Ahad, 11 Mac 2012

Neraka


"

Lima daripada enam tentera Britain yang terbunuh dalam letupan periuk api Taliban semalam adalah para tentera yang masih muda. Usia mereka tak sampai 21 tahun.

Kementrian Pertahanan Britain mengatakan secara rasmi, bahawa lima dari enam tentera yang terbunuh di Afghanistan selatan semalam masih berusia di bawah 21 tahun.

Korban terbunuh termuda berusia 19 tahun Pratu Christopher Kershaw, sementara tiga tentera lain berusia 20 dan 21 tahun.

Kelima tentera yang terbunuh itu berasal dari Batalion 3 Rejimen Yorkshire.

Sementara, korban tertua dalam insiden semalam adalah Sersan Nigel Coupe, berusia 33 tahun dari Batalion 1 Rejimen Duke Lancaster.

Pada Khamis yang lalu, Taliban membuat kenyataan bahawa mereka yang bertanggung jawab atas serangan itu, mereka mengatakan telah menggunakan periuk api.

"Mujahidin telah melaporkan bahawa periuk api mereka meledakkan tank pasukan penjajah Britain di daerah Greshk. Semua penjajah di tank tersebut terbunuh dan terbakar," kata Taliban dalam sebuah pernyataan di website mereka.

Pada Selasa lalu, enam tentera Britain terbunuh ketika sebuah letupan besar menghentam trak mereka ketika mengawal di kota Lashkar Gah di wilayah Helmand, Afghanistan selatan.

Insiden itu merupakan kerugian terbesar Britain di Afghanistan sejak 2 September 2006, ketika 14 tentera mereka terbunuh di saat pesawat Nimrod jatuh dalam misi pengintipan di wilayah udara Negeri Helmand.

Menurut angka rasmi yang dikeluarkan laman icasualties.org, sebanyak 404 tentera Britain telah terbunuh sejak mereka ikut menceroboh Afghanistan tahun 2001.

Britain dilaporkan mempunyai kira-kira 9.500 prajurit tentera di Afghanistan. Negara ini menjadi negara kedua terbesar yang menghantar tenteranya ke Afghanistan selepas Amerika Syarikat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan