Ahad, 9 Jun 2013

Ahli

~Jangan bercakap kalau bukan Ahli~

Saya yang orang kenali sebagai "ustaz" memang sengaja meroyan "keluarkan fatwa" sendiri tentang perubatan atas alasan "saya baca di google" atau "saya belajar sains sampai SPM",maka kecoh lah dunia dan seluruh masyarakat menganggap ia saaaangat melanggar tertib dunia kerana orang yang tidak ahli dalam bidang perubatan TIDAK LAYAK untuk beri pendapat kepada perubatan!

Experiment menjadi,saya sebenarnya saje testing nak bagi seeeemuuuaaa orang tengok realiti mentaliti
manusia yang sangat AGUNGKAN ilmu dunia hingga ia HARAM
disentuh oleh sape saje yang bukan AHLI berbanding ilmu agama
yang semua makhluk anggap ia ILMU MURAH yang semua orang
boleh bagi pendapat walaupun cuma belajar takat pendidikan
islam tahap spm..
Kalau korang rasa jijik budak yang cuma belajar sampai SPM
berlagak nak jadi DOKTOR,
Kenapa anda tidak jijik dengan orang2 bodoh di luar sana yang
baca quran pun tak reti,bahasa arab pun sepatah haram tak reti
tapi berlagak nak jadi ULAMA yang kononnya buat "research" la
sangat bab2 hukum melalui internet ni?
SEMURAH ITU KAH ILMU AGAMA?
~.~
Lepas ni kita sentuh bab enginering plak,nanti geng2 engineer
marah:
"heiii kamu bukan ahli,kamu tak de hak nak ckp ttg bidang ni!"
Tapi kalau bab agama kita cakap dia tak de hak nak ckp psl
hukum agama sebab dia bukan ahli,dia akan jawab:
"Itu hanya pendapat saya,kita hendaklah berlapang dada,tidak
boleh kita cuma taksub dgn satu guru dan satu pendapat
sahaja,ulama bukannya maksum sehingga mereka tidak boleh
ditegur "kesalahan" mereka,terpulang lah pada diri masing2 dan
niat masing2,hanya Allah yg layak menghukum sebab hanya Allah
yang tahu niat kami,niat niat niat bla bla bla.."
Kalau para doktor dapat rasakan "kepedihan" di hati bila orang
bukan ahli mula merepek2 pasal perubatan yang tak kena dengan
ilmu yang mereka pelajari dari pakar perubatan,maka apakah
para ulama tidak merasa lebih pedih apabila golongan bodoh
memberi pendapat sesuka hati kepada hukum2 agama yang syarat
nk keluarkan sesuatu hukum agama itu jauh lebih ketat dari
menjadi seorang doktor pakar?Syarat untuk "beri pendapat"
kepada hukum agama kata Imam Ahmad paling minimum ialah
hafal 400,000 HADIS SECARA BERSANAD SAMPAI
RASULULLAH....
CELAKALAH MANUSIA!
TIDAK ADA HADIS BAGITAHU YANG KALAU MEMANDAI2
BAB ILMU DUNIA SEPERTI PERUBATAN AKAN DI CAMPAK
KE NERAKA TETAPI RASULULLAH BERI AMARAN KERAS
KEPADA GOLONGAN BODOH YANG NAK BERLAGAK PANDAI
LEBIH PANDAI DARI ULAMA NAK BAHAS2 BAB HUKUM
BAHAWA ORANG JENIS ITU SEBENARNYA MENEMPAH
NERAKA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan