Alkisah seorang budak buta…
Seorang budak buta, Abizee duduk di kaki lima sebuah bangunan dengan kopiah di atas pahanya.
Belakang Abizee ada satu sepanduk yang tertulis, “Saya buta, mohon bantuan.”
Hanya terdapat beberapa syiling sahaja di dalam kopiah tersebut.
Ustaz Rasitee lalu kawasan berkenaan. Beliau mengeluarkan duit dalam poketnya dan meletakkan di dalam kopiah Abizee.
Ustaz Rasitee kemudian mengambil sepanduk itu dan terbalikkannya dan menulis sesuatu di atasnya sebelum meletakkan kembali ke belakang Abizee.
“Listen. Jangan sentuh sepanduk saya. Listen. Pulangkan sepanduk saya. Listen. Jangan ganggu saya. Listen. Tolong beredar,” kata Abizee dengan geram.
Ustaz Rasitee bersenyum, “Dah. Jangan muka masam, senyum.”
Ustaz Rasitee pun beredar dari situ.
Tidak lama kemudian, kopiah Abizee dipenuhi dengan duit dermaan warga kota yang lalu-lalang di sana.
Petang itu, Ustaz Rasitee kembali melawat Abizee.
“Adik dah makan? Ini nasi kukus, makanlah dulu. Kopiah dah penuh, simpan duit baik-baik,” kata Ustaz Rasitee.
“Pakcik ialah pakcik pagi tadi yang sentuh sepanduk ana?” tanya Abizee yang sensitif pendengarannya mengecam suara Ustaz Rasitee.
“Ya. Senyum,” jawab Ustaz Rasitee.
“Apa yang pakcik tukar di sepanduk itu?” tanya Abizee. “Selepas pakcik pergi, semua yang lalu terus menderma pada ana, walhal sebelum pakcik datang, susah orang nak derma pada ana.”
“Pakcik tulis perkara yang benar. Pakcik tulis apa yang adik tulis, cuma dalam bentuk berlainan,” jawab Ustaz Rasitee.
Cuba teka apa yang ditulis Ustaz Rasitee?
“Allah bagi cahaya matahari yang cantik, tapi saya redha tidak dapat melihatnya. Diharap kamu semua dapat menikmati keindahannya bagi pihak saya…” – itulah yang ditulis Ustaz Rasitee di sepanduk.
Apakah sepanduk pertama dan kedua berlainan maksud?
Sudah tentu tidak.
Bersyukur kepada apa yang ada. Jadi kreatif dan inovatif – berfikirlah di luar kotak dan secara positif. Dakwahlah secara berilmu dan ajaklah semua ke arah kebaikan melalui kebijaksanaan yang dikurniakan Allah.
Hidup ini mudah, kita boleh mencari 100 alasan untuk menangis, sudah tentu kita boleh mencari 1000 perkara untuk bersenyum.
Kuatkan iman dan percayalah dan sangka baik pada Allah akan menjaga kita sekiranya kita terus beriman dan patuh pada segala perintahnya.
Seronok untuk melihat orang bersenyum, lagi indah sekiranya mengetahui kitalah sebab seseorang melakarkan senyuman tersebut.
Senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan