Khamis, 20 Jun 2013

Bukan mangkuk

Kalau ada mana-mana institusi pengajian tinggi yang tidak membenarkan pemakaian purdah di situ, serta denda atau kompaun akan dikenakan jika pakai, saya cadangkan BAYAR saja denda tu dan tetaplah atas pendirian sendiri. Tak buat jenayah pun. 

Institusi pengajian tinggi sepatutnya mengenakan denda pada yang dedah aurat, pakai tudung singkat, pakai baju lengan pendek, pakai jeans ketat dan tak pakai stokin kaki. Itu 'jenayah' yang sebenarnya di sisi agama.

Bukan denda pada yang menutup aurat. Bukannya larang pemakaian purdah.

Ni negara demokrasi.

Kalau boleh dedah aurat.
So, mestilah juga boleh pakai purdah jaga aurat.

Kemonlah.

Takkanlah sebab ada kes lelaki menyamar perempuan pakai purdah masuk asrama perempuan, atau ada kes kecurian satu dua, u nak pukul rata semua yang berpurdah?

Yang buat rules bagai ni adalah orang.
Bukan mangkuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan