Oleh Dr Dzulkefly Ahmad
1. Tun M telah mendedahkan segala-gala dari pemikirannya tentang demokrasi dan men
gapa kerajaan Umno-BN dalam 22 tahun pemerintahannya sehingga kini dalam ucapannya semasa Konvokasi di Universiti Santo Tomas, Manila, pada 11 Jun11 lalu.
2. Kini rakyat Malaysia lebih jelas mengapa Tun M dan kepimpinan Umno-BN sehingga kini telah mentadbir-urus negara ini dengan cara demokrasi kacukan atau demokrasi dengan kuku-besi sekaligus melahirkan sebuah negara yang dinobatkan sebagai sebuah “Snycretic State” dalam Sains Politik. Dalam bahasa seorang professor yang menklasifikasikan demokrasi di Malaysia sebagai salah sebuah Negara yang mengamalkan “Electoral Authoritarianism” (Andreas Schedler).
3. Tun M tanpa segan-silu menyatakan bahawa beliau sebenar memang tidak pernah mempercayai bahawa demokrasi mesti diamalkan secara menyeluruh dan penuh. Beliau percaya bahawa kerajaan mesti “melaksanakan demokrasi dengan had dan batasnya” (practising democracy with limits).
4. Tun M menyerlahkan lagi kesangsiannya terhadap sistem demokrasi dengan mempertikaikan natijah demokrasi dengan persoalan sinis beliau “Mengapa demokrasi gagal memberikan kebaikan yang kita harapkan” (“Why has democracy not delivered the good life we had expected of it?”)
5. Tun membuat kesimpulan bahawa adalah mustahil untuk melaksanakan ‘utopia demokrasi’ yang berteraskan “kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat” kerana akan berakhir dengan satu kebuntuan. (A government of the people, by the people and for the people will result in a stalemate, in no government at all, in anarchy).
6. Lantas tegas beliau, mesti ada ‘ubahsuaian’ dan rakyat ‘berkorban’ sedikit untuk kita dapat memenafaatkan system demokrasi ini.
7. Tun M telah mengisytiharkan apakah kepercayaan demokrasi yang dianutinya! Barulah rakyat Malaysia hari ini faham dan tahu benar-benar mengapa Tun dan pimpin BN yang meneruskan legasi-tradisi beliau yang telah ‘mencekik’ dan ‘menjerut’ demokrasi dengan segala akta-akta draconian dan ‘rimba’ yang meragut hak kebebasan rakyat yang sebenarnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
8. Baru rakyat faham bahawa Tun M dan Umno-BN memerlukan semua ‘ubahsuai’ (adjustment) dengan ‘undang-undang’ semasa mereka berkuasa dengan 2/3 majoriti untuk ‘mentadbir negara’ dulu.
9. Sebagai cotoh Kebebasan berpolitik dan berhimpun diragut dengan ISA dan Akta Polis, Kebebasan menerbit-berkarya dicekik dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984), hak kepada maklumat dengan OSA, hak mahasiswa-akademik berpolitik dengan AUKU.
10. Dan kini walaupun ISA telah dimansuhkan, kerajaan Najib pula meneruskan tradisi Tun M ini dan tidak boleh diberikan demokrasi sebenarnya maka diperkenalkan “Akta Kesalahan Keselamatan 2012, yang dikatakan sama drakonian kalau tidak lebih zalim lagi, mengikut pengamatan pakar-pakar undang-undang.
11. Tun M ini tetap akan buta demokrasi dan tidak akan celik dengan erti pencerahan minda tentang demokrasi sampai keliang lahadnya.
12. Dengan demokrasi yang konon di’adjust’ dan diubahsuai itulah telah berleluasa dan sarat amalan rasuah dan salah-guna kuasa kerana rakyat tidak mendapat capaian maklumat untuk ‘menyemak-imbang’ kerajaan yang menyalahguna kuasa.
13. Inilah yang mengakibatkan sekaligus satu ‘gross fiscal mismanagement’ yang menjadikan Negara hilang daya-saing dan amalan kroni kapitalisme dan amalan ‘rent-seeking’ sarat terpasak dalam amalan dan system delivery pentadbiran Umno-BN.
14. Sebagai contoh Perjanjian konsesi utility mega (IPP, Tol Lebuhraya)dirahsiakn atas nama OSA. Skandal besar seperti PKFZ yang menelan RM 12 b makan tahun untuk dikesan berbanding kalau rakyat bermaklumat dan punya informasi!
15. Demokrasi yang benar-benar berfungsi akan melahirkan rakyat yang bermaklumat, berani menegur pemimpin bahkan berani menurunkan dan mengguling pemimpin melalaui ‘ballot box’ atau pilihanraya dari bermaharajalela dengan kuasa serta ‘membutakan rakyat’ dengan ‘ketakutan’ dan sedikit ‘gula-gula’ kononnya pemberian sebuah kerajaan yang ‘prihatin dan mendahulukan rakyat.
16. Sah Tun M adalah seorang dictator yang bersembunyi disebalik pakaian demokrasi yang beliau sangat membencinya! Kebencian terserlah kini dengan ucapannya di Manila ini! Sebab itu Tun dan semua pimpinan Umno-BN sangat takut dengan ‘Arab Spring’ yang merupakan kebangkitan rakyat Arab menjatuhkan pimpinan dictator dan regim kukubesi yang telah berdekad menafikan rakyat kebebasan dan demokrasi sebenar!
17. Jelas mengapa Tun M secara terang-terengan‘memandul kekebalan raja’, memecat seorang Ketua Hakim Negara dan segala yang perbuatan zalim atas nama ‘adjustment’ kerana ‘demokrasi itu ada batasnya’ dan diktator inilah dan regim umno-BN inilah yang menentukan batas-batas HAK yang boleh diberikan kepada rakyat!
Blog al-hajari.blogspot.com
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ntah berapa kali aku dah post pasal bekas lecturer aku nan sorg ni?

Tapi nak buat mcm mana - setiap kali dia membuka mulut (atau dalam banyak kes, mengetuk jari atas keyboard) mesti ada je benda bodoh yang dia kata atau tulis. Aku pun naik tak faham awat dia jauh benar berpusing2 sekarang ni. Seolah2, Dr Mashitah yang aku penah kenal dan sanjung dulu dah hilang sama sekali. Kini yang tinggal cuma zombinya si Mashitah sahaja.
Kenapa aku menulis pasal dia lagi sekali kali ini? Aku tertarik dengan sebaran satu artikel oleh dia berkisar tentang tauliah. Aku penah kongsi pasal tauliah ni dulu tetapi kali ini, ada perkara menarik. Dalam salah satu perenggannya, seolah2 dia menembak Ustaz Azhar Idrus apabila dia mention mengenai "adanya pendakwah yang diragukan latar belakangnya, bermain muzik atas pentas..."
Apa masalahnya dengan semua tu, Mashitah?
Baik, dia mention tentang penceramah bukanlah pendakwah. Aku nak tanya - apakah definisi dakwah? Pengertian dakwah mempunyai beberapa pengertian dan istilah, perkataan dakwah berasal daripada bahasa Arab. Antara pengertian dakwah yang biasa kita fahami ialah seperti meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru, dan melaung. Dalam tafsiran mengikut ahli dakwah, perkataan tersebut mempunyai peristilahan dan maknanya yang tersendiri.
Muhammad al-Ghazali memberi penerangan istilah dakwah sebagai satu program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang menjadi satu keperluan kepada manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap panduan jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.
Dalam pengertian mengikut Dr. Yusuf al-Qaradawi pula, beliau mendefinisikan dakwah sebagai usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk penghamabaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang lain yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran, dan bejihad pada jalan-Nya.
Adam Abdullah al-Auri dalm kitabnya Tarikh al-Dakwah al-Islamiyah baina al-Ams ila al-Yaum menjelaskan bahawa dakwah ialah memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan pemikiran yang berdasarkan akidah, kerana dakwah merupakan satu seruan bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang hampir-hampir meraka terjerumus kedalamnya.
Dr. Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan dakwah itu ialah usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam dan menjauhkan mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah dengan cara-cara tertentu.
Dr. Ra’uf Shalabi menerangkan bahawa dakwah Islamiah itu ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.
So, kesimpulannya dakwah ni dari segi Islam dan mudah fahamnya ialah "menyeru manusia ke arah kebaikan". Tu je. Nak seru ke arah kebaikan tu mcm mana pula? Aku bagi contoh - budak2 main bolasepak tengah padang. Tiba2, salah sorg dari budak2 tu berkata, "weiii..dah nak maghrib. Jom balik, siap2 pi surau". Itu adalah dakwah! Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat." Ada Nabi jelaskan kriteria org yang Nabi suruh menyampaikan risalah Nabi itu? Tak de kan?
Jadi, andaikata kalau penceramah itu menyeru manusia ke arah kebaikan, itu adalah dakwah. Yang membezakannya adalah wasilah dan kaedah dakwah itu sendiri. Faham dak ni?
Point kedua yang Mashitah bising ialah "latar belakang yang meragukan". Aku bab ni agak sakit hati sikit - apakah pendakwah tu confirm kena datang dari latar belakang agamawan belaka? Apakah dia kena datang dari kufu yang stok belajar kat Mesir sejak datuk keturunan ke 14 sampai sudah? Aku bagi contoh mudah dari sirah dan riwayat Nabi s.a.w - Umar bin Al Khattab pernah bunuh anak sendiri dek jahilnya dia masa belum diberi hidayah oleh Allah, tapi lepas tu beliau menjadi antara pendukung utama agama Islam dan dimuliakan dengan gelaran Amirul Mukminin. Bashisha pula adalah abid yang beribadah selama 200 tahun tanpa henti, tapi akhirnya mati sebagai kafir. Jelas?
Orang yang pernah bergelumang dalam dosa dan maksiat masa mudanya, dan kemudian bertaubat nasuha, adalah kekasih Allah sebenarnya. Kemuliaan itu adalah kerana dia dah tak ada dosa. Kalau dalam kes Ustaz Azhar Idrus, dari kelaghaan dia muncul sebagai org yang menyeru supaya meninggalkan kelaghaan. Dan begitu ramai anak muda mendekati dan menyantuni kuliah2 beliau. Ini yang kita nak! Kita mahukan anak2 muda ini tidak lalai dan leka dengan duniawi yang disajikan oleh UMNO BN dan blok barat. Jadi sepatutnya Mashitah bersyukur ada sorg hamba Allah mampu menganjakkan paradigma anak2 muda ini agar mendekati Allah dan Islam. Kenapa perlu dipersoal?
Berbalik kepada wasilah Ustaz Azhar Idrus, yang Mashitah dok kutuk konon main gitar, buat lawak mcm maharaja lawak dan sebagainya. Mashitah sebagai lecturer sepatutnya tau skill dan strategi menarik audiens. Mengaku je la - stail Ustaz Azhar itu mampu menarik minat pelbagai golongan untuk mendekati beliau, seterusnya mendekati agama Islam itu sendiri. Stail Ustaz Azhar yang sempoi itu memberikan imej baru terhadap Islam yang selama ini dipandang rigid oleh masyarakat terutamanya golongan muda. Malah kalau Mashitah rajin buat homework, inilah stailnya yang dilakukan oleh Ahmed Sughairi, hos rancangan paling hot masakini iaitu Law Kana Bainana. Pendekatan yang muda dan segar inilah yang menarik minat golongan syabab atau pemuda ini untuk mendekati Islam, seterusnya boleh diharapkan untuk mejuarai permasalahan ummah pada masa akan datang.
Sepatutnya Mashitah tumpang gembira. Kenapa dia perlekehkan pulak?
Jawapan aku mudah. Pertama, sebab Ustaz Azhar Idrus seperti yang umum tahu, cenderung ke arah PAS dan bukan UMNO. Populariti Ustaz Azhar sebenarnya meningkatkan populariti PAS. Semakin ramai anak muda mula menyantuni perjuangan PAS dek penangan Ustaz Azhar ini. Itu yang utama. Keduanya adalah hasil perasaan iri dan dengki. Belum pernah lagi selepas era Ehwal Islam, satu ceramah agama bisa menarik khalayak berjumlah puluhan ribu orang untuk tekun mendengar dan menggali intipati kuliah. Mashitah sendiri kalau berceramah tak ramai mana pun yang datang - walaupun kini dia pakai agak seksi bagi sorg muslimah. Siap cukur kening lagi tu. Malah, rancangannya di Oasis juga dikhabarkan tidak mendapat rating yang tinggi. Rancangan Ustaz Don Daniyal - yang juga menyanjungi Tuan Guru Nik Aziz - lebih tinggi ratingnya banding Doktor seksi kita. Cuma tunggu masa je bilakah Ustaz Don akan jadi mangsa belasahan Mashitah pulak.
Kepada Mashitah, tolong jangan jadi karut. Sepatutnya sebagai seorang YANG MENGGELARKAN DIRINYA PENDAKWAH, anda patut gembira melihat anak2 muda ini dekat dengan Islam - tak kira la siapa yang bawak pun. Bila anda bersuara sebegini, ia menampakkan dengan jelas hasad dengki anda yang tertanam - mungkin didorong canaian "tarbiyyah" UMNO.
Plus, aku nak dengar apakah pandangan Mashitah ni pasal kuliah K-Pop ala Najib kat Putrajaya haritu. Atau penganjuran konsert dangdut kat Parit Raja bersebelahan dengan pentas kuliah Ustaz Azhar.
Kalau Mashitah ni pendakwah sejati, hanya akan ada satu jawapan. Soalnya, sejatikah dia?
KOTA Mekah sedang dilitupi malam. Malam yang pekat sehingga sukar melihat orang berjalan amat terasa akan kesunyiannya.
Sayup-sayup kedengaran pada malam itu suara Nabi saw memecah kesunyian dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran di dalam rumah baginda. Di luar rumah baginda seolah-olah ada bayang-bayang manusia sedang mengintip.
Ketegangan pada masyarakat Mekah dirasai sejak Nabi saw keluar berdakwah di siang hari mengajak mereka kepada jalan yang benar. Tetapi tentangan kian bertambah hebat, namun Nabi berpantang undur dan ini menggugat ketenangan hati orang-orang besar dan ternama quraisy, malahan juga sebilangan pengikut Nabi saw.
Orang-orang Quraisy kini telah memikirkan satu rencana penentangan kepada Muhammad pada siang hari. Manakala orang-orang Islam menebalkan keimanan di dalam hati mereka agar tidak akan lemah menghadapi tekanan-tekanan musuh Islam itu.
Pada masa itu, ketika Nabi saw membaca al-Quran di luar rumah baginda terdapat tiga bayangan manusia iaitu orang-orang ternama Quraisy yang datang dari arah yang berlainan.
Masing-masing memikirkan baginda bersendirian tanpa ada siapa yang melihat. Sebenarnya mereka ingin mengetahui apakah yang dikerjakan oleh Nabi saw di tengah malam itu.
Ketiga-tiga mereka ialah Abu Jalah, Sufyan bin Harb dan Akhbas bin Syarik.
Suara Nabi Muhammad saw yang berkumandang membaca ayat suci al-Quran itu telah mempersonakan mereka, meresap menusuk mempengaruhi jiwa masing-masing tanpa disedari telah menitiskan air mata, terlupa dirinya sebagai tokoh musyrik yang selalu menentang Nabi.
Setelah tersedar daripada terpesona itu barulah disedari air mata yang membasahi pipi. Namun antara mereka bertiga masih tidak menyedari bahawa baginda tidak berkeseorangan hanya kepekatan malam yang gelap itu yang memisahkan mereka bertiga. Setelah mengusap air mata, mereka pun berlalu ke arah datangnya dahulu dengan senyap-senyap agar tidak ada orang lain tahu.
Tanpa diduga, mereka bertiga bertemu, tidak seorangpun membuka bicara, mungkin kerana takut didengari orang lain. Tetapi dalam hati masing-masing sudah meneka akan apa yang telah dilakukan kawannya.
”Engkau mendengar ayat-ayat Quran yang dibaca Muhammad ketika bersolat sepanjang malam sampai terbit fajar?”
”Bukankah itu yang berlaku?” demikian Abu Jahal bertanya.
”Benar, aku kira engkau juga demikian,” jawab Sufyan bin Harb.
Abu Jahal tidak menjawab, diam, tetapi wajahnya segera berubah kerana kata-kata Akhnas.
”Kita membohongi diri sendiri dan menyalahi akal. Sesungguhnya, ayat-ayat yang kita sama-sama dengar dari Muhammad itu memang indah sekali. Aku terpesona oleh isinya,” demikian kata Akhnas.
Dunia hari ini berada diambang kemusnahan akibat dari kerakusan sistem riba-kapitalis yang lahir bersama dengan idealogi demokrasi-sekular. Perlaksanaan ekonomi kapitalis dalam bentuk sepenuhnya hendaklah mengadakan pasaran bebas, tiada kawalan harga, tiada had kawalan, mereka boleh memasuki atau keluar pasaran tanpa halangan dan aliran bebas modal.
Selepas runtuhnya era komunis Soviet Union, pada awal 90an, USA melancarkan New World Order bagi melaksanakan sistem ekonomi kapitalis keseluruh dunia menerusi melalui WTO.

Ekonomi kapitalis ibarat raksasa Frankenstein, yang tidak patuh kepada sesiapapun walaupun kepada tuannya sendiri dan tidak mempunyai sifat peri kemanusiaan. Inilah ibarat sistem kapitalis yang dicipta barat yang diwakili oleh pemodal-pemodal antarabangsa yang tidak terikat kepada peraturan dalam negara tetapi negara hendaklah memenuhi kehendak mereka dan matlamatnya hanyalah mendapatkan keuntungan berganda semata-mata tanpa menghiraukan kesan jangka panjang terhadap alam sekitar. Sifat sebenarnya kapitalis ini adalah lebih tepatnya sama seperti sifat Yakjuj-Makjuj yang bakal keluar di akhir zaman ini. Dalam al-Quran telah digambarkan bahawa Yakjuj dan Makjuj ini adalah satu kaum yang membawa kerosakan kepada manusia dan menjarah semua hasil mahsul bumi tanpa sebarang batasan. Dasar kapitalis menjanjikan pembangunan tanpa batasan bagi mendapatkan sumber kekayaan yang tiada hadnya.

Berbeza dengan kapitalis, pembangunan dalam Islam adalah sebaliknya. Pembangunan berteraskan Islam ini tentunya tidak boleh lepas lari dari bertunjangkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan Islam. Dalam kes ini prinsip-prinsipnya sekurang-kurangnya merangkumi enam perkara asas, yakni pertama, pelaku pembangunan; kedua, skala waktu pembangunan; ketiga kerangka pembangunan; keempat, perkaedahan pembangunan; kelima, peralatan pembangunan; dan keenam, matlamat pembangunan.
Pelaku pembangunan dalam pembangunan berteraskan Islam ini ialah manusia, manakala skala waktunya meliputi alam roh, dunia dan akhirat, kerangkanya ialah fardhu `ain, perkaedahan pembangunannya ialah ibadah, peralatan pembangunannya ialah sumber alam; dan akhir sekali, matlamatnya ialah mardhatillah atau keredhaan Allah SWT.
Secara kasar, prinsip pertama pembangunan berteraskan Islam, yakni manusia sebagai pelaku pembangunan, nampak seperti sama dengan pembangunan kapitalis. Pelaku pembangunan kedua-dua sistem pembangunan ini ialah manusia. Tetapi pada hakikatnya, manusia yang dimaksudkan di dalam pembangunan berteraskan Islam sebenarnya adalah berlainan dari manusia yang difahami di dalam pembangunan kapitalis. Manusia di dalam pembangunan berteraskan Islam adalah manusia hamba Allah dan khalifah Allah, manakala manusia di dalam pembangunan kapitalis adalah manusia ekonomi.
Status manusia sebagai hamba Allah dan khalifah Allah ini membuatkan pelaku pembangunan berteraskan Islam mempunyai falsafah dan fungsi yang berbeza dengan pembangunan kapitalis. Sebagai hamba Allah SWT, mereka terlibat dengan aktiviti pembangunan sebagai salah satu cara mengabdikan diri, atau beribadah, kepada Allah SWT. Dalam melakukan ibadah ini, mereka terus menerus mempertahankan rasa kehambaan mereka kepada Allah SWT. Sebagai khalifah Allah SWT pula, mereka berinteraksi sesama manusia dan sumber alam dengan penuh rasa tanggungjawab, amanah, berakhlak dan penuh etika, sesuai dengan peranan mereka sebagai khalifah Allah SWT itu, atau wakil Allah di atas muka bumi ini.

Sebagai hamba dan khalifah Allah SWT juga, pelaku pembangunan berteraskan Islam tidak terikat dengan hanya aspek-aspek ekonomi yang dinilai dengan ukuran produktiviti, pengeluaran dan kepenggunaan semata-mata, sebagaimana yang difahami dengan pelaku pembangunan kapitalis. Sebaliknya, sebagai hamba Allah SWT, pelaku pembangunan di dalam pembangunan berteraskan Islam tidak putus mendirikan hubungannya dengan Allah SWT (hablum-minallah), di samping sebagai khalifah Allah SWT, menghubungkan diri mereka dengan sesama manusia dan sumber-sumber alam (hablum-minannas). Ganjaran dari amalan menegakkan kedua-dua hubungan ini bukan saja didapati di dunia dalam bentuk material, tetapi juga di akhirat dalam bentuk syurga yang sungguh membahagiakan.
Atas sebab ini jugalah maka skala waktu pembangunan berteraskan Islam, sebagai prinsip pembangunan berteraskan Islam yang kedua, tidak hanya tertumpu kepada alam dunia semata-mata. Sebaliknya ia meliputi tiga alam, yakni alam roh, alam dunia dan alam akhirat.
Alam roh adalah alam sebelum lahirnya manusia ke dunia, di mana semua roh manusia telah mengakui bahawa mereka adalah hamba Allah SWT manakala Allah SWT adalah Tuhan semesta alam. Manusia kemudian dilahirkan ke dunia mengikut giliran masing-masing untuk melaksana dan membuktikan ikrar ini. Setelah itu manusia kembali ke alam akhirat untuk menerima ganjaran, sama ada baik atau buruk.
Ringkasnya, alam roh adalah alam perjanjian, alam dunia adalah alam pembuktian, dan alam akhirat adalah alam ganjaran. Ketiga-tiganya berhubungan secara intim. Alam roh menentukan corak kehidupan di dunia yang mesti diamalkan manusia berdasarkan pengakuan bahawa Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Esa. Alam dunia memberikan ruang dan peluang kepada manusia melaksanakan corak kehidupan itu. Manakala alam akhirat menyediakan natijah, sama ada baik atau buruk, dari bentuk pelaksanaan corak kehidupan di alam dunia.

Penentuan di alam roh, pelaksanaan di alam dunia dan pembalasan di alam akhirat meliputi semua aspek kehidupan manusia. Dalam kes pembangunan, seperti juga dalam semua aspek kehidupan yang lain, ianya jelas mesti bertunjangkan kepada aqidah sebagaimana telah terbentuk di alam roh. Selain dari itu, di alam dunia manusia mesti menggunakan syari`ah sebagai garis panduan pelaksanaan. Natijahnya mestilah melahirkan peribadi-peribadi yang berakhlak.
Aqidah, syari`ah dan akhlak ini sebenarnya merupakan intipati kepada fardhu `ain yang wajib dimiliki dan diamalkan oleh setiap umat Islam. Aqidah boleh didapati melalui ilmu Tauhid. Syari'ah boleh didapati melalui ilmu Fekah. Manakala akhlak pula boleh didapati melalui ilmu tasawuf. Ilmu-ilmu fardhu `ain ini merupakan kerangka pembangunan berteraskan Islam, yakni prinsip pembangunan berteraskan Islam yang ketiga. Sebagai kerangka, ilmu-ilmu fardhu `ain inilah yang mencorakkan sesuatu pembangunan berteraskan Islam.
Pelaksanaan corak pembangunan berteraskan Islam ini pula mestilah berbentuk ibadah, yakni berbentuk pengabdian diri kepada Allah SWT. Untuk menjadi ibadah, setiap usaha pembangunan mestilah mencukupi lima syarat. Pertama, niat mestilah kerana Allah SWT; kedua, isinya tidak bertentangan dengan syari`at; ketiga, pelaksanaannya selari dengan syari`at; keempat, natijahnya juga mengikut syari`at; dan kelima, ibadah-ibadah asas seperti sembahyang, berpuasa, berzakat dan menunaikan haji tidak ditinggalkan. Jelasnya, syarat-syarat ibadah ini membentuk satu bentuk perkaedahan pembangunan berteraskan Islam, sebagai prinsipnya yang keempat.

Prinsip pembangunan berteraskan Islam yang kelima ialah berkenaan dengan peralatan pembangunan. Seperti juga dalam pembangunan kapitalis, peralatan pembangunan berteraskan Islam ialah sumber-sumber alam. Tetapi, seperti dalam kes manusia sebagai pelaku pembangunan, erti dan fungsi sumber-sumber alam mengikut pembangunan berteraskan Islam adalah berbeza dari pembangunan kapitalis.
Sumber-sumber alam dari kacamata pembangunan berteraskan Islam tidak hanya dilihat sebagai mempunyai nilai-nilai ekonomi semata-mata. Lebih dari itu, sumber-sumber alam ini dilihat sebagai anugerah dari Allah SWT kepada manusia, untuk manusia gunakan mengikut keperluan. Anugerah ini pula adalah merupakan ujian, untuk dilihat setakat mana manusia dapat berfungsi sebagai khalifah Allah SWT dalam menguruskan sumber-sumber alam ini. Hak milik mutlak terhadap sumber-sumber alam ini tetap hak milik Allah SWT. Manusia hanya merupakan pemilik sementara sahaja.
Akhir sekali, prinsip pembangunan berteraskan Islam yang keenam ialah berkenaan dengan matlamatnya, yakni untuk mendapat keredhaan Allah SWT, atau disebut mardhatillah dalam Bahasa Arab. Sesuatu usaha pembangunan tidak boleh dikatakan berjaya, walaupun mendapat keuntungan yang besar, sekiranya tidak diredhai Allah SWT. Hanya dengan keredhaan Allah SWT sahajalah seseorang akan memasuki syurga. Dan hanya dengan memasuki syurga sahajalah maka sesuatu usaha pembangunan itu dikira sebagai berjaya dengan sebenar-benarnya.
"
Hidup ini dipenuhi dengan pertanyaan. Banyak persoalan yang perlu ajukan untuk memberi kefahaman dalam sesuatu perkara.
Kata pepatah melayu berzaman: “Malu bertanya sesat jalan.” Ada benarnya, kerana hidup di zaman yang serba canggih ini memerlukan banyak penjelasan, maka amat berhajat kepada pertanyaan. Jika tidak akan kaburlah kefahaman dan pemikiran.
Sesungguhnya bertanya adalah alat untuk meneroka ilmu.
Saya teringat satu kisah yang diceritakan oleh tuan guru ketika bersekolah arab dahulu. Saya rasa kisah itu hanyalah rekaan semata. Sekadar penyedap halwa telinga. Namun ianya memberi pengajaran dan apa yang berlaku realiti sekarang.
Ada seorang ustaz yang mengajar kitab jawi lama.
“Haram memakan batang keladi,” katanya.
Tercengang anak-anak murid yang sedang mendengar. Masakan tidak, puas seumur hidup memakan sayur batang keladi, tiba-tiba hari ini baru terdengar haram hukumnya.
Salah seorang anak muridnya memberanikan diri bertanya, “betul ke ustaz, haram memakan batang keladi? Saya selalu makan sayur batang keladi.”
“Sesiapa yang banyak bertanya maka lemahlah imannya,” jawab ustaz tersebut.
Terdiam semua anak muridnya. Mahu bertanya lagi takut termasuk orang yang lemah iman.
Sebenarnya kitab itu menyebut “Haram memakan binatang keldai” tetapi kerana tidak mahir membaca kitab jawi lama, maka tersalah baca dengan “Haram memakan batang keladi.” Begitulah jadinya.
Buka ruang pertanyaan, tapi...
Jangan sekat untuk bertanya, kerana menyekat pertanyaan seperti membunuh pemikiran. Bukalah ruang untuk bersoal jawab supaya kekaburan dan kekusutan sesuatu perkara itu dapat dirungkai. Bukankah Islam adalah agama yang menggalakkan berfikir dan bertanya?
Tetapi harus diingat, pertanyaan mestilah pertanyaan yang ada tujuan. Supaya pertanyaan itu ada manfaat dan faedah kepada semua. Bertanya untuk mendapatkan ilmu. Bukan bertanya untuk mengelakkan dari melakukan sesuatu suruhan. Contohnya Allah memerintahkan sesuatu perkara, maka banyak persoalan yang dibangkitkan. Jika untuk kefahaman ianya amat digalakkan, tetapi banyak bertanya supaya nampak sukar dan sulit supaya diberi keizinan untuk tidak melakukannya. Maka inilah pertanyaan yang amat dilarang dan dibenci.
Di dalam al-Quran Allah SWT menceritakan perihal Bani Israil yang banyak bertanya dalam peristiwa penyembelihan lembu betina. Mereka bersoal jawab dengan Nabi Musa as. sehingga ianya menyulitkan dan menyusahkan diri sendiri.
“Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya, “Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu menyembelih seekor lembu betina.” Mereka menjawab, “Adakah engkau memperolok-olokkan kami?” Nabi Musa berkata, “Aku berlindung dengan Allah SWT agar tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang jahil.”
“Mereka berkata, “Mintalah kepada Tuhanmu agar Dia menerangkan kepada kami sifat lembu betina itu.” Musa menjawab, ”Sesungguhnya Allah SWT berfirman bahawa lembu betina itu tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan antaranya. Maka lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu.”
“Mereka berkata lagi, “Mintalah kepada Tuhanmu agar menerangkan kepada kami apakah warnanya?” Nabi Musa menjawab, “Allah berfirman bahawa lembu betina itu berwarna kuning tua, menyukakan orang yang melihatnya.”
“Mereka berkata lagi, “Mintalah kepada Tuhanmu agar Dia menerangkan kepada kami lembu betina apakah sebenarnya? Sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu masih meragukan kami. Dan insya-Allah kami akan mendapat petunjuk.”
“Nabi Musa menjawab, “Sesungguhnya Allah SWT berfirman bahawa lembu itu bukan digunakan untuk membajak dan mengairi tanaman, tidak cacat dan tiada sedikitpun belang pada warnanya.” Mereka berkata, “Sekarang jelaslah keteranganmu.” Kemudian mereka pun menyembelih lembu tersebut dan hampir-hampir mereka tidak dapat melakukannya.” (al-Baqarah: 67 – 71)
Kisah ini merupakan satu pelajaran kepada orang-orang yang suka menyempitkan perintah Allah. Allah menyuruh mereka menyembelih lembu betina, sekiranya mereka terus menyembelih sebarang lembu itu sudah memadai. Tetapi disebabkan banyak terlalu bertanya, ia menyusahkan untuk mencari lembu tersebut. Dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan perintah Allah SWT.