Ahad, 8 Julai 2012

Cano Crystals



Cano Crystals (Caño Cristales) yang terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia diiktiraf sebagai sungai yang tercantik di dunia. Keunikkan sungai ini ialah air sungai ini akan berubah kepada 5 warna untuk satu tempoh antara musim hujan dan musim kemarau. Ia dikenali sebagai River of five colours.





Sabtu, 7 Julai 2012

pakatan

PUSAT JUDI GENTING!!! Siapa pemimpin Melayu yang berpakat dengan Lim Goh Tong?


Sejak beberapa hari kebelakangan ini, ramai member-member yang menyiarkan kembali gambar-gambar bersejarah. Diantaranya ialah gambar dibawah.

Sori la..aku tak tau nak bagi kredit kat sapa sebab aku sendiri tak tau mana punca gambar ini. Aku sapu gambar ni dari FB Kak Leha.

Aku lebih seronok cari isu-isu tanah sebab Ameno ni suka sangat main tanah. Sama macam MIC, balik-balik isu kuil. Bila PR memerintah Perak, depa dok jaja kata PR lelong habih tanah orang Melayu. Tapi dalam diam, Ameno ni dok pulun selagi ada tanah-tanah milik orang Melayu, habih depa sapu.

Kisah jual tanah ni bukan cerita baru. Benda ni dah bermula sejak dulu lagi, tapi orang Melayu mana tau!! Bagi BR1M , habih la.

Bagi orang Melayu yang berumur 40 tahun kebawah, mungkin ramai yang tak tahu dan tak mau ambik tau.


Kisah orang Melayu Ameno yang jadi kuda tunggangan orang bukan Melayu untuk mendapatkan tanah ini berlaku sejak tahun 60an lagi. Satu contoh yang cukup besar ialah Gentng Highlands.


Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL. cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1800 kaki dari paras laut.


Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang…sebab kena deal dengan dua negeri.


Tapi Lim Goh Tong bukan bodoh…sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli. Toksah kata orang kampung…bapak Menteri pun boleh dibeli.


Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Toksah tengok title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada makna. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah.




Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang buat.


Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad.


Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi juga kat Lim Goh Tong.


Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,8000 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong. Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands..yang tu aku tak payah cerita. Kalau yang tu pun hangpa tak tau..memang bangang la.


Tun Razak pun aku tak payah cerita..sebab kalau tak tau dia tu bapak kepada Najib… tak tau nak kata la.


Cuma..berapa ramai yang tau siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah yang menjadi kuda tunggangan Lim Goh Tong?


Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) dan Suhaila (emak Hishamuddin).


Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka didunia. Dan Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri. Tun Razak dari Pahang..jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia.


Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelamkabut. Sapa yang menentang semua kena steamroll.


Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai.Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun.


Sejarah selebihnya..yang tu hangpa cari sendiri la. Genting Highlands melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran pemegang saham..akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim Goh Tong.


Sekarang ni…ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi Pengarah non-eksekutif..menguruskan pusat judi.

Tapi jangan risau…banyak lagi tanah-tanah di Malaysia ni yang belum tergadai. Semua orang mempunyai pilihan…sama ada nak terus pilih generasi Tan Sri Mohamed Noah untuk menggadaikan tanah Melayu..atau campak saja depa kelaut.

Jangan salahkan pencuri..sebab kerja pencuri ialah mencuri. Salahkan diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela
.-MSK

Curi jin

Salah satu daripada mukjizat yang diberikan oleh Allah swt pada Nabi Sulaiman a.s. adalah tertulis pada cincinnya namanya dan nama Allah swt. Adapun setiap sesuatu yang tertulis padanya nama para Nabi dan nama Allah tidak boleh dibawa ke sebarang tempat seperti tempat-tempat yang hina seumpama tandas, tempat-tempat maksiat dan seumpamanya juga tidak boleh dipakai ketika tidur dan ketika berhadas besar.


Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. masyhur serta luas kekuasaannya sehingga anginpun tunduk atas segala perintahnya. Maka ini memudahkan Nabi Sulaiman a.s. untuk pergi ke suatu tempat yang dihajati dengan tidak perlu berkenderaan. Cukup sekadar memerintahkan angin membawanya terbang di atas permaidani sekiranya baginda yang diiringi oleh pembesar-pembesar kerajaannya mahu menziarahi daerah kekuasaan baginda yang luas itu.

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesar kerajaannya pergi menziarahi salah sebuah daerah kekuasaan baginda dengan berkenderaan permaidani yang diterbangkan angin sehingga baginda melalui sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi laut. Ketika itu kelihatan penduduknya sedang menjemur ikan. Di antaranya terdapat gadis-gadis yang turut serta menjemur ikan. Dari kalangan para gadis itu, ada seorang gadis yang amat hitam rupanya dan tidak menarik perhatian kaum lelaki.

Apabila Nabi Sulaiman a.s. dan para pembesarnya melalui tempat itu, maka penduduk kampung menjadi kehairanan kerana tiba-tiba sahaja cuaca menjadi redup. Lalu merekapun mendongak dan mendapati rombongan Nabi Sulaiman a.s. sedang melalui kawasan itu.

Sedang mereka dalam keadaan itu, berkatalah gadis yang hitam rupanya tadi: “Alangkah bahagianya aku sekiranya aku menjadi permaisuri Nabi Sulaiman a.s.”

Apabila teman-temannya yang lain mendengar ucapan gadis itu, mereka lalu mentertawakannya dan mengejeknya dengan kata-kata menghiris hati: “Wahai gadis tidak tahu diri, sesungguhnya hasratmu sekadar impian. Rupamu yang hitam langsung tidak menarik perhatian. Inikan pula mahu bersuamikan Nabi Sulaiman yang hebat kedudukannya. Sedangkan kami yang mempunyai wajah menarik tidak bercita-cita untuk menjadi permaisuri baginda. Apakah engkau tidak sedar bahawa orang-orang lelaki di kampung kita inipun belum tentu mahu beristerikan engkau yang hitam legam lagi tidak menarik hati? Cukuplah engkau berangan-angan!” Riuh rendahlah suara mereka mentertawakan si gadis hitam tadi.

Mendengarkan cemuhan dan hinaan mereka, merasa sayulah hati gadis yang malang itu. Dirinya ibarat pungguk merindukan bulan. Rupa yang buruk tidak dipinta. Akhlah yang baik lebih utama.

Setelah Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesarnya selesai dari menjelajah ke daerah kekuasaan baginda, merekapun balik ke rumah masing-masing.

Setibanya Nabi Sulaiman a.s. di istananya, baginda berhajat untuk ke tandas. Sebelum itu, baginda melucutkan cincin yang bertuliskan nama Allah dan namanya, lalu diserahkan pada isterinya.

Pada masa itulah datang jin Ifrit menyerupakan dirinya sepertimana Nabi Sulaiman a.s, lalu menemui isteri baginda dan berkata: “Wahai isteriku, ambilkan cincinku tadi.” Tanpa merasa ragu, isteri baginda menyerahkan cincin itu pada Ifrif kerana menyangka dirinya Nabi Sulaiman a.s.

Apabila Nabi Sulaiman a.s. selesai melepaskan hajatnya, baginda meminta dikembalikan cincinnya tetapi isterinya berkata: “Sesungguhnya telah aku kembalikan sebentar tadi.” Nabi Sulaiman a.s. diam kehairanan. Kemudian baginda berkata: “Baru inilah aku meminta kembali cincin itu.” Tetapi isteri baginda tetap mengatakan bahawa ia telah diserahkan.

Nabi Sulaiman a.s. merasa serba salah dan curiga. Kemungkinan cincin itu telah dicuri oleh seorang yang menyamar sebagai diri baginda kerana isterinya tidak mempunyai alasan untuk menyerahkan barang kepunyaannya kepada sesiapapun jua.

Adapun Ifrit setelah ia mencuri cincin tersebut, iapun masuk ke dalam istana kerajaan dan duduk di singgahsana sambil memerintah rakyat Nabi Sulaiman a.s. ke istana dan mendapati seorang yang menyerupai dirinya duduk di atas singgahsana. Maka fahamlah baginda kedudukan perkara.

Lalu baginda berkata: “Wahai rakyatku sekalian, sesungguhnya akulah Sulaiman, raja kamu yang sebenar.”

Jawab rakyatnya: “Tidak, raja itulah yang sedang memberi ucapan. Kamu bukan raja kami. Raja Sulaiman yang sebenar adalah dia yang duduk di kerusi singgahsana. Kamu pendusta!”

Apabila rakyatnya tidak percaya lagi pada baginda, maka baginda pun pergi meninggalkan istana, menuju dari sebuah perkampungan ke perkampungan yang lain dan menyatakan dirinya sebagai Raja Sulaiman tetapi kesemua mereka menafikannya.

Akhirnya baginda pergi ke sebuah kampung nelayan yang terletak di tepi laut, lalu baginda menyatakan hajatnya untuk turut bekerja sebagai nelayan kepada seorang nelayan di tempat itu. Nelayan itu menerima hajat baginda tanpa menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Raja Sulaiman.

Nabi Sulaiman a.s. menjalani kehidupannya sebagai seorang nelayan dengan baik dan baginda bekerja bersungguh-sungguh tanpat mengenal jemu dan penat sehingga menghasilkan pendaptan yang lumayan dengan nelayan itu.

Pada suatu hari, ketika baginda duduk berehat menunggu waktu makan tengahari, baginda tertidur oleh sebab keletihan.

Tidak lama kemudian, datanglah anak gadis nelayan tersebut membawa makanan tengahari. Berkata si nelayan kepada anaknya: “Wahai anakku, panggillah Sulaiman untuk makan tengahari bersama kita.”

Gadis tersebutpun pergilah mendapatkan baginda yang sedang tidur sambil dikipas oleh seekor ular dengan sehelai daun. Alangkah terkejutnya gadis itu melihat keadaan yang luar biasa ini, lalu segera dikhabarkan kepada ayahnya. Apabila si nelayan menyaksikan sendiri perkara itu, ia pasti baginda bukan sebarangan orang tanpa mengesyaki baginda adalah raja Sulaiman. Mereka meninggalkan baginda sendirian sehingga akhirnya baginda terjaga dari tidurnya dan merekapun menghadapi hidangan tengahari bersama-sama.

Setelah beberapa lama Nabi Sulaiman tinggal nelayan, maka nelayan itu bermaksud untuk mengahwinkan anaknya dengan baginda. Nabi Sulaiman as tidak pula menolak kehendak nelayan itu. Maka hiduplah Nabi Sulaiman a.s. bersama gadis hitam yang pernah bercita-cita untuk menjadi isterinya suatu masa dahulu sebagai suami isteri yang sah tanpa gadis itu menyedari bahawa Tuhan telah menjadikan impiannya suatu kenyataan.

Manakalah di istana yang telah ditinggalkan baginda, Ifrit menyamar sebagai Nabi Sulaiman as memberikan pengajaran yang menyesatkan manusia. Berpunca dari amarannya yang jahat itu, Ifrit tidak sanggup menyimpan cincin baginda yang dicurinya itu, kerana khianatnya cincin itu lalu dicampakkannya ke dalam laut yang kemudiannyaditelan oleh seekor ikan. Ifrit meninggalkan takhta kerajaan. Ketika itulah orang ramai baru menyedari kepalsuan orang yang selama ini mengaku dirinya Raja Sulaiman rupanya jin yang menyamar sebagai baginda.

Segala sesuatu hanya Allah swt yang menentukan.

Sebagaimana biasa, nelayan dan Nabi Sulaiman as keluar menangkap ikan sebagai memenuhi keperluan hidupnya. Kebetulan pada hari itu, masuklah ikan yang menelan cincin Nabi Sulaiman as ke dalam pukat mereka. Menjelang senja, kembalilah mereka ke rumah. Sebahagian daripada ikan yang ditangkap hari itu mereka jemur manakala sebahagian lagi dijadikan hidangan makan malam.

Tatkala isteri baginda menyiang ikan yang akan dimasak malam itu, tiba-tiba ditemui dalam perut ikan itu sebentuk cincin yang bertuliskan nama Nabi Sulaiman as dan nama Allah.

Segeralah isteri baginda mengkhabarkannya. Demi melihat baginda akan cincin itu, baginda terus mengucap syukur sebanyak banyaknya kepada Tuhan kerana haknya telah dikembalikan tanpa ia duga sementara rasa kasih terhadap isterinya semakin bertambah.

Setelah cincin itu disarungkan, barulah rakyat baginda meyakini bahawa baginda adalah sebenarnya Raja Sulaiman.

Nabi Sulaiman as bermaksud untuk kembali ke istana dan melihat keadaan rakyat baginda yang telah lama ditinggalkan. Baginda juga berhasrat untuk membawa isteri baginda bersama-sama tetapi merasa keberatan kerana ditakuti isterinya akan menjadi bahan ejekan berpunca dari kehitaman rupanya itu. Baginda lalu berdoa kepada Allah Taala supaya mengubah rupa isterinya yang hodoh itu menjadi cantik. Doa baginda dimakbulkan sehingga merasa cemburulah teman-teman yang pernah menghina dan mengejek isterinya dahulu.

Baginda beserta isterinya kembali ke istana dengan disambut meriah oleh rakyat jelata yang telah menyedari kesilapan meraka.

Kemudian pada suatu hari, dikumpulkanlah sekalian rakyatnya, baik dari golongan manusia, jin dan juga binatang kerana Nabi Sulaiman ingin mengetahui siapakah yang telah mencuri cincin baginda dan menyesatkan rakyat dengan perbuatan durjana. Sesiapa yang telah melakukan kesalahan pasti takut untuk bertemu dengan baginda.

Setelah sekalian rakyat berkumpul, ternyata yang tidak hadir aalah jin Ifrit. Dengan ini, diisytiharkan bahawa Ifritlah yang telah mencuri cincin baginda. Mendengar kenyataan ini, merasa marahlah golongan jin terhadap Ifrit kerana telah memalukan bangsa mereka di khalayak ramai. Lalu Nabi Sulaiman as memerintahkan beberapa orang bangsa jin untuk menangkap Ifrit. Bangsa jin yang diperintah itu segera pergi mencari tempat persembunyian Ifrit.

Akhirnya ditemui Ifrit bersembunyi di batu karang di dasar lautan. Ifrit lalu dihadapkan kepada Nabi Sulaiman as dan baginda menghukum sesuai dengan kesalahannya.

silmido




Tahun 1960an , Korea utara menghantar komando memasuki korea selatan bertujuan untuk bunuh presiden korea selatan tetapi tidak berjaya. Korea selatan mengetahui hal itu lalu merancang sesuatu iaitu menubuhkan Unit 684. Mereka pergi ke penjara dan mencari sesiapa yang tiada saudara, penjenayah berat, dan yang menjalani hukum penjara yang lama. Tujuan untuk menjadikan meraka askar. 

Mereka berjaya mancari dan memperolehi 31 orang . Mereka akan diberi latihan khas supaya mereka menjadi pembunuh yang terlatih. Tugas mereka senang sahaja. Apabila tamat latihan, mereka semua akan menyeludup masuk ke Korea utara dan bunuh pemimpin2 Korea utara.

Semasa menjalani latihan ada yang mati kerana latihan yang amat dasyat mereka ibarat seperti tawanan , mereka tiada hubungan dengan siapa2. Bertahun2 dan tiap2 hari mereka di paksa berlatih separuh mati supaya mereka boleh menjadi pembunuh terbaik di dunia. Yang mati itu kerana latihan yang amat teruk dan ada yang nak melarikan diri oleh itu terpaksa dibunuh kerana itu adalah rancangan yang sangat2 sulit.

Tetapi setelah melihat hubungan antara kedua2 negara kelihatan seperti ke arah positif. Pihak kerajaan merancang untuk membatalkan rancangan itu. kerajaan Korea Selatan memberi arahan untuk menamatkan Unit 684 di pulau silmido.

Pada suatu ketika mereka yang tinggal dapat tahu kerajaan korea selatan membatalkan rancangan Unit 684 untk menyeludup ke korea utara dan mereka di arahkan untuk dibunuh supaya rancangan sulit itu dapat dirahsiakan kepada umum.Mereka memberontak menentang tentera2 yang dikerah melatih dan mengawal mereka. Disebabkan mereka amat terlatih kerana menjalani latihan khas yang amat memeritkan mereka membunuh orang2 yang menjaga dan melatih mereka sendiri.

Oleh itu mereka berjaya keluar dari tempat sulit yang mereka berada iaitu Pulau Silmido. Tinkdakan seterusnya mereka merampas satu bas dan merancang untuk pergi ke bandaraya korea selatan tujuannya untuk bertemu presiden mereka dan mempersoalkan kenapa kerajaan memperlakukan mereka sebegini iaitu membunuh rakyat sendiri yang telah dilatih untuk membunuh pemimpin korea utara.

Tetapi rintangan mereka amat sukar kerana tentera korea selatan sudah mengepung laluan ke sana dan menyerang mereka. Akhirnya mereka mati di dalam bas dan ada beberapa yang masih hidup diarahkan untuk dibunuh supaya dapat menutup rahsia itu.

Kisah yang amat sedih ini adalah amat sulit tetapi akhirnya terdedah juga dan telah difilemkan dan mendapat sambutan yang hebat















 

kredit arif89trg.blogspot.com

untuk menantu


Assalamualaikum warah matuallahi wabarakatuh


Anakku,


Hari ini hari bersejarah untukmu,


Kau telah dihijab kabulkan dengan anak perempuanku,


Kini tanggungjawab ayah telah berpindah kepadamu,


oleh itu terimalah anak ayah seadanya.

terimalah dengan hati yang penuh reda.

Didiklah dia dengan sebaik-baiknya,

berlemah lembutlah jika kau menasihatinya,

kerana sesungguhnya lemah lembut adalah hikmah yang paling baik,

berilah kasih sayangmu kepadanya nescaya dia akan membalas kasih sayangmu.

Anakku,

Pastikan aurat isterimu terpelihara ketika keluar rumah,

tidak berhias dan berbau-bauan kepada bukan mahramnya.

kerana jika auratnya terdedah kau akan ditanya oleh Allah SWT
di akhirat nanti.

Berilah nafkah zahir dan batin sekadar kemampuanmu,

kerana setiap ringgit yang kau gunakan untuk keluargamu merupakan sedekah disisi Allah SWT.

Carilah rezeki yang halal kerana keluar  bekerja mencari nafkah seumpama berjihad dijalan Allah SWT.

Berikanlah ilmu agama pada isterimu,

Jika kau tidak mampu ajaklah dia ke masjid supaya ada guru yang mendidiknya.

Anakku,

Kau telah terpilih menjadi nakhoda bahtera kehidupanmu,

Maka teruskan perjalananmu dengan berhati-hati supaya tidak tersesat diperjalanan,

Jika tersalah haluan kembalilah kepangkal jalan.

Ambillah panduan al-Quran dan sunah Nabi-Nya

nescaya kau tidak akan sesat selama-lamanya.

Jauhkan daripada bisikann syaitan dan nafsu amarahmu

kerana kedua-duanya boleh menyebabkan kau lari daripada rahmat Allah SWT.

Hidup berumah tangga tidak sama semasa bujang,

kini kau perlu berkongsi segala-galanya.

Ranjau, onak dan duri perlu diharungi bersama.

Banyakkan bersabar dan bertenang dalam kau membuat keputusan,

jangan mudah berkeras dengan pendapat sendiri, banyakkan berbincang kerana sesungguhnya bersyura banyak menfaatnya.

Anakku,

Jika kau izinkan dia bekerja pantau pergaulannya supaya sentiasa tidak terkeluar daripada batasan syarak.

Bersikap tegas dan lemah-lembut terhadap isterimu kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan  luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya.

Berilah pujian terhadap isterimu kerana wanita suka dipuji dan  berilah hadiah ketika menyambut hari kelahirannya demi mengeratkan kasih sayang.

Nabi SAW sering memberi hadiah kepada isteri-isteri baginda.

Anakku,

Laut tidak sentiasa tenang, ada pasang surutnya.

Begitu juga kehidupan berumah tangga, adakala gembira ada kalanya bergelora.


Jika kau dapati isterimu menderhakaimu,

maka berilah nasihat yang baik kepadanya, 

jika tidak berkesan pisahkan tempat tidurmu,

jika masih tidak berhasil maka pukullah sekadar mengingatkannya bukan untuk mencederakannya.

Carilah pendamai yang baik , bertolak ansurlah kerana tidak rugi jika kau mengalah dalam perkara-perkara kecil.

Sesungguhnya Allah merahmati  suami yang sabar dan tenang mengatasi krisis rumah tangganya.dan mengelakkan perceraian.

Anakku,

Ayah sentiasa mendoakan kesejahteraanmu sekeluarga insya Allah berkekalan hingga bertemu di syurga.

Oleh itu jauhkan dirimu dan ahli keluargamu daripada seksaan api neraka.

Doa ayah untukmu berdua : “ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “

Wassalam.