Jumaat, 21 Jun 2013

sPORE jerebu

situasi jerebu di Singapura adalah sangat kronik dan jauh lebih teruk dari di Kuala Lumpur. Indeks penceramaran udara di Kota Singa mencecah tahap amat bahaya untuk kesihatan iaitu melebihi 300. Rakyat Singapura marah dengan Indonesia kerana pembakaran terbuka di Sumatera adalah penyebab jerebu yang kronik ini. 




malu wanita Islam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Assad dan pasukan sekutunya mengebom terus kota-kota penduduk [Sunni] dan wilayah sekitarnya di Syria selama 24 jam tanpa henti. Setelah kota Homs dan Aleppo hancur tanpa sisa, sementara itu kota Al-Qusayr dan Baniyas juga telah dibantai habis, kini pasukan Syiah terus menyerang ke arah kota Damaskus dan sekitarnya.
Damaskus adalah kota yang terkenal dengan penduduk-penduduknya yang mempelajari Al-Qur’an dan hadis yang digelar sebagai syurga bagi penuntut ilmu kerana ramainya terdapat para Ulama’ di situ. Sekolah yang terdapat di Damaskus rata-ratanya percuma untuk rakyatnya menuntut pelbagai ilmu Islam. Di situ juga banyak terdapat masjid-masjid dan ramai penduduknya yang berpegang teguh pada ajaran Islam. Berikut adalah kisah yang menggambarkan kemuliaan akhlak penduduk Damaskus, ahlu Syam.
Semasa terdengar letupan di salah sebuah kawasan di Jobar, para pemuda bergegas-gegas menuju ke lokasi untuk melihat adakah terdapatnya nyawa penduduk yang mesti dibantu dengan segera. Mereka bergegas-gegas menuju ke bangunan-bangunan yang telah hancur rata sekali dengan tanah untuk melihat sama ada terdapatnya penduduk-penduduk yang tertimbun di dalam runtuhan bangunan-bangunan tersebut. Setakat ini, alhamdulillah seorang ayah berjaya diselamatkan.
Ayah berteriak menangis dengan berkata, “Anak perempuan saya, selamatkan anak perempuan saya.”
Dan apabila orang ramai membantunya menarik keluar dari runtuhan tersebut, hati seorang ayah itu masih lagi tertinggal di bawah runtuhan itu.
Suara-suara yang datang dari bawah tanah membuatkan orang ramai mengalihkan pandangan mereka ke bawah runtuhan itu. Mereka dengan segera menyelamatkan orang yang berada di bawah runtuhan tersebut.
Ternyata seorang gadis muda masih terperangkap di bawah runtuhan rumahnya itu selepas rumah mereka terkena bedilan serangan udara daripada tentera Assad.
Adakah anda tahu, perkataan apa yang pertama sekali diucapkan dari mulut gadis muda itu ketika orang ramai turun berkerumun untuk menyelamatkan beliau?
Inilah kata-kata pertama yang beliau ucapkan sebaik sahaja dia melihat cahaya, “Ayah, saudaraku, tolong hentikan (alihkan) kamera itu, saya tidak memakai tudung!”
Beliau adalah seorang gadis Syria yang tulen. Dengan jelas, dia berkelakuan seperti seorang muslimah sejati.
Jadi, itulah kata-kata seorang gadis muda sebaik sahaja beliau berjaya dibawa keluar daripada bedilan serangan udara tentera Assad sebentar tadi.
Apa yang anda fikirkan, Apa yang bermain di fikiran si gadis muda itu dan perkara yang beliau lebih pentingkan? Adakah gadis melayu yang lain tak berasa cemburu dengan akhlak gadis Syriatadi?
Meskipun dalam keadaan cedera dan lemas kerana tidak ada udara di bawah runtuhan tadi, namun beliau tetap mengingatkan orang ramai yang berada di sekelilingnya bahawa beliau
belum mengenakan tudungnya. Sungguh beliau adalah contoh gadis muslimah Syria yang menunjukkan akhlak-akhlak Islam dan terpelihara maruahnya.
Ini hanya satu contoh kecil, bagaimana pula dengan akhlak-akhlak penduduk Syria yang lain. Dan seandainya muslim sedunia tahu, bagaimana rupa kemuliaan akhlak-akhlak penduduk Syria (Syam) ini, sungguh mereka tidak akan mahu kehilangan orang-orang yang mempunyai akhlak-akhlak tersebut dan ingin bersama-sama hidup bersaudara dalam satu komuniti.
Sungguh benar sabda Nabi S.A.W yang bersabda tentang keberkatan yang menyinari di tanah Syria (Syam) ini, kerana keindahan akhlak penduduk Syria dan ketaatan mereka pada agama yang menyinari negara itu.
Sekarang kita sedia maklum, kenapa orang-orang Kuffar dari kalangan Syiah mahu membunuh seluruh penduduk Syria [Sunni], kerana mereka takut sinar yang terpancar dari akhlak dan ketaatan penduduk Syria [Sunni] ini menunjukkan kebusukan ajaran Syiah yang sesat lagi menyesatkan. Wallahua’lam.
Berikut adalah URL link klip video bagi rakaman situasi di atas:

Khamis, 20 Jun 2013

7 benda

7 Benda Yang Tidak Disukai Oleh Ibu-Bapa Yang Beragama Tentang Anaknya di Internet:

1. Ustaz, ustazah SUPER EXPRESS.
- Terang-terang tak pernah belajar kat pondok pun. Tapi bercakap tentang agama sampai menghina agama. Hadis palsu disebarkan tanpa usul periksa. Sumber rujukan dari copy and paste semata-mata. Tambah-tambah bila followers ramai. Habis sesat barat mana yang share dan like.

2. Menayangkan aurat terang-terang.
- Ini biasa berlaku pada majoriti wanita yang merasakan diri mereka tu cantik sangat untuk diexpose. Bukan tak tahu pantang larang dalam agama. Tapi sengaja tunjuk ego dedah juga. Kononnya taknak hipokrit. Walhal dedah aurat tu MEGA HIPOKRIT terhadap Tuhan.

3. Gilakan wajah sendiri. Gilakan perhatian.
- Ini berlaku pada mamat macho dan wanita cantik. Berbelas album dicreate untuk mencampakkan gambar-gambar super stailo edited version belaka. Attention seeker. Likers begger. Pujians begger. Konon ada rupa model. Konon ada ramai peminat. Make up dan tabarruj over sangat. Buat muka kiut-kiut. Selalu buat caption simpati.

4. Suka menjadi HATERS dari LIKERS.
- Orang-orang jenis ni suka mencari kesalahan orang lain walaupun sebesar kuman. Contoh macam kawan dia pakai purdah, pakai tudung labuh, dia pun buat status kondem, "kononnya solehah la tu pakai." Sebenarnya, dia yang ada rasa benci dalam hati. Dia nak ajak orang lain lak benci sama. Ni namanya, nak ada geng jahat berjamaah.

5. Gengster taik kucing.
- Ini biasa berlaku pada fanatikus-fanatikus parti politik atau team bola dan seantaranya. Kalau tak puas hati dengan parti atau pasukan lawan, terus keluar perkataan carut mencarut, ugut-ugutan, caci maki. Jumpa betul-betul kat luar kecut, kembang ekor macam kucing. Dalam tenet macam rimau, dekat luar macam kucing tercabut gusi pakai gigi palsu.

6. Budak sekolah berlagak dewasa.
- Budak-budak sekolah yang baru lepas UPSR, baru nak PMR, baru nak SPM. Tapi Ya Rabbi perangai mengalahkan orang dewasa. Dorang ni ambil gambar peluk cium dengan pasangan masing-masing. Declared couple. Buat maksiat dan upload gambar ke internet. Bila emo, upload gambar pegang pisau la kapak la parang la cangkul la. Buat pic berdarah-darah, pegang rokok, pegang botol arak. Bersepah di facebook dan instagram. Budak-budak baru nak naik. Mungkin dorang tak sedar, apa yang dorang buat pada hari ini akan meninggalkan penyesalan yang hebat di kemudian hari. Golongan ni paling ramai. Mintak follow dan like merata. Jenis tak sedar diri dan tak tahu malu. Tak malu pada manusia dan tak malu pada Tuhan.

7. Luahan dan doa banyak sangat di internet.
- Bukannya tidak boleh. Bukannya tidak baik. Tapi, bukankah lebih EXCELLENT, lebih BAIK, lebih IKHLAS, lebih BERADAB jika pergi hampar sejadah, amik wudhuk, solat dan sujud elok-elok kat sejadah lama-lama, mohon ampun dan doa. Masalah bukan tak boleh share kat internet, tapi masalah LEBIH UTAMA DISHAREKAN pada ALLAH dulu. Bukan dulukan manusia terlebih dulu.

Rambut :)








































Kafan

Ini gambar anak sulung saya sewaktu 'dikafankan' dalam satu kursus pengurusan jenazah yang kami buat secara tertutup sesama ahli keluarga. Entah kenapa, saya suka melihat gambar ini setiap kali saya rasa marah dan kecewa dengan sikap dia. Ia mengingatkan saya tentang tempoh masa yang masih berbaki untuk saya dan dia bersama. Gambar ini membantu saya supaya kembali mengingati tanggungjawab saya yang cukup penting dan genting.

Tanggungjawab ini terlalu besar.Adakah saya mampu mendidiknya menjadi hamba Allah yang benar atau saya akan tersasar? Masa berlalu, hari berganti hari. Semakin dia remaja dan dewasa, saya tau saya tak akan boleh mendapat masa kecilnya lagi.

Allahu Akbar. Lihatlah anak2 kita hari ini. Adakah kita sudah mula merotannya apabila dia tidak solat setelah berumur 10 tahun? Adakah kita sudah mula bertegas tentang tuntutan menutup aurat dan kewajipan lain yang dituntut agama? Adakah dia sudah lancar membaca al-Quran dan mula cuba memahami maknanya?

Lihat diri kita. Kita tau kita tak sebaik mana. Kita tau sebagai khalifah di bumi Allah ini tidak banyak yang sudah dapat kita sumbangkan untuk agama. Sebab itu, marilah kita sama2 bermohon agar Allah bantu kita untuk mendidik anak2 kita pula. Kalau kita tidak mampu menyumbang apa2..biarlah anak kita mampu menggalasnya.

-----------------------------------------------------------
SEBARKAN KEBAIKAN. SALING PESAN MEMESAN.
LIKE & SHARE
------------------------------------------------------------