Isnin, 24 Jun 2013

qasidah

Hayatilah makna sebahagian qasidah yang mereka sering dendangkan ini...

سالك بجاه الجدود ۰۞۰ والی يقيم الحدود
فينا ويکفی الحسود ۰۞۰ ويدفع الظالمين
Kami meminta kepadaMu, demi kedudukan nenek moyang kami yang tinggi disisiMu, akan pemimpin yang menegakkan hudud (undang2 Allah) untuk kami, menjaga kami daripada orang-orang yang dengki, dan melindungi kami dari kezaliman.

يزيل للمنكرات ۰۞۰ يقيم للصلوات
يأمر بالصالحات ۰۞۰ محب للصالحين
Pemimpin yang menghapuskan kemungkaran, mendirikan solat, menyuruh perkara-perkara yang baik, dan mencintai orang-orang soleh

يزيح کل الحرام ۰۞۰ يقهر کل الطغام
يعدل بين الانام ۰۞۰ ويؤمن الخائفين
Pemimpin yang menghapuskan perkara haram, mengawal mereka yg jahat, pemimpin yang adil sesama makhluk, dan memberi keamanan kepada orang-orang yang berada dalam ketakutan.

Inilah doa yang mereka ajukan kepada Raja segala raja yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan