Nabi Musa adalah satu-satunya Nabiyang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendakbermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akanbercakap dengan Allah s.w.t. NabiMusa sering bertanya & Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilahkelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telahbertanya kepada Allah s.w.t.
"Ya Allah, siapakah orang di syurga nantiyang akan berjiran dengan aku?".
Allah s.w.t pun menjawab denganmengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapatjawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina & terus berjalan mengikut tempatyang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai jugaNabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemudengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk & duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalambilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambilmembawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat.
NabiMusa terkejut melihatnya.
"Apa hal ini?"
kata Nabi Musa berbisik dalamhatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan & dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilapsampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidaklama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantanyang lebih besar. Babi itu juga dimandikan & dibersihkan. Kemudian dilaphingga kering & dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itukemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan NabiMusa.
"Wahai saudara! Apa agama kamu?".
"Aku agama Tauhid",jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi?
Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa a.s.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu.
"Sebenarnya kedua babi ituadalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allahs.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosamereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t..Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari akuberbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi.
Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi,
aku tetap melaksanakan tugasku.",sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan.
Akubermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yangsebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemudaitu lagi.
Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musaa.s.
"Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti,hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yangsudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga.
Oleh itu, Kami naikkanmaqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud:
"Oleh kerana dia telahberada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempatkedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan kedalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapatmenebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini jugahendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga keperingkat rupa ayah & ibunya seperti babi.
Mudah-mudahan ibubapa kitamendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Allah SWT berfirman:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia & hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjutan dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” & janganlah kamu membentak mereka & ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia."
(Al-Israa', 17: 23)
Allah SWT berfirman:
"Katakanlah (Muhammad): “Marilah aku bacakan apa yang diharamkan Tuhan kepadamu:
Janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan apa pun, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana miskin.."
(Al-An'am, 6: 151)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan