro Awani menyiarkan gmbr dan info2 budak hilang tadi. Ia disiarkan seharian dgn kaler merah berkelip menunjukkan kecemasan sdg berlaku.
g. Nashita bukak Awani pd pukul 2.56 tgh dan perasan bhw budak yg hilang tadi adolah rakan anaknya. Dio perasan time dio amik anaknya di sekolah, budak tu dilihat menaikki van toyota kaler putih. Nashita trus hubungi nombor yg tertera di skrin.
h. Pukul 3.00 tgh Awani update info bhw budak yg hilang tadi kali terakhir dilihat menaikki van kaler putih. 3.05 tgh tv3 menghentikan siaran dan update berita terkini ttg budak tadi.
i. 3.15 tgh Polis dihujani ratusan panggilan bhw pemanggil ternampak van toyota kaler putih di pelbagai tempat. Polis trus isu 17 roadblock jalan di Kuala Lumpur.
j. Pukul 8.00 malam Buletin Utama menyiarkan kejayaan PDRM menemui kembali budak yg dilaporkan hilang pd pukul 5.13 ptg serta menangkap 2 lelaki yg didakwa telah menculiknya di sekatan Jalan Kuching, KL.
9] Ringkasnya Amber Alert adolah kepantasan menyalurkan maklumat kpd publik dan publik tadi menjadi mato-mato kpd pihak berkuaso. Tak guno jugak pakai Amber Alert kalau masyarakat tidak peka, sensitif dan empati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan