Ahad, 14 Oktober 2012

Aurat

Mendedahkan aurat sendiri ialah mendedahkan aib sendiri, bila ada orang tegur kita mendedahkan aurat, janganlah melenting orang cari salah kita, salahkan diri sendiri sebab melanggar perintah Allah Swt tentang tutup aurat dan salahkan diri kerana langgar perintah Allah Swt kerana mendedahkan aib sendiri. 

Sebab ia adalah situasi orang itu tidak mencari aib atau kesalahan, bahkan ia secara terbuka membuat kesilapan. Bahkan ada yang berbangga lagi dengan kesilapan dan keaiban itu, lalu mengajak lagi orang lain membuka aurat dengan mempromosikan auratnya di khalayak ramai bahkan di dunia internet.

Kenapa ada orang masih berbangga MEMPROMOSIKAN aurat yakni aib sendiri di khalayak ramai dan internet? Adakah mereka sudah ditarik RASA MALU dalam diri mereka oleh Allah Swt?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan