Khamis, 17 Januari 2013

Kembong story


Lagi kisah sedih warga marhaein nak HADAP liku2 hidop akibat kesiapan MEMILIH kerajaan...

The Kembung Story ....

Hari ini, sebagai guru kelas Tingkatan 4A, aku mendapat senarai lengkap maklumat peribadi pelajar dalam kelasku. Apabila mataku meleret sampai ke 'Pendapatan Bapa/Penjaga', lama mataku merenung satu persatu setiap pendapatan si 

bapa / penjaga para pelajarku yang semuanya Melayu muslim warganegara Malaysia. Aku pun rasa bersalah untuk menggesa pelajarku membayar itu dan ini. Dengan pendapatan bapa/penjaga serendah RM430 - RM900 sebulan dan sebuah keluarga 5 - 7 ahli, apalah sangat yang mereka makan. Ikan kembong pun RM15 sekilogram. Patutlah ramai pelajar yang berhutang tak mampu bayar yuran. Daripada 24 orang pelajar kelasku, 18 orang daripada mereka ditanggung bapa/penjaga berpendapatan RM1000 ke bawah. Yang paling tinggi pun baru RM3500 sebulan.


Pendapatan begitu masih berpada jika ikan kembong RM7/kg, ayam RM5/kg, beras RM18 sekampit... tapi kita semua tahu harga barang keperluan harian sekarang.

Sebagai seorang guru yang hidup dalam masyarakat Melayu di luar bandar, aku percaya itulah pendapatan sebenar mereka (memanglah tak termasuk 'side income' yang ada sekali-sekala). Aku lihat sendiri dan tahu apa pekerjaan mereka.

Bukan baru2 ini saja aku berfikir, sebaliknya sudah lama; cukupkah dakwah ini hanya berfokus soal solat atau menutup aurat? Cukupkah dakwah ini diisi dengan ceramah Maulidurrasul yang diselit ancaman faham liberal atau Syiah?

Bukankah dakwah Rasulullah s.a.w. menekankah soal akidah yang murni serentak dengan pembelaan nasib orang2 susah? Bukankah dakwah baginda s.a.w. ke arah memperkukuhkan 'keadilan sosial'? Bukankah baginda s.a.w. mengharamkan ihtikar / monopoli (Approved Permit - AP?) Bukankah sebaik sahaja mengasaskan masjid pertama, baginda s.a.w. membuka peluang perniagaan untuk umat Islam di pasar baru menggantikan pasar lama yang dimonopoli golongan kapitalis?

Negara ini dilimpahi kekayaan. Hasil petroleum. Komoditi getah dan sawit. Balak. Bisnes yang rancak. Ada orang dibayar gaji RM400K sebulan. Ada CEO institusi kewangan yang memegang deposit ibadat haji dibayar RM80K sebulan. Oh, jauhnya beza si kaya dan si miskin. Negara ini banyak beri subsidi. Tetapi 70% daripada subsidi itu dinikmati golongan kaya. Siapa yang banyak memperolehi subsidi petrol dan diesel? Si miskin yang memakai kereta Kancil atau si kaya yang memakai Cayenne?

Sudah sampai masanya para pendakwah di Malaysia membuat ulangkaji kandungan dakwahnya. Islam ini agama yang melarang umatnya melupakan bahagiannya di dunia walaupun ia amat mementingkan akhirat. Tetapi kenapa umat Islam paling miskin? Mereka suka miskin (kerana 'sudah kaya iman') atau peluang mereka telah dibolot oleh golongan penjenayah nasionalis kapitalis yang bertopengkan kecintaan kepada bangsa dan agama?

Faham nasionalisme kapitalisme adalah kemungkaran yang jarang disebut oleh para pendakwah hari ini. Mereka asyik memperkatakan kemungkaran hiliran seperti yang terdedah di dada media, tetapi mereka rabun terhadap kemungkaran huluan. Kekeruhan air di muara adalah berpunca daripada kekotoran air di hulu. Tanpa menghentikan aktiviti2 di hulu yang mengeruhkan air, mampukah orang di kuala menjernihkan air itu. Gunakanlah peluang menjernihkan air di hulu lima tahun sekali itu dengan sebaik-baiknya. Jangan tertipu dengan propaganda berwajah kebangsaan dan agama.


Ayuh.. Selamatkan Malaysia ini kalilah. TUKAR !

duet baru


Wang baru ini boleh digunakan pada Julai 2012 sebelum Hari Raya tahun lepas. Dan tahu kenapa wang baru ini dilancarkan hampir menjelang Hari raya..?

Sebabnya pada masa itu penerimaan orang ramai untuk menggunakannya
yang dianggap sebagai duit raya.. Bila raya mestilah semuanya nak baru baju baru, seluar baru, dan duit raya pun nak jugak baru.


TETAPI,
Disebalik percetakan wang baru ini yang sebenarnya Kerajaan sudah tiada duit untuk menghadapi PRU-13.


Antara sebabnya kerajaan telah banyak memberikan gula2 pada orang ramai antaranya:-
1 – BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia ) dimana peruntukan keseluruhan kempen ini berjumlah RM2.6 billion.
2 – Melaksanakan kempen BB1M (Baucer Buku 1 Malaysia) dimana peruntukan untuk pelajar IPTA/IPTS sebanyak RM260 juta.
3 – Dan banyak lagi gula2 yang diberikan yang bertujuan sebagai kempen
sebelum PRU-13 Ini yang jelas nampak dimana duit itu pergi, yang tidak nampak itu dikira lain pula.


Akan tetapi mengapa hanya sejak akhir-akhir ini sahaja bantuan sedemikian diberikan,.? Bagi yang melihatnya dengan mata hati akan memahaminya
kerana mereka ingin terus berkuasa dalam pilihanraya yang akan
menjelang tidak lama lagi. 


Cuma disini pernahkah anda berfikir dengan cara apakah sebenarnya kerajaan mendapatkan wang untuk berbelanjaapatah lagi dengan mudahnya memberikan gula-gula tersebut kepada orang ramai?


Antaranya, cetakkan wang yang bersandarkan pada hutang.
Bagaimana tuh..? 


Begini, dengan cetakkan wang baru itu, hutang baru pun akan wujud.
Sudah jadi kebiasaan bila ada si pembuat hutang mesti ada si pembayar.
Bila kerajaan yang membuat hutang..siapa pulak yang membayarnya..?
Dah tentulah rakyat. Bagaimana rakyat membayarnya..?


Daripada cukai2 yang terkumpul, dengan kenaikan harga barangan,
kenaikan harga bahan bakar, dan lain2.
Bila dikira hutang yang dibuat oleh kerajaan sudah mencecah sebanyak RM605 billion dan jika dibahagikan dengan jumlah rakyat Malaysia yang berjumlah 29.1 juta orang purata bagi setiap seorang yang perlu menangung hutang kerajaan hampir berjumlah RM20,790.00/seorang.


Jumlah ini akan bertambah daripada masa ke semasa dan hutang ini
tidak akan habis dibayar sehingga runtuhnya sistem wang kertas.
Nantikan selepas PRU-13 tidak kira Kerajaan BN menang atau Kerajaan PR menang kenaikan harga bahan bakar, kenaikan harga barangan keperluan
dan kenaikan kadar cukai tetap juga naik.


Disebab apa..?
Disebab sistem wang kertas itu membuatkan manusia terus diperhambakan dan kekayaan beredar pada golongan tertentu Yang kaya akan kekal kaya dan terus bertambah kekayaannya dan yang miskin akan kekal terperangkap dalam kemiskinan dan akan bertambah miskin.


Bagi mereka yang melihat dengan hanya mata luaran apa yang mereka nampak hanya wang kertas berwajah baru, cantik dan cuba untuk mendapatkannya itu sahaja.


Hanya mereka yang menggunakan kedua matanya akan dapat
melihat kebenaran .


Kebenaran yang bagaimana..?
Kebenaran yang kita semua adalah hamba kepada sistem ciptaan Dajjal.
Dalam sistem ini kita seperti dilahirkan kedalam sebuah penjara
yang kita tidak rasa,hidu ataupun sentuh.


Sampai sudah masa kita semua bangun daripada tidur sedar tentang
realiti yang berlaku.

Serah pada Allah



Kisah benar ini diceritakan oleh seorang anggota Harakah Ansar Iran (Kumpulan Mujahidin Ahlus Sunnah wal Jamaah dari Iran) melalui laman web rasminya, tentang seorang mujahid dan isterinya yang penyabar. Ini kisahnya:

Saya akan menceritakan kepada anda semua sebuah kisah yang indah tentang seorang mujahid muda ketika ia baru pertama kali bergabung di barisan Mujahidin, beberapa tahun lalu. Tahukah kamu, ia adalah seorang mujahid yang cintanya terhadap Allah dan Jihad sangat besar. Ia berangkat untuk menunaikan kewajipan pada waktu Subuh selepas sehari perkahwinannya. Tetapi yang sangat luar biasa adalah apa yang isterinya katakan ketika ia hendak pergi. Sang isteri berkata, "Aku akan sentiasa bersujud kepada Allah hingga engkau kembali atau jasadmu kembali." Dengan dorongan semangat ini, ia meninggalkan kesenangan duniawi, demi sebuah hidup penuh kesukaran dan pengorbanan.

Pada suatu malam, pada saat perjalanannya dari satu kem ke kem yang lain, ia merelakan dirinya sendiri untuk mencari bantuan makanan dekat kampung berdekatan untuk para sahabat mujahidin. Mengetuk pintu dari rumah ke rumah, ia disambut dengan sambutan yang sangat tidak ramah, setiap rumah hanya mengatakan kepadanya bahawa para Mujahidin itu tidak diterima di sini.


Pada saat ia tiba di rumah ke-10, ia mengangkat tangannya berdoa kepada Allah dan berkata "Ya Allah! Engkau adalah saksiku bahawa Aku hanya ingin mencari sisa makanan untuk saudara-saudaraku, sehingga kami dapat menunaikan kewajipan kami lebih baik lagi demi Engkau. Dan engkau adalah Maha Pemberi, Maha Pemurah! "

Terkejutlah ia, rumah terakhir ini sangat menyambutnya dengan mesra. Sang pemilik menawarkan semua rotinya dan mengatakan, "Bagaimana mungkin keluargaku boleh tidur, sementara para tentera Allah kelaparan?" Dan kemudian dengan semua beg penuh makanan, ia kembali dengan sangat gembira ke kem yang jauhnya beberapa kilometer.

Namun, di belakangnya ia mendengar suara tangisan dan jeritan yang datang dari salah satu rumah di pinggiran kampung itu. Segera ia meletakkan makannya di pinggir jalan dan masuk ke rumah itu untuk memeriksanya - tidak ada persiapan untuk apa yang akan dihadapi.

Di sana ia melihat 5 hingga 6 laki-laki memperkosa salah satu gadis kampung itu.

"Hey!" ia berteriak tanpa ragu-ragu, memeranjatkan geng perogol itu. "Jika kamu tidak berhenti sekarang dan pergi, Aku akan membunuh kamu semua!" lanjutnya dengan pandangan tajam (yakin). Tetapi sebelum ia boleh mengambil pistol yang ada di pinggannya, salah satu dari para pemerkosa itu berada di bilik lain, mengeluarkan pisau dan menikamnya di punggung dan kakinya - membuatnya tersungkur ke lantai.


Beruntungnya, meski dalam keadaan kalut, ia mampu mengeluarkan pistolnya dan menembak semua perogol itu (dengan rahmat Allah).

Dengan mengabaikan rasa sakitnya dan nyaris tak boleh berjalan, ia mengenakan pakaian gadis muda itu, mengambil makanannya, dan membawanya kembali ke kampung dengan selamat. Dan sebelum ada orang tahu siapa yang telah menyelamatkan gadis muda itu, ia kembali ke kampungnya.

Ketika ia kembali, dengan bajunya yang bersimbah darah, ia akan disambut oleh para Mujahidin dan menceritakan kepada mereka tentang peristiwa yang telah terjadi. Para Mujahidin terkejut dan terkagum padanya, bahawa mujahid muda yang belum berpengalaman ini mampu menangani geng perogol itu sendirian.

Yang membuat bertambah kekaguman mereka adalah, pada saat itu mereka juga mengetahui bahawa ia baru saja berkahwin dan datang ke tanah Jihad ini sehari selepas perkahwinannya. Commander menghiburnya kerana luka-luka yang ia derita, mendoakannya, dan menghantarnya kembali ke rumahnya untuk meluangkan masa bersama isterinya hingga ia sembuh dari lukanya.


Setelah tidak melihat isterinya selama beberapa minggu selepas perkahwinannya, ia mengatakan kepada saya (Pemuda Yang Bercerita) "Ketika Aku kembali kepada rumah, kepada isteri saya, seolah-olah Allah telah meletakkan cinta satu sama lain di hati kami. Kami tahu bahawa kami berkahwin untuk mencari redha Allah, dan kami akan membantu satu sama lain untuk membina istana kami di Jannah, bersama. "

Kemudian, setelah ia sembuh, Alhamdulillah, dan telahpun kembali untuk berjihad bersama isterinya yang penyabar yang menyokongnya dari rumah.

Semoga Allah memberikan kita Mujahidin seperti ikhwan ini, dan para isteri seperti akhwat ini, Aamiin.

Bos baca!


Percayalah, kekadang manusia hanya inginkan ‘didengar’ bukan penyelesaian. Kerana dengan didengar, manusia terasa dihargai, disayangi dan dihormati. Jika kita ingin dicintai, cukuplah dengan menjadi pendengar. Tidak perlu melakukan apa-apa, cuma dengar…

Saya sendiri menempuh pelbagai kesalahan dan kesilapan dalam hidup akibat tidak mendengar. Sangka saya, dengan berkata-kata kita boleh meraih kemesraan. Rupa-rupanya tidak. Kita akan lebih dicintai, jika kita menjadi pendengar.

Kita pernah mendengar di corong radio apabila masyarakat menghubungi pakar motivasi, ulama, ustazah dan pendakwah… Acapkali mereka bukan meluahkan masalah. Mereka hanya bercakap dan bercakap… mengapa? Ya, mereka hanya ingin didengar.

Alangkah indahnya jika kita punya masa dan sedia meluangkan masa untuk menjadi pendengar. Kehausan untuk didengar ialah petanda kehausan kasih sayang dan cinta. Manusia tercari-cari siapa yang sudi menjadi pendengar untuk diluahkan segala dan semua. Sekali lagi, bukan inginkan penyelesaian tetapi hanya inginkan penghargaan dan kasih sayang.

Mari pada hari ini, kita bertekad untuk menjadi pendengar. Ketapkan mulut dan bukakan hati dan telinga untuk mendengar. InsyaAllah, kasih sayang akan bertaut dan berbunga kembali. Jangan biarkan isteri, suami, anak, pelajar, pekerja, pengikut dan pesakit kita ternanti-nanti… mulakanlah tugas cinta yang pertama: Just listen…hanya dengan mendengar.

Dari saya, hanya seraut catatan.

HANYA DENGAN  MENDENGAR…

Manusia memerlukan didengar kata-katanya sama seperti dia perlukan makanan. Tanpa makanan akan lemahlah jasad, sakitlah badan. Tanpa didengar akan tumpullah perasaan dan lumpuhlah emosi. Manusia yang membesar tanpa diberi hak didengar akan menjadi manusia yang kurang cerdas emosinya apabila dewasa kelak. Dia akan gagal mengurus perasaan marah, kecewa, takut dan dendamnya. Orang yang begini, akan gagal dalam hidupnya.

 Peri pentingnya didengar dalam hidup seseorang itu hingga menyebabkan bijak pandai mengungkapkannya melalui kata-kata hikmah yang berbunyi:“Tugas cinta yang pertama ialah mendengar.”

Ertinya, kekasih yang baik ialah kekasih yang mendengar rintihan, keluhan, aduan dan rayuan pasangannya. Justeru, dengan mendengar cinta akan lebih subur dan harum.

Orang yang banyak mendengar akan banyak belajar dalam hidup ini. Orang yang banyak mendengar bukan sahaja banyak pengetahuan tetapi akan banyak kawan dalam masyarakat. Mungkin kerana itu Allah ciptakan kita dua telinga dan satu mulut sebagai simbolik, kurangkan berkata-kata tetapi banyakkan mendengar. Malangnya, kebanyakan manusia lebih suka “memperdengarkan” daripada mendengar cakap orang lain.

 Lidah selalu menyebabkan telinga menjadi tuli. Dalam pergaulan, kita selalu sahaja ingin memonopoli perbualan. Kononnya dengan banyak bercakap kita akan terlihat pandai dan bijak berbanding orang yang diam. Kebanyakan kita menyangka orang yang diam itu bodoh. Tidak ada idea dan pendek wawasan. Sedangkan diam itulah terpuji dan bermanfaat. Kata bijak pandai:“Diam itu banyak hikmahnya tetapi sangat sedikit sekali orang mengambil manfaatnya.”
Cuba lihat orang di sekeliling kita dan lihat kita sendiri. Apakah kita banyak mendengar daripada berkata-kata? Maaf, kerap kali kita ingin jadi jaguh dan wira yang tidak henti-henti berkokok di mana-mana. Bila bercakap kita seolah-olah serba tahu. Kita mengetuai perbualan, kita menjuarai percakapan. 

Mengapa?

Ya, sering berlaku pangkat, harta, nama serta jawatan menyebabkan seseorang tidak sudi lagi menjadi pendengar. Pangkat ku lebih tinggi, aku cakap kau dengar. Nama ku lebih tersohor, jangan cuba-cuba mencelah bila aku berbicara. Kau tak layak menasihati aku, ilmu ku lebih tinggi. Begitulah yang kerap kita lihat dalam kehidupan. Bukan orang lain tetapi diri kita sendiri!

 Apakah dengan mendengar kita menjadi hina, miskin dan tidak ternama? Jika itulah anggapan kita jelas kita sudah tersalah. Menjadi pendengar menjadikan kita orang yang tawaduk (rendah diri). Orang yang tawaduk akan ditinggikan Allah. Orang yang mendengar akan lebih banyak belajar daripada orang yang asyik berkata-kata.

 Semakin banyak kita belajar semakin banyak ilmu yang kita peroleh. Dan bila semakin banyak ilmu yang kita miliki, maka semakin tinggilah darjat kita di sisi Allah dan manusia. Bukankah dalam Al Quran Allah telah menegaskan bahawa darjat ahli ilmu itu ditinggikan oleh-Nya berbanding orang yang tidak berilmu?

 Justeru, Allah yang Maha Pencipta juga bersifat Maha Mendengar – “sami”. Dan salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah as Sami’. Allah maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan, luahan rasa daripada hamba-hambanya pada setiap masa, tempat dan ketika. Allah adalah “kekasih” setia yang sentiasa mahu mendengar rintihan hamba-hamba-Nya. Jika kekasih di kalangan manusia akan jemu jika masalah yang sama diperdengarkan berulang-ulang kali sebaliknya Allah tidak sebegitu. Allah bersedia mendengarnya  bila-bila masa sahaja.

 Jika ada jutaan manusia mengadu dan merintih kepada Allah, Allah tetap mendengar semua rintihan itu dengan terang dan jelas. Sedangkan seorang kaunselor, ulama, khadi, hakim yang terbaik sekalipun tidak mampu mendengar dua, tiga masalah daripada klien yang berbeza pada suatu masa dalam keadaan serentak.  Inilah kehebatan Allah sebagai As Sami’. Bukan sahaja Allah mahu mendengar bahkan mampu mendengar seluruh pengaduan hamba-Nya pada satu masa!

 Allah mulia dan agung kerana kesudian dan kesediaan-Nya mendengar rintihan dan pengaduan manusia. Begitu juga jika ada manusia yang mahu mendengar rintihan dan pengaduan manusia lain… dia juga akan ditinggikan darjatnya. Allah sudi mendengar rintihan semua manusia tanpa mengira pangkat, derjat, harta dan rupa paras. Allah mendengar permintaan seorang raja, Allah juga mendengar rintihan seorang hamba. Allah Maha Adil…

Seorang pesakit, datang merintih kerana penyakitnya… Allah mendengar. Seorang menteri mengadu hal-hal negara… Allah mendengar. Seorang isteri mengadu hal rumah tangga… Allah mendengar. Apa pun dan dari sesiapapun Allah tetap mendengar. Pintalah hal sekecil-kecilnya dan pintalah hal yang sebesar-besarnya, Allah tetap sudi mendengarnya. Daripada rintihan seorang pengemis yang merayu untuk mendapatkan sesuap nasi, sehinggalah kepada munajat seorang soleh yang memohon syurga, Allah tetap sudi mendengar, justeru Allah itu bukan sahaja mendengar tetapi Dia Maha mendengar!

Sebaliknya, manusia terlalu ego dan bersikap berat sebelah termasuk dalam soal mendengar ini. Ya, jika orang yang bercakap tinggi pangkatnya, maka dia senyap terpaku membisu. Tetapi jika yang bersuara itu orang bawahan, maka dia mendengar sambil lewa atau cepat-cepat memotong cakap sebelum orang bawahannya itu dapat menghabiskan percakapannya. Kalau sikaya menegur, semua menelinga dan tunduk akur. Tetapi bila si miskin yang mengadu, ramai yang berpaling dan menunjukkan reaksi selamba.

 Namun tidak begitu keadaannya pada insan bernama Muhammad saw. Baginda seorang yang sentiasa memberi hak mendengar kepada sahabat, isteri dan pengikut-pengikutnya. Walaupun, baginda “orang besar” yang memimpin negara, tetapi masih sempat mendengar rintihan anak kecil yang terbiar di tepi jalan di satu pagi Hari Raya. Di dalam mesyuarat, baginda sering mendengar pendapat sahabat-sahabatnya. Kekadang baginda ada pandangan, tetapi dirasakannya ada pandangan lain yang lebih tepat… maka diambilnya pandangan yang lebih tepat itu!

 Itulah Rasulullah saw yang paling berjaya meniru sifat As Sami’ Allah swt. Bagaimana dengan kita? Ah, malang, kekadang pangkat tidaklah setinggi mana… namun egonya sudah setinggi langit. Kononnya kitalah yang paling bijak dan mulia. Jika dalam satu majlis kita tidak dialu-alukan dengan kata-kata sambutan, maka kita rasa dipinggirkan. Jika dalam mesyuarat kita tidak dijemput bercakap, terasa orang menafikan keintelektualan, gelaran dan jawatan kita.

 Anda tidak perlu banyak cakap untuk disenangi dan disayangi, cukup dengan menjadi pendengar. Lihat mata orang yang bercakap, buka telinga dan hati, dengarlah dengan penuh simpati dan empati… nescaya orang akan jatuh hati. Bila anak-anak menghampiri kita, pegang tangannya dan ucapkan, apa yang kamu ingin katakan? Ayah atau ibu sudi dan sedia mendengarnya. 

Jika pekerja bawahan menziarahi atau datang di muka pintu rumah atau bilik anda lalu memberi salam, jawab salamnya dan bawa dia dekat dan dengar luahan katanya.

Dengarlah bisikan orang di sekeliling kita. Insya-Allah, kita tidak akan terpaksa mendengar jeritan. Berapa banyak bisikan yang dibiarkan yang akhirnya bertukar menjadi jeritan yang memeritkan. Isteri ingin mengadu, suami menjauh. Anak hendak bercakap, ibu-bapa membentak menyuruh diam. Pekerja ingin berbincang, dituduh ingin mogok. Rakyat ingin memberitahu, kononnya pemimpin serba tahu…

Terlalu banyak bisikan yang dipinggirkan dan disisihkan. Akhirnya, bisikan menjadi jeritan. Anak derhaka, isteri nusyuz, diceraikan suami, pekerja lari, rakyat berpaling tadah… Semuanya gara-gara dan angkara sikap mendengar yang semakin terhakis dalam kehidupan dan pergaulan.

Rabu, 16 Januari 2013

Kebek

Pelbagai pengangkutan yang digunakan untuk mengangkut sesuatu dalam kuantiti yang banyak. Di Malaysia mungkin memerlukan kenderaan yang besar seperti van dan lori untuk barangan sebanyak ini, tetapi lain pula bagi mereka ini. Pelbagai cara yang mereka gunakan bagi memuatkan barangan dalam kuantiti yang melebihi had muatan, tetapi merupakan sesuatu yang biasa bagi mereka walaupun luar biasa bagi kita.