Saya nak kongsi satu petua yang selalu saya sampaikan kepada anak murid saya ketika nak menduduki peperiksaan..
Saya dapat petua ini daripada seorang kaunselor ketika saya umur 11 tahun, dan amalkan.. kerana saya dapat kesan baiknya, sebab itu saya sebarkan.
Saya kongsi satu dahulu petuanya yea..
Sebelum pergi dewan peperiksaan, mintalah ibu kamu suapkan sekali semasa sarapan. Sekali je, bukan suap sampai habis makanan.. Banyak lemak!hehe..
Saya dulu dapat petua ni entah kenapa tak langsung tanya rasionalnya, terus buat dan amalkan.. ALHAMDULILLAH keputusan yang baik saya dapat!
Mungkin berkat tangan seorang ibu, begitu juga terjalin kasih sayang di situ. Tetapi kini, mereka yang senasib dengan saya mungkin hilang satu berkat kerana Allah lebih sayangkan ibu kita.
Suapkanlah juga makanan dan niatkan jika ibu ada waktu ini, pastinya saya ingin banggakan ibu. CEKAL & TABAH. Kelak nanti kamu jadi bapa/ibu, suapkan yea pada anak-anak :)
#saya nk suapkan isteri bila dia nak exam, biar anak-anak tengok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan