Khamis, 1 Mac 2012

5 FY

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM


Yahudi ini boleh diibaratkan serupa dengan syaitan dalam perancangan mereka untuk memastikan agar semua bhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3dsRKx9vJxhFAjNHeSUdbV9_JyWzFZzZslnGqhfgksGy_Zl4RMrjxPlgQPoS5Div1NAl-y9z0jVLz7zGyUsEds8AjoC0cw89anxPcjonZ05x2ejTNlQiey4uZnn5SqQYaIZCRVTqjLbY/s1600/hancus+yahudi.pngangsa manusia diseret ke dalam neraka pada hari kiamat.


PELBAGAI kaedah dan cara dirangka syaitan bagi menjahanamkan manusia agar sama-sama dengan mereka mendiami neraka yang panasnya berkali-kali ganda daripada api dunia seperti yang ditegaskan oleh hadis baginda s.a.w. daripada riwayat Abu Hurairah.

 Baginda menegaskan: “Kepanasan api kamu yang digunakan oleh anak Adam di dunia ini hanyalah sepertujuh puluh kepanasan api neraka jahanam.” Sahabat-sahabat baginda berkata: “Demi Allah ! Sesungguhnya sekadar itu pun cukuplah untuk menyeksa.” Baginda s.a.w. bersabda: “Meskipun demikian,kepanasan neraka jahanam ditambah melebihi kepanasan api dunia sebanya enam puluh sembilan bahagian yang tiap-tiap satunya seperti kepanasan api di dunia ini.”

Antara tugas syaitan bagi menyesatkan manusia antara lain ialah:
1. Menghasut manusia untuk melakukan kejahatan. Sebab itu Allah mengingati manusia supaya berwaspada dengan hasutan terbabit. “Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara yang keji, dan menyuruh kamu berkata dusta terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui.” (al-Baqarah:168-169)

2. Menakut-nakutkan manusia. Syaitan juga bekerja menakutkan dan membimbangkan manusia, terutama berdepan persoalan rezeki, dengan hidup miskin dan susah. “Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedangkan Allah menjanjikan kamu keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurnia-Nya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah: 268)

3. Menyesatkan manusia. “Tidakkah engkau melihat orang yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada al- Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya ingkar kepada taghut itu. Dan syaitan hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.” (an-Nisa’:60)

4. Menimbulkan permusuhan sesama manusia. Cara syaitan ialah menimbulkan syak wasangka, hasad dengki dan kebencian. “Sesungguhnya syaitan itu berkehendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan arak dan judi…” (al- Maidah: 91)

5. Melalaikan dan menghalang manusia daripada mengingati Allah. “… dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti?” (al-Maidah: 91)

6. Mencari calon penghuni neraka. “Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagimu, maka jadikanlah dia musuh; sebenarnya dia hanya menyeru golongannya supaya menjadi penduduk Neraka.” (Fathir:6)

7. Berusaha merayu manusia supaya mencintai dan memujanya. “Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagimu!” (Yasin: 60)

8. Disebabkan tidak senang dengan ketenangan manusia, syaitan mengadaadakan pelbagai onar, termasuk membisikkan sesuatu ke telinga dan hati manusia. “Daripada kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. Daripada kalangan jin dan manusia.” (an-Nas: 4-6)
Jelas daripada kategori tugastugas syaitan di atas, kita boleh buat kesimpulan, bahawa makhluk syaitan ini tidak akan berdiam diri dengan bertindak untuk memastikan ramai di kalangan manusia menempah tempat dalam api neraka, justeru di antara manusia yang sanggup menjadi kawan rapatnya ialah yang berbangsa Yahudi. Merekalah dalang pada hari ini bagaimana ramai manusia selain mereka hancur lebur pegangan terhadap agama masingmasing, apatah hubungan mereka terhadap Allah SWT.

Antara agenda merosakkan manusia yang berjaya diperkenalkan oleh Yahudi ialah 5F, iaitu :
1. Fun (Hiburan)
2. Film (Filem)
3. Family (Keluarga) 4. Fashion (Fesyen)
5. Food (Makanan)

Sebenarnya golongan Yahudi ini boleh diibaratkan serupa dengan syaitan dalam perancangan mereka untuk memastikan agar semua bangsa manusia diseret ke dalam neraka pada hari kiamat. Ini kerana mereka sedar bahawa dengan kejahatan mereka lakukan, tidak memungkinkan akan masuk syurga, justeru, mereka membuat angkara, alang-alang buat jahat, maka Yahudi merancang segenap dan pelbagai kejahatan agar manusia sama-sama masuk neraka.

Fun (hiburan)
Sesungguhnya bangsa Yahudi ini memang cekap dalam merekacipta pelbagai bentuk hiburan yang melalaikan manusia. Ada hiburan yang berbentuk pertandingan nyanyian bagi menggalakkan lebih ramai anak muda terlibat. Mereka adalah generasi harapan bangsa dan negara, rosak mereka bererti rosaklah masa depan negara dan bangsa. Segenap program realiti seperti Akademi Fantasia, Pilih Kasih, Mentor, Malaysian Idol, Raja Lawak dan sebagainya adalah berinspirasikan idea-idea Yahudi yang menganjurkan anak-anak muda Islam terutamanya agar hilang jati diri mereka dengan Islam itu sendiri.

Bagi melekakan manusia, pihak tertentu menganjurkan malam-malam anugerah bagi mengiktiraf penglibatan mereka. Tetapi tidak menganjurkan malam-malam anugerah untuk yang menyedarkan manusia seperti para pentazkirah atau penceramah agama, malah ada yang dilemparkan katakata nista ke atas mereka seperti apa yang berlaku kepada Ustaz Azhar Idrus (pendakwah/penceramah/motivator) yang banyak menyedarkan golongan anakanak muda untuk kembali ke pangkalan, sudahlah tidak dapat anugerah, malah menerima kutukan segelintir manusia yang jahat hatinya, itulah yang pernah dialami oleh baginda s.a.w.

Filem
Hollywood merupakan sebuah gedung industri perfilemen terkemuka dunia. Peralatan yang serba canggih yang dimilikinya mampu mereka-cipta pelbagai filem yang mampu menarik minat jutaan penonton di dunia, tetapi sedarkah kita bahawa yang menjadi nadi penggerak di sebalik kejayaan Hollywood adalah bangsa Yahudi.

Ia tidak terkecuali pembuatan filem tanah air juga pesat dengan pelbagai pendekatan, ada filem seram, kisah cinta, komedi dan yang lain, tetapi sebenarnya penglibatan dalam satu-satu pembikinan filem mengambil masa yang lama dan barisan pelakon terpaksa menghafal skrip untuk memastikan lakonannya benar-benar, apa yang pasti, ramai di kalangan pelakon termasuk anggota krew yang tidak menunaikan solat, apatah lagi membabitkan dandanan penampilan seseorang, ini bukan fitnah, tetapi diceritakan sendiri oleh bekas pelakon yang sudah mula cuci tangan dan meninggalkan kerjaya sebagai seniman.

Family (Keluarga)
Akibat daripada tidak menguasai dan beramal dengan ilmu agama, lantaran tidak bersolat jemaah dan duduk dalam majlis ilmu, maka akan lahir ramai golongan dayus seperti seorang ayah yang tidak sensitif dengan penampilan anak gadisnya ketika keluar rumah tanpa memakai pakaian yang menutup auratnya dengan sempurna. Begitu juga seorang suami yang hanya membiarkan isterinya mendedahkan aurat di hadapan khalayak ramai tanpa perasaan bersalah di hadapan Allah. Akhirnya, berlaku sumbang mahram yang memporakperandakan institusi keluarga akibat tidak mengamalkan ajaran Islam dengan baik.

Fesyen
Ini satu lagi taktik Yahudi untuk menjahanamkan umat Islam, khususnya gadis-gadis muslimah yang gemar terlibat dalam pertunjukan fesyen yang sebenarnya perancangan Yahudi, begitu juga dengan pertandingan ratu cantik dengan fesyen pakaian yang mendedahkan aurat, tidak cukup dengan itu, terdapat anak-anak gadis Melayu yang bertudung kepala tetapi memakai baju lengan pendek dan berseluar ketat, ia bukanlah pakaian ‘Muslimah Tulen’, tetapi lebih kepada fesyen dan trend anak-anak muda hari ini.

Food (Makanan)
Beberapa syarikat makanan segera terkemuka seluruh dunia yang di belakang mereka adalah Yahudi. Mereka membuat iklan dengan akhlak yang tidak senonoh, kadang-kadang menggunakan khidmat individu Melayu bagi melakukan barangan dagangan mereka, walaupun matlamat tidak menghalalkan cara. Ingatlah firman Allah SWT menerusi ayat 6 surah Fatir yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan