Sabtu, 15 Jun 2013

Pegar

Sabak Bernam: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu perumpamaan sesuai untuk menggambarkan perbuatan durjana seorang guru yang tergamak merogol pelajarnya di Sungai Besar, di sini, kelmarin.
Perbuatan jijik guru berusia 30-an itu terbongkar selepas mangsa mengadu mengenai kejadian yang menimpanya kepada seorang guru kaunseling sekolahnya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, mangsa yang berusia 16 tahun adalah pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di daerah ini dan mendakwa dirogol di rumah suspek.
“Kejadian bermula apabila mangsa mengadu tidak sihat sebelum suspek membawanya ke klinik di Sungai Besar. Selepas menerima rawatan, suspek tidak menghantar mangsa semula ke sekolah, sebaliknya membawanya ke rumah,” katanya.

Menurutnya, suspek yang sudah berumah tangga membawa mangsa ke rumahnya yang kebetulan kosong kerana ketiadaan isterinya sebelum merogol mangsa.

“Pada mulanya suspek ‘memancing’ mangsa dengan memaksa menonton video lucah sebelum merogolnya. Mangsa yang ketakutan hanya mampu berdiam diri dengan perbuatan gurunya.
“Selepas kejadian itu, suspek menghantar mangsa pulang dan berpesan supaya tidak menceritakan perbuatannya kepada sesiapa,” katanya.

Noor Mushar berkata, mangsa yang kembali ke sekolah kemudian mengadu mengenai perbuatan suspek kepada guru kaunseling kerana bimbang suspek mengulangi perbuatannya pada masa akan datang.
Katanya, selepas mangsa menceritakan kepada guru kaunseling, pihak sekolah terus memaklumkan kepada penjaga mangsa dan membuat laporan polis.

“Laporan polis dibuat keluarga mangsa sehari selepas kejadian dan suspek ditahan sekitar daerah ini untuk siasatan lanjut.

“Polis menerima perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula semalam terhadap suspek bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

link asal: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gurudisyakiperkosapelajarsakitditahan/MA/Article/index_html

SABAK BERNAM - Seorang guru ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar tingkatan empat di rumahnya di sini pada Khamis lalu.
Perbuatan suspek yang berusia 30-an dan telah berkahwin itu terbongkar selepas mangsa mengadu perkara tersebut kepada guru kaunseling menyebabkan dia ditahan polis pada 3.40 petang hari yang sama.
Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad, sebelum kejadian suspek membawa mangsa ke klinik selepas remaja itu mengadu tidak sihat semasa berada di dalam kelas.
Selepas pulang dari klinik, mangsa dibawa ke rumahnya di Sungai Besar di sini dan dipaksa menonton video lucah sebelum merogolnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0616&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2WKroVld0 
Hakcipta terpelihara 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan