Rabu, 21 Mac 2012

Inovasi

Tuan Pengarang

Kerajaan BN mewarwarkan akan memperundangkan tugas isi rumah mesti mengasingkan sampah mengikut katogeri masing-masing sebelum dibuang ke dalam tong sampah. 

Undang-undang yang tidak masuk akal. Tujuannya untuk memudahkan kitar semula. Dikatakan hendak menjaga alam sekitar.

Memang kita menyokong hendak menjaga alam sekitar. Tetapi kenapa rakyat terutama rakyat bawahan mesti dipaksakan sesuatu yang tidak masuk akal. 

Antara sebab yang kita difahamkan ialah plastik tidak boleh hancur sehingga beratus tahun dan sisa makanan mengeluarkan gas methane. 

Jika itu saja sebabnya tidaklah jadi hal. Bukankah Malaysia mempunyai ramai teknokrat saintis yang berinovasi. 

Berbagai inovasi telah diciptakan oleh para pakar inovasi, sehingga mendapat anugerah emas dan sebagainya. 

Jika ciptaan-ciptaan hebat boleh dibuat takkan masalah sekecil ini tidak dapat dibuat. Masalah sampah yang membelenggu semua orang. Masalah rakyat jadi masalah negara. 

Jika kita menonton berita TV sebelum ini, Kerajaan pakatan rakyat Selangor bernasib tidak baik kerana sampah menjadi saudara kembarnya. 

Apabila rakyat  ditemuramah, tentulah rakyat marah kerana sampah memberikan masalah kepada semua. Macam mana dengan negeri-negeri lain, tidak ada masalah sampahkah?. 

Kita rasa tidak mungkin negeri-negeri lain tidak ada masalah sampah. Kita pernah lihat berita suatu ketika dulu petani di Perlis  merungut, cecair yang mengalir dari timbunan tempat pembuangan sampah yang dikhaskan merosakan tanaman padi mereka. 

Jika pergi membeli belah pada hari Sabtu di pasaraya besar seperti Giant, Tesco dan sebagainya, mereka tidak akan memberi plastik  untuk diisi barang-barang yang dibeli. 

Mereka menjual beg untuk diisi barang. Ada pasaraya yang menawarkan plastik untuk diisi barang tetapi plastik itu kena bayar. 

Tidakkah ini memeras rakyat sebaliknya menguntungkan taukeh?. Kedai rakyat satu Malaysia tak tahulah pula sebab tak pernah pergi.

Di manakah saintis berinovasi yang hebat-hebat untuk mencipta sampah yang menjadi masalah rakyat langsung masalah negara kepada bahan yang berguna dan bernilai tinggi. 

Rakyat peduli apa dengan ciptaan inovasi mereka yang hebat-hebat tetapi tidak menyelesaikan masalah asas rakyat. 

Mengikut Francis Gurry, ketua pengarah World Intellectual Property Organization, “inovasi ialah ruang/jarak di antara masalah dan penyelesaian”, (kalau tak percaya sila rujuk www.wipo.int). 

Ini bermakna inovasi ialah bila manusia menghadapi sesuatu masalah kemudian mencari ilham menyelesaikan masalah. 

Daripada ilham itu lahirlah suatu ciptaan yang berguna kepada manusia. Bukan saja-saja
mencari apa yang hendak dicipta untuk masuk pertandingan mencipta. Itu inovasi syok sendiri namanya. 

Penciptaan plastik itu adalah inovasi daripada orang yang mula-mula mengilhamkanya. Kerana pada masa itu barang-barang di bungkus dengan kertas yang sifatnya mudah koyak dan barang-barang akan tercicir. 

Sudah sekian lama manusia selesa dengan beg plastik, kemudian dikatakan menjadi masalah. Bahan-bahan yang dicipta untuk membuat palstik bukannya datang dari cakrawala lain melainkan dari perut bumi juga. 

Takkan tidak ada cara di sudut saintifik yang boleh melupuskannya untuk dipulangkan ke bumi semula. Manusia sendiri pun datang dari tanah pulang juga ke tanah. 

Contohnya sampah yang terhasil termasuk plastik diubah menjadi bahan yang boleh menimbus jalan-jalan berlubang di Sungai Petani Kedah seperti yang dipapar di TV tak lama dulu. 

Jika jalan semua dah elok boleh diguna untuk menambak pantai yang dihakis ombak laut dan seterusnya kegunaan lain-lain. 

Andainya  sampah menjadi bahan beharga tentunya tidak akan bertaburan atau terapung di sana sini. Pemungut-pemungut sampah boleh menjana pendapatan. 

Sisa makanan pula dikatakan menghasilkan gas methane. Jika begitu baguslah.  Semasa sampah diproses untuk menjadi bahan lain ia mengeluarkan gas yang boleh menjana bahan api untuk
menampung bahan yang ada kini yang semakin kekurangan.Ilham yang memberi menafaat kepada manusia itulah dikatakan inovasi. 


Inovasi Mat Sabu


Kita boleh katakan Haji Mat Sabu lebih berinovasi bila dia menimbulkan isu kontra Mat Indra sebelum ini. Sebabnya bila isu Mat Indra ditimbulkan dengan begitu kontra, segala polis dan anggota keselamatan lain di zaman British, kini mendapat durian runtuh. 

Balu mereka pun dapat. Inovasi Mat Sabu tidak perlu dipatenkan untuk perniagaan tetapi memberi keuntungan kepada ramai veteran polis dan anggota keselamatan yang lain termasuk balu mereka.  

Ramai veteran polis dan anggota keselamatan lain yang perkhidmatan mereka tamat sebelum Malaysia merdeka mendapat imbuhan dari kerajaan Malaysia sekarang, (termasuk balu mereka). Dan dengan kadar segera pula. 

Sepatutnya apa-apa imbuhan ditanggung oleh kerajaan British kerana sebelum merdeka British yang memerintah. Bila isu kontra Mat Indra dibawa oleh Mat Sabu tiba-tiba mereka berkenaan menjadi terlalu berharga kepada BN. 

Macam batu di gunung yang mengalami luluhawa bertukar menjadi berlian.  Mereka digunakan oleh BN bagi menjana isu baru memburuk dan menentang pihak lawan. Isu Mat Indra menjadikan mereka itu sangat berharga untuk kepentingan BN.  BN pun tumpang dapat untung dari inovasi Mat Sabu.

Kepentingan BN bukan setakat mereka yang disebut di atas tetapi juga kepada bekas kakitangan Kemas. Mereka ini pun berguna kepada BN walaupun sudah tidak bertugas secara rasmi. 

Mereka mendapat imbuhan agak lumayan dengan hanya pernah menjadi kakitangan kemas selama lima tahun. Kita pesara kumpulan sokongan yang berkhidmat dengan kerajaan Malaysia lebih tiga puluh tahun dibuang macam sampah. 

Semasa dalam perkhidmatan kita memperbaiki kelulusan ke peringkat ijazah setapak demi setapak tanpa batuan. Tetapi bersara pada tahap kumpulan yang sama seperti sewaktu mula-mula berkhidmat. Kerana kerajaan pimpinan BN tidak pun menghargainya untuk mempertimbangkan ke jawatan yang lebih tinggi. 

Mungkin tidak berguna seperti kumpulan yang disebutkan di atas. Peliknya kerajaan pimpinan BN sibuk hendak memanggil pulang rakyat yang telah selesa berada di luar negara. Kononnya mereka yang berada di luar negara itu otak geliga. 

Pesara kakitangan kerajaan kumpulan sokongan yang berada dalam negara yang selama ini berhempas pulas berusaha memperbaiki diri, dibuang dan dilupakan. 

Lebih anih sebelum ini telah dihebahkan bahawa rakyat asing sama ada yang belajar di Malaysia atau yang datang ke Malaysia dan ada kelulusan dipertimbang untuk diberi taraf penduduk tetap. 

Alasannya mereka diperlukan untuk pembangunan negara. Adakah rakyat Malaysia sendiri
tidak layak membangunkan negara mereka sendiri?. Itulah yang dikatakan kerajaan pimpinan BN yang ingin meneruskan kuasanya pada pilihanraya
akan datang. 


Rakyat bawahan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan