Khamis, 20 Jun 2013

7 benda

7 Benda Yang Tidak Disukai Oleh Ibu-Bapa Yang Beragama Tentang Anaknya di Internet:

1. Ustaz, ustazah SUPER EXPRESS.
- Terang-terang tak pernah belajar kat pondok pun. Tapi bercakap tentang agama sampai menghina agama. Hadis palsu disebarkan tanpa usul periksa. Sumber rujukan dari copy and paste semata-mata. Tambah-tambah bila followers ramai. Habis sesat barat mana yang share dan like.

2. Menayangkan aurat terang-terang.
- Ini biasa berlaku pada majoriti wanita yang merasakan diri mereka tu cantik sangat untuk diexpose. Bukan tak tahu pantang larang dalam agama. Tapi sengaja tunjuk ego dedah juga. Kononnya taknak hipokrit. Walhal dedah aurat tu MEGA HIPOKRIT terhadap Tuhan.

3. Gilakan wajah sendiri. Gilakan perhatian.
- Ini berlaku pada mamat macho dan wanita cantik. Berbelas album dicreate untuk mencampakkan gambar-gambar super stailo edited version belaka. Attention seeker. Likers begger. Pujians begger. Konon ada rupa model. Konon ada ramai peminat. Make up dan tabarruj over sangat. Buat muka kiut-kiut. Selalu buat caption simpati.

4. Suka menjadi HATERS dari LIKERS.
- Orang-orang jenis ni suka mencari kesalahan orang lain walaupun sebesar kuman. Contoh macam kawan dia pakai purdah, pakai tudung labuh, dia pun buat status kondem, "kononnya solehah la tu pakai." Sebenarnya, dia yang ada rasa benci dalam hati. Dia nak ajak orang lain lak benci sama. Ni namanya, nak ada geng jahat berjamaah.

5. Gengster taik kucing.
- Ini biasa berlaku pada fanatikus-fanatikus parti politik atau team bola dan seantaranya. Kalau tak puas hati dengan parti atau pasukan lawan, terus keluar perkataan carut mencarut, ugut-ugutan, caci maki. Jumpa betul-betul kat luar kecut, kembang ekor macam kucing. Dalam tenet macam rimau, dekat luar macam kucing tercabut gusi pakai gigi palsu.

6. Budak sekolah berlagak dewasa.
- Budak-budak sekolah yang baru lepas UPSR, baru nak PMR, baru nak SPM. Tapi Ya Rabbi perangai mengalahkan orang dewasa. Dorang ni ambil gambar peluk cium dengan pasangan masing-masing. Declared couple. Buat maksiat dan upload gambar ke internet. Bila emo, upload gambar pegang pisau la kapak la parang la cangkul la. Buat pic berdarah-darah, pegang rokok, pegang botol arak. Bersepah di facebook dan instagram. Budak-budak baru nak naik. Mungkin dorang tak sedar, apa yang dorang buat pada hari ini akan meninggalkan penyesalan yang hebat di kemudian hari. Golongan ni paling ramai. Mintak follow dan like merata. Jenis tak sedar diri dan tak tahu malu. Tak malu pada manusia dan tak malu pada Tuhan.

7. Luahan dan doa banyak sangat di internet.
- Bukannya tidak boleh. Bukannya tidak baik. Tapi, bukankah lebih EXCELLENT, lebih BAIK, lebih IKHLAS, lebih BERADAB jika pergi hampar sejadah, amik wudhuk, solat dan sujud elok-elok kat sejadah lama-lama, mohon ampun dan doa. Masalah bukan tak boleh share kat internet, tapi masalah LEBIH UTAMA DISHAREKAN pada ALLAH dulu. Bukan dulukan manusia terlebih dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan