Rabu, 21 Mac 2012

Penagih

Di dalam kelas muslimat.. sedang asyik mereka mendengar ilmu dari ustaz, ustaz itu bertanya.. 

Ustaz : "Sebelum kita mengakhiri kelas belajar kita hari ini.. saya ingin bertanya.." "Ada seorang hamba ALLAH.. lelaki. Benar2 ingin mencari jodoh.. tetapi..

salah seorang pelajar bertanya dengan rasa berbunga di hati ..kononnya antara mereka adalah pilihan lelaki tersebut. 

Pelajar A :"eh ustaz.. baguslah tu dia nak ustaz carikan jodoh utk dia. Ustaz pilih jer antara kami"

Pelajar B :" tetapi kenapa ustaz?" dia tak ada duit ka?"

Ustaz :"Pasal duit, kita tak perlu risau.. ALLAH itu Maha Pemberi rezeki.. cuma dia saja yg bermasalah"

Pelajar A :" masalah apa ustaz?"

Ustaz :"Dia adalah bekas penagih dadah.."

Terkedu pelajar2 perempuan mendengarnya.. bermacam2 tanggapan dlm fikiran mereka. Ada yg takut lepas kawin, mesti lelaki tu kaki pukul., atau..sambung balik hisap dadah..atau..macam2 lagi yg mereka fikirkan. Suasana menjadi senyap sunyi..

Ustaz :"Bagaimana ? ada sesiapa yang sudi menerima jejaka ini ?"

Pelajar2 disitu hanya mendiamkan diri.. dalam hati sudah ternyata mereka tidak mahu dengan lelaki itu. Tiba2.. ada seorang pelajar perempuan berdiri dan berkata..

Pelajar C :"Ustaz !. saya dengan rela hati menerimanya.. biarlah saya menjadi isterinya."

Pelajar2 disitu sgt kehairanan dgn pengakuan dari shbt mereka. Ada yg kata gila, hilang akal , dan bodoh.

Akhirnya mereka menikah.. bermulalah kehidupan mereka sbg suami dan isteri..

3 tahun kemudian..

Pelajar C terserempak dengan ustaznya di salah satu Masjid yang berdekatan.

Pelajar C :" Assalamualaikum ustaz!." Tak sangka jumpa disini.."

Ustaz :"Walaikumsalam.. iya..jumpa kita.." (ustaz melemparkan senyuman) "oh ya..kamu datang dengan suami?

Pelajar C :" Iya ustaz.. " Tu pun dia datang !

Ustaz terkejut melihat lelaki itu yang sudah banyak berubah. Mukanya sgt bersih.. keadaannya sgt terurus dan berisi sekarang.. sgt jauh bezanya dri dulu2 yang selekeh dan busuk. kusut masai. Subhanallah.. syukur tidak terkata. Mereka hidup dengan penuh bahagia.. dalam hati ustaz berkata..

"Ya ALLAH.. betapa besarnya pahala si isteri itu..mendidik suami hingga menjadi org yg soleh"..
 

Inovasi

Tuan Pengarang

Kerajaan BN mewarwarkan akan memperundangkan tugas isi rumah mesti mengasingkan sampah mengikut katogeri masing-masing sebelum dibuang ke dalam tong sampah. 

Undang-undang yang tidak masuk akal. Tujuannya untuk memudahkan kitar semula. Dikatakan hendak menjaga alam sekitar.

Memang kita menyokong hendak menjaga alam sekitar. Tetapi kenapa rakyat terutama rakyat bawahan mesti dipaksakan sesuatu yang tidak masuk akal. 

Antara sebab yang kita difahamkan ialah plastik tidak boleh hancur sehingga beratus tahun dan sisa makanan mengeluarkan gas methane. 

Jika itu saja sebabnya tidaklah jadi hal. Bukankah Malaysia mempunyai ramai teknokrat saintis yang berinovasi. 

Berbagai inovasi telah diciptakan oleh para pakar inovasi, sehingga mendapat anugerah emas dan sebagainya. 

Jika ciptaan-ciptaan hebat boleh dibuat takkan masalah sekecil ini tidak dapat dibuat. Masalah sampah yang membelenggu semua orang. Masalah rakyat jadi masalah negara. 

Jika kita menonton berita TV sebelum ini, Kerajaan pakatan rakyat Selangor bernasib tidak baik kerana sampah menjadi saudara kembarnya. 

Apabila rakyat  ditemuramah, tentulah rakyat marah kerana sampah memberikan masalah kepada semua. Macam mana dengan negeri-negeri lain, tidak ada masalah sampahkah?. 

Kita rasa tidak mungkin negeri-negeri lain tidak ada masalah sampah. Kita pernah lihat berita suatu ketika dulu petani di Perlis  merungut, cecair yang mengalir dari timbunan tempat pembuangan sampah yang dikhaskan merosakan tanaman padi mereka. 

Jika pergi membeli belah pada hari Sabtu di pasaraya besar seperti Giant, Tesco dan sebagainya, mereka tidak akan memberi plastik  untuk diisi barang-barang yang dibeli. 

Mereka menjual beg untuk diisi barang. Ada pasaraya yang menawarkan plastik untuk diisi barang tetapi plastik itu kena bayar. 

Tidakkah ini memeras rakyat sebaliknya menguntungkan taukeh?. Kedai rakyat satu Malaysia tak tahulah pula sebab tak pernah pergi.

Di manakah saintis berinovasi yang hebat-hebat untuk mencipta sampah yang menjadi masalah rakyat langsung masalah negara kepada bahan yang berguna dan bernilai tinggi. 

Rakyat peduli apa dengan ciptaan inovasi mereka yang hebat-hebat tetapi tidak menyelesaikan masalah asas rakyat. 

Mengikut Francis Gurry, ketua pengarah World Intellectual Property Organization, “inovasi ialah ruang/jarak di antara masalah dan penyelesaian”, (kalau tak percaya sila rujuk www.wipo.int). 

Ini bermakna inovasi ialah bila manusia menghadapi sesuatu masalah kemudian mencari ilham menyelesaikan masalah. 

Daripada ilham itu lahirlah suatu ciptaan yang berguna kepada manusia. Bukan saja-saja
mencari apa yang hendak dicipta untuk masuk pertandingan mencipta. Itu inovasi syok sendiri namanya. 

Penciptaan plastik itu adalah inovasi daripada orang yang mula-mula mengilhamkanya. Kerana pada masa itu barang-barang di bungkus dengan kertas yang sifatnya mudah koyak dan barang-barang akan tercicir. 

Sudah sekian lama manusia selesa dengan beg plastik, kemudian dikatakan menjadi masalah. Bahan-bahan yang dicipta untuk membuat palstik bukannya datang dari cakrawala lain melainkan dari perut bumi juga. 

Takkan tidak ada cara di sudut saintifik yang boleh melupuskannya untuk dipulangkan ke bumi semula. Manusia sendiri pun datang dari tanah pulang juga ke tanah. 

Contohnya sampah yang terhasil termasuk plastik diubah menjadi bahan yang boleh menimbus jalan-jalan berlubang di Sungai Petani Kedah seperti yang dipapar di TV tak lama dulu. 

Jika jalan semua dah elok boleh diguna untuk menambak pantai yang dihakis ombak laut dan seterusnya kegunaan lain-lain. 

Andainya  sampah menjadi bahan beharga tentunya tidak akan bertaburan atau terapung di sana sini. Pemungut-pemungut sampah boleh menjana pendapatan. 

Sisa makanan pula dikatakan menghasilkan gas methane. Jika begitu baguslah.  Semasa sampah diproses untuk menjadi bahan lain ia mengeluarkan gas yang boleh menjana bahan api untuk
menampung bahan yang ada kini yang semakin kekurangan.Ilham yang memberi menafaat kepada manusia itulah dikatakan inovasi. 


Inovasi Mat Sabu


Kita boleh katakan Haji Mat Sabu lebih berinovasi bila dia menimbulkan isu kontra Mat Indra sebelum ini. Sebabnya bila isu Mat Indra ditimbulkan dengan begitu kontra, segala polis dan anggota keselamatan lain di zaman British, kini mendapat durian runtuh. 

Balu mereka pun dapat. Inovasi Mat Sabu tidak perlu dipatenkan untuk perniagaan tetapi memberi keuntungan kepada ramai veteran polis dan anggota keselamatan yang lain termasuk balu mereka.  

Ramai veteran polis dan anggota keselamatan lain yang perkhidmatan mereka tamat sebelum Malaysia merdeka mendapat imbuhan dari kerajaan Malaysia sekarang, (termasuk balu mereka). Dan dengan kadar segera pula. 

Sepatutnya apa-apa imbuhan ditanggung oleh kerajaan British kerana sebelum merdeka British yang memerintah. Bila isu kontra Mat Indra dibawa oleh Mat Sabu tiba-tiba mereka berkenaan menjadi terlalu berharga kepada BN. 

Macam batu di gunung yang mengalami luluhawa bertukar menjadi berlian.  Mereka digunakan oleh BN bagi menjana isu baru memburuk dan menentang pihak lawan. Isu Mat Indra menjadikan mereka itu sangat berharga untuk kepentingan BN.  BN pun tumpang dapat untung dari inovasi Mat Sabu.

Kepentingan BN bukan setakat mereka yang disebut di atas tetapi juga kepada bekas kakitangan Kemas. Mereka ini pun berguna kepada BN walaupun sudah tidak bertugas secara rasmi. 

Mereka mendapat imbuhan agak lumayan dengan hanya pernah menjadi kakitangan kemas selama lima tahun. Kita pesara kumpulan sokongan yang berkhidmat dengan kerajaan Malaysia lebih tiga puluh tahun dibuang macam sampah. 

Semasa dalam perkhidmatan kita memperbaiki kelulusan ke peringkat ijazah setapak demi setapak tanpa batuan. Tetapi bersara pada tahap kumpulan yang sama seperti sewaktu mula-mula berkhidmat. Kerana kerajaan pimpinan BN tidak pun menghargainya untuk mempertimbangkan ke jawatan yang lebih tinggi. 

Mungkin tidak berguna seperti kumpulan yang disebutkan di atas. Peliknya kerajaan pimpinan BN sibuk hendak memanggil pulang rakyat yang telah selesa berada di luar negara. Kononnya mereka yang berada di luar negara itu otak geliga. 

Pesara kakitangan kerajaan kumpulan sokongan yang berada dalam negara yang selama ini berhempas pulas berusaha memperbaiki diri, dibuang dan dilupakan. 

Lebih anih sebelum ini telah dihebahkan bahawa rakyat asing sama ada yang belajar di Malaysia atau yang datang ke Malaysia dan ada kelulusan dipertimbang untuk diberi taraf penduduk tetap. 

Alasannya mereka diperlukan untuk pembangunan negara. Adakah rakyat Malaysia sendiri
tidak layak membangunkan negara mereka sendiri?. Itulah yang dikatakan kerajaan pimpinan BN yang ingin meneruskan kuasanya pada pilihanraya
akan datang. 


Rakyat bawahan 

Selasa, 20 Mac 2012

Bakti Ibu


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabiyang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendakbermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akanbercakap dengan Allah s.w.t. NabiMusa sering bertanya & Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilahkelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telahbertanya kepada Allah s.w.t.
"Ya Allah, siapakah orang di syurga nantiyang akan berjiran dengan aku?".
Allah s.w.t pun menjawab denganmengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapatjawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina & terus berjalan mengikut tempatyang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai jugaNabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemudengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk & duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalambilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambilmembawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat.

NabiMusa terkejut melihatnya.
"Apa hal ini?"
kata Nabi Musa berbisik dalamhatinya penuh kehairanan.


Babi itu dibersihkan & dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilapsampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidaklama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantanyang lebih besar. Babi itu juga dimandikan & dibersihkan. Kemudian dilaphingga kering & dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itukemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan NabiMusa.
"Wahai saudara! Apa agama kamu?".
"Aku agama Tauhid",jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi?
Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa a.s.


"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu.

"Sebenarnya kedua babi ituadalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allahs.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosamereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t..Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari akuberbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi.

Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi,

aku tetap melaksanakan tugasku.",sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan.

Akubermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yangsebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemudaitu lagi.

Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musaa.s.

"Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti,hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yangsudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga.

Oleh itu, Kami naikkanmaqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud:
"Oleh kerana dia telahberada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempatkedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan kedalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapatmenebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini jugahendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga keperingkat rupa ayah & ibunya seperti babi.
Mudah-mudahan ibubapa kitamendapat tempat yang baik di akhirat kelak.



Allah SWT berfirman:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia & hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjutan dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” & janganlah kamu membentak mereka & ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia."
(Al-Israa', 17: 23)

Allah SWT berfirman:
"Katakanlah (Muhammad): “Marilah aku bacakan apa yang diharamkan Tuhan kepadamu:
Janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan apa pun, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana miskin.."
(Al-An'am, 6: 151)

Mas vs AA

Kerajaan ditipu, diperbodoh AirAsia - MP BN

Abdul Aziz Mustafa,20 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 20 Mac: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah ditipu, diperbodoh dan dipermainkan dalam penggabungan MAS-AirAsia.

"Rupa-rupanya kolaborasi ini telah dimanipulasikan oleh AirAsia itu sendiri," dakwa beliau dalam ucapannya di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menuduh AirAsia memanipulasi penggabungan itu apabila melantik salah seorang pengasas bersama serta ahli lembaga pengarah penerbangan harga rendah itu, Conor McCarthy, sebagai pengarah urusan MAS selepas berlakunya penggabungan itu.

Bung Moktar juga menuduh Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar sebagai "master mind".

"Ini bermakna kerajaan telah ditipu oleh AirAsia - diperbodohkan, dipermainkan melalui Khazanah.

"Oleh sebab itu saya minta SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) siasat Ahli Lembaga Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Azman Mokhtar ini – dia master mind! Dia yang merugikan duit kerajaan, duit rakyat. Kenapa tidak disiasat?" dakwa Ahli Majlis Tertinggi Umno itu.

Selain Azman, Bung Moktar juga menuntut supaya disiasat Pengarah Komersil Interim MAS, Shane Nolan; Ketua Pegawai Kewangan (CFO) MAS, Rozman Omar; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kejuruteraan Aerospace MAS, Azhari Mohd Dahlan dan Ketua Komunikasi Strategik MAS, Nor Zalida Ahmad.

Rozman, Azhari dan Nor Zalida kesemuanya dari AirAsia. Nor Zalida pernah dilaporkan sebagai anak saudara kepada Timbalan CEO AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun.

Sama seperti McCarthy, Nolan adalah dari PlaneConsult, iaitu konsultan AirAsia.

Bung Moktar juga mendakwa, MAS mengalami kerugian sebesar RM2 bilion berikutan penggabungan dengan AirAsia itu.

"Saya cukup sedih bagaimana kolaborasi ini apabila MAS rugi dekat RM2 bilion tetapi AirAsia pula untung RM500 juta!" dakwa beliau.

Beliau meminta penggabungan itu dibatalkan serta-merta.

"Saya mahu mintalah kerajaan agar batalkan kolaborasi ini dengan serta-merta sebab MAS menanggung banyak kerugian daripada kesilapan demi kesilapan dan kesilapan inilah yang akan memusnahkan harapan rakyat," katanya.

Beliau juga menuntut Azman diundurkan dari Khazanah.

"Dia yang menjadi dalang yang menghancurkan. Khazanah membuat investment di sana sini dan bukan semua investment menguntungkan, banyak yang rugi. Rugi kerajaan yang tanggung.

"Untung dia kaya raya. Dia dapat bonus. Gaji tidak tahu berapa puluh juta, berapa puluh ribu, elaun dan sebagainya," dakwa Bung Moktar.

Tidak diketahui adakah Azman membuat keputusan bersendirian tanpa restu dan persetujuan Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah, iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.