Khamis, 20 Jun 2013

Kafan

Ini gambar anak sulung saya sewaktu 'dikafankan' dalam satu kursus pengurusan jenazah yang kami buat secara tertutup sesama ahli keluarga. Entah kenapa, saya suka melihat gambar ini setiap kali saya rasa marah dan kecewa dengan sikap dia. Ia mengingatkan saya tentang tempoh masa yang masih berbaki untuk saya dan dia bersama. Gambar ini membantu saya supaya kembali mengingati tanggungjawab saya yang cukup penting dan genting.

Tanggungjawab ini terlalu besar.Adakah saya mampu mendidiknya menjadi hamba Allah yang benar atau saya akan tersasar? Masa berlalu, hari berganti hari. Semakin dia remaja dan dewasa, saya tau saya tak akan boleh mendapat masa kecilnya lagi.

Allahu Akbar. Lihatlah anak2 kita hari ini. Adakah kita sudah mula merotannya apabila dia tidak solat setelah berumur 10 tahun? Adakah kita sudah mula bertegas tentang tuntutan menutup aurat dan kewajipan lain yang dituntut agama? Adakah dia sudah lancar membaca al-Quran dan mula cuba memahami maknanya?

Lihat diri kita. Kita tau kita tak sebaik mana. Kita tau sebagai khalifah di bumi Allah ini tidak banyak yang sudah dapat kita sumbangkan untuk agama. Sebab itu, marilah kita sama2 bermohon agar Allah bantu kita untuk mendidik anak2 kita pula. Kalau kita tidak mampu menyumbang apa2..biarlah anak kita mampu menggalasnya.

-----------------------------------------------------------
SEBARKAN KEBAIKAN. SALING PESAN MEMESAN.
LIKE & SHARE
------------------------------------------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan