Khamis, 17 Mei 2012

Allahuakbar..!!!


Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.             (Surah Al-Imran 3:185)

Suatu ketika dahulu sains kelihatan seolah-olah musuh kepada kepercayaan agama - sekarang ianya tidak lagi! Fizik moden dan kosmologi (sains mengenai asal dan perkembangan alam maya) masa kini telah memberikan bukti objetif yang kukuh akan kewujudan tuhan, mengesahkan sifat-sifatNya dan menunjukkan bagaimana tuhan mencipta kewujudan fizikal ini dari suatu yang tidak wujud (nothingness). Maklumat ini datangya dari analisis kritikal teori Big Bang, Special Theory of Relativity Albert Einstein dan juga kajian-kajian yang telah dilakukan dalam sains fizik kuantum. Konsep disebalik ilmu sains yang hanya boleh difahami oleh saintis ini sekarang boleh dipersembahkan dengan cara yang mana ianya mampu difahami oleh sesiapa sahaja yang mempunyai pendidikan modern.

1. Kita sekarang telah mengetahui menurut teori kosmologi yang rata-rata diterima ahli saintis bahawa dunia fizikal yang kita lihat pada hari ini telah tercipta dari ketiadaan atau suatu yang tidak wujud (nothingness) iaitu tanpa masa, ruang dan materi.

2. Kita juga telah mengetahui bahawa pada permulaan penciptaan dunia ini, ianya berlaku dengan mana cahaya menjelma wujud pada pada satu titik permulaan yang mana tidak mempunyai sebarang dimensi (a singularity point with no dimension).

3. Kita telah mengetahui bahawa bahan materi dunia fizikal ini telah menjadi wujud dengan cara yang mana photon (satu gumpalan kecil tenaga cahaya) telah berlanggar sesama mereka dan kemudiannya membentuk jumlah tak terbilang banyaknya proton-proton, neutron-neutron dan elektron-elektron yang mana dengan pelbagai cara kombinasi kemudiannya membentuk kesemua yang wujud didalam dunia fizikal kita ini.

4. Pada dasarnya, dengan tepat kita boleh mengatakan bahawa semua bahan materi didunia fizikal ini termasuklah tubuh badan kita ini, sebenarnya adalah cahaya yang telah menjadi perlahan.

5. Kita telah mengetahui bahawa ruang angkasa alam semesta yang mengandungi dunia fizikal kita ini sedang berkembang. Konsep ini adalah suatu yang asing bagi pemikiran manusia sehinggalah Albert Einstein mengemukakan General Theory of Relativity beliau pada awal kurun ke 20. Ianya tidak pernah difikirkan oleh mana-mana pemikir hebat sebelum itu akan tetapi ianya telah diyatakan oleh Al Quran 1400 tahun yang lalu apabila Allah berfirman, "Kamilah yang mengembangkan dunia ini dengan kekuatan" (Al Quran 51:47, Terjemahan Muhammad Asad). Malah Einstein sungguh tergamam dengan penemuan beliau itu sendiri kerana dunia yang berkembang bermaksud pada satu ketika dahulu terdapat ketikanya dimana dunia ini tercipta.

6. Special Theory Of Relativity oleh Einstein (yang mana beliau sendiri menggelarnya "Absolutism Theorem" kerana beliau menyedari yang apa yang ditemuinya didalam dunia relatif tetapi merupakan adalah sesuatu yang benar-benar nyata/mutlak) adalah mengenai sifat-sifat istimewa cahaya.

7. The Special Theory of Relativity membolehkan kita buat pertama kalinya melihat secara objektif apa yang wujud diluar jangkauan dunia materi ini.

8. Kita boleh menemui apa sahaja apabila kita dapat melihat apa yang wujud diluar dunia materi ini, tetapi apa yang kita temui sebenarnya amat menakjubkan dan perlu diberikan perhatian. Kita mendapati Special Theory of Relativity oleh Einstein ini menunjukkan kepada kita bahawa disebalik dunia fizikal kita ini wujud bahan bukan materi yang terdiri dari sesuatu yang mutlak atau nyata, dan sesetengah bahan-bahan ini pula menariknya serupa dengan apa yang pelbagai agama ambil sebagai sifat-sifat tuhan.

- Contoh pertama: Apabila kelajuan cahaya dihampiri (300,000 km per saat), masa menjadi semakin perlahan, dan pada kelajuan berkenaan, masa tidak lagi berlalu. Ini bermakna bagi photon iaitu zarah cahaya yang bergerak pada kelajuan cahaya, masa tidak berlalu, maka photon tidak tertakluk pada masa dan KEKAL SELAMA-LAMANYA (Eternal). 

- Contoh kedua: Oleh kerana masa tidak berlalu bagi photon iaitu zarah cahaya, dan photon boleh diperhatikan dimana-mana, iaitu photon tersebut boleh diperhatikan pada masa yang sama berada ditempat yang berbeza, oleh sebab itu ianya adalah BERADA DIMANA-MANA (Omnipresent).

- Contoh ketiga: Oleh kerana setiap bahan materi yang wujud didunia fizikal ini tercipta dari tenaga cahaya, dan tenaga cahaya ini jugalah yang berterusan memelihara dan mengawal setiap aktiviti bahan materi didalam kewujudan dunia fizikal ini, maka tiada kuasa selain dari kuasa cahaya. Kuasa cahayalah segala kuasa yang wujud, jadi ianya MEMPUNYAI KUASA YANG TIDAK TERBATAS (Omnipotent).

- Contoh keempat: Oleh kerana semua ilmu dan maklumat yang wujud, yang telah wujud atau akan wujud tersimpan dalam bentuk tenaga cahaya dan di sebar atau pancarkan didalam bentuk tenaga cahaya maka tiada ilmu atau maklumat yang wujud selain yang tersirat didalam cahaya itu sendiri, oleh sebab itu ianya SERBA MENGETAHUI (Omniscient).

9. Sebagai tambahan, cahaya sebenarnya tidak wujud didalam kewujudan fizikal ini walaupun kita boleh memperhatikannya. Apabila kita menghampiri kelajuan cahaya, salah satu dari dimensi (panjang, tinggi atau lebar), dimensi yang selari dengan arah pergerakan akan menjadi bertambah kurang dan kurang, dan pada kelajuan cahaya dimensi tersebut menjadi kosong (zero). Untuk mengetahui isipadu kita perlu mendarab tinggi dengan panjang dan juga lebar, akan tetapi jika salah satu dari dimensi tersebut adalah kosong maka isipadunya juga adalah kosong, jadi benda itu sebenarnya tidak wujud didalam dunia materi ini. Cahaya tidak mempunyai isipadu didalam ruang maka oleh sebab itu ia tidak berkewujudan (has no existance) didalam dunia fizikal ini.

10. Semua yang wujud didalam dunia fizikal ini mempunyai jirim lebih dari kosong yang mana merupakan ciri-ciri bagi kewujudan didalam dunia fizikal ini, akan tetapi cahaya langsung tidak mempunyai jirim atau berat. Apabila kita menghampiri kelajuan cahaya, jirim atau berat akan bertambah dan pada kelajuan cahaya berat adalah infiniti. Tak kiralah sekecil mana berat atau jirim pada permulaannya, jirim atau berat tersebut akan mencecah infiniti pada kelajuan cahaya. Oleh kerana photon bergerak pada kelajuan cahaya tetapi tidak mencecah jirim atau berat infiniti, ini bermakna photon sebenarnya bermula dengan nilai jirim kosong, maka cahaya sebenarnya tidak wujud didalam dunia materi ini.

11. Didalam dunia fizikal ni semuanya adalah relatif, kewujudan mutlak atau tidak sesuatu kualiti itu tidak boleh digambarkan, segala sesuatu yang wujud diantara dua kualiti tersebut adalah kontinum atau pemeringkatan dari sesuatu yang boleh digambarkan dengan nyata kepada sesuatu yang tidak boleh digambarkan dengan nyata. Kita walau bagaimanapun mendapati, disebalik kewujudan materi ini semua kualiti-kualiti itu wujud samada didalam keadaan tidak terbatas atau ianya tidak wujud sama sekali, tiada apa yang berada diantaranya.

Perkara paling penting didalam penemuan-penemuan diatas adalah ianya telah memusnahkan sebarang idea, kepercayaan atau konsep yang dunia fizikal ini wujud sebagai suatu jumlah tertentu bahan-bahan materi yang bergerak dengan suatu hukum-hukum fizikal yang tertentu. Pemahaman yang tidak tepat mengenai kewujudan fizikal inilah yang telah membentuk asas falsafah sains kebendaan atau materialisme. Ianya falsafah materialisme inilah terutamanya falsafah materialisme sekular telah membenarkan kepercayaan kepada tuhan itu telah dicabar dengan hebatnya oleh mereka yang tidak percayakan tuhan selama beberapa ratus tahun sebelum ini, lebih kurang sekitar zaman Sir Isaac Newton.

Ianya tidak lagi munasabah baik secara intelek ataupun menerusi alasan logik didalam penemuan fizik moden dan kosmologi ini untuk berpegang kepada pandangan atheis (iaitu tuhan itu tidak wujud). Apa yang pasti menerusi alasan logik dan juga pemikiran intelek yang jujur ini, kesimpulan yang boleh diambil menerusi penemuan sains moden adalah Tuhan itu wujud, yang mana sifat-sifat Tuhan itu wujud dan Tuhan jualah yang telah mencipta dunia fizikal ini termasuklah juga manusia. Kita sekarang ini berada pada titik perubahan dari pandangan materialisme sekular terhadap dunia ini kepada pandangan bertuhan.

NOTA: Kesemua ini hanyalah sebilangan dari rumusan yang dipermudahkan dari usaha-usaha besar yang sedang dijalankan, akan tetapi kami merasakan ianya amat penting dan menjadi tanggungjawab kami untuk menjelaskannya kepada umat manusia ciptaan Allah ini. Fakta-fakta sains disebalik penjelasan-penjelasan ini adalah fakta-fakta yang dipersetujui bersama oleh beberapa ahli-ahli fizik tersohor dunia, termasuklah beberapa ahli teoritikal fizik yang telah memenangi Hadiah Nobel. Penjelasan-penjelasan ini teramat penting didalam titik peralihan pemikiran teologi Islam, akan tetapi buat masa kini ianya masih belum lagi diterima oleh sarjana Islam diseluruh dunia.

* Artikel ini adalah terjemahan dan olahan dari artikel asal berbahasa Enggeris karya Allayarham Dr. Muhammad Al Mahdi bertajuk "Modern Science Finds God", beliau adalah pengasas Khalifah Institute. Semua kredit adalah kepada beliau yang mana ianya datang dari pemikiran beliau sebagai seorang ahli psikologi dan juga ahli teoritikal fizik. Kepada mereka yang mahu mengambil artikel ini, harap link kepada laman beliau dikekalkan. Sebarang komen untuk memperbaiki mutu terjemahan artikel ini amatlah dialu-alukan. 


Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2012/05/sains-moden-menemui-tuhan.html#ixzz1vB8c6hBN

Alarm


Tahukah Anda apakah fungsi dari alarm? Alarm berfungsi sebagai pertanda bahwa ada sesuatu yang harus segera ditindaklanjuti ketika kita mendengar suara alarm tersebut... Nah , bagaimana dengan Alarm kehidupan?

Dunia adalah jembatan menuju akhirat. Itu sebabnya jadikanlah amalan-amalan di dunia sebagai bekal untuk akhirat, dan janganlah terbalik, malah menjadikan amalan-amalan akhirat hanya untuk menyelesaikan permasalahan dunia. Malulah kepada Allah.

"Masalah di dunia" adalah "alarm" bahwa hidup kita sedang tidak dekat kepada Allah, sehingga kita harus segera mendekat kepadaNYA. Itu sebabnya, ketika kita dirundung masalah maka kita disuruhNya untuk bertaubat, sedekah, sholat, dhuha, sholat hajat, sholat Tahajjud, umroh, haji dan lain sebagainya.

Biasanya, setelah kita kembali dekat kepada Allah dan mendapatkan ridhoNya maka entah bagaimana caranya DIA dengan begitu mantap menyelesaikan semua permasalahan yang menggelisahkan hati kita.

Nah, maka janganlah kita melakukan ibadah kepadaNya dengan niat agar kita diselesaikan permasalahan kita. Karena selesainya masalah kita adalah niscaya jika kita memang sudah mendapatkan keridhoanNya. Sebagaimana jika anda makan tak perlulah anda berniat untuk BAB... karena lambat laun atau segera, BAB adalah niscaya terjadi jika anda memakan sesuatu...

Beribadah adalah untuk Allah dan kepada Allah. Janganlah kita menjadi syirik karena kita salah dalam tujuan beribadah. Malulah kita kepada Allah jika kita berlaku demikian, maluuuuu banget... ampuni aku ya Allah... 

Allah adalah TUJUAN dan bukan sebagai jembatan kita untuk memenuhi tujuan-tujuan duniawi kita. Dan "masalah" hadir sebagai "alarm kehidupan" bahwa kita sedang tidak menuju kepada Allah, bahwa kita sedang tidak dekat kepadaNYA, maka mendekatlah menujuNYA.

Wallahu a'lam
www.cahaya-semesta.com

Daging Lembu


Assalamualaikum, mungkin sebelum ni korang ada baca tentang bagaimana caranya utukmengetahui kek yang mengandungi arak bukan? haa, kali ni admin nak kongsi pula tentang cara untuk membezakan daging babi dan daging lembu..

Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat beberapa aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada aspek tersebut.

Cara Membezakan Daging Babi Dan Daging Lembu


1. Dari segi warna

daging

Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu, warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.


2. Dari segi serat daging

Cara Membezakan Daging Babi Dan Daging Lembu

Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama.


3. Dari lemak yang kelihatan

Cara Membezakan Daging Babi Dan Daging Lembu

Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat. Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu


4. Dari segi tekstur


Cara Membezakan Daging Babi Dan Daging Lembu

Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan. Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan


5. Dari segi aroma

Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.


6. Ciri-ciri secara Umum

Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.

P/s: Mohon kongsikan artikel ini kepada orang Islam lain agar tiada lagi orang Islam yang tertipu dalam pembelian daging..

Kire Umah


Cuba kita perhatikan rumah yang berkeluasan tanahnya 22×70.
Bangunan yang dibina atas tanah itu hanya 40×22=880 kaki persegi
kos untuk membina meliputi harga barang dan upah pekerja:-
1 kaki persegi = RM60.00
880 kaki persegi x RM60.00 = RM52,800.00
kos tanah:-
1 kaki persegi = RM20.00
keluasan tanah=70×22=1540kaki persegi
1540 x RM20.00 = RM30,800.00
Jumlah kos pembinaan rumah + kos tanah:-
RM52,800 + RM30,800 = RM83,600
Harga yang boleh diletakkan oleh Pemaju kepada Pembeli:-
RM83,600 x 2 = RM167,200.00
(Pemaju terpaksa meletakkan harga 2 kali ganda untuk menampung kos lain-lain kemudahan yang ia bina seperti pagar, jalan tar, Taman Permainan, Surau, Pili Bomba dan lain-lain.
Pemaju tidak menjual terus kepada pembeli kerana mengelakkan terperangkap dengan lain-lain masalah.
Orang tengah memainkan peranan membeli daripada pemaju dengan harga RM167,200.00 dan menjual kepada pembeli dengan harga RM334,400.00 seunit.
Kos membina rumah sebanyak RM60.00 sekaki persegi adalah kos yang paling murah.Kebiasaan boleh mencapai hingga RM100.00 ka persegi mengikut kawasan.
Kos harga tanah RM20.00 adalah anggaran disebabkan harga mengikut kawasan.Di kawasan luar bandar antara RM13.00 hingga RM15.00 kaki persegi.

IPO


Kerajaan BN telah berlaku zalim apabila terang2 menipu Peneroka dengan istilah durian runtuh. Berbulan2 dimainkan sentimen kononnya nak dpt duit beribu2 ringgit yg menyebabkan ramai peneroka jadi ghairah tak tentu pasal. Peneroka hilang pertimbangan, nasihat orang lain termasuk anak mereka yg cerdik pandai pun ditolak. Saya menerima ratusan sms, email dan add dlm fb dpd anak2 peneroka yg terlalu marah dgn tindakan terbaru FGVH yg memperalat pengurus n pegawai felda.
Beberapa hari ini secara tergesa2, peeneroka seluruh negara di himpunkan di balairaya, dewan orangramai atau pejabat felda agar menandatangani Borang Permohonan Pinjaman Saham Terbitan FGVHB. Ia dikeluarkan oleh 8 bank tempatan. Antaranya Maybank, CIMB, Affin, BIMB, Ambank dll. Sebahagian besar berbahasa inggeris dan ada yang sama 66 ms.
Peneroka tidak diberi ruang langsung utk bawak balik supaya ada masa meneliti kandungan borang tsb. Ada peneroka nak mintak pandangan anak2 dulu atau merujuk kepada orang lain utk minta nasihat. Tak dibenarkan dan dipaksa sign di situ juga. Ada anak2 yg cuba bantu dengan bertemu pihak pengurusan mohon penjelasan tp diherdik dan di’halau’ dpd majlis tandatangan borang tsb.
90 peratus peneroka keliru, bingung, terpedaya dan akhirnya sign. Saya paparkan beberapa terma dlm borang yg dikeluarkan oleh Maybank sebagai contoh.
Surat Tanggung Kerugian menulis….
‘ SAYA PADA BILA2 MASA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA DAN BERSEDIA MENANGGUNG SEGALA KERUGIAN DAN SENTIASA BERSEDIA MENANGGUNG KERUGIAN TERHADAP SEMUA TINDAKAN GUAMAN, PROSIDING, TUNTUTAN, CAJ, PENALTI, FEE, DENDA, KOS YURAN UNDANG2,
DAN APA JUA PERBELANJAAN YANG DIBUAT, DIAMBIL, DIBAWA, DIKENAKAN, DIALAMI, DITANGGUNG, DIDAKWA, ATAU KENA BAYAR DALAM APA JUA KEADAAN TERHADAP SAYA ATAU MANA2 ORANG PERSEORANGAN YANG BERBANGKIT ATAU BERSANGKUTAN ATAU BERHUBUNG DENGAN SURAT INI’.
Melampau dan mengkhianati peneroka semata2 BN dah terdesak nak cari duit PRU 13. Mereka urus agihan saham FGVH, 8 Mei ini dikeluarkan sebahagian utk umpan peneroka; mungkin beberapa ribu… yang lainnya di guna utk jentera BN. Mereka mahu pertahankan 54 kerusi parlimen di kawasan Felda. Kalau mereka kekal mandat, saham jatuh; peneroka yang tanggung segala beban rugi. Barang diingat iklim saham dunia tidak menentu. Koomoditi sawit dan getah belum tentu kekal stabil.
Penganalisis kewangan menyebut penyenaraian FGVH di istilahkan ‘ penyenaraian yang sakit’. Bila menjunam jatuh daripada harga asal setiap unit saham yang dibeli; peneroka mesti tanggung. Mesti bayar hutang tsb. Bank akan melakukan apa sahaja cara utk mendapatkan duit pembiayaan mereka balik. FGVH lepas tangan.
Isa Samad, Ahmad Maslan akan kata, biasale main saham turun naik. Akhirnya peneroka merana sepanjang hayat. Ramai kekawan manager Bank sendiri pesan dgn saya, tentang habis2an borang pinjaman ni. Mereka kata, risikonya terlalu tinggi. Insyaallah ANAK dan rakan2 ambil tgjawab. Segala dokumen berkaitan telah di serah pd lawyer. Insyaallah lawyer akan failkan injunksi di Mahkamah dlm tempoh seminggu ini utk batalkan semua tandatangan yg peneroka dah buat.
Ini jelas penipuan, khianat dpd konspirasi jahat lagi tidak berperikemanusiaan. Mentang2lah peneroka ni tak belajar tinggi dan sesetengahnya tak reti apa2; dgn mudah didiperdaya. BN betul2 jd petualang terhadap bangsanya sendiri!ANAK membuka talian hotline utk maklumat lanjut.
Hubungi-
Sdr Abd Rahman Ramli 0136844757,
Aris Fezol 0199855883,
Zolkifli Abu Osman 0194653701,
Yohanis 0133039913.
ANAK sedang mengumpul mana2 peneroka yang dah tersign n nak tarik balik. Kita heret Bank dan FVGH ke Mahkamah. Lawan habis2 an!
Pada yang ada rakan-rakan anak kelahiran bumi FELDA. Tolong share maklumat ini pada mereka, jika tak mahu lihat mereka merana, sesal tak sudah di hari kemudian.
34sytecx May 17, 2012 at 5:39 pm
ya sememangnya sanggat tepat ulasan anda..
saya yg bertahun dlm pasaran saham ni pon boleh pelik kenapa semudah ini cara yg diambil utk perdayakan org ramai!!
Isa samad kata,’xpe lah biar je amik saham ni nti lepas sehari dua boleh jual’ – Bicara rakyat,rtm1 (4/5/2012)
tetapi saya difahamkan bahawa setiap peneroka tidak mempunyai kuasa utk melakukan transaksi jual beli secara terus.mesti melalui pejabat felda! jadi mcm mana boleh ada pegangan saham oleh peneroka sedangkan mereka tidak ada sebarang kuasa pada saham2 yg patut mereka miliki(melalui pinjaman yg dh dibuat)?
35SONDOL May 17, 2012 at 11:02 pm
Siapa yang akan menerima durian yang betul-betul runtuh sehingga terkambus bila FELDA disenaraikan mari kita lihat……
1;..Broker saham …berdasarkan % IPO.
2:…OOOMAR Setapa….komisen dari lanun dan penyamun…
3:..Para pengarah dan pengurusan tertinggi….saham percuma dan diskaun..
4:..Menteri berkaitan….proksi..
5:..PENEROKA ……tanggung hutang runtuh…tak mampu bayar …..bank tuntut bayaran…..tak bayar ,
,dipaksa lelong tanah ….
6:…Kalau tidak ada muslihat mengapa pula peneroka dipaksa membeli saham FELDA,mengapa peneroka tidak diberi pilihan samaada berminat membeli atau tidak saham tersebut…
7;..Mengapa penyenaraian ini perlu dibuat dengan tergesa-gesa macam orang nak lari malam,tanpa sebarang kajian terperinci serta pandangan pelbagai pihak yang berkepentingan…kalau benar-benar jujur untuk membantu warga felda,mengapa pandangan warga felda tidak diambil kira, sedangkan ianya mengenai kepentingan mereka bukannya kepentingan mana-mana individu…..Nampak sangat agenda jahat IPO ini.
Sasaran utama adalah tanah yang terletak dikawasan stategik….Kapitol Land sedang ghairah mencari tanah di negara ini…felda mungkin dalam senarai…..
36Dewana May 17, 2012 at 7:09 pm
Saya rasa pun mcm betul juga. Apabila BN menang harga saham felda akan dijatuhkan dengan dahsyat sekali. Maka peneroka terpaksa menanggung kerugian kejatuhan harga tersebut. Ada 200 000 unit pun tak guna kalau harga 1 unitnya tinggal hanya 10 sen.