Berbual dengan Mama mengenai isu tiada lagi jaminan posting kerana kerajaan inginkan guru berkualiti. Mama adalah bekas guru, dan mengakhiri perkhidmatannya sebagai Guru Besar. Ini pendapat Mama :
Bagi Mama, tak patut masalah pendidikan ini diselesaikan dengan pemansuhan jaminan posting, sebab kalau nak tahu guru berkualiti atau tidak, bukan masa mereka belajar, tapi masa mereka bekerja. Kerja dengan belajar ni lain. Masa belajar, pensyarah nilai kita, masa kerja murid nilai kita. Ada cikgu murid sangat suka, tapi dia mengajar tak pandai, sekolah boleh guna sbg kaunselor. Ada cikgu pandai mengajar, tapi murid tak suka, sekolah guna buat bina akademik. Ada cikgu, perangai tak elok, malas mengajar, tapi bila bagi cangkul, bajak, dia suka, boleh guna dia untuk kebun sekolah. Ada pula cikgu suka ada di padang, boleh guna dia untuk sukan. Masa belajar, macam mana potensi ni nak dikenalpasti? Ada pelajar PJ di maktab, di sekolah dia jadi cikgu tari, rupanya potensi dia pandai menari. Dulu, heboh duk kata cikgu KPLI ni tak bagus, YA memang tak bagus pun, Mama pun takut kalau ada cikgu KPLI, tapi Mama perhati, mula-mula memang tak bagus, tapi lama-lama mereka jadi bagus, sangat komited, ada yang boleh capai APC lagi. Ada seorang cikgu KPLI Mama bagi 95 markah penilaian prestasi dia. Lagi satu, bila mereka kerja, nilai prestasi guru bukan pada berapa orang murid dia ajar dapat A, tapi bagaimana dia kerja. Ada cikgu mengajar tak penat, tapi murid dapat A, untung sebab dia mengajar kelas pandai. Ada cikgu mengajar penat, serak tekak, tapi murid dapat D, nasib dia dapat kelas belum pandai. Jadi, nilai pada usaha mereka, kesungguhan mereka, dan hubungan mereka dgn warga sekolah, baharulah adil. Jadi, bagi Mama, kalau kerajaan nak mansuh jaminan posting ni, tak patutlah, kerajaan patut bagi pelajar maktab ni kerja, kemudian baru lah nilai mereka layak atau tidak jadi cikgu ni. Kerja tak lagi, dah pandai-pandai nilai, maknanya mereka ni belum pandai jadi menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan