Sabtu, 15 Jun 2013

kain ajal putih

Kain putih untuk ajalku.

Ketika kecil, ibu pernah hadiahkan satu kain putih. Namanya telekung sembahyang. Suka sangat dengan kain telekung tu. Aku selalu pakai masa nak solat.

Tetapi bila aku dah besar, aku mula malas untuk pakai kain telekung tu. Au letak je dekat laci, aku fikir, aku takkan pakai lagi sebab aku selalu tak sempat solat sebab aku sibuk. Sibuk mengalahkan Perdana Menteri.

Tetapi malangnya, aku tidak sedar bahawa ajal itu mendatang secara tidak jangka. Benarlah perkara yang paling dekat dengan kita ialah mati. Aku mengalami kemalangan dan Aku meninggal di tempat kejadian. Kawan saya menjerit bagaikan histeria melihat keadaan saya. Itu baru permulaan kepada saya.

Tanpa saya sedari, kehidupan saya seperti tiada cahaya. Saya merasa gelap dan saya tidak nampak sesiapa pun. Sepertinya hanya bayangan buruk sahaja yang menemani saya ketika itu. Aku mula menggeletar. Aku takut. Aku ingatkan semua perkara yang disebut ketika mati hanya mainan mulut semata-mata, tetapi ternyata aku silap.

ALLLAHUUUAKBARRRR!!!

Rohku terapung di awang-awangan melihat sendiri jasadku yang sedang diangkat dan dibawa keluar daripada kenderaan yang telah dinaiki. ALLAHURABBI!! Panasnya badanku ketika itu hanya ALLAH sahaja yang tahu. Aku melihat api mengelilingi tubuhku dan mengikuti ku ke mana sahaja jasad ku pergi. Ada makhluk yang tersenyum memandangku. ALLAH!

Di sinilah mulanya penderitaan saya sebagai hamba ALLAH yang tidak bersyukur! Aku mati dalam keadaan yang tidak sempat untuk mengucap! ALLAHUAKBARR!!! IBUUUUU!!! mana kamu IBUU? Aku perlukan kamu ketika ini! Kenapa kamu membiarkan aku diseksa dengan sebegini panasnya? Aku belum berada di liang lahad! Aku berada di bilik mayat!

Ayahh!!! Mana kamu ayah? Bantulah aku! Kamu pelindungku! Di mana kamu? Kamu membiarkan anak perempuan mu ini terseksa?
Ketika tubuhku dimandikan, air yang sepatutnya merasa sejuk itu seperti api daripada gunung berapi, air yang mengalir pada ketika itu menyerupai lava yang aku selalu tonton di televisyen! Ya ALLAH!!! PANASSSS!!!

Jasadku ketika itu kelihatan biasa, aku yang terapung di awangan ini seperti hendak mati walaupun hakikatnya aku sudah mati, terasa seperti ada mahkluk ALLAH berada di belakang ku, aku memandang mereka. Bengisnya! Aku takut melihat mereka. ALLAHUAKBARR!

Tubuhku mula dibaluti kain putih, aku dipakaikan kain telekung yang dulu jarang sekali aku pakai ketika aku masih hidup. Ya ALLAH! AKu tak nak matii! Berilah peluang kali kedua kepadaku Ya ALLAH! Jangan kau tarik nyawa ini. Kemudian jasad itu dibawa ke liang lahad. Liang lahad itu penuh dengan segala bagai api yang tidak pernahku lihat. Maka ditelanlah jasad ku ke dalam bumi, yang gelap gelita dan yang ada hanya penyeksaan daripada malaikat utusan ALLAH S.W.T
----------------------------------------------------------------------------

Menangislah sekuat mana yang kamu mampu, tetapi setelah ajal mendatang, tiada apa yang mampu membantu kamu melainkan amalmu di dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan