Dalam tahun 1990 an sudah berlaku jerebu yang tebal di Malaysia. Almarhum Ustaz Fadzil Noor (Mantan Presiden PAS) dalam satu ceramahnya semasa jerebu itu menyebutkan kisah bumi berasap yang disebut dalam al-Quran. Beliau memberitahu bahawa ia adalah bala dari Allah kerana angkara maksiat dan penderhakaan manusia kepada Tuhannya.
Manusia lupa kepada Allah SWT dan menolak segala yang ditentukan oleh Allah SWT. Maka Allah SWT yang sayang kepada Malaysia kerana di kalangan rakyatnya masih ada insan beriman yang mahukan peraturan Allah SWT. Lalu Allah SWT datangkan jerebu sebagai satu ingatan supaya rakyat dan pemimpin Negara keseluruhannya kembali kepada peraturan Allah SWT.
Allah SWT tidak datangkan gempa bumi yang menyebabkan rakyat Malaysia mati bergelempangan. Ia datangkan bala yang tidak mematikan penduduknya serta merta, tetapi jerebu yang boleh mendatangkan penyakit, ia tidak mati segera dan serta merta, tetapi dengan penyakit itu boleh juga menyebabkan kematian.
Bala jerebu ini cukup untuk menyedarkan manusia bahawa ia adalah ujian gerangan kemurkaan Allah SWT kepada kita, maka bagi mereka yang mahu berfikir, mereka sewajarnya insaf dan menerima segala perintah Allah SWT.
Dalam sepanjang sejarah dunia, ingatan bala itu bukan sekadar ditujukan kepada umat Islam, tetapi banyak ditujukan kepada orang yang tidak beriman. Banjir di zaman Nabi Nuh, gempa ribut di era Nabi Hud dan Nabi Saleh, bumi terbalik di zaman Nabi Luth dan Firaun ditenggelamkan di Laut Merah serta Namrud diserang nyamuk di otaknya adalah balasan kepada orang yang engkar langsung terhadap Allah SWT.
Setiap kali bala Allah SWT ia memusnahkan orang engkar dan digantikan dengan mereka yang bersyukur. Moga-moga bala jerebu itu datang membawa seribu peringatan buat kita.
Justeru wajarlah penghuni dunia ini insaf dan tunduk kepada perintah Allah SWT.
# Ingatlah kITA Berada di Akhir Zaman, Kiamat semakin Hampir ayuh segera bertaubat sebelum terlambat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan