Masa sekolah...walaupun banyak kena belajar..kena baca, kena paham smpai 10 subjek 1 tahun..n berpuluh2 bab setiap subjek cmpur tg4&5 or tg1,2&3..tapi tetap masih mampu buat..xkisah pon..bab sama jer keluar...redha n baca jer...mampu pulak bawak...masuk u nie...dahla belajar paling banyak 5/6 subjek..n bukan banyak sgt pon bab...ada tuh mana yang dah masuk test awal2 xkeluar pon final..siap Dr. clarify siap2 dah apa nak kuar..apa y awak perlu baca..ada tuh siap higlight2 lagi...lebih untung siap ada study week tuh..konon2 nak bagi student rest tenangkan hati b4 exam.
tp tetap rasa beban sgt2..final tuh mcm membunuh terus..depress xyah ckplah..sebab apa? ^__^ sebab level yang kite belajar lain..masa sekolah walau banyak manapun..kite masih mampu bawak sebab tuh taraf kite...masuk u..kadg2 tuh smpai level Prof pon xleh jwab..kite kena jawab.. =)..sebab persaingan..kalu sekolah..ada subjek fail pon masih boleh enjoy dgn y sama fail..siap gelak2...siap boleh banding lagi mana tinggi sikit..kalu dapat no last pon siap leh senyum nampak gusi.. kalu kat U..ko fail??
masuk longkang jawabnyer..xleh hidup..kat U matlamat at least nak graduate dgn pointer ok..layak mohon kerja..smbung belajar..pointer rendah skit..depress tahap boleh masuk spital sakit jiwa... n mestilah kekuatan kita, sikap dan sifat kite..dekat sekolah,ada cikgu nak nsihat..xmasuk kelas 1 bangunan sekolah dikejarnya..mak ayah dok dekat,.,boleh pantau sikit2...sikap kite pon lagi terjaga..kat U..ko nak berjaya? na cemerlang?
ko kena kontrol diri sendiri..xda lecterur nak kejar xmasuk kelas..x da lecterur nak rotan2..kalu lect nasihat skit, masuk telinga kanan kuar tinge kiri..sebab kite xrapat dgn lect mcm dgn cikgu..kite x whole day dgn lect xmcm dgn cikgu..xngajar dalam kelas jmpa di tangga,bilik guru,koridor...dgn lect..lau xngajar..xjumplah..kdg2 smpai 1minggu xnampak.. =) U memang seksa sebab nie langkah kanan kite untuk corak masa depan...
Sekolah pulak seksa sebab tuh langkah kanan kite untuk masuk dunia mana..dunia yang cerah ker gelap gelita..tapi 2lah kehidupan...2 la beza U n Sekolah.. apa2pun..mana2 pon kite..sapa pon kite...pegang pada satu..ALLAH...insha allah...susah mana pon, seksa mana pon, kalu kite ingat ALLAH..pasti DIA tolong kita..bile kite xda orang nak jaga kite secara zahir, ingat..ALLAH ada jaga kita..cuma kita jer..kalu nak rasa..dekatkan diri dengan DIA.. =)
Peace yo!
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Ahad, 30 Disember 2012
Sabtu, 29 Disember 2012
WIFI
www.omar.my
Assalamualaikum dan selamat pagi, hari ini Internet telah menjadi salah satu keperluan. Boleh dikatakan dimana-mana juga terdapat Internet bahkan awal tahun 2012 ini kita dapat lihat DBKL mewajibkan setiap restoran menyediakan kemudahan ini. Sebelum itu, aku nak tanya, sekiranya korang menggunakan perkhidmatan WiFi atau jalur lebar, berapa bil ISP korang setiap bulan? Apa perasaan sekiranya WiFi korang diceroboh?
Marah dan sakit hati kan. Seperti yang kita semua tahu, kemudahan Internet tanpa wayar tidak terhad di dalam sesebuah premis sahaja dan boleh memasuki kawasan lain. Korang mengeluarkan RM 149 untuk pakej Unifi 5Mbps tapi jiran korang menceroboh atau curi WiFi dan menggunakan dengan percuma malahan sampai korang sendiri jadi perlahan. Bengang jugak la kan?
WEP atau WPA?
Penggunaan RADIUS atau WPA2-Enterprise
Tutup router dan modem
Assalamualaikum dan selamat pagi, hari ini Internet telah menjadi salah satu keperluan. Boleh dikatakan dimana-mana juga terdapat Internet bahkan awal tahun 2012 ini kita dapat lihat DBKL mewajibkan setiap restoran menyediakan kemudahan ini. Sebelum itu, aku nak tanya, sekiranya korang menggunakan perkhidmatan WiFi atau jalur lebar, berapa bil ISP korang setiap bulan? Apa perasaan sekiranya WiFi korang diceroboh?
Marah dan sakit hati kan. Seperti yang kita semua tahu, kemudahan Internet tanpa wayar tidak terhad di dalam sesebuah premis sahaja dan boleh memasuki kawasan lain. Korang mengeluarkan RM 149 untuk pakej Unifi 5Mbps tapi jiran korang menceroboh atau curi WiFi dan menggunakan dengan percuma malahan sampai korang sendiri jadi perlahan. Bengang jugak la kan?
Malah, di KL ini sendiri kalau korang nak beli outdoor antena yang boleh tarik WiFi seperti SignalKing, Sinmax dan sebagainya, harganya sekitar RM 100 dah dapat bersama aplikasi seperti Beini dan Reiver. Itu belum lagi tutorial yang banyak di Internet.
Dalam artikel ini, aku akan kongsikan beberapa langkah mudah dan asas untuk menyelamatkan WiFi dari dicuri. Oleh yang demikian, jika korang membaca artikel ini semasa sedang bersarapan, silalah tambah kopi atau teh tarik kerana artikel ini sedikit panjang.
Dalam perkhidmatan keselamatan, terdapat beberapa jenis algorithma yang digunakan seperti WEP, DES, VPN dan juga WPA. Memandangkan ini adalah blog, aku tidak akan menerangkan dengan teknikal. Cukuplah sekadar korang tau jika hari ini, sekiranya korang mengguna WEP, ianya boleh dianggap sebagai korang melakukan amal jariah melalui WiFi. Ini kerana dengan menggunakan beberapa perisian yang aku sebutkan diatas, si pencuri mampu mendapatkan kata laluan WiFi milik korang dalam tempoh beberapa minit sahaja.
Bagi mereka yang kurang faham dengan istilah WEP, bayangkan korang tinggal di kawasan berskala merah iaitu kejadian rompakan semakin berleluasa. Disebabkan takut rumah korang dimasuki pencuri, korang mengunci rumah menggunakan sebiji mangga sahaja, itupun mangga murah. Apa akan jadi sekiranya pencuri memecahkan mangga tersebut? Memang jadi Ali Baba lah, penuh satu lori diorang angkut.
Tapi jika WPA, bayangkan korang mangga rumah korang, memasang jeriji besi, penggera automatik dan meletakkan pengawal keselamatan? Agak mustahil bukan untuk rumah korang menjadi sasaran pencuri. Melainkan ianya human-error.
Jadi, dari analogi yang aku berikan. Jangan, jangan dan jangan menggunakan WEP. Kalau korang tengah guna, sila tukar kepada WPA2-PSK, tukar nama SSID dan password korang.
Harap korang faham dan sebaik-baiknya menggunakan WPA2-PSK. Pelanggan UniFi, tak perlu bimbang kerana korang dah memang guna WPA2-PSK.
Peka terhadap senarai DHCP
DHCP adalah satu protokol automatik yang digunakan untuk komputer dalam sesebuah rangkaian berkomunikasi antara satu sama lain.
Aku ringkaskan begini, semasa komputer memasuki sesebuah rangkaian, ia akan menyebarkan alamat IP sendiri kepada router. Kemudian, DHCP router akan memberikan satu senarai alamat IP yang masih belum digunakan kepada komputer tersebut dan komputer tadi akan memilih satu alamat terbaik dan memberitahu semula kepada DHCP. Sekiranya tiada masalah, komputer tadi akan disenaraikan dalam DHCP dan boleh mengakses kesemua kemudahan dalam rangkaian seperti mengakses Internet dan sebagainya.
Selalunya, senarai ini akan menyimpan maklumat seperti Nama Komputer, Masa dan Alamat Fizikal. Jadi, korang boleh merujuk kepada senarai ini untuk melihat kalau-kalau terdapat komputer lain dalam rangkaian korang.
Untuk mengakses senarai ini, korang perlulah pergi ke IP router korang, sebagai contoh,192.168.1.1. Untuk pelanggan TM, sekiranya username dan password diperlukan, boleh rujuk disini.
Dengan list itu tadi, semak samada Nama PC dan MAC yang tersenarai itu adalah milik korang atau bukan, lakukan kawalan alamat MAC.
Kawalan alamat MAC
Alamat MAC merupakan salah satu alamat yang diletakkan pada setiap peranti yang akan dihubungkan kepada rangkaian. Alamat ini selalunya kekal akan tetapi boleh diubah dengan bantuan beberapa perisian pihak ketiga.
Bagi sesetengah router, korang boleh melakukan kawalan untuk menyekat alamat MAC ini dari mengakses rangkaian korang. Sebagai contoh, pada senarai DHCP itu tadi, korang jumpa satu komputer yang menggunakan Internet korang, so tak membuang masa, salin alamat MAC dan sekat alamat tersebut dari mengakses Internet.
Peringatan sedikit, seperti yg aku katakan tadi, memandangkan alamat MAC boleh ditukar menggunakan perisian pihak ketiga, adalah lebih baik korang membenarkan alamat MAC milik korang sahaja untuk mengakses rangkaian.
Lumpuhkan fungsi WPS dan QSS
Dalam kebanyakan router model baru yang dipasarankan sekarang, ianya dilengkapi dengan fungsi 8 digit pin Quick Security Setup (QSS) dan WiFi Protected Setup (WPS).
Bayangkan korang membuat rumah terbuka sempena Hari Raya dan salah seorang tetamu bertanyakan kata laluan. Mungkin, korang terlupa kata laluan tu, apa yang pelu korang lakukan ialah pergi pada WiFi router dan tekan butang QSS. Nah, tetamu tadi dah boleh mengakses Internet.
Nampak amat memudahkan? Tapi, tahukah yang sebenarnya, QSS tadi membuat router korang terdedah dengan masalah “brute-force login”.
“Brute-force login” ini boleh dianggap sebagai cubaan berkali-kali si pencuri untuk mengakses rangkaian korang dengan menggunakan 8 digit pin QSS. Katakan pin QSS korang ialah 57588411 dan si pencuri melakukan “brute-force” dari 50000000 ke 59999999, lambat laun, dia akan dapat masuk juga kan?
Jadi, adalah lebih baik korang lumpuhkan fungsi tersebut meskipun korang menggunakan WPA2-PSK. Untuk rujukan, WiFi router yang digunakan oleh pelanggan UniFi selalunya mempunyai fungsi ini.
Kalau di syarikat besar, kebanyakan dari mereka akan menggunakan RADIUS server. RADIUS server ni selalunya berfungsi untuk WPA2-Enterprise yang mana tidak mempunyai password yang sama untuk setiap pengguna. Jadi, kalau korang berminat nak menggunakan RADIUS server dalam network WiFi, sila baca tutorial yang disediakan ini.
Ini adalah langkah paling asas. Tutup router dan modem sekiranya tidak digunakan. Ini bukan sahaja dapat menjimatkan bil elektrik korang bahkan dapat mengurangkan risiko pencerobohan berlaku tat kala korang tidak menggunakan WiFi.
Baiklah, itu sahaja setakat ini untuk tips cara elak wifi kena curi dan untuk pemahaman lanjut, aku amat galakkan korang baca artikel mengenai protokol WiFi ini pula. Rajin-rajinlah baca ya.
Sebab Seorang Itu Pemalas
1 Seorang mejadi pemalas berpunca dariapa sikap sendiri.
Tabiat pemalas yang sudah bersarang di dalam sanubari sehingga menjadi darah daging dan tidak berusaha untuk berubah.
2 Sikap mengharapkan orang lain yang buat.
Dia menganggap orang lain sudah buat, maka tidak perlu dia menyibukkan diri untuk buat kerja jamaah. Beliau boleh berpeluk tubuh sahaja.
3 Berkawan dengan orang yang malas.
Banyak sifat manusia dibentuk oleh kawan. Sifat ini menyebabkan manusia menjadi pemalas kerana dipengaruhi oleh kawan. Sebab itu nabi SAW menginngatkan kepada kita supaya pilih kawan yang baik kerana ia banyak membentuk watak kita. Sabda Rasulullah SAW "Manusia bersama dengan rakannya, perhatikan siapa rakannya".
4 Tidak rasa bersalah sedangkan sebagai pelajar matrik beristirehat balik ke rumah dan berborak kosong di whatapps. Kita minta berlindung daripada Allah menjadikan hati kita mati dan tidak sensitif sehingga merasa tidak bersalah apabila malas buat jawapan tutor kimi-'A'!. Sebenarnya orang yang malas kerana hatinya sudah mati dan tidak ada perasaan untuk membantu diri sendiri
5 Tidak mahu menurunkan status kedudukan kerana anggapannya dah sem IV PDT. Kerja kecil-kecilan buat jawapan tutor kimi-'A'! bukan taraf beliau. Apabila tidak dapat berada di tahap ini maka ia menjadi pelajar tanam anggur di kolej matrik.
6 Kurang mengingati mati dan mengabaikan akhirat.
Apabila unsur ini tidak ada menyebabkan hatinya mati dan tidak bermaya. Memang kerja buat di asrama tapi tiru la kan... Nasib malang akan menimpa kepada kita jika unsur ini sudah hilang dariapda sanubari dan kalbu kita.
7 Bergaul denga orang yang berjiwa kecil.
Orang malas ialah mereka yang berjiwa kecil. Anggapan mereka kimi-'A'! susah tidak mampu pandai walau pensyarah dah bagi handout. Sedangkan Nabi SAW bersabda "bukanlah kaya itu kaya harta, tetapi kaya jiwa"
Moh kite fikir sama2
Oleh Aspan Alias
Umno begitu ‘defensive’ dalam banyak isu. Malahan isu-isu yang di wujudkan oleh Umno lah yang menjadi penyebab keadaan negara jadi begini. Umno yang memerintah sejak merdeka maka segala isu terhadap kerajaan adalah isu terhadap Umno dan komponennya. Bukan begitu?
DAP tidak mengungkit cerita lama. Cerita Umno ini tidak pernah menjadi tua kerana isunya sama sahaja dari dulu. Isunya ialah isu kegagalan parti itu menjadi parti yang memerintah secara adil dan saksama, parti yang telah menggunakan kuasa yang keterlaluan dan parti yang menjadi penyebab rasuah berlarutan sehingga tidak dapat di kawal lagi.
Umno yang menyebut berulangkali yang DAP itu parti rasis dan Umno tidak rasis. Tetapi hakikatnya Umno lah yang memainkan isu rasis yang tidak ada batasannya sehinggakan menuduh bangsa lain sebagai pendatang dan bermacam-macam lagi.
Umno jugalah yang menjadi parti yang sentiasa menanamkan perasaan takut terhadap bangsa lain dan telah menjadikan orang Melayu itu lesu dan sentiasa mengharap kepada Umno khususnya kepada kepimpinan mereka. Umno lah yang tidak mahu Melayu itu bebas berfikir dan membangunkan kejatian pemikiran mereka kerana Umno mengharapkan ahli-ahlinya menjadi bangsa yang sentiasa mengharap kepada kerajaan dan tidak dari yang lain.
Apa yang lebih menyedihkan lagi Umno lah yang membantutkan matlamat penyatuan dan hidup bersama secara aman denhgan bangsa-bangsa lain. Sebab Umno berbuat demikian ialah kerana UMNO mempunyai kepimpinan yang lemah. Seorang pemimpin yang lemah selalunya akan melakukan perpecahan sesama rakyat yang berbilang kaum agar kaumnya, iaitu Melayu akan sentiasa mengharapkan perlindungan dari partinya, sedangkan mereka tidak ada sebab kenapa mereka mesti takutkan. Akhirnya Melayu menjadi parti yang menyebabkan Melayu itu menjadi bangsa yang penakut dan tidak berani bersaing dalam kehidupan.
Apa yang diperkatakan oleh Mohamad Zain itu adalah perkara yang sudah lama kerana itulah dia isunya dari dulu sehingga sekarang. Isu yang di sebutkan tadi adalah isu yang tidak akan menjadi isu lama kerana semuanya itu masih berlaku sekarang ini. Jika isu 24 bidang tanah yang di beli oleh pimpinan Umno Selangor dan menjualnya kepada agensi kerajaan Selangor sendiri dengan harga yang tinggi itu tidak di keluarkan oleh DAP, siapa pula yang akan menjadikannya isu lagi.
Kita tidak boleh mengharapkan sesiapa di dalam Umno untuk memberitahu rakyat. Sebagai parti yang bertanggungjawab maka tentulah DAP akan memberitahu rakyat supaya ia tidak berulang lagi dilakukan oleh BN. Bukan sahaja DAP, sesiapa juga mesti keluar dan memberi tahu rakyat tentang apa yang dilakukan oleh pimpinan Umno dahulu kerana mereka (Umno) tidak boleh lagi kembali berkuasa di Selangor. Jika mereka kembali berkuasa maka budaya itu pasti akan wujud kembali.
Jika Umno kembali di berikan mandat ia akan tetap di ketuai oleh pemimpin-pemimpin yang dahulu juga, iaitu yang melakukan kerja-kerja tidak baik itu. Umno Selangor bukan ada pun pimpinan gantian kerana yang pandai sudah tidak ada lagi dalam Umnokerana mereka telah disisihkan dari dulu lagi. Mereka kini berada dalam PAS, DAP dan PKR. Umno Selangor hanya mempunyai pemimpin seperti Noh Omar sahaja. Noh sendiri sedang menghadapi berbagai-bagai isu termasuk isu pembekalan benih padi yang berkaitan dengan salah guna kuasa melibatkan puluhan juta ringgit.
Dalam keadaan Umno menghadapi isu-isu berat pemimpin seperti Noh ini masih menggunakan kuasa di Kementeriannya untuk melakukan perkara yang menipu rakyat tani ini. Itu sebabnya saya selalu berkata yang Umno dan pimpinan mereka sedang menghadapi krisis ketagihan rasuah yang merupakan ketagihan yang lebih merbahaya dari ketagihan dadah. Ketagihan ini menghinggapi keseluruhan kepimpinan Umno di setiap peringkat.
Siapa lagi yang ada di kalangan Umno yang menjadi pimpinan gantian bagi menerajui kerajaan Selangor itu? Kalau ada pun tentu lah nama yang baru yang belum tentu baiknya. Ramai juga mereka yang baik-baik dalam Umno yang pernah diberikan tempat oleh parti duduk di dalam kerajaan.
Tetapi yang baik ini pun akan menjadi tidak baik kerana jika mereka mengekalkan sikap baik mereka, pemimpin seperti ini tidak akan kekal dalam kedudukan mereka. Itu sebabnya ramai yang bersetuju jika kita bersedia untuk bersekongkol dengan mereka yang berbudayakan rasuah itu mereka akan kekal dalam jawatan mereka. Bukan kah ini sudah menjadi ‘attribute’ Umno yang tegar?
Oleh itu Dato’ Seri Mohamad Zain mesti faham DAP atau parti-parti lain dalam PR, mereka bukannya mengungkit perkara lama tetapi perkara itu masih manjadi isu yang sentiasa baru. Dato Seri Zain mesti terima kenyataan yang Umno begitu susah untuk kembali berkuasa di Selangor sekarang ini.
Jika Zain sendiri mengaku yang Umno pernah buat salah dan telah menerima hukumannya kenapa pula bersungut-sungut. Jika mengikut etika dan moral demokrasi sebenarnya Umno tidak sepatutnya menyertai pilihanraya kali ini.
Baca dan fikirkan
Oleh Sakmongkol AK47
Bila saya tulis rencana dalam bahasa Melayu, komen nya tidaklah sebanyak komen yang datang seperti kalau saya tulis dalam bahasa Inggeris. Maka adalah beberapa orang yang menghantar e mail kepada saya, bertanya mengapa jadi demikian? Adakah kerana tulisan saya tidak dipedulikan oleh pembaca Melayu? Mereka pun mengejek ngejek saya, tulisan kamu tidak laku.
Mungkin itulah sebabnya - orang Melayu kurang membaca tulisan saya. Sebab itu tak banyak komen. Kalau dalam bahasa Inggeris, komen nya datang bersusun susun dari bangsa bukan Melayu.
Sama ada betul atau tidak pandangan yang demikian saya tidaklah tahu, jumlah pembaca yang membaca lebih penting kepada saya daripada jumlah yang hantar komen. Jumlah pembaca artikel saya tetap banyak sama seperti jika ia nya dutulis dalam bahasa Inggeris.
Maka saya boleh katakan- jika tidak ada banyak komen bila artikel saya ditulis dalam bahasa Melayu, mungkin kerana kandungan nya dipersetujui oleh ramai orang Melayu. Jika ramai yang setuju, maka gelap masa depan Umno. Atau yang kurang membaca artikel2 saya ialah Melayu Umno. Jika demikian, ianya tidaklah merunsingkan. Melayu Umno lebih gemar baca komik, majallah gila2 dan cerita2 dalam Mestika. Orang macam ini akan terus menyokong Umno. Yang kita mahu yakinkan ialah pengundi Melayu yang atas pagar.
Ini satu lagi artikel dalam BM. Ianya mengenai harga diri atau maruah. Maruah suatu bangsa yang disebut sebagai bangsa yang tersohor dan mulia tapi yang meletakkan masa depan nya pada tangan orang lain. Oleh kerana meletakkan masa depan dalam tangan orang lain, mereka telah jatuh maruah kebawah pada beberapa darjat nya. Siapakah yang menyebabkan bangsa Melayu jadi demikian?
Sesudah 55 tahun merdeka, nampak nya peranan orang Melayu ialah merelakan diri dihimpun dalam stadium, atas padang dan dalam dewan2 besar , memulia dan memuja Dato Najib. Takkanlah setelah 55 tahun merdeka, itu kerja orang Melayu?
Apa dah jadi kepada orang Melayu? Inilah akibatnya, apabila kita menyerah soal membangunkan bangsa dan negara kepada orang lain. Kita meletakkan kepercayaan memajakkan pembentukan masa depan kita dalam tangan orang lain. Orang lain tersebut memanipulasi minda kita dan menakutkan kita untuk percaya bahawa tanpa mereka, maka kita tidak ada masa depan. Kita kehilangan maruah, harga diri dan jatidiri. Kita pun memuja dan memulikan sang dewata mulia Najib Razak dan Umno.
Demikianlah apa yang sudah berjaya dilakukan oleh Umno. Kalau Umno tidak ada, maka masa depan orang Melayu akan gelap. Dimana maruah orang Melayu jika demikian? Masa depan sendiri bukan ada dalam tangan sendiri? Setelah 55 tahun, bangsa Melayu dibentuk minda mereka untuk percaya bahawa kebahagiaan serta kesejahteraan mereka bergantung kepada Umno dan bukan pada kebenaran nya, melalui uasaha mereka sendiri.
Kaum yang merdeka minda, mesti bertanya apakah yang mereka boleh lakukan melalui kerajaan sebagai wadahnya, untuk mencapai matlamat? Kerajaan bukan sesuatu yang kita sendiri ciptakan yang kemudiannya menindas serta menghimpit kita.
Sedangkan ada maxim( atau panduan) dalam bahasa Inggeris yang berkata- Heaven helps those who helps themselves. Dalam agama kita, kita pun biasa mendengar ustaz dan tok lebai membaca ayat2 Quran yang bermaksud- Allah tidak akan mengubah nasib atau keadaan sesuatu kaum, kecuali kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka. Dan kita juga mendengar- Allah tidak akan mengubah nikmat yang ada pada sesuatu kaum, sehinggalah kaum tersebut mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri.
Apa maksud ayat2 tersebut? Maksudnya, bukanlah Najib atau Umno atau orang lain yang akan mengubah dan mentransformasikan kaum Melayu. Yang mengubah dan mentransformasi kita ialah diri kita sendiri- usaha kita sendiri dengan nilai kehidupan yang ada dalam diri kita. Kita tidak akan dapat mengubah masyarakat dan kerajaan yang korap jika, dalam diri kita tidak ada nilai membenci rasuah dan korapsi. Kita tidak ada mengubah kerajaan dan system yang tidak cekap, jika dalam diri kita sendiri, tidak ada nilai membenci kelembapan dan ketidakcekapan. Dalam diri kita, kita mesti bangkitkan nilai2 seperti ini dan bersama2 dengan ramai kawan2 lain, mempamirkan dan menterjemahkan keperibadian bangsa kita yang sebenarnya.
Maruah kita sebagai orang Melayu boleh dinilai daripada banyak mana kita bergantung kepada orang lain dan banyak mana kita meyakini bahawa perubahan kah, transformasi kah, reformasi kah, bergantung sebetulnya pada diri kita sendiri. Iaitu melalui usaha kita sendiri.
Saya membaca tulisan seorang pemikir Scottish- Samuel Smiles yang menulis demikian. Minat saya menulis pemikiran Samuel Smiles ini ialah kerana saya melihat ada sebuah buku rengkasan fikiran Samuel Smiles yang dirtulis oleh Steve Shipside bertajuk- Samuel Smiles- Self Help. Ia ada dijual dibanyak kedai buku sekarang dan salah satu penulisan yang selalu dirujuk oleh Goh Keng Swee( dahulu seorang timbalan PM Singapura dan arkitek ekonomi negara itu), ialah penulisan Samuel Smiles.
The spirit of self-help is the root of all genuine growth in the individual; and, exhibited in the lives of many, it constitutes the true source of national vigour and strength. Help from without is often enfeebling in its effects, but help from within invariably invigorates. Whatever is done FOR men or classes, to a certain extent takes away the stimulus and necessity of doing for themselves; and where men are subjected to over-guidance and over-government, the inevitable tendency is to render them comparatively helpless.
Berdikari, jatidiri ialah pokok segala kemajuan yang sebenarnya untuk setiap individu dan jika dipamirkan dalam kehidupan ramai, ia merupakan punca ketangkasan dan tenaga. Bantuan dari pihak lain hanya akan mendatangkan kesan2 melemahkan, tapi pertolongan dari dalam diri sendiri, menguat dan menyegarkan. Apa yang dilakukan untuk sesuatu kaum oleh pihak lain, pada sebahagiannya, menyedut ransangan dan kemestian melakukan sesuatu untuk kehidupan oleh yang empunya diri. Dan dimana kaum itu tertakluk oleh arahan yang berlebihan dan perkerajaan yang berlebihan, kecenderungan yang tidak dapat dielakkan ialah mereka jadi kaum yang lemah.
Bila orang Melayu tolak Umno, bukan bererti mereka membelakangkan keMelayuan mereka. Kebangsaan dan agama tetap ada pada mereka. Bila mereka menolak Umno, yang sebenarnya mereka lakukan ialah membebaskan minda daripada ketakutan dan tahyul bahawa tanpa Umno, orang Melayu akan binasa. Masa depan kita, kita yang tentukan sendiri.
Mana2 kerajaan yang muncul nanti, akan berdepan dengan suatu kaum yang benar2 berani menyatakan maruah diri mereka. Bila bangsa Melayu sudah kuat, mana2 kerajaan akan berkerjasama dengan kaum Melayu, bukan menindas dan mengeksploitasi mereka.
Langgan:
Catatan (Atom)