Teringat berbual dengan seorang brother ni. Dia tidak solat dan pakai seluar pendek jer.Katanya cuba ustaz tengok suasana kl ni. Katanya jika tuhan tengok kita. Dia mesti kasihan dan mungkin ringankan solat cuma 2 waktu jer atau pasti dia mudahkan kita tidak payah solat. Dia cakap dengan penuh semangat dan yakin jer.( Sedih masa dengar)
Saya cuma ajak dia makan dan minum teh tarik...
Ajak pergi masjid untuk solat maghrib kerana ada kuliah. Dia ada 4 orang anak. Di masjid kami dengar bayan/ceramah/kuliah, kata penceramah,menceritakan mengenai seorang pemandu bas bergerak...Bas penuh. Ada orang tua tahan. Bas terus jer. Orang tanya driver bas kenapa tak berhenti. Jawabnya bas penuh..
Bas terus bergerak, ada orang sakit tahan. Bas terus jalan,tidak berhenti. Orang kata kasihan orag sakit.Bagilah dia naik. Jawab driver bas, tak boleh,bas dah penuh.
Tapi tiba bas berhenti dan memberi tempat kepada beberapa anak kecil. Semua orang tanya kenapa berhenti pulak. Kata bas dah penuh.
jawan driver bas. itu anak saya. Memang tugas saya ambil mereka. Kalau dan penuh pun kena ejas bagi muat juga.kerana mereka anak saya.Ada tempat dalam hati saya.
Samalah kita, walau betapa sibuk sekali pun kita. Jika dalam tempat dalam hati cinta Allah dan cinta pada Nabi SAW pasti kita akan menyediakan masa untuk solat dan berjuang untuk agama.
Dia mula sibuk ke masjid dan amalan memakmurkan masjid. Kini sambil berniaga pakai jubah jer..solat 5waktu di masjid. Isteri dan anak-anak mula pakai tudung. itulah bila cinta Allah dan Nabi ada dalam hati.Ia mengubah seluruh cara hidup dan pemikiran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan