Rabu, 19 Jun 2013

Sukakan

FILEMMan of Steel kini ditayang di pawagam. Filem adiwira bikinan Hollywood itu adalah versi Superman terkini. Sebelum ini terdapat berpuluh-puluh versi Superman yang diaksikan oleh beberapa orang pelakon iaitu Kirk Alyn, George Reeves, Dean Cain, Brandon Routh, Tom Welling,  Christopher Reeves dan yang terkini, Henry Cavill.

Filem ini dikatakan lebih banyak memaparkan babak keganasan. Malah, lebih banyak kemusnahan daripada filem Iron Man 3 dan juga Transformers 3. Tentu sekali ia memaparkan lebih banyak adegan kehancurkan daripada filem-filem adiwira Amerika yang lain seperti The Avengers, Thor, Fantastic Four, The Flash, Captain America dan tidak ketinggalan siri The Batman.

Hollywood semakin suka memaparkan keganasan. Siri Superman bukan lagi kisah hero yang menyembunyikan identiti sebagai wartawan, bercinta dengan rakan setugas; Lois Lane, menyelamatkan penumpang keretapi daripada berlanggar dengan menggunakan cahaya laser di mata yang mencairkan besi atau menyelamatkan dunia daripada makhluk asing tanpa membinasakan apa sahaja di sekelilingnya.

Superman pada hari ini melakukan kesemuanya dengan menghancurkan apa sahaja untuk keamanan dunia meskipun dalam proses itu, bumi dirosakkan. Tindakan matlamat yang menghalalkan cara ini adalah pendekatan menyelesaikan masalah anutan Amerika. Justeru itu, sama ada secara simbolik mahupun bawah sedar warga Hollywoodnya, maka itulah yang dipaparkan tanpa rasa bersalah.

Betapa pun, tindakan mengeksport keganasan melalui filem sudah mendarahdaging di kalangan pembikin filem di Amerika. Saya percaya, kajian psiko-grafik pihak pemasaran Hollywood menunjukkan bahawa para peminat filem seluruh dunia sukakan keganasan. Kerana itu, tidak hairanlah jika cerita lukisan DC Comics dan Marvel Comics yang boleh dibaca oleh sesiapa sahaja terutamanya kanak-kanak kini sudah tidak semestinya selamat untuk ditonton oleh kanak-kanak.

Malah, keseronokan Hollywood mengganaskan filem-filem dongeng yang dahulunya dipaparkan dalam bentuk kartun Walt Disney, penuh dengan aksi melucukan dengan lagu-lagu yang membuai jiwa kanak-kanak kini sudah tidak lagi begitu. Lihat sahaja trend mereka menggarap versi baharu filem-filem dongeng.

Filem kartun Hensel and Gretel(2011), sebuah kisah dongeng dua orang kanak-kanak yang diperangkap nenek kebayan di dalam rumah yang diperbuat daripada gula-gula dan cokelat kini sudah bertukar kepadaHensel and Gretel(2013), kisah dua beradik di usia 20an yang membunuh sekumpulan nenek kebayan menggunakan mesingun!

Pelbagai versi terkini filem-filem Snow White(2012), Snow White and The Huntsman(2012) dan Alice in Wonderland(2010) banyak sekali memaparkan keganasan berbanding dengan filem-filem Snow White(filem kartun terbitan 1993) dan Alice in Wonderland(versi-versi kartun terbitan 1951 & 1981). FilemLittle Red Riding Hood(2011) lebih ganas daripada animasi The Little Red Riding Hood yang terbit pada tahun yang sama. Pendek kata, versi mutakhir akan dipersembahkan dengan ramuan keganasan.  

Ganas sudah menjadi suatu kebiasaan. Kita, yang dibiasakan dengan adegan sebegitu dalam filem hingga tidak gentar lagi menonton keganasan di dunia realiti. Dalam laman sosial Facebook mahupun di dalamYouTube, ramai sekali mereka yang mempunyai akaun, memuatnaik insiden-insiden buli, rompakan, pergaduhan malah peristiwa tragis rogol untuk tatapan umum.

Dan, jumlah mereka yang share atau menontonnya boleh mencapai ke angka hingga ratusan ribu. Ini menandakan jumlah mereka yang menyukai paparan mengenai keganasan amat ramai. Memang keganasan itu berpunca daripada rasa kekecewaan, pengalaman keganasan di rumah atau di kawasan sekeliling. Makanan, minuman, pergaulan dengan mereka yang kasar dan penuh provokasi juga akan meningkatkan tindakan agresif.

Namun, bila kita lihat di sekeliling, suasana yang boleh menimbulkan keganasan itu hampir tiada. Pergilah di kompleks membeli-belah atau tempat awam yang lain dan perhatikan gelagat orang ramai hingga sejam ~ kita tidak dapat lihat keganasan di situ. Tetapi, pergilah menonton di pawagam, menatap televisyen mahupun komputer ~ segala bentuk keceluparan, provokasi dan kebiadapan dapat kita tatap. Malah, mungkin ada di antara kita yang tumpang semangkuk.

Jika selama ini anak Malaysia yang sopan santun dikatakan boleh berubah menjadi ganas tatkala berada di belakang stereng, kini anak Malaysia yang penuh beradab itu juga akan berubah menjadi ganas bila duduk di hadapan televisyen dan komputer. Dan, menonton keganasan sambil mengunyah bertih jagung di pawagam juga punyai ciri mereka yang sukakan keganasan.

korek lombong

Foto-foto ini menunjukkan perkembangan terkini mengenai status pembinaan pada Jun 2013 di New York. Sungguh mencabar kerja-kerja pembinaan bawah tanah sebegini. Penggalian seolah-olah seperti meneroka ke dunia lain.

Projek bawah tanah New York seperti meneroka dunia lain

Projek bawah tanah New York seperti meneroka dunia lain

Projek bawah tanah New York seperti meneroka dunia lain

Projek bawah tanah New York seperti meneroka dunia lain

Projek bawah tanah New York seperti meneroka dunia lain






AlFatehah

Soalan; saya ingin bertanya tentang makmum yang belum habis fatihahnya sedangkan imamnya telahpun ruku’. Adakah ia perlu juga menghabiskan fatihahnya atau ia terus ruku’ bersama imam –sekalipun fatihah belum habis dibaca-?

Jawapan;

Para ulamak berikhtilaf dalam masalah; adakah makmum juga wajib membaca al-Fatihah di belakang imamnya?

1. Menurut mazhab Imam Syafi’ie; makmum wajib membaca al-Fatihah sebagaimana imamnya juga sama ada dalam solat/rakaat yang dibaca perlahan atau di baca kuat, yakni bacaan al-Fatihah imam tidak memadai untuknya.

2. Menurut mazhab-mazhab yang lain (Hanafi, Maliki dan Hanbali); makmum tidak wajib membaca al-Fatihah di belakang imamnya, yakni memadai bacaan imam untuknya atau dalam pengertian yang lain; imam telah menanggung bacaan untuknya, jadi tidak wajib lagi ia membacanya. Cuma sebahagian mereka mensunatkan makmum membacanya dalam solat/rakaat yang tidak dibaca kuat (oleh imam) atau jika makmum tidak dapat mendengar bacaan imamnya.

Merujuk kepada masalah di atas, apabila imam telah ruku’ dan kita belum selesai membaca al-Fatihah, mengikut pandangan jumhur; hendaklah kita terus ruku’ bersama imam dan tidak perlu kita berusaha menghabiskan bacaan Fatihah kita kerana ia telah ditanggung oleh Imam kita. Namun jika pandangan Imam Syafi’ie yang kita ikuti, wajiblah kita menghabiskan juga fatihah kita sebelum ruku’ kerana Fatihah wajib atas makmum sebagaimana wajib atas imam. Untuk dikira rakaat kita bersama imam, kita hendaklah ruku’ sebelum imam bangun dari sujud yang kedua. Ini kerana menurut mazhab Syafi’ie, makmum –atas sebab keuzuran (yakni lambat dalam bacaan)- hanya diizinkan untuk ketinggalan dari imamnya setakat tiga rukun panjang sahaja.[1] Jika kita masih belum selesai membaca al-Fatihah sedangkan imam telah pun bangun dari sujud keduanya, maka tidak perlu lagi kita ruku’, sebaliknya kita menunggu imam di rakaat berikutnya dan meneruskan solat bersama imam seperti biasa, kemudian apabila imam memberi salam kita pun menambah rakaat yang ketinggalan itu.

Itu bagi makmum yang mengikuti imamnya dari mula solat lagi. Adapun makmum yang datang lewat di mana ia sampai ketika imam hampir hendak ruku’ (mengikut pemerhatiannya), hendaklah ia bertakbir dan terus membaca al-Fatihah. Apabila imamnya ruku’, hendaklah ia ruku’ bersama imam tanpa perlu menghabiskan fatihahnya. Jika ia sampai ketika imam telah ruku’, hendaklah ia bertakbir dan kemudian terus ruku’ bersama imam (tanpa perlu membaca fatihah lagi). Bagi kes ini –dalam mazhab Syafi’ie sendiri-, bacaan fatihah makmum telah ditanggung oleh imamnya. 

Wallahu a’lam.

Insyirah


Hari bapakmu

Sebulan sebelum baby saya dilahirkan,bidadari saya ditahan di wad selama seminggu kerana ada beberapa masalah..

Disebabkan bidadari saya tak pandai bahasa inggeris,jadi saya terpaksa teman dia bertemu doktor untuk jadi penterjemah...

Soalan yang pelik sering ditanya oleh doktor dan nurse ialah:

"Are you married?"

Aku jawab mestilah dah kawen kalau tak macam mana bini aku boleh mengandung!

Tapi selepas lama di hospital,baru saya dapat tahu dari bidadari saya rupa-rupanya daripada berpuluh-puluh pesakit yang ada kat wad ibu mengandung tu,cuma beberapa orang je yang dah berstatus "married",yang lain semuaaaanya anak zina belaka...

Keadaan di negara kafir ni sangat mengerikan,hampir semua yang datang ke hospital untuk bersalin tu tidak ada bapak!

Dan perkara itu sudah jadi biasa disini....

Tapi bila saya fikir semula,sebenarnya mereka itu berzina kerana mereka kafir dan jahil,tetapi sekurang-kurangnya mereka setaraf dengan binatang kerana ada perasaan cinta pada anak sendiri walaupun anak itu anak haram..

Berbeza dengan rakyat Malaysia yang beragama Islam ni,taraf mereka lebih rendah dari binatang,mereka mengawan sesuka hati kemudian bayi nya di bunuh,dibuang ke longkang,ke lubang jamban,ke tong sampah...

Hakikatnya mereka itu lebih hina dari binatang...Sudah lah mencabar Allah dengan berzina,kemudian bunuh baby pulak....bunuh baby pulak di tempat yang hina...Arab jahiliah lebih baik dari diorang sebab bunuh baby bawah tanah dan terus dikubur...orang Melayu Jahiliah pulak bunuh baby dalam lubang jamban,tempat najis...

Orang Arab jahiliah bunuh baby dan kubur elok-elok pun tetap buatkan Allah sangat marah dan berkali-kali mencela mereka dalam Al-Quran dan janjikan kepada mereka azab yang sangat pedih!

Bayangkan bagaimana pula murkanya Allah nanti bila bertemu dengan pengawan-pengawan Melayu Jahiliah yang bunuh anak dalam lubang najis tu...tentu lebih dahsyat azabnya!

Bila saya terfikir tentang tu,terus saya rasa keadaan yang mula-mula tadi mengejutkan saya,tiba-tiba menjadi reda dan berfikir mereka itu lebih baik kerana baby mereka tak dibuang dalam lubang jamban tapi dijaga dengan baik...

Bak kata ustaz saya:

"The most confusing day in South Africa is a Father's Day,because most of the people in South Africa don't know who is their real father."

(Hari yang paling mengelirukan di Afrika Selatan ialah Hari Bapa kerana kebanyakan rakyat Afrika Selatan ini tidak mengenali siapa bapa sebenar mereka.)

Note: Selamat hari bapak kepada Non-Muslim di luar sana,bagi yang Muslim,kita sambut hari bapak tiap hari,kita pun tak tahu sebenarnya kenapa hari bapak disambut pada hari ini,sebenarnya itu hari untuk memperingati bapak sapa?