Ahad, 14 Oktober 2012

dosa Fb

Dia tengah tido, tp malaikat duk tulis dosa dia. Dia tengah solat, malaikat duk tulis dosa dia jugak. Dia belajar, makan, mandi, malaikat tetap setia mencatit dosa dia. Dia x buat ape2 pun malaikat masih x berhenti catit dosa dia. Eh? Ape salah dia? Rupanya banyak mata2 sedang melihat gambarnya yg x menutup aurat di fb. Setiap kali ada lelaki yg melihat, setiap kali itulah dosanya bertambah. Seramnya. Awak, gambar2 awak tu memang cantik, comel, cute je. Tp simpan la semua tu untuk suami awak je. Hanya yg halal je layak nikmati kecantikan awak tu. X perlu nak tayang aurat awak kat satu dunia. Hot kat dunia, kat akhirat hot dgn api neraka plak. Sanggup ke awak? Ngee~~

*right-click, save image as..*

Sape2 pun bley buat camtu kan? Nanti awak dh meninggal, kat dalam kubur tuh malaikat xkn berhenti seksa awak selagi ade lelaki atas dunia ni yg duk tgk gambar awak yg x tutup aurat. Masa tu ape yg awak bley buat? Nothing. Hidup di kubur yatim piatu, ti

nggallah seorang dipukul dipalu~
*lirik lagu sepohon kayu, ingat lagi x? :D hehe :'S
Maafkan saya kalau terkasar bahasa. ^^

syukur :)




































Panjang pendek

Soalan panjang, jawapan pendek :

1. Awek saya selalu paksa saya ke shopping complex beli belah. Dia beli tapi saya yang kena bayar. Tak bayar kang majuk lak. Camana ni?

Jawapan: Putuslah.


2. Pakwe saya langsung tak pedulikan saya. SMS pun jarang, call lagi la tak. Masa diperlukan je cari saya. Apa perlu saya buat ni?

Jawapan: Tinggalkanlah.

3. Hari-hari saya rasa nak tepon pasangan saya, SMS dia, bergayut, dating ngn dia. Orang kata serba-serbi lah nak buat ngn dia. Aduh macam mana ni? Saya study lagi ni, mana ada duit nak kawin lagi.

Jawapan: Menabunglah.

4. Pakwe aku tinggalkan aku lah. Sedih gile aku. Sampai ati dia curang dengan aku. Masalahnya aku takleh lupakan dia, rindu dia tiap masa. Tolong aku..sedih ni..sob sob..

Jawapan: Sabar & solatlah.

5. Hari-hari aku nak jumpa awek aku. Bila aku jumpa dia, aku nak pegang tangan dia..cium pp dia..ringan2 sikit..utk eratkan lagi perhubungan. Tapi aku tau benda tu tak baik, tapi kalo aku tak buat..aku rasa hubungan kitorang akan renggang lak. Ni cara utk dia tambah syg dengan aku..Camno weh?

Jawapan: Kahwinlah.

6. Hari-hari ada orang ngorat saya. Rimaslah saya. Camana ni? Muka saya lawa sangat kot.

Jawapan: Niqablah.

7. Aku tak boleh nak fokus keje aku wat lah. Study aku. Aku duk pk dia je. Aku jatuh cinta kot. Jatuh cinta ni boleh dalam Islam. Bla bla bla..dalil tu dalil ni..pot pet berbunga-2.. bercinta sblm kawin haram.. bercinta selepas kawin.. halal.. pot pet pot pet..

Jawapan: P minanglah.

8. Aku dah lama tunggu dia. Setia menanti dia. Aku akan menanti dia sampai bila-2. Hati ini hanya utk dia. Dialah segala-galanya dalam hidup ni. Aku takleh hidup tanpa dia.

Jawapan: Mengucaplah. coz dah macam syirik pulak, Allah letak mana?

Aurat

Mendedahkan aurat sendiri ialah mendedahkan aib sendiri, bila ada orang tegur kita mendedahkan aurat, janganlah melenting orang cari salah kita, salahkan diri sendiri sebab melanggar perintah Allah Swt tentang tutup aurat dan salahkan diri kerana langgar perintah Allah Swt kerana mendedahkan aib sendiri. 

Sebab ia adalah situasi orang itu tidak mencari aib atau kesalahan, bahkan ia secara terbuka membuat kesilapan. Bahkan ada yang berbangga lagi dengan kesilapan dan keaiban itu, lalu mengajak lagi orang lain membuka aurat dengan mempromosikan auratnya di khalayak ramai bahkan di dunia internet.

Kenapa ada orang masih berbangga MEMPROMOSIKAN aurat yakni aib sendiri di khalayak ramai dan internet? Adakah mereka sudah ditarik RASA MALU dalam diri mereka oleh Allah Swt?

Sabtu, 13 Oktober 2012

Antelope


Singa betina dengan mangsa kecil

Gambar menakjubkan dirakam oleh jurugambar Belanda, Adri De Visser, 50 menunjukkan singa betina dengan anak antelop di Queen Elizabeth Naitonal Park Uganda - sejurus selepas dia selesai meratah ibu makhluk kecil tersebut.

"Apabila saya sampai di sana, saya melihat singa betina itu sedang memakan bangkai seekor antelop," katanya kepada Daily Mail Britain.


Anak Antelop yang malang tidak lari menjauhkan diri dari singa tersebut dan entah bagaimana tidak pula menjadi habuan singa tersebut.

"Saya mengikutinya untuk beberapa ketika dan dia pergi ke satu pokok untuk berehat dari matahari," katanya. "Saya telah memerhatikannya apabila saya mendengar bunyi. Ia adalah anak kecil antelop yang telah bersembunyi di dalam rumput panjang."

Anak antelop itu berjalan kearah diantara kaki singa itu seolah-olah ia cuba untuk mendapatkan susu.

De Visser berkata singa tersebut memerhatikan anak kecil antelop itu selama kira-kira 45 minit tetapi tidak menerkam, walaupun anak kecil yang tidak berdaya itu merangkak diantara kakinya seolah-olah ia cuba untuk mendapatkan susu.

Singa betina tersebut menyambar anak antelop itu lari - seperti membawa anaknya sendiri.

Tiba-tiba, bunyi motosikal renjer taman tersebut telah mengejutkan singa tersebut, katanya. "Jadi singa betina itu mengonggong anak antelop tersebut seperti mana biasanya mengonggong anak sendiri," katanya.

"Kita mendengar khabar daripada sekumpulan pelancong mengatakan anak antelop tersebut dikesan hidup dan sihat."

Nampaknya binatang ini lebih berperi kemanusian daripada spesis manusia yang sanggup membuang anak sendiri... Kalau dia makan anak antelop itu pun memang dah lumrah kerana itu memang makanan dia pun...