Hebatnya ijtihad dalam Islam.
Bilamana Nabi memberikan cadangan untuk bertahan di Madinah dalam peperangan Uhud namun disanggah oleh para sahabat semasa bermesyuarat.
Hasilnya nabi bersetuju dengan pandangan majoriti khususnya anak muda untuk berperang di luar madinah iaitu bikit uhud.
Bilamana ada di kalangan mereka rasa menyesal kerana seolah olah mendesak nabi , mereka segera berjumpa nabi untuk pujuk nabi kembali bertahan di madinah. Namun kata nabi, bilamana sudah disarung baju besi, nabi tidak akan berpatah balik. Maksud lain ialah keputusan semasa mesyuarat mesti dipertahankan.
Dan semua tahu apa yang terjadi dalam perang uhud. Bapa saudara kesayangan nabi saidina Hamzah dirobek dadanya, nabi sendiri cedera teruk dan ramai sahabat syahid serta cedera parah.
Namun, NABI SAMA SEKALI TIDAK PERNAH MENYALAHKAN PARA SAHABAT yang berijtihad untuk berperang di luar madinah.
Itulah keindahan ijtihad dalam Islam, jika betul dapat dua pahala, jika salah dapat satu pahala.
Usahlah terus menerus mencerca dan memerli rakan anda dalam ijtihad yang telah mereka buat.
Marilah contohi akhlak nabi kita dalam bersahabat dan berijtihad. :)
Senyum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan